Tabahlah Kai

Kai's Part Time Jobs

 Kai sedang mebelek belek risalah kerja part time yang ada di dalam surat khabar lama. Dia terjumpa surat khabar itu di bilik Kris, surat khabar itu dah jadi macam buka kanak-kanak lima tahun apabila terdapat banyak lukisan yang sukar ditafsir oleh mata manusia normal seperti Kai.

 

Kai ternampak satu iklan ‘Jawatan Kosong Cashier di Seven Eleven’, dia segera mendail nombor yang tertera pada iklan itu. Akhirnya, dia mendapat kerja sebagai cashier di seven-eleven itu. Gembira hatinya, seperti Xiumin yang baru lepas makan roti canai sardine di kedai Mamat sebelah gerai jual goreng pisang hari itu.

 

Kai melangkah untuk masuk bilik kebetulan ternampak Xiumin, Kris dan Luhan berada di dapur, jadi dia pun ke sana.

 

“Kris-ge, jangan letak santan lah dalam adunan bun ni,” marah Xiumin ketika Kris dengan muka derpnya memasukkan santan ke dalam adunan roti itu.

 

“Aku tahu lah apa yang aku buat, aku nie Chef Kriswan okey?” kata Kris sambil mengacau adunan tersebut.

 

“Umin-hyung, tolong Lu-ge masak air, tak tahu macam mana nak masak air,” kata Luhan yang terkebil-terkebil untuk masak air. Dia ingin membuat nestum, sebenarnya itu ialah Nestum Sehun. Teringin pula dia nak makan nestum bila tengok Sehun hari-hari makan benda itu.

 

“Google ajelah,” kata Xiumin.

 

Luhan pun mengambil Ipadnya dan men’google’ cara nak masak air.

 

“Dalam Blog you ni kata, cara pertama ialah sediakan air yang secukupnya, masukkan air ke dalam periuk lepas itu letakkan atas api then biarkan ianya mendidih. Selepas mendidih air masak siap untuk dihidangkan bersama dengan makanan kegemaran. Fuhooo, terima kasih pada you kerana telah memberi tips untuk aku masak air,” Luhan bersorok dengan gembira. Dia pun mencium Ipad itu, dalam kata lain, blog you.

 

“Baguslah Lu-ge, nanti boleh lah gege kawin dengan you, pandai betul dia bagi tips, ada chance nak jadi wife mithali itu,” kata Xiumin yang sedang menyusunkan adunan di dalam microwave.

 

“Hmmm,” Kai berdeham apabila dia sudah bosan mendengar perbualan 3 orang hyungya yang memang tak normal, hanya alien sahaja dapat memahami istilah percakapan pelik diorang ini.

 

“Oh, Kai ada apa?” tanya Kris.

 

“Hyung-hyung semua, nak tak temankan Kai kerja cashier dekat Seven-Eleven?” Kai mempelawa tiga orang hyungnya untuk berkerja bersama.

 

Semua mengangguk tanda setuju, dan Kai tersenyum gembira.

____________________________________________________________________

 

“Hai, saya Kai, saya yang telefon semalam untuk jadi cashier dekat kedai ini, dan saya bawa abang-abang saya untuk datang membantu sekali,” kata Kai dekat manager kedai 7-11 itu.

 

“Ohkey, nanti saya bagikan tugas untuk abang-abang awak yang lain.” Kata Manager  kedai itu.

 

Kai memperkenalkan Xiumin, Kris dan Luhan kepada manager itu.

 

 

“Kris, awak bantu Kai dekat kaunter bayaran, Luhan awak kira stok makanan dan Xiumin, awak tolong susunkan semua barang –barang dalam kedai ini,” kata manager itu. Semua mengangguk faham dengan tugasan yang diberi itu.

 

__________________________________________________________________

 

Sementara itu, Xiumin sedang sibuk menyusun barang-barang di atas rak sambil mengunyah Bun perasa strawberri, Luhan pula sibuk kira ada berapa ekor anak rusa kat kandang dia. Okey tipu saja, sebenarnya dia sedang mengira stok barangan di rak kedai diorang itu.

 

“Aku peliklah, kenapa stok bun nie asyik kurang aje, mengikut pengiraan di kaunter, ada beberapa orang sahaja beli bun, musykil aku,” kata Luhan sambil berfikir tentang bun yang sentiasa kehabisan stok.

 

Di Kaunter pulak sibuk dengan dua orang jejaka yang tak habis-habis asyik duk buat fanservice aje, mana taknya, tak kiralah pelanggan tu lelaki ke, perempuan ke, remaja ke, mak cik-mak cik ke, datuk ke, nenek ke, semua orang yang datanglah, diorang akan kenyit mata. Siapa lagi kalau bukan si hensem Kris dan si comel Kai. “Kai, you’re so kawaii,” kata Kris sambil menarik kedua belah pipi Kai dengan tangannya yang tak basuh.

