It's You

It's You
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Seperti biasa, aku mendekati loker itu apabila tidak kelihatan sesiapa di kawasan itu. Mataku sekali lagi meliar melihat kawasan sekeliling, bimbang juga jika ada sesiapa yang muncul. Pintu loker itu aku buka perlahan-lahan, bekal yang aku bawa aku letakkan di dalam loker itu. Hatiku sedikit hampa apabila melihat bekal semalam langsung tidak berusik. Aku mengeluh sebelum mengukir senyum. Sekurang-kurangnya surat yang aku sertakan dia telah baca kerana aku lihat sampul itu terbuka.

 

“Kau siapa?”

 

Mata aku membesar apabila suara familiar itu menyapa pendengaranku. Bunyi derapan kaki semakin lama kedengaran dekat. Tanpa membuang masa, aku terus melarikan diri tanpa berpaling. Nasib baiklah baju berhud yang aku pakai mampu menyembunyikan wajahku daripada penglihatannya.

 

“Jangan lari!”

 

Maafkan aku, bisik hatiku. Aku masih belum mempunyai kekuatan untuk bersua muka dengannya.

 

 

Aku melabuhkan punggung. Nampaknya masih ramai yang belum datang ke perjumpaan mingguan kelab Seni Persembahan itu. Pengerusi kelab itu, Kim Junmyeon, menghulurkan buku kedatangan kepadaku, yang mana aku sambut tanpa reaksi wajah. Tanpa membuang masa, aku terus membuka muka surat kedua, lalu menurunkan tandatangan di ruangan yang sebaris dengan nama Byun Baekhyun. Ya, aku tahu tandatangannya.

 

Selang beberapa minit, kelihatan ahli kelab berpusu-pusu masuk. Aku menunduk apabila aku nampak Baekhyun dan sahabat-sahabatnya memasuki ruangan itu. Aku dapat mendengar hilai ketawa Baekhyun dan Chanyeol. Entah apalah yang lucu. Aku menelan liur apabila Chanyeol mengambil tempat di sebelahku di meja mesyuarat itu. Baekhyun pula duduk di sebelahnya. Sendainya Chanyeol tidak duduk di sebelahku... Aku menggelengkan kepala, tidak mahu membayangkan kemungkinan itu.

 

Buku kedatangan beralih dari satu tangan ke satu tangan yang lain, sehinggalah buku itu jatuh ke tangan Chanyeol. “Aik?”

 

“Kenapa?” soal Baekhyun, menjenguk buku kedatangan itu apabila melihat reaksi aneh daripada Chanyeol. Kepalaku memandang ke hadapan tetapi anak mataku melirik ke kanan, ke arah mereka. Jari telunjuk Chanyeol sedang menunjukkan ke arah nama Baekhyun dan tandatangan yang aku telah turunkan sebentar tadi.

 

“Aik?” Baekhyun pula yang hairan. Entah bagaimana, Baekhyun melirik ke arahku dan mata kami bertembung. Aku terus tersedu. Kening Baekhyun terangkat. Chanyeol turut memandang ke arahku. “Nak air?” Chanyeol menawarkan airnya. Aku menggelengkan kepala, masih tersedu.

 

“Baekhyun,” panggilan Junmyeon itu berjaya mengalihkan pandangan Baekhyun dan Chanyeol ke hadapan. Aku menarik nafas lega, seduku beransur hilang. “Kau tak datang minggu lepas kan?”

 

“A’ah. Itu yang aku pelik. Siapa yang tandatangan untuk aku?”

 

“Chanyeol?” Junmyeon memandang curiga ke arah Chanyeol. Mungkin mengesyaki Chanyeol yang menurunkan tandangan bagi pihak Baekhyun pada minggu lepas. Chanyeol mengangkat buku kedatangan itu, menunjukkan ruangan namanya yang kosong untuk minggu lepas. Dia tidak hadir. Aku menggenggam tangan sendiri di bawah meja. Janganlah kantoi...

 

“Siapa yang tandatangan untuk aku?” Baekhyun menujukan soalan itu kepada semua orang di dalam ruangan itu. Aku diam tidak berkutik. Aku sama sekali tidak akan mengaku. “Tolonglah jangan buat kerja macam ni lagi.”

 

Hatiku kecut.

 

 

Aku hanya mampu bersabar apabila pelajar-pelajar lain memotong barisan tanpa rasa bersalah, menyebabkan aku berada dalam barisan sejak 30 minit yang lepas. Aku sebenarnya sudah tidak tahan berada di dalam barisan itu, kerana Junhee sedang makan di meja yang berhampiran tempat aku beratur. Siapa Junhee? Dia teman wanita Baekhyun. Hati aku sakit setiap kali teringatkan kenyataan itu. Dia langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadapku tetapi hati aku perit setiap kali melihat wajahnya.

 

“Dah lama tunggu?” Aku dapat menangkap suara Baekhyun di dalam keriuhan kafe itu. Aku memandang ke arah Junhee, yang sedang tersenyum ke arah Baekhyun yang mengambil tempat di sebelahnya. Aku kembali memandang ke hadapan apabila Baekhyun membelai rambut Junhee lalu mencium pipi gadis itu. Sakit. Hati aku sakit. Tanganku yang tiba-tiba menggeletar aku masukkan ke dalam poket kot yang aku pakai.

 

“Dah lama tunggu. Makanan dah nak habis pun. Tapi kalau oppa nak makan Junhee boleh tunggu.”

 

“Oppa lapar ni. Teman oppa makan.”

