Keluarga LU 3

Keluarga Luhan

 

“Papa, cepatlah bangun, dah pukul 8 pagi dah ni,” Lay mengejutkan LuHan yang sedang nyenyak tidur itu.

 

“Hmmm,” LuHan hanya menjawab dengan malasnya, mungkin dia sudah lupa satu fakta yang kedua-dua bininya sudah pergi bercuti.

 

“Papa, kita nak makan apa untuk sarapan ni?” Lay menggoyangkan kedua belah kaki LuHan, tetapi LuHan masih lagi menyelimutkan dirinya seperti mayat hidup.

 

“Ish, tak boleh jadi ni.” Lay segera mengeletek kaki LuHan menyebabkan LuHan mengelepar di atas katil itu seperti orang yang tak siuman. Mujurlah katil itu tak runtuh.

 

“Yah! Lay, hentikan, nanti papa jadi gila,” jerkehan dari LuHan menyebabkan Lay terus berhenti dan berlari ke dapur untuk melihat dua orang abangnya, iaitu Xiumin dan Kris sedang memasak untuk sarapan.

 

 

“Bangun pagi, gosok gigi, minum sugi, makan nasi,” Kris menyanyi dengan riangnya walaupun dia tahu liriknya sangat salah dan tunggang langgang seperti hantu raya, walaupun ianya tak ada kaitan langsung dengan hantu raya.

 

“Kita nak masak apa sebenarnya ni?” tanya Xiumin yang sudah kering idea memikirkan apa yang perlu di masak untuk pagi ini.

 

“Alah, kita buat penkek ajelah,” cadang Suho yang kebetulann sudah menapakkan kakinya di dapur itu.

 

Pancake lah Suho hohoho, sebut pun salah,” kata Kris sambil menjeling ke arah Suho dengan jelingan yang sangat hodoh.

 

“Apa resepinya?” soal Xiumin.

 

“Biar hyung tolong google kan resepi pancake dulu,” Kris terus membuka Ipadnya, harap tak buka laman web ask.fm lah, nanti lain pula jadinya.

 

“Mula-mula, kita kena masukkan tepung dulu,” ujar Kris.

 

Suho dan Xiumin terus menyelongkar semua jenis tepung yang ada di dapur itu dan diletakkan di atas kaunter dapur. Lay yang ringan tulang atau berat tulang terus meminta untuk menolong ketiga-tiga abangnya yang sibuk memanjang itu.

 

Hyung, Lay nak tolong boleh tak?” tanya Lay.

 

“Lay tolong kacau ajelah,” kata Suho.

Tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras, masukkan ke semua dalam besen ini,” kata Kris dengan muka yang derpnya sambil memasukkan kesemua jenis tepung yang ada ke dalam besen itu.

 

“Kemudian dia kata masukkan susu…”

 

Xiumin yang mendengar perkataan susu terus mengambil segala jenis susu yang ada di dapur rumah mereka itu, susu anlene untuk tulang papanya, susu baby untuk Sehun, susu pekat manis, susu segar dan susu cair.

 

Dan Suho tanpa berfikir panjang pulak terus memasukkan kesemua susu tadi, Lay dengan seronoknya mengacau adunan tadi menggunakan sudu, senduk, garpu dan chopstick. Maklumlah, Lay kan tak tahu mana satu pengacau yang betul.

 

“Lepas tu, dia kata, masukkan serbuk penaik, sedikit garam dan gula dan akhir sekali kacau sehingga sebati.” Kata Kris dan dia segera meletakkan bahan tersebut.

 

“Xiumin kau panaskan kuali itu,”arah Kris yang sedang menolong Lay mengacau adunan pankek.

 

“Kris, macam mana nak tahu kuali ini panas ke tak?”

 

“Kau letak aje kat muka kau, taulah kau panas ke tak?” jawab Kris dengan selamba.

 

“Yah! Xiumin kau jangan nak buat kerja gilalah,” Suho terus memarahi abangnya yang tidak berfikir panjang itu. Kenapalah dua orang abangnya ini memang terencat akal. Sesiapa datanglah tolong abang dia ni.

 

Selepas dimarahi oleh Suho, akhirnya Xiumin dan Kris telah pun membuat kerja dengan seriusnya. Pancake digoreng oleh mereka secara normal walaupun rasanya tidak dapat dibayangkan oleh lidah manusia yang normal.

 

Selesai memasak, Lay dan Suho mengejutkan semua adik beradik mereka dan tidak dilupakan jugak papa mereka yang tidur tak ingat dunia itu.

 

 

“Lay, Sehun menangislah,” Chanyeol berteriak dan melalak dari tingkat atas villa itu apabila dia yang melalui bilik Sehun terdengar Sehun menangis.

 

Lay segera mendaki tangga dan pergi menjenguk adik bongsunya itu.

 

“Shhh, jangan nangis yer,” Lay cuba memujuk Sehun malangnya tangisan Sehun makin kuat menyebabkan Lay hampir hilang akal seperti abangnya Xiumin dan Kris itu.