 

“Weh, agak agaklah, apa kawah-kawah nie, aku bukannya kawah gulai yang kau boleh makan,” rengus Kai yang agak sedikit benggang dengan Kris.

 

“Alah, nak puji sikit pun tak boleh,” kata Kris.

 

Seorang remaja perempuan masuk ke kedai serbenaka itu. Kai dan Kris terus mengenyitkan matanya dekat perempuan itu, terkejut juga perempuan itu.

 

“Hai, selamat datang ke kedai serbenaka, ada apa yang saya boleh bantu?” tanya Kai dengan sopan.

 

“Siapa nama awak,” Kris tiba-tiba menyampuk.

 

“Errhh, you, hehehe,” kata perempuan itu dengan malu.

 

“Ada apa yang kami boleh bantu?” tanya Kris dengan gatalnya. Dari tadi lagi duk tersengih, memang tak boleh nampak perempuan betul lah Kris ni.

 

“Saya nak beli bun, kat mana?”

 

“Kat bahagian hujung sana, di sebelah kiri, di situ ada banyak jenis bun,” kata Kai sambil menujukkan ke arah tempat yang disusun bun.

 

 

Tak sampai beberapa minit, you datanng semula.

 

“Hmm, maafkan saya, kenapa bun di sana sudah kosong?” tanya you kehairanan.

 

“Lu-ge,” Kris meemanggil Luhan. Luhan dengan tergopoh gopoh datang ke arah kaunter.

 

“Ada apa Kris-ge?” tanya Luhan sambil memegang rekod barangan kedai 7-11.

 

“Adakah stok bun sudah habis kerana gadis yang comel dan cantik ini ingin membeli bun, tapi tak ada.” Terang Kris kepada Luhan

 

“Tak lah, tadi saya kira ada banyak,” kata Luhan.

 

“Mesti ini kerja Xiumin,” kata Kai sambil terfikir.

 

“UMIN-HYUNG,” Kris, Kai dan Luhan menjerit nama Xiumin serentak menyebabkan you terkejut dan terus keluar dari kedai itu.

 

“Entah apa-apa lah diorang ini, ish –ish, ish,” kata you  sambil mengelenggkan kepalanya.

 

Disebabkan Xiumin sudah memakan semua stok bun yang ada, maka manager kedai serbaneka 7-11 tanpa perasaan kasihan terus memecat Kai, Kris, Luhan dan Xiumin.  

_________________________________________________________________

 

Sekali lagi, Kai mencari iklan kerja part time kosong di internet. Dia mencari dengan tekun sekali, sehingga di ganggu oleh dua suara yang suka menyanyi lagu high note, iaitu BAekhyun dan Chen. Sakit telinga dia.

 

“Yo, Kai, tengah buat apa itu?” tanya Chen.

 

“Tengah cari kerja part time,” jawab Kai acuh tak acuh.

 

“Hmm, apa kata awak ikut kami buat kerja part time jadi cleaner kat bangunan SM,” cadang Lay yang kebetulan ada disitu sedang menonton rancangan kegemarannya, iaitu berita siaran Korea. Dia sebenarnya tak faham satu hampak pun apa yang wartawan itu sedang cakap, tapi dia tetap menonton rancangan itu setiap malam dengan setianya, memang bangau Lay.

 

Kai terus bersetuju dengan tawaran itu. “Siapa lagi yang kerja dekat sana?” tanya Kai.

 

“Aku, Chen, Baekhyun, Chanyeol dan D.O,” kata Lay.

 

“Wow, tak sangka pula aku korang kerja dekat sana,” kata Kai sambil tersengih.

 

“Lay dan aku kerja sebagai cleaner di studio tarian, Baekhyun dan Chanyeol kerja pengelap cermin di bangunan itu, manakala si D.O itu tolong mak cik menjual di Kafeteria SM.” Terang Chen kepada Kai.

__________________________________________________________

 

“Hyung, betul ke saya tak payah temu duga ni?” tanya Kai kerana dia boleh terus bekerja di bangunan SM itu. Kelima-lima orang iaitu; Lay, Chen, Chaneyol, Baekhyun dan D.O mengangguk serentak.

 

 

Kai memulakan tugasnya dengan mengambil mop dan batang penyapu yang ada di dalam stor. Dia masih lagi terkebil kebil, sebabnya dia tak tahu nak cuci kat mana dulu. Jadi dia pun ke tingkat atas sekali.

 

Kai ternampak papan tanda ‘Lee Soo Man’ jadi dia segera masuk ke bilik itu. Dia pun mengemopkan lantai di bilik itu, tapi dia berasa bosan kerana tak ada buih, jadi dia segera mencari Ajax Fabuloso untuk menjadikan lantai bilik itu berbuih. Dengan sengajanya dia mencuahkan semua Ajax yang berperasa Lemon itu ke lantai, dia mengemop lantai dengan gembira sekali, sambil menyanyi dan menari.

