chapter 3

Malibelle Villa

Selesai sahaja sarapan Krystal dan Sulli meminta izin untuk keluar. Krystal dan Sulli pergi ke villa tersebut  untuk berjumpa Melibelle. Melibelle kelihatan gembira pada hari ini. Dia tersenyum memandang Krystal dan Sulli. 

 

      Melibelle membawa Krystal dan Sulli melihat taman kepunyaan ibunya. Taman yang lama, seperti taman liar. Taman tersebut dipenuhi bunga lavender. Sulli berlari-lari disekitar taman dan memetik bunya tersebut. " Wanginya!" Sulli memuji. Melibelle tersenyum. Sudah lama dia tidak merasa perkara seperti ini. Kegembiraan.

   

       Melibelle seterusnya membawa mereka ke sebuah kawasan lapang dimana terletak di hujung bukit berhadapan dengan laut. Banyak bunga tumbuh mekar di kawasan tersebut. Krystal dan Sulli mengambil kesempatan untuk mengambil gambar. Mereka mengambil banyak gambar dan juga gambar bersama dengan Melibelle. " Melibelle, nanti kami akan balik. Kau ikutlah boleh tinggal dengan kami." Krystal mengajak Melibelle. " Saya tak tahu, saya nak ikut tapi saya takut." jawap Melibelle. " alah! jangan takut! Ianya mesti seronok percayalah!" Sulli berasa teruja. " Baiklah" jawap Melibelle sambil tersenyum. " Jadi, kita kena cari Melibelle baju, kasut, handphone dan sebagainya!" Kata Krystal kepada Sulli. " Dan juga kerja" kata Sulli. " Kalau kerja Melibelle boleh bekerja dengan saya di cafe saya." Krystal berkata. " Saya pandai buat kek sebab dulu saya selalu tolong mama didapur. " Jawap Melibelle.

 

    -Tengahari-

 

       " Saya akan telefon pemandu saya untuk ambil kita disebabkan Melibelle tidak boleh ikut naik bas bersama kita semua. " Krystal memberi cadangan. " Baru tiga hari kita di sini Krys. " Sulli berkata. " Tak apa! Nanti kalau orang tahu kita ke sini nahas kita!" Krystal menegaskan. " Jadi kita akan balik ke seoul besok dan Melibelle akan ikut kita. Jadi kita kena tolong