Siyoung,si jejaka berkaca mata tebal Rayban, ber G-Shock kelabu di tangan kanan, Selamat Tinggal ...

Take Care Of You
Please Subscribe to read the full chapter

 "Hei,apasal baring macam tu? Baring betul-betul. Tak eloklah baring macam tu,Jeon" Tegur Gyuri pada Jeon sambil memukul lembut tapak kaki si adik yang terjuntai atas kepala sofa. Manakala kepala dia pula berada di posisi bawah sofa.

Senang kata,dia melihat TV dengan kepala dibawah,kaki diatas sofa.

Jeon membetulkan duduk dia menghadap Gyuri sambil tersengih nakal.

 "Kenapa sengih macam tu? Menang loteri ke?" Soal si kakak dengan pandangan curiganya. Jarang sekali nampak adik kesayangan dia ini gembira tahap hendak mencapai bulan di angkasa raya sana.

 "Hehe.. Tak ada apalah"

 "Yakah? Jeon buat akak curigalah!"

 "Mana ada ak-..."

 "Tunggu sekejap! Luka apa ni?!" Terus berlapis dahi Gyuri tatkala perasan luka yang wujud dibawah dagu si adik. Tangan dia pantas memegang dagu Jeon lalu dibeleknya luka itu.

Entah bila adik dia dapat luka itu pun,dia sendiri pun tak tahu.

Jeon tersengih kecil sebelum bersuara,

 "Jeon jatuhlah"

 "Macam mana Jeon boleh jatuh?" Soal Gyuri sambil kaki dia mula menapak kearah almari berdekatan-mengambil peti first-aid-kid.

 "Err..petang tadi masa balik. Jeon tersadung akar pokok masa tu" Jawab si adik,selamba. Sejujurnya, bukan itu sebab dia gembira tahap nak mencapai bulan di angkasa raya sana,sebaliknya,kisah dia diselamatkan oleh putera hati si Encik Siyoung itulah yang membuatkan perut dia dihinggap dengan berjuta rama-rama.

 "Berangan?" Gyuri kembali duduk menghadap Jeon sambil membawa peti first-aid-kid tadi.

 "Taklah"

 "Dah tu,macam mana boleh tersadung? Takkanlah tiba-tiba pulak? Mesti ada punca dia,kan?" Bagaikan Sherlock Holmes pulalah si kakak menyoal.

 "Semua ni sebab..."

 "Hei Nam Jeon!" Taehyun tiba-tiba muncul entah dari mana lalu dia menggosok kasar rambut Jeon sambil ketawa nakal.

 "Hei..tunggu kejap. Apa jadi dengan dagu kau tu?" Soal Taehyun pelik tatkala dia perasan bawah dagu Jeon kelihatan luka yang masih lagi berwarna kemerahan dan agak lembab. Seperti luka itu masih lagi belum dirawat sepenuhnya.

Wajah Taehyun berkerut. Sejak bila pulalah Jeon dapat luka tu?

Jeon menarik wajah masam. Rambutnya yang diserabaikan oleh si sepupu menjengkelkan itu dibetulkan semula.

 "Aku dapat luka ni selepas kau suruh aku balik sendiri tanpa kau!" Jeon geram lantas diketuk kasar kepala Taehyun bagi melepaskan rasa geramnya tadi.

 "Auw! Sakitlah Jeon!" Wajah Taehyun berkerut sambil kedua-dua tangannya menggosok kepalanya yang sakit gara-gara diketuk dengan penumbuk Jeon yang dia dan kak Gyuri tahu memang sakit penangannya.

 "Itulah balasannya sebab tinggalkan aku sendiri lagi!"Jeon memeluk tubuh sambil menjeling tajam pada Taehyun.

 "Kan aku dah cakap yang aku ada perjumpaan dengan budak-bu.."

 "Hei, hei ,hei! Okay,berhenti di situ,Nam Tae. Sakit gegendang telinga akak dengar korang bertekak" Mujurlah ada Gyuri disitu,kalau tidak mungkin pergaduhan antara Jeon dan Taehyun takkan berkesudahan.

Wajah Jeon yang pucat itu dipandang lalu kapas yang telah diletakkan dengan cecair iodin dibawa ke dagu gadis itu.

 "Eh, akak buat apa ni?" Soal si adik sambil mengelakkan wajahnya dari disentuh oleh si kakak.