 

Kai berputar-putar di atas buih lantai itu dengan gembira sekali. “What a heaven.”

 

Dia tidak sedar yang Encik Soo Man sudah pun masuk ke bilik itu. Encik Soo Man yang tidak sedar tentang buih di atas lantai itu berjalan dengan machonya untuk ke mejanya. Malang sudah pun berbau, apabila En Soo Man jatuh terguling-guling di atas lantai itu.

 

Kai yang terdengar bunyi orang bergolek gplek terus tersedar dari lamunan panjangnya. Terkejut dia apabila melihat ada seorang pak cik tua dalam keadaan yang perlukan bantuan.

 

Kai yang melihat keadaan itu terus menanyi dan menari. “ Sesiapa telefon doktor ada orang sakit, oh tidak, terlalu banyak, buih, arhhh,”Kai menyanyi lagu Overdose.

 

 Kai yang panik itu meluru keluar ke bilik untuk mencari bantuan orang ramai, mujurlah ramai staff yang datang.

 

Disebabkan hal itu, Encik Lee Soo Man menawarkan Kai untuk menjadi trainee di syarikat SM. Terima kasih kepada tarian overdose Kai yang mampu memikat hati En Soo Man untuk menerimanya sebagai salah seorang trainee di SM. Walaupun kejadian itu adalah paling pahit dalam hidup En Soo Man, tetapi dia telah pun berjumpa dengan seorang penari yang berbakat.

 

Kai sudah pun gembira kerana dia tidak perlu lagi mencari part time job yang lain.

 

Manakala, abang-abangnya yang lain pula, apabila mengetahui kisah Kai dapat menjadi trainee di SM, terus mereka semua apply untuk jadi cleaner di bangunan SM itu. Mereka sentiasa masuk ke bilik En Soo Man dan sengeja buat buih macam Kai dengan harapan En Soo Man dapat menerima bakat mereka. Kesian En Soo Man,sejak hari itu, hidupnya tidak tenang kerana di ganggu oleh 11 orang manusia yang tak tahu duduk diam.

 

“ARHHHH, berhenti ganggu aku semua,” marah Encik Soo Man kepada 10 orang abang Kai dan 1 orang adiknya yang pelat.

 

“Tehet, Thehun tayang Enn Tookk Meekkk,” kata Sehun dengan pelatnya.

 

Itulah kisah kerja sambilan Kai yang akhirnya membawa kegembiraan dalam hidupnya.  Tapi tidak pada Encik Soo Man. 

____________________________________________________________

(TAMAT)

A/N: Minta maaf semua jika cerita ini membosankan, saya sudah memcuba sehabis mungkin dah. Dan saya pun tidak berpuas hati dengan hasil kerja saya yang ini. Harap anda semua enjoy ajelah. Tehet!! Thaya thayang thawak themua.

Terima Kasih pada yang Comment, Upvote dan Subscribe, saya sangat hargai kerja keras anda semua. Bye-bye, jumpa lagi di one shot yang lain. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 2: Ni kali ke 3 saya baca fanfic ni. Terima kasih author jadikan saya watak sampingan. *blushing* sayang authornim~~
Park_Rafa88
#2
Chapter 2: Aiggoooo author-nim sejak bila saya ada blog masak air ni? Ahahahahahaha EXO-ge wae kepaboan anda semua terserlah? Btw thanks for making my day more merrier with EXO OT12!
Aida_Rusdi
#3
Chapter 2: Gila lawak! Klu lah Kai jadi penjual goreng pisang dekat2 rumah saya, konpem tiap2 hari tiap2 masa dan ketika saya akan pergi kedai tu. Hohoho
fongaz #4
Chapter 2: Fongaz beb.. hehee
lolikpoppers
#5
Chapter 2: ahaaha..username saya XD.. btw, keep writing!
iamhottestelf
#6
Chapter 2: fewwwiitt..macam pernah dengar nama iamhottestelf tu...hahhahah
ainzakaria
#7
Chapter 1: hahahaha!!! lawaknye! setengah mati aku gelak
TaeVTao
#8
Chapter 2: Ahaha.. seriously?? Klaka ar.. Luhan, please, masak air.. lepas nI, kai nak kerja.. tak payah ar bawak satu family pergi sekali.. kesian .. Ahaha.. lawak ar! Nice story, author-nim!!
misz_dina #9
Chapter 2: Kai,x nak jadi bibik kt rumah saye ker?hahaha lawakla.pandai authornim buat cerita ...
Chocolate_Crush
#10
Chapter 2: Sya x tau kenapa tp saya tau yg sya menggedik thp gbn time nama sy naik td hehe^^
Author-nim daebak!!!!