Chapter 2

Malibelle Villa

Keesokan harinya, selesai sahaja sarapan Krystal dan Sulli pergi ke bilik dan memasukan botol air, Lampu suluh, dan keperluan lain ke dalam beg masing-masing. Mereka keluar rumah dan meminjam parang daripada pakcik. Alasan ingin berjalan-jalan. Berjalan- jalan pakai parang?

 

        Sulli dan Krystal melihat sekeliling, mereka jejakkan kaki ke laluan larangan. Perjalanan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke villa. Setelah sampai mereka terpegun melihat villa lama masih elok dan megah di depan mereka. Krystal mengeluarkan pistolnya. Sulli melihat Krystal  dengan hairan, " sejak bila kau bawa pistol?" Krystal menjawap, " untuk kegunaan terdesak." Krystal melemparkan sebuah pistol ke arah Sulli.

 

        Mereka masuk ke dalam villa melalui tingkap yang sudah pun pecah kerana telah dipecahkan oleh Krystal sebentar tadi. Setelah masuk, mereka terpegun melihat banyak gambar dan potret lama. Mereka berasa hairan, villa tersebut kelihatan bersih seperti ada orang telah membersihkannya.  Mereka melihat sebuah potret besar terletak di tepi tingkap dan ianya kelihatan seperti potret keluarga. Sebuah keluarga bahagia, tersenyum riang. 

 

        Krystal mengajak Sulli naik ke atas rumah tersebut. Seperti di ruang tamu, ianya kelihatan bersih. Sebuah bilik menarik minat mereka, ianya tertulis ' Melibelle'. Sulli membuka pintu bilik tersebut. Krystal dan Sulli mendapati bilik tersebut bersih dan wangi, seperti wangian bunga tulips. 

Di meja tersebut terdapat sebuah diari dan Krystal memgambil dan membacanya. " Melibelle.." Belum sempat membacanya, pintu bilik tersebut tertutup. Sulli dan Krystal terperanjat. Sulli cuba membuka tetapi gagal seperti ada orang menguncinya dari luar. Krystal menembak tombol pintu dan menendang pintu tersebut. Akhirnya terbuka, Krystal meletakkan diari tersebut ke dalam beg galasnya. 

 

    Sewaktu sulli melihat ke luar bilik tersebut, terdapat serpihan bunga lavender di lantai. Sulli berasa pelik dan memanggil Krystal. " Krys.. tengok ini bunga lavender, tadi masa datang sini. Kau ada nampak tak bunga lavender?" Krystal berasa pelik dan menjawap. " Saya tak perasan pulak.." 

 

      Mereka berdua berjalan dan mendapati ada banyak serpihan bunya lavender. " Mari kita ikut bunga ini, mana tahu jumpa benda menarik. " Kata Krystal dan sulli mengangguk. Mereka berdua mengikuti serpihan-serpihan bunga tersebut. Dan mendapati serpihan itu hilang. 

 

     Terdapat sebuah pintu bilik di depan mereka berdiri. Sulli cuba membuka malangnya ia terkunci, Krystal mentepikan Sulli dan mengacu pistolnya ke arah tombol pintu dan melakukan perkara sama iaitu menendangnya. Pintu terbuka dan terdapat bakul dipenuhi bunga lavender di dalam bilik tersebut. " Keluarlah, tunjuk diri kau. Saya tahu ada orang lain di rumah ini selain daripada kami. Silalah keluar. Kami tak akan apa-apakan kau. Keluarlah" Krystal berbicara. " Betul, keluarlah kami ni baik. Kami tak akan apa-apakan kau" Sulli menyokong Krystal. 

 

 

       Tiba-tiba sebuah suara menyahut, " Betul?" Krystal dan sulli terkejut. Krystal menjawap " ya, kami janji." Seorang gadis berbaju lesuh muncul dari tabir bilik tersebut. Krystal dan Sulli terkejut. Gadis tersebut sungguh cantik seakan-akan gadis yang berada dalam potret yang mereka lihat di ruang tamu. " Jangan takut, nama saya Krystal dan ini Sulli" Krystal melemparkan senyumannya dan diikuti oleh Sulli. " Na.. Nama saya Melibelle.." Krystal dan Sulli terkejut, Melibelle? " Melibelle? Bukankah Melibelle..." Krystal tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana dicelah oleh Melibelle. 

   

      " Saya tak mati, itu semua cerita yang direka oleh ibu bapa saya untuk menyelamatkan saya daripada dibunuh oleh seseorang. " Melibelle bercerita. " Tapi... bukankah.... kau dh berabad-abad..." Krystal keliru dan Sulli keliru.