 

Mataku terasa panas. Jelas sekali yang dia langsung tidak menyentuh bekal yang aku berikan, seperti biasa. Ingin sahaja aku menekup telingaku, aku tidak mahu mendengar gelak ketawa mereka.

 

 

I’ve never felt like this before, like my breath will stop

My head is filled with thought of you

Your face, the sound of your laughter

 

Aku memandang ke arah siling, tidak mahu air mata yang bergenang gugur.

 

Jantungku tiba-tibaberdegup laju apabila haruman wangian Baekhyun menyapa deria bauku. Aku menyumpah diriku di dalam hati. Mengapa hati ini perlu rasa teruja setiap kali Baekhyun berada dekat denganku sedangkan aku tidak mendatangkan apa-apa kesan kepadanya? Aku menapak ke tepi beberapa langkah, memberi ruang kepada Baekhyun untuk beratur di hadapanku.

 

“Eh? Terima kasih.” Baekhyun dengan senang hati beratur di depanku. Aku memerhatikan belakang Baekhyun. Betapa aku ingin mendakap tubuh hangatnya. Hidungku yang terasa berair terus aku tekup dengan sapu tangan. Jangan menangis..jangan...

 

Baekhyun memandang ke arah Junhee yang menanti di meja, lalu mula membuat pelbagai reaksi muka yang comel. Kebahagiaan jelas terpancar pada wajahnya. Bersalahkah aku kalau aku katakan aku tidak merelakan kebahagiaan yang sedang dia rasakan? Kejamkah aku?

 

Baekhyun mengenyitkan mata ke arah Junhee sebelum tersedar yang aku sedang memerhatikannya. Pipinya terus merona merah. Dia berdehem perlahan lalu menuturkan, “Maaf.” Aku hanya mampu tersenyum tawar.

 

Dia sepatutnya hanya untuk aku. Hanya aku.

 

Sebaik sahaja aku mendapat makananku, mataku terus melilau mencari tempat yang kosong. Baekhyun tiba-tiba melambai ke arahku. Aku terus berpaling ke belakang, bimbang dia sedang melambai ke arah orang lain tetapi tiada sesiapa di belakangku. “Awaklah.”

 

“Marilah duduk kat sini,” Baekhyun menawarkan tempat duduk di hadapan dia dan Junhee yang kosong. Aku sekali lagi tersenyum tawar ke arah Baekhyun. Hatiku teruja untuk duduk di situ namun pada masa yang sama tidak sanggup berada di hadapan Junhee.

 

“Tak apalah.” Aku menolak. Senyuman palsu aku hadiahkan kepadanya.

 

I may seem strong, I may be smiling

But there are many times when I’m alone

I may seem like I don’t have any worries

But I have a lot to say

 

 

 

“Bukak pintu ni.” Pintu bilikku diketuk bertubi-tubi. Aku memejamkan mata, tiada niat untuk membuka pintu itu. Biarlah ia roboh sekalipun. “Kau ingat bila kau buat macam ni dia nak pada kau? Sedarlah. Mustahil!”

 

Kata-kata Yoora itu bagaikan bisa. Menyengat hatiku yang sudah sedia bengkak. Air mataku mengalir, tiada suara yang terluah daripada bibirku. Botol ubat tidur di atas meja belajar aku capai, sebelum aku telan. Melebihi dos yang sepatutnya. Itu satu-satu cara untuk aku lari daripada kenyataan. Kenyaatann yang Baekhyun tidak mencintai aku. Kenyataan yang Baekhyun tidak mengenali aku. Kenyataan yang aku bukanlah sesiapa untuk Baekhyun.

 

The answer is you

My answer is you

I showed you my every thing

You are my every thing

I was so sure

 

 

 

 

“Lama tak nampak?” tegur Baekhyun, mungkin tidak selesa apabila masing-masing diam. Aku tersenyum sebelum menunduk. Separuh hatiku bahagia apabila ditempatkan di dalam kumpulan yang sama dengan Baekhyun untuk perkhemahan pada minggu depan, namun separuh hatiku lagi membenci diriku. Kenapa aku perlu menyeksa diriku sendiri? Adakah rasa bahagia i

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 1: Ayoyoyoiii jemah oiii sedihhhh haaaaaa cite nie lakkk aiii.
Keep it uppp
Much loveeeeee♥♥♥
Ayla_Qistina
#2
Chapter 1: ya yay ayyayaa baca kali keduaa.. sediyyy woo.. kalau tak ditahan perasaan ini, mungkin sahaja air mata kembali mengalir.. T^T
starlightkim_
#3
Chapter 1: Kenapa baekhyun buat macam tu??rasa nak hempuk-hempuk je kepala dia dengan kerusi roda..huhu..sedihlah ff ni..T.T..good joblah authornim
girly_girl25 #4
Chapter 1: Woo.. sedihla..klau jdi fanfic yg berchapter kn best
baekki_kook #5
Chapter 1: Huhuhu... klau chp dia byk mesti best ann ? TuT btw crita ni best
Joha_Exo12 #6
Chapter 1: Daebak..sedihnya...mngis saya bacaT_T
AsyiA_MiZuki
#7
Chapter 1: sedihnye(mnangis)tapi cite author-nom mmang daebak giler T-T
harryniel
#8
Chapter 1: daebakkk T-T
misz_dina #9
Chapter 1: Ade bakat buat citer sedih authornim ni.
Hyun00 #10
Chapter 1: Ooommaiiigaaddfff.....soooo saadiiss... ;'(