Bubble Tea

Haters Gonna Love Mission

 

Finale Sehun;

 

 

“Saya nak awak dating dengan saya.” Katanya lagi.

 

Anda mencebik. “Kenapa pula saya kena dating dengan awak?”

 

“Sebab saya dah selamatkan awak.”

 

Anda tertunduk diam. Betul juga, dia dah selamatkan aku. Anda memegang pipi anda sambil berfikir…

 

Aku perlu… mengalah sahajalah.

 

 

 

 

Anda berasa gembira walaupun Sehun berjaya menculik anda daripada membersnya. Sehun ialah lelaki yang paling kelakar yang anda pernah jumpa. Sehun si pelat s, penggila bubble tea dan suka berlagak mature serta aegyo yang hancur.

 

“1+1?”

 

“2?”

 

Dia menggeleng kepala. Mungkinkah… “Gwiyomi?”

 

Sekali lagi dia menggeleng. “Habis tu apa?”

 

Dia menunjukkan ke arah anda dan dirinya. Tetapi, anda masih tidak faham. “Kita?”

 

Dia menggeleng lagi. “Ala, Sehun. Bagitau lah cepat…”

 

Anda mula merajuk. Sehun masih tidak mahu memberitahu apa yang difikirkannya. Penat sudah anda meneka satu pun tak terkena.

 

Sehun tersenyum lalu menunjukkan dua bubble tea di tangannya. “Buy 1 get free 1.” Katanya dengan riang.

 

Anda pula hanya mampu ternganga melihat kelakuan Sehun. Beginikah perangai Sehun yang sebenar? Anda mula menjauhkan diri anda sejak hari itu.

 

Dikatakan setiap hari, Sehun akan pergi ke rumah anda dan memberikan anda bubble tea. Anda bukanlah peminat bubble tea dan bubble tea bukanlah senarai hadiah yang patut diberi kepada seorang kekasih.

 

Oleh kerana tidak tahan dengan perangai Sehun, anda meluahkan isi hati anda yang sebenar kepadanya.

 

“Sehun, saya tak suka bubble tea la… kenapalah awak suka sangat dengan benda tu!”

 

Sehun terdiam. Bubble tea di tangannya terus dicampak ke tanah. Anda berasa takut melihatnya. Adakah Sehun marah?

 

Sehun hanya mengeluh sebelum melangkah pergi. Pada ketika itu, anda berasa sakit di hati anda. Melihatnya pergi seumpana melihat hari terakhir anda melihat Sehun. Akhirnya, anda berlari mengejar Sehun.

 

Tiba-tiba, telefon bimbit anda bergetar membuatkan anda berhenti melangkah.

 

 

From: Shixun

Saya tahu awak tak suka saya.

Saya baru ingat nak ajak awak dating hari ni.

 

Mata anda terbuka luas saat itu. Bukan itu maksud anda yang sebenar. Anda hanya tidak suka bubble tea bukannya tidak sukakan Sehun.

 

Anda menekan skrin itu lalu mendial nombor telefon Sehun. “Hello, orang yang anda panggil tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi ini. Tit.”

 

Kenapa Sehun tak angkat ni? Anda menarik nafas sedalam yang mungkin. Pesanan suara… “Sehun, saya minta maaf. Saya bukan tak sukakan awak cuma saya harap awak faham yang saya ni tak suka benda manis terutamanya bubble tea. Tolonglah jawab panggilan saya.”

 

Dengan harapan, anda menunggu Sehun menelefon anda.

 

Akhirnya anda sedar, kita tidak sepatutnya menjadi haters atau membenci seseorang itu tanpa mengenalinya dahulu. Apa yang anda belajar di Boston, hanyalah cara-cara membuat bangunan dan sebagainya. Anda tidak pernah terfikir pula sifat nilai murni yang ada dalam diri anda.

 

Bak kata orang, kalau kita benci gila dengan orang itu, satu hari nanti kita lah yang akan sayang gila dekat orang tu. Anda termalu sendiri kerana sudah kalah dengan pernyataan tersebut. Mungkinkah anda sudah jatuh cinta dengan Sehun?

 

Anda mesti terfikir tentang teman lelaki anda… walaupun ini hanyalah satu misi, tidak salah untuk mencintai seseorang itu walau sesaat pun. Apa yang anda fikir sekarang ialah membahagiakan orang lain barulah bahagiakan diri sendiri.

 

Apabila mengimbas kembali perbuatan anda terhadap EXO, anda seolah-olah tidak percaya dengan diri anda sendiri. Anda bersifat kejam dan bertindak tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah menghukum seseorang itu tanpa sebab.

 

 

I’m In Love by Ailee is playing…

 

“Hello?”

 

Anda berasa pelik. Siapa punya nombor telefon pula ni? “Hello? Siapa ni?”

 

Masih diam.

 

“Hei, siapa ni? Tolonglah jangan main-main!”

 

“Awak…”

 

“Sehun?” disaat itu anda terasa ingin menangis. Akhirnya…

 

“Maafkan saya. Saya tinggalkan awak tadi.”

 

“Saya tak kisah tapi awak dekat mana sekarang?”

 

“Saya ada dalam rumah awak lah. Awak tak perasan ke?” Anda terkejut. Macam mana pulak lah Sehun masuk ke dalam rumah. Tidak lain tidak bukan mesti kerja adik lelaki anda.

 

Anda memusing ke belakang untuk membuka pintu rumah tetapi Sehun telah membukanya dulu. Anda hampir terjatuh ketika itu dan mujurlah Sehun sempat menyambut anda.

 

Tanpa menunggu, anda terus memeluk Sehun. “Saya minta maaf.”

 

Sehun membelai rambut anda. “It’s okay. Jom pergi dating sekarang?”

 

Anda terus terdiam seribu bahasa manakala pipi pula sudah memerah. Sehun menyambung ayatnya lagi.

 

“Saya nak bagitau awak sesuatu.”

 

Anda memandangnya dan tersedar bahawa jarak antara kalian hanya beberapa inci sahaja. Sehun terus mencium lembut bibir anda. “Love you.”

 

 

-Mission Accomplished-

FINALE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
*Dating EXO! : Sambung esok maybe? *

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 35: Wow! I got chen. Selamat 3 juta won saya.
xoxogirl2 #2
Wah daebak
Illynay_SEB
#3
Chapter 36: Ohmygucci!! Ade sequel!!! Urgghh!!! Can't wait!! Fighting author-nim!!
zelomine
#4
Chapter 15: Author nim... maaf tanya... saya cuma nak tahu character haters dalam ff ni ader berapa erkk... saya pening sebab kejap haters tu ngan luhan... kejap ngan suho... maaf bertanya..
hyemipark
#5
Chapter 36: sequel sequel sequel ^^
FIGHTING!!!
kyuhyunnie98
#6
Chapter 26: aaaahhhh!! Chanyeollie!! can you not!! ~>v<~
I hope this was real, chingu~~
hwa_min98
#7
Chapter 36: sequel juseyo..:)
Illynay_SEB
#8
Chapter 36: Sequel for sure!! Fighting!! :)
5days_fin
#9
Chapter 36: Sequel r author nim... biar giler asal gempak
GreenDecember #10
Chapter 8: Mcm sama dgn eng version punya aje...itu awk punya jugak ke author nim?