 "Diamlah,akak nak sapu ubat kat luka Jeon tu. Jeon tak cuci ke luka tu masa balik tadi?" Wajah Jeon berkerut memanddang Gyuri. Akak tak nampak ke atau buat-buat tak nampak? Kan luka dia dah ditampal dengan plaster.

 "Akak..tak payahlah buat semua ni. Akak tak nampak ke luka kat dagu Jeon dah ditampal dengan plaster?" Wajah Gyuri dan Taehyun berkerut. Plaster? Dekat luka bawah dagu?

Gyuri semakin bingung.

 "Petang tadi..." Jeon memulakan perbualan. Terdapat segaris senyuman bahagia dibibirnya.

 "Petang tadi..kenapa?" Tanya Gyuri.

 "Petang tadi....ehehehe" Jeon ketawa tiba-tiba. Wajah dia memerah.

 "Jeon dah kenapa macam tu?" Soal Gyuri pelik melihatkan gaya Jeon yang tiba-tiba tergedik malu.

Taehyun menjeling Jeon dengan pandangan jengkelnya.

 "Entah..apa kena dengan kau? Lentok-lentok semacam macam lalang aku tengok"

 "Petang tadi apanya,Jeon? Cakaplah" Soal Gyuri,masih lagi menuntut jawapan dari si adik.

Jeon tersengih-sengih sambil tangannya tak henti-henti menguis hujung sarung bantal.

 "Siyoung...Kawan Jeon yang rawat luka kat dagu Jeon ni. Sekali dengan luka kat lutut Jeon" Lalu pantas saja Jeon menekup mukanya dengan bantal,malu yang teramat bila kejadian petang tadi berlegar-legar di kotak memorinya.

Senyuman di wajah Gyuri dan Taehyun mati. Gyuri memandang wajah Taehyun dengan pandangan yang lain daripada kebiasaannya.

 "Siyoung...?"

 

 

 

 "Jeon dah tidur?" Soal Gyuri tatkala dia perasan Taehyun yang baru sahaja duduk disebelahnya.

Taehyun menolak rambut depannya ke belakang sebelum mengangguk.

 "Dah,dia dah tidur" Matanya tertancap pada skrin TV sambil dia memeluk tubuhnya. Walaupun mata melihat pada skrin TV,minda dia berterbangan ke tempat lain saat ini. Fikirannya terganggu ketika ini.

Dia tahu,bukan dia seorang saja yang mengalami fikiran terganggu kerana Jeon bahkan Gyuri,kakak sepupunya merangkap kakak Jeon juga turut mengalami situasi yang sama.

Kalau dia mengalami fikiran terganggu ketika ini, semestinya Gyuri merasai perasaan itu juga. Malah,dia mungkin merasai pelbagai tekanan yang lain selain fikiran terganggu.

 "Jeon..masih dengan Siyoung lagi,kan?" Soal Gyuri memulakan bicara.

Walaupun mata Gyuri masih lagi tertancap pada skrin TV,nada suara dia tetap kedengaran serius. Taehyun lambat-lambat mengangguk. Kalau boleh,dia tak nak kakak sepupunya maklum dengan masalah Jeon. Tetapi,melihatkan keadaan Jeon yang semakin hari kelihatan agak kurang siuman,dia harus mengiyakannya,membenarkan pertanyaan yang ditanya Gyuri tadi.

 "Akak ingat dia dah tak macam tu bila dah tak tinggal dekat hospital lagi" Ujar Gyuri,lembut.

 "Tak. Dia memang dah tak macam tu sejak dia keluar daripada hospital 2 tahun lepas. Tapi,akak ingat tak..tahun lepas Jeon sakit teruk sampai tiga bulan dia kena tahan dekat hospital?" Gyuri memandang wajah Taehyun disebelah. Postur duduknya dibetulkan.

 "Ingat"

 "Waktu itulah Siyoung muncul" Gyuri hilang kata-kata saat mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Taehyun. Dipandangnya wajah Taehyun yang serba salah itu.

 "Siyoung...kembali? Kejap,Taehyun sorokkan semua ni daripada pengetahuan akak? Kenapa tak beritahu akak awal-awal tentang ni?!" Wajah Gyuri berkerut dengan nada suara dia perlahan tetapi keras. Sungguh,saat ini dia terasa seoalh-olah hanya dia seorang saja yang masih lagi tidak tahu tentang perkara ni. 

Dia kakak kandung Jeon,kenapa dia tidak dimaklumkan tentang perkara itu? Kenapa Taehyun lebih suka menyimpan sendiri perkara itu daripada pengetahuan dia?

