Chapter 2
You’re My Precious Life (MALAY)DEG!
Seperti ada detakan yang menyakitkan menghentam jantung Sehun. Sakit, entah kenapa dadanya terasa sangat sesak. Sehun cuba menghirup nafas dalam-dalam, namun itu membuat dada Sehun semakin sakit.
"Ada apa sebenarnya" bisik Sehun lebih tepatnya pada dirinya sendiri.
Seketika perasaan yang tidak menyenangkan pun masuk ke dalam fikiran Sehun. Memikirkan tentang Min ah yang membuatnya kini tidak tenang. Peluh sejuk mula membasahi pipi. Tak di pedulikannya lagi Kim songsaengnim yang sedang menjelaskan pelajaran matematik di depan kelas.
"Min ah, apa yang dah terjadi .." Sehun mencengkam dadanya, berasa tidak tenang .
===
Kaki Sehun melangkah lebih cepat, tepat ia berlari menuju hospital tempat dimana kekasihnya itu di rawat. Tidak ia pedulikan cacian orang-orang yang di langgar, kerana di otaknya kini sudah penuh dengan Min ah.
Kini Sehun telah sampai di depan bilik dimana Min ah dirawat, nafasnya masih termengah-mengah. Ia ingin membuka pintu bilik itu tetapi ia menunda niatnya. Sampai akhirnya pintu terbuka dari dalam, menampakan seorang wanita serta seorang jururawat di belakangnya.
Sehun dengan segera menghampiri wanita itu.
"Min ah kenapa doktor Lee?" Tanya Sehun yang kelihatan sudah menstabilkan deru nafasnya.
Raut wajah doktor Lee kelihatan sedih.
"Min ah, tadi dia muntah darah Sehun-ssi" jelas doktor Lee.
Sesuatu menghimpit dada Sehun, ia merasa pasukan oksigen
Comments