Worst Morning

HIBI's Cus Love (BI Sided)
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hari ni aku mengenakan T-shirt berwarna hitam pada badanku. Topi hitam juga kupakai pada kepalaku dengan gaya hip hop. Nampak macho je aku ni, ceh. Jam menunjukkan tepat pukul 9.30 pagi. Sebentar lagi aku akan ke rumah Hayi untuk menjemputnya dan kami akan pergi ke pesta buku bersama. Beberapa keping wang yang bernilai 10,000 won ku simpan kemas di dalam dompet. Aku mencapai kunci kereta yang diturunkan oleh appa kepadaku lalu memecut terus ke rumah Hayi.

 

 

Aku menekan punat silver yang merupakan loceng rumah mewah milik keluarga Encik Lee. Tidak sampai beberapa saat, kelihatan pintu hadapan dibuka oleh seorang wanita yang lewat usia. Ya, itu omma kepada Hayi. Aku tersenyum lalu memberi hormat kepada omma Hayi. Puan Lee membalas senyumanku dengan ikhlas lalu menyuruhku masuk ke dalam rumah.

 

“Hayi-yah! Your friend is coming!” terkejut badak aku dibuatnya apabila wanita lewat usia yang tersenyum ikhlas tadi menjerit memanggil nama anaknya. Keluarga Hayi memang menggunakan bahasa asing iaitu BI (bahasa inggeris) di dalam rumah. Nama aku jugaklah yang kena.

 

“Naiklah dulu ke bilik dia. Aunty rasa dia tengah bersiap,” kata Puan Lee sambil tersenyum lalu aku memanjat tangga dan berjalan terus ke bilik Hayi. Selok-belok rumah Hayi sudah ku hafal memandangkan kami telah berkawan selama tiga tahun. Hehe, masa first time aku datang rumah dia pun aku kena pukul guna penyapu oleh appa dia sebab appa dia ingat dia bawak boyfriend masuk rumah. Huh, tragedi yang tak dapat dilupakan…

 

Aku mengetuk pintu bilik Hayi beberapa kali namun krik-krik, senyap. Tiada balasan. Jadi, aku mengambil keputusan untuk memulas tombol pintu tersebut lalu merayap masuk. Lagi sekali aku terkejut badak. Nak kena serangan jantung je aku ni! Hayi masih lagi beradu macam Sleeping Beauty tapi yang tak berapa beauty sebab sempat mengalirkan air liur basi pada bantalnya. Aku merungut sambil menggeleng-gelengkan kepala lalu mencuit lengan kanannya.

 

“Yah, bangunlah! Semalam dia kata aku tak boleh lambat, ni dia pulak yang terlebih lambat!”

 

Hayi terpisat-pisat membuka matanya lalu menoleh ke arahku.

 

“Yah! What are you doing in my room?!” dia membaling bantal busuknya yang sudah terkena liur tadi ke mukaku yang handsome ni. Yucks! Aku menyumpah seranah lalu menendang kaki katil Hayi. Adoi! Lagi satu sakit menimpa aku. Malang sungguh!

 

“Stop cursing. How dare you,” slang English Hayi akan keluar bila dia sedang marah.

 

“Kay, sorry,” aku menjeling tajam ke arahnya lalu mengelap mukaku yang terkena liur tadi dengan menggunakan selimutnya. Heish, apalah nasib aku ni.

 

“Sorry lambat. Malam tadi aku tengok cerita hantu sampai pukul 3 pagi. Tu yang lambat bangun tu,” katanya dengan selamba lalu membongkar almari mewahnya untuk mencari baju yang sesuai. Hayi mencapai tuala mandi biru laut lalu berjalan keluar dari bilik.

 

Ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
hana_raeee
i think i should post my true horror story >3

Comments

You must be logged in to comment
IreneXiuMinNie
#1
Chapter 7: update soon..
Han_Fikah
#2
Best la . Hahaha
YoonSooWan
#3
Chapter 1: Hahhahah bi’. Bahasa Inggeris terbaik la~~
Update soon!!
Mrs_Hana02
#4
Chapter 1: Han river? XD update soon author-nim T3T
atiqahkris #5
can't wait for this story.Update soon.Fighting!!!
kim_iqa #6
Update soon author-nim