Wajah Taehyun serba salah. Dia menggigit bibirnya.

 "Tae memang nak beritahu akak. Tapi Tae tak sampai hati. Akak ingat tak,masa Jeon masuk hospital,akak masa tu dekat Perancis tengah sibuk dengan kursus kulinari akak. Akak menangis tak henti-henti bila dapat tahu Jeon masuk hospital sampai akak sanggup tinggalkan kursus tu demi balik semula ke Korea nak tengok Jeon. Tapi Tae halang akak daripada balik sebab Tae tak nak akak hilang cita-cita akak nak jadi Chef hanya semata-mata nak jaga Jeon. Tae cakap dekat akak yang Tae akakn jaga dan tengokkan Jeon dekat hospital..."

 "Setiap hari Tae tengok dia,jaga dia. Mula-mula,Jeon memang normal. Macam orang biasa dan pesakit lain. Tapi lepas..." Kata-kata Taehyun tergantung. Sebenarnya,dia benar-benar serba salah pada Gyuri kerana merahsiakan perkara Jeon bermain dengan kawan khayalannya.

Malah,dia lebih serba salah terhadap Jeon kerana dia selalu meninggalkan sepupunya itu sendirian dan terus-terusan tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri. 

 "Lepas apa Taehyun? Cakap" Nada suara Gyuri kendengaran tegas.

 "Lepas Tae sibuk dengan perlawanan bola sepak sana sini, perjumpaan dengan kelab Radioktif setiap minggu,kelas tambahan setiap petang,Jeon ditinggalkan sorang-sorang tanpa kawan. Sejak daripada tu,Jeon cakap dengan Tae,bila Tae tak jenguk dia,Siyoung datang tengok dia. Dia kata,hampir setiap hari Siyoung datang. Tak kiralah waktu tu siang atau malam. Siyoung tetap datang" Gyuri menghembus nafas lemah setelah mendengar kata-kata Taehyun. Dia sangka,segalanya telah berakhir 2 tahun lepas.

Rupa-rupanya,kejadian itu berulang lagi tahun lepas dan  berlarutan sehinggalah sekarang. Patutlah setiap malam,dia selalu mendengar suara Jeon ketawa,suara Jeon bercakap seolah-olah dia sedang berbual dengan seseorang di dalam biliknya.

Gyuri tahu, kawan khayalan Jeon yang bernama Siyoung itu mula muncul sejak Jeon kecil lagi. Sejak dia berumur 5 tahun apabila dia selalu berulang-alik dan kadangkala ditahan di hospital kerana penyakit Thalasemianya itu. Selain itu,sistem imun dalam badan Jeon teramat lemah sehingga dia mudah jatuh sakit. Walau hanya demam sahaja,dia tetap harus dibawa ke hospital kerana bimbang suhu badan dia akan meningkat lebih tinggi.

Oleh kerana dia selalu ditahan dihospital sendirian,dari situlah Jeon mula mencipta kawan barunya. Kawan khayalannya,Siyoung. Jejaka yang pada mindanya ala-ala G-Dragon tetapi berkaca mata tebal Rayban dan memakai jam tangan G-Shock kelabu yang pada dia itu sangat menarik perhatian dia untuk terus berkawan dengan lelaki itu. Perkara itu berterusan sehinggalah dia berumur 16 tahun. Dia masih lagi bermain dengan Siyoung.

Bercerita tentang sekolah,penyakit dia,ubat-ubatan hospital yang meloyakan tekak dan bau hospital yang memeningkan kepala dia. Segala-galanya nampak seolah-olah telah berakhir apabila Taehyun muncul  bagi menjaga Jeon setelah gadis itu dibenarkan keluar daripada hospital dan  menyambung kembali sesi persekolahan gadis itu yang tertangguh.

Bagi Taehyun pula,segalanya nampak normal pada mata dia  dan kawan-kawan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sayhershe
#1
Chapter 2: Sedihnya..kenapa ending dia mesti macam ni...author nim.Buat lah sequel...jangan lah..kita x puas lagi jatuh cinta kat siyoung...huhu..wat sequel eh?? Hehe
sayhershe
#2
Chapter 1: Arghh~!! This is too sweet!! #Siyoung wae?! Lepas ni tiada tempat lah buat GD...hahahaa..Taehyun pabo,kau buat Jeon nangis...n the ending? What a mysterious one...Update juseyo~