 

“Susu lemak manis santan kelapa muda, adik jangan nangis nanti karang mak buat susu.” Lay menyanyi sambil bertepuk tangan di depan Sehun tetapu tengisan Sehun masih lagi belum reda.

 

“A’ahlah, mesti Sehun tengah lapar ni,”Lay yang mendapat ilham ataupun idea it uterus mengambil botol susu Sehun dan menuju ke dapur.

 

 

 

“Kris hyung, boleh tak hyung ambikkan santan untuk Lay.”

 

Kris yang tidak pernah berfikir panjang dan tanpa syak wasangka terus mengambil santan dari peti sejuk dan memberinya kepada Lay. Lay terus menuangkan santan tersebut ke dalam botol susu Sehun .

 

Kebetulan yang sangat betul apabila Baekhyun melihat kejadian itu dan mengikut Lay hingga ke bilik Sehun, makin terkejut Baekhyun apabila dia melihat Lay memberi santan kepada Sehun.

 

“Papa, Lay hyung bagi santan dekat Sehun,” Baekhyun melaung dengan kuatnya sehingga LuHan yang sedang tidur itu mampu terbangun.

 

 

“Yah! Lay, jangan bagi santan dekat Sehun nanti sakit perut dia,” LuHan yang mendengar teriakan dari Baekhyun itu terus bergegas ke bilik Sehun dan memarahi Lay, mujurlah Sehun tak sempat minum santan itu, kalau tak, tak tahulah apa nasib budak kecil yang berumur 3 tahun itu.

 

 “Sehun menangis, sebab itulah Lay bagi dia minum,” kata Lay dengan nada yang tidak bersalah.

 

“Lay, Sehun minum susu, bukannya santan,” kata Luhan dengan tegas.

 

Kerana LuHan, dapatlah Sehun minum susu dan kembali tidur dengan lena, tetapi sangkaan LuHan melesat apabila dia berfikir untuk berehat pada hujung minggu itu apabila melihat 8 orang lagi anaknya sedang berperang di meja makan.

 

 

“Sapa yang masak pancake yang rasanya macam tanah liat ini? Boooo,” Chen terus membuat thumbs down sambil membaling pancake itu ke muka Suho.

 

“Yah! Chen, sampai hati, kami semua buat dengan penuh kasih sayang, inikah balasan kamu terhadap kami?” kata Suho dengan penuh dramatik, malangnya tiada siapa yang kisah.

 

“Roti canai ke pancake? Pancake ke roti canai, hahahaha,” Chanyeol yang keliru antara roti canai dan pankek itu terus ketawa terbahak-bahak seorang diri.

 

Hanya Xiumin dan Kris sahaja menikmati makanan mereka tanpa mempedulikan yang lain, lantaklah, asalkan perut mereka kenyang.

 

 

“YAH!!!” LuHan terpaksa mengeluarkan bakatnya yang sudah lama terpendam iaitu membuat high note setinggi yang mungkin bagi menghentikan pertengakaran antara semua anak lelakinya di meja maka itu.

 

“Tengok ini, apa yang korang buat? Bersepah nak mampus, sila kemas sekarang jugak, kalau tak papa tak bawak makan dekat luar,” Luhan terus memarahi kesemua anak lelakinya. Apa lagi, tergopoh gopoh mereka mengemas meja makan dan dapur itu.

 

 

“Penat aku macam ni? ni tak sampai satu hari lagi, macam mana aku nak hidup lepas ini? My weekend,” LuHan mengeluh dan menagisi nasib yang menimpanya saat ini. Kesian kau LuHan, kahwinlah satu lagi.

_______________________________________________________________

Author ingin menulis:

Maaf atas short update ini!! Wakakaka.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Check out the poster for Keluarga Luhan Guys~~

Comments

You must be logged in to comment
afiqah_LSN
#1
Chapter 4: Crita yang kelakar...tpi best
misz_dina #2
Chapter 4: Baru 11 org dh nk hancuss rumah tu.camnelah kalau 12 org??kesian luhan ....
Chocolate_Crush
#3
Chapter 4: Haiyo....
11 pon mcm nk ranap umah tu....
Chocolate_Crush
#4
Chapter 1: "Tao tak nak kawan dengan papa,"
Dlm cerita bolela...
Cuba kalau ckp btoi2 in reality dgn ayahanda kesayangan kita yang awesome itu~
Jenuh kering bank.....
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 4: Adoi, pening dan pelik tengok keluarga ni. Chen,Baek and Chanyeol jahat troll Kai camtu.
sehunloversuho #6
Kan best kalau ad famili cm dieorg.Confirm hidup ceria smpai xsmpat nk nangis
jiumin #7
Chapter 4: Authornimm.. Buatlah sambungan ... Nak tau jgk sapa ank luhan yg ke-12 tu.. Hahaha
KrisHo_12
#8
Chapter 4: hahaha nasib kau la luhan.. pandai buat pandai tanggung.. xD