 

      " Duduklah mari saya cerita" Krystal dn sulli duduk di lantai dan diikuti oleh Melibelle. " Semasa hari jadi saya yang ke 14, Ibu telah masuk ke dalam bilik dan berkata yang saya mesti tabah.. Sepanjang saya hidup, saya tidak pernah keluar dari rumah. Kerana seorang lelaki yang mencintai ibu ingin membalas dendam kerana ibu tidak mengahwini dia dan memilih papa sebagai suami. Dia berjanji yang dia akan membunuh anak perempuan mereka iaitu saya. Demi menyelamatkan saya ibu telah merancang semua ini. Saya ada seorang abang. Dia tak tahu yang semua ini adalah dirancang, ibu berjanji yang dia akan ambil saya setelah semua rancangan ini berhasil.." tiba-tiba matanya berkaca.

   " Saya menunggu, dan menunggu. Tidak seorang pun datang kepada saya. Setiap hari saya termenung dan tertanya, dimanakah mereka? Seminggu, sebulan, dua bulan , bertahun dan tidak ada satu pun yang menziarahi saya. Saya keseorangan, saya tidak berteman.. " tanpa disedari Krystal berdiri dan memeluk erat Melibelle. " Kami di sini, ceritakanlah, keluarkanlah, sekiranya tidak ada seorang pun yang memelukmu biarkanlah saya memelukmu. Sekiranya tidak ada seorang pun yang kesah akanmu biarlah saya yang kesah." Krystal melafazkan kata-katanya sambil melinangkam air matanya. Sulli berdiri dan memeluk mereka. 

   Melibelle menangis sekuat hatinya, kini selama bertahun- tahun. Dia dapat berfakap dengan manusia, kini setelah bertahun- tahun tidak dipeluk, dia telah dipeluk dengan eratnya. 

 

       " Kamu mesti laparkan mari kita makan" Melibelle memgajak Krystal dam Sulli makan. Melibelle membawa mereka berdua ke dapur villa tersebut. Melibelle memasak menggunakan kayu api, dia memasakkan pucuk-pucuk ubi kayu untuk mereka berdua.

 

        Selesai sahaja makan Krystal mula bertanya, " melibelle, berapa umur sebenarnya?" Sulli memandang melibelle dengan penuh tanda tanya. " Hmm.. Kalau tak salah dah 10 tahun saya disini... " Melibelle berfikir seperti tidak tahu berapa umurnya.. " Jadi awak ni kakaklah! Kalau 10 tahun bermakna awak sekarang 24 tahun, saya dan sulli 21 tahun." Krystal dan Sulli terkejut. " Tapi.. orang cakap benda ni dah berabad.." Sulli berkata " Mungkin sebab dunia saya dan awak berbeza.." Melibelle berkata. " Berbeza?" Krystal tertanya. " Sewaktu ibu tinggalkan saya... semasa saya menagis keseorangan, saya ditemani oleh seekor kucing liar, saya pernah berkata kepada kucing tersebut yang saya nak jumpa keluarga saya suatu hari nanti dan kucing tersebut berkata yang saya akan jumpa dua orang rakan untum jangkah masa yang lama.. dan sebab itulah saya percaya dan akhirnya.. hari ini saya jumpa dua orang gadis dan mereka telah menjadi kawan saya... " Melibelle tersenyum.

   "Melibelle.. saya rasa kau ni.. dah beratus tahum hidup.." Sulli membuat anggaran.. " Kalau tidak silap saya lahir.. tahun 1939" Sulli dan Krystal terkejut " Jadi umur kau... 90 tahun??!!!!" Mereka berdua menjawap serentak. "90 ? tuanya saya.." Melibelle menjawap. " Ini sungguh menakjubkan! umur 90 tetapi rupa macam sebaya kita kan sulli?" Sulli hanya mampu menganguk dengan soalan Krystal. " Kalau tidak silap, Kucing tu cakap.. Saya akan hilang sumpahan hidup selama-lamanya sekiranya ada orang akan berkawan dengan saya.. " Melibelle berfikir. " Jadi bermakna umur kau sekarang akan dikira semula dan kau akan tua bersama kami.." Krystal berfikir. " Tapi.. saya tidak kenal dunia luar, saya tidak mempunyai apa-apa" Melibelle tunduk. " Jangan risau! Nanti kami urus semuanya!" Jawap Sulli. " Terima kasih, tapi hari dah petang. Bagus kamu berdua balik. Nanti risau pula mereka." Kata Melibelle. " Baiklah kami balik dulu besok kami datang lagi balik ok?" jawap sulli. 

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kyunnie96
#1
Chapter 2: Deyy cepat update . Curious you know?
kyunnie96
#2
Chapter 1: Pakcik hoya n makcik joyah .. bhahahah xD
Jackson <3 . Ni dah mcm cite villa nabila pulak .. tp lain sikit . Btw boleh tahan best yayang .