Tumpangkan

Haters Gonna Love Mission

 

Tumpangkan;

 

Mungkin aku patut tumpang dia je!

 

Anda tersenyum kepadanya. “Okey.”

 

Dalam hati anda sedikit berbunga apabila melihat ketampanannya. Anda sempat lagi mengusiknya. “Awak bukan orang jahat kan? Kalau awak orang jahat, saya akan bunuh awak.”

 

Dia tertawa lalu menanggalkan cermin matanya. Anda ternganga melihat wajahnya. “Saya rasa saya macam kenal awak.”

 

Awak cuba untuk meneruskan percakapan, namun dia cepat menangkap tangan anda. Anda dibawa ke kereta mewahnya. Sekali lagi, mata anda terbuka luas melihat kereta itu. Kayanya dia…

 

Dia membukakan pintu kereta untuk anda lalu anda menyahut tangannya.

 

“Sudah la, awak. Saya bukan tuan puteri pun!”

 

Dia tersenyum lagi. “Apa salahnya, sekali sekala.” Dia mengenyit mata sebelah kanannya. Sekali lagi anda terpaku dengan ketampanannya.

 

Mujurlah rumah anda tidak jauh dari Mall. Hati anda asyik mengingatkan anda jatuh cinta dengan orang lain. Kasihan kekasih anda nanti.

 

Tanpa pengetahuannya, anda mencuri pandang wajah tampannya sekali lagi. Anda tertawa kecil apabila dia mengerutkan dahu ketika hendak membelok ke selekoh yang tajam.

 

Dia menghantar anda ke rumah dengan selamat. Anda mengucapkan terima kasih kepadanya lalu bertanya, “Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak.”

 

Dia memandang anda dengan penuh harapan. “Dating dengan saya.”

 

Anda mengurut-urut dagu anda sambil berfikir. Alah dating je pun… “Okey. Kalau macam tu, kita kena bertukar no telefon la kan?”

 

Dia mengangguk. “Bagi saya telefon awak.” Dia mula menekan-nekan nombor telefonnya di dalam telefon bimbit anda. Setelah itu, dia membuat missed call.

 

“Okey, dah save!” Dia memulangkan semula telefon bimbit anda.

 

Anda melihat semula telefon bimbit anda. “Oh, nama awak Junmyeon eh?”

 

Dia mengangguk. “Okey, awak. Terima kasih. Saya masuk dalam dulu!”

 

Anda melambaikan tangan kepadanya sehingga kereta mewah tadi hilang dari pandangan. Anda tersenyum kecil sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

 

Kepulangan anda disambut oleh adik kesayangan anda. Seperti biasa, dia akan memeluk anda dan membebel. Anda hanya mampu tertawa.

 

Anda baru sahaja selesai mandi lalu duduk di atas katil sambil mengeringkan rambut. Anda terpandang telefon bimbit anda yang bergetar di atas meja.

 

[You just received a message]

 

 

From: Junmyeon

Hi, awak! Tengah buat apa tu?

 

Anda tergelak kecil. Anda merasakan dia seorang yang lucu dan sangat prihatin. Anda menaip sesuatu sebelum menghantar mesej tersebut.

 

To: Junmyeon

Tak ada buat apa pun. Awak pula?

 

From: Junmyeon

Saya tengah rindukan awak :P

 

To: Junmyeon

Merepek :P

 

From: Junmyeon

Awak dah fikir ke nak pergi date dekat mana esok?

 

Anda terhenti disitu. Lupa pula yang anda akan berdating dengannya.

 

 

Aku patut..

 

AN: Hi korang! Do subscribe dan upvote kalau suka. Komen daripada anda amatlah dialu-alukan. Thanks.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?