Bahasa Itu Indah!

Description

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! :)

Ini bukan cerita. Ini bukan shop. Dan ini semestinya bukan diary seorang fan yang tergila-gilakan idolnya. 

Idea ni tiba-tiba terlintas dalam kepala saya... untuk menyimpan dan menjadikan 'fanfic' ni tempat belajar and storage bagi mahakarya penulisan. Konteks penulisan yang saya maksudkan adalah besar dan bersifat universal. Ianya bukan hanya terhasil dari tangan saya sendiri, tetapi juga penulis-penulis lain. Sebenarnya saya masih lack of confident untuk buat program 'Bahasa Itu Indah!'(BII). Tapi akhirnya saya pilih untuk buat juga. Well, sebenarnya saya tak tahu macam mana nak buat penjelasan yang sesuai. Dan saya tak naklah membebel panjang lebar, and lastly korang tak faham apa-apa pun. Benda ni dicipta atas dasar suka-suka, jadi jangan anggap serius sangat. Saya pon bukannya pakar ke apa, cuma saya rasa teringin nak buat benda ni. So, untuk memudahkan urusan, biarlah saya meringkaskannya dalam bentuk point.

 

APA YANG AKAN KORANG JUMPA KAT SINI:

► Fanfic Recommendation (Malay stories only).

- Saya hanya akan memilih cerita yang betul-betul layak sahaja daripada tag malay. Saya akan mengambil kira beberapa aspek seperti plot, kekemasan, dan penggunaan bahasa.

► Quotes (Malay/English - bahasa Inggeris akan di-traslate-kan kepada bahasa Melayu). 

- this is pretty simple. Saya akan pilih quote yang saya suka and share dengan korang. Kredit diberikan sepenuhnya kepada pemiliknya.

► Writing prompts.

- Saya akan berikan idea dan cadangan untuk penulisan korang. Sama ada dalam bentuk ayat ringkas mahupun one-word prompt. Especially yang tengah writer's block tu, boleh la jenguk-jenguk xD 

► Puisi/Sajak (Malay/English).

- Okay, part ni... I'm not quite sure. Maybe saya akan post hasil kerja orang lain, but sometimes saya pun menulis puisi jugak xD It depends. Seandainya karya orang lain yang saya ambil, kredit diberikan kepada pemiliknya. 

► Language Learning! Malay-English (idioms, vocab, etc.).

- Haha... saya tak nak la self-confidence sangat. Tapi apa yang saya boleh katakan ialah saya akan senaraikan idioms and vocabs yang mungkin korang selalu dengar dan juga yang jarang didengari. Ye... sama-samalah kita belajar.

 

 

Penubuhan 'BII' sebenar tiada tujuan utama. Saya tak aim pada sesiapa. Macam yang saya cakap, 'BII' diadakan atas dasar suka-suka, tetapi pada masa yang sama, mendatangkan kebaikan kepada kita (mungkin). Saya bukannya buat 'BII' untuk tunjuk pandai atau bash sesiapa, so please beri kerjasama. 'BII' juga program perkongsian dan pembelajaran bersama, so, everyone is welcomed here!! Kita boleh bertukar buah fikiran dan korang semua boleh tanya apa-apa sahaja yang diperlukan. Boleh request jugak ;)) Ini juga masih dalam proses percubaan. Seandainya mendapat sambutan, akan diteruskan. 

So, berbalik pada lima element yang saya dah line out tu, semua points tu ada bagi setiap chapter yang akan saya post. Cuma bagi chapter yang berbeza, mempunyai tema yang berlainan. Sebagai contoh, tema yang saya pilih ialah 'FRIENDSHIP'. Then, the whole chapter and semua elemen yang ada akan bertemakan persahabatan. 

Okay, maybe korang masih blur berkenaan 'BII' ni. But it's okay. Insya-Allah saya akan post the first chapter malam ni or tomorrow. Jadi kalau masih kurang jelas, korang boleh tengok sendiri bagaimana 'BII' ni berfungsi :))

 

 

Foreword

 

Saya sedang mencari krew/member untuk menjalankan 'BII'! So kepada sesiapa yang berminat, korang boleh la tinggalkan komen yang menyatakan korang nak join. Senang je. Takde form and takde temuramah. 

Kalau ada apa-apa soalan, sila komen di bawah! Terima kasih~ :D

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 1: Author nim...blh x sy nk jadi ahli BII...walaupun sy nie xbrapa pandai sngat dlm bahasa?
fourteenone
#2
kalau join kena buat apa~?
GreenDecember #3
Wow,..mcm menarik aje...layak kah kalu sy nk join??