Perhentian Bas

Take Care Of You
Please Subscribe to read the full chapter

 Kedua-dua tangan menongkat dagu,mata dikelip-kelipkan seolah-olah mata anak anjing minta dibelai dan bibir pucatnya pula mengukir senyuman selebar-lebarnya seolah-olah si Joker yang terkoyak mulut gara-gara digunting mulut badutnya dengan si Batman,hero seluar dalam ketat diluar.

Mata dia tertumpu hebat dihadapan melihat betapa pro nya dua orang jejaka kelas dia yang sedang memberi penerangan mengenai Sejarah kemerdekaan negara yang menjadi tajuk pembentangan mereka hari itu. Sekali dilihat kesungguhan dia mendengar dan mencatat segala apa yang dimuntahkan oleh jejaka-jejaka dihadapan kelas,dia bakal menjadi pelajar perempuan pertama yang akan mendapat 100% markah cemerlang dalam peperiksaan akan datang lagaknya.

Sayangnya,bukan itu kesungguhan Nam Jeon melihat dan mencatat apa yang dikatakan oleh jejaka-jejaka itu,sebaliknya dia tekun melihat eh tidak,dia tekun memerhati setiap raut wajah dan fizikal lelaki bercermin mata tebal Rayban dihadapannya yang sedang memberi penerangan.

Tangannya pula,bukan rajin menulis setiap fakta yang entah betul entah karut yang keluar dari mulut si jejaka G-Shock itu. Sebaliknya, senarai 10 perkara yang dia kagum dengan lelaki empat mata Rayban itu yang dicatatnya.

 "Baiklah. Bagus pembentangan awak berdua. Jadi kelas,ada apa-apa soalan yang kamu nak tanya pada mereka?" Terus senyuman koyak Jeon dijahit rapi apabila suara Encik Siwon,guru Sejarah pada lewat pagi itu memecah gegendang telinganya.

Oh,kenapalah masa berlalu begitu cepat? Bila lagi dia mahu mendengar suara emas si jejaka empat mata Rayban dan ber G-Shock kelabu ditangan kanan?

Lantas,demi memuaskan hatinya yang sedang meronta-ronta mahu mendengar lagi suara emas lagi permata 24 karat si jejaka empat mata Rayban itu,lengan si sepupu berjantina lelaki disebelahnya disiku kuat.

 "Apahal kau ni? Rosak tulisan aku!" Marah si sepupu,bengang apabila tangannya yang sedang menari-nari diatas kertas,menyalin fakta-fakta pendek tentang tajuk tadi tiba-tiba diserang hebat oleh si garuda.

Jeon mendekatkan mulutnya pada telinga si sepupu. Mulutnya kemudian terkumat-kamit membaca jampi serapah yang bakal membuka mulut jejaka empat mata Rayban itu nanti.

 "Weyh,tolong aku tanyakan soalan dekat Siyoung" Muka si sepupu berkerut hebat. Mulutnya muncung sedepa seperti mulut itik.

 "Siyoung?" Entah kenapa,Taehyun seolah-olah kelihatan bingung tatkala nama Siyoung disebut. Bebola mata digerak keatas oleh Jeon. Dasar lembap punya Nam Taehyun.

 "Iyalah. Siapa lagi lelaki yang berdiri kat sebelah Kyungsoo tu selain Siyoung?"

 "Kenapa aku pulak? Kaulah tanya" Jawab si sepupu,dengan nada kurang selesanya.

 "Masalahnya,aku tak boleh tanya depan dia. Nanti aku tergagap-gagap. Kau tolonglah aku, Taehyun"

 "Tak nak. Kau jelah tanya. Dia..Dia kawan kau,kan?"

 "Aku malulah,Taehyun. Tolonglah..." Kedengaran keluhan lemah dilepaskan oleh Taehyun.

Kalaulah Jeon sedar dari dunia dia ketika ini,bukankah itu lebih baik?

Nafas lemah dilepaskan oleh Taehyun,sebelum perlahan-lahan dia mengikut rentak dunia Jeon.

 "Kau nak aku tanya apa kat dia?"

 "Manalah aku tahu! Kau tanya jelah apa-apa kat dia" Okay,baiklah. Segala fakta-fakta membosankan memang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri si gadis ala-ala Cat Valentine ini.

Taehyun mendengus kecil. Nak suruh tanya tapi tak tahu nak tanya apa. Lembap.

 "Apa yang kau salin kat buku tu? Sini. Aku tanya berdasarkan apa yang kau tulis tu" Malas mahu bertekak kecil lagi,lantas buku nota Sejarah milik Jeon diambil.

 "Eh,janganlah ambik buku aku! Pakailah buku kau!"

 "Apahal pulak? Dah soalan kau,kan?" Buku nota Sejarah itu saling bertukar tangan dari tangan Taehyun ke tangan Jeon tanpa kerelaan buku itu sendiri.

Dan,berlakulah kuasa perebutan buku nota Sejarah diantara Jeon dan Taehyun. Tanpa mereka sedari,kelakuan mereka diperhatikan dan direkod oleh si mata helang yang sedang menanti masa untuk menerkam dua ekor biri-biri hijau itu.

 "Memanglah soalan aku,tapi masalahnya..aku tulis pasal.....erk!"

 "Apa ni?!"

Mati kau,Jeon.

Buku nota Sejarah itu dibelek itu oleh si helang terlajak umur iaitu Encik Siwon dengan muka bengisnya yang tiak pernah berubah sejak dulu.

Jeon mula rasa tak sedap hati. Setiap air liurnya diteguk perlahan. Oh tak guna. Air liur dia terasa pahit dan payau! Semestinya itu satu petanda yang buruk bakal menimpa dirinya!

 "10 perkara tentang dia yang menawan hati aku?" Mata si cikgu seolah-olah helang yang sedang kelaparan memandang si anak biri-biri hijau yang mula kecut perut itu. Entah kenapa,seekor lagi biri-biri hijau tidak dipandang.

Mungkin kerana si biri-biri hijau betina ini lebih bersalah?

 "Leka dalam kelas saya! Keluar!" Dan satu pukulan hinggap diatas kepala si biri-biri hijau Jeon daripada Encik Siwon menggunakan buku nota Sejarahnya sebagai bahan pukulannya.

 "Sakit,sakit! Okay,okay saya keluar!" Jerit Jeon sambil berlari keluar dari kelas dek tidak tahan kepala dia menjadi mangsa pukulan Encik Siwon.

Para pelajar didalam kelas hanya mampu menahan tawa. Hendak ketawa berjemaah,bimbang pula nanti mereka sekali kena denda berjemaah dengan Jeon.

Lantas,hanya sengihan kecil saja menghiasi wajah mereka. Diikuti sekali si sepupu.

Terbit pula rasa simpati pada si sepupu yang sedang berdiri diluar sambil mengangkat kaki kirinya 45 darjah keatas dengan kedua-dua tangannya bersilang memegang telinga.

Dia sakit. Boleh ke dia tahan berdiri tanpa duduk untuk 30 minit lagi?

 

 

    "Terima kasih,cikgu!" Sebaik saja ayat itu laju meluncur keluar daripada mulut para pelajar kelas 5-2,terus sahaja Encik Siwon keluar daripada kelas. Jeon yang berada diluar kelas menarik nafas lega.

Heol, tamat sudah penderitaan dia!

Lantas,kaki yang diangkat 45 darjah keatas selama 30 minit itu diturunkan lalu pantas saja dia melabuhkan punggung ditepi kelas itu. Entah kenapa,hari ini kepenatan dia jauh lebih penat berbanding hari-hari sebelumnya.

 "Jeon,kau okey tak?" Muncul pula si sepupu dengan wajah risaunya.

 "Taehyun!" Jerit Jeon sambil mendepakan tangannya seolah-olah minta didukung tatkala Taehyun datang kearahnya sambil membawa sebotol air mineral.

Taehyun tersengih nakal.

 "Dalam banyak-banyak benda kau boleh mintak kat aku, pelukan aku juga yang kau nak,kan?" Lantas kedua-dua tangan dia sudah terbuka luas buat Jeon,si sepupu yang lembap itu.

 "Auw! Sakitlah,Jeon!" Ketukan kasar daripada penumbuk Jeon dikepala digosok dengan wajah berkerut dia menahan sakit. Apa ni? Kata nak peluk? Alih-alih kepala dia yang berharga ni diketuk. Tak patut betullah.

 "Itulah balasannya sebab khianat aku tadi!" Lidah dijelir lalu botol air mineral ditangan Taehyun direntap kasar sebelum penutup botol air mineral itu dibuka oleh Jeon dan kemudian diteguk kasar.

 "Isy,tak senonoh punya Jeon. Minum tu sopanlah sikit. Kau minum gelojoh macam anjing tau tak?" Mata dijeling pada si sepupu yang masih lagi rakus meneguk air. Tak senonoh punya Jeon. Dahlah minum sampai jatuh-jatuh air tu keluar daripada mulut!

 "Suka hati akulah! Mulut aku bukannya mulut ka-..ka-..k.." Saat itu,mata dia terlekat pada sepasang mata disebalik kaca mata Rayban yang sedang tepat memandangnya dengan segaris senyuman nakal dibibirnya sebelum lelaki kacak lagi bergaya ala-ala Captain America itu berlalu pergi dari kelas.

Alamak.

 "Ka..Ka..Apa? Kau dah kenapa pulak tergagap-gagap ni?" Soal Taehyun pelik apabila Jeon tiba-tiba jadi gagap semacam. Tak pernahnya dalam sejarah Nam Jeon jadi si gagap.

Wajah Jeon merah padam. 

 "Alamak! Malunya aku!" Lantas muka dia yang terasa panas membahang itu ditekup dengan kedua belah tangannya. Kepalanya digeleng laju ke kanan dan ke kiri sambil kedua-dua kakinya yang berlunjur itu dihentak-hentak ke lantai.

 "Kau dah kenapa,Jeon?" Soal si sepupu.

 "Dia! Dia! Siyoung nampak aku minum macam anjing! Malunya aku,Taehyun! Mana aku nak letak muka ni?!" Sudah terang lagi bersuluh,Encik Siyoung nampak dia minum gelojoh seperti anjing yang sudah seminggu tidak jumpa air.

Malah,bukan saja nampak. Tapi diperhatikan!

Kenapalah waktu dia tengah gelojoh minum, Hong Siyoung baru nak keluar kelas?!

Taehyun memalingkan kepalanya ke belakang. Melihat kawasan koridor kelas itu.

Kosong. 

Dia tersenyum pahit sebelum pandangannya dialihkan pada Jeon yang mulai kalut tak tentu pasal.

 "Hah,padan muka kau. Minum lagi macam anjing"

 "Diamlah, Nam Tae! Salah kaulah ni!" Muka dia ditekup lagi ke tangan.

Malu sungguh! Inikah teladan yang harus dicontohi oleh gadis-gadis remaja diluar sana?

Mohon jangan copy&paste,okey?

"Hei,dahlah tu. Berapa lama kau nak buat drama swasta kat sini?"

"Sehingga rasa malu aku dah hilang mungkin?" Dia sanggup rasanya duduk seharian di sini daripada bertentang mata dengan kawan dia seorang itu, si jejaka G-Shock itu di mana-mana nanti.

Ah,tapi..tetap mereka akan bertemu juga nanti. Yalah,mereka kan sekelas. Jejaka itu pula duduk dibelakang dia.

 "Okey cukuplah tu, Ratu Drama. Bangun, hentikan semua sandiwara kau depan aku sebelum kau pengsan nanti" Lantas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sayhershe
#1
Chapter 2: Sedihnya..kenapa ending dia mesti macam ni...author nim.Buat lah sequel...jangan lah..kita x puas lagi jatuh cinta kat siyoung...huhu..wat sequel eh?? Hehe
sayhershe
#2
Chapter 1: Arghh~!! This is too sweet!! #Siyoung wae?! Lepas ni tiada tempat lah buat GD...hahahaa..Taehyun pabo,kau buat Jeon nangis...n the ending? What a mysterious one...Update juseyo~