► Ahli 'BII'

Bahasa Itu Indah!

 

Assalamualaikum dan selamat malam semua!

Ada beberapa perkara yang ingin saya sampaikan di sini. Since ada someone tanya apa kerja yang krew BII buat, so saya rasa saya perlu buat penerangan lebih lanjut mengenainya. Bukan soal tugas sahaja, di bawah ini saya sertakan sekali perkara-perkara yang mesti korang tahu sebelum apply menjadi krew 'BII'.

Krew BII:

- membuat perbincangan dan mendapatkan persetujuan bersama sebelum me-recommand sesebuah cerita. Setiap ahli BII juga perlu membuat ulasan ringkas atau personal opinion (kekuatan dan kelemahan, etc.) berkenaan cerita tersebut. 

- boleh (tak wajib) mencadangkan quotes, puisi, prompts serta fanfic untuk di-publish di BII. Saya (nuranissha) akan menilai karya-karya tersebut terlebih dahulu. Kemudian, kalau saya rasa hasil itu sesuai untuk bacaan ramai, karya-karya berkenaan akan diselitkan dalam mana-mana chapter yang bersesuaian temanya. 

- boleh (tak wajib) menyumbang bakat untuk dijadikan bacaan ramai (sama ada dalam bentuk puisi/sajak, writing prompts, quotes, atau fanfic).

- bagi sesi 'Language Learning', setiap krew mesti mencadangkan sekurang-kurangnya 1 idiom dan 1 vocab untuk setiap chapter. (Boleh pilih nak Bahasa Melayu or English. Salah satu atau kedua-duanya sekali).

- semua krew BII akan dihubungkan melalui 'Group PM'. 

- seandainya terdapat cadangan/isu/lain-lain yang krew nak ketengahkan, boleh post idea tersebut melalui Group PM.

- sekiranya operasi BII berjalan dengan lancar dan sudah memiliki ramai pembaca, mungkin ada events yang akan kami jalankan. Sumbangan dalam bentuk karma mungkin diperlukan (tak banyak pun since krew bukan ada dua tiga orang je).

 

Buat masa ni, cuma itu yang perlu korang tahu. Saya minta maaf sangat-sangat tapi saya tak boleh update BII sampai saya mempunyai staff yang mencukupi. Saya memerlukan sekurang-kurangnya empat orang ahli lagi, dan maksimumnya adalah 10 orang termasuk diri saya sendiri. Jadi, sesiapa yang sukakan idea BII ni dan nak jadi salah seorang krew di sini, sila komen!!! Saya terima kehadiran korang semua, tak kiralah penulis atau pembaca. Asalkan korang menghargai kesenian bahasa ;)

Thanks!

 

Ahli 'BII':

» nuranissha

» amyamira912

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 1: Author nim...blh x sy nk jadi ahli BII...walaupun sy nie xbrapa pandai sngat dlm bahasa?
fourteenone
#2
kalau join kena buat apa~?
GreenDecember #3
Wow,..mcm menarik aje...layak kah kalu sy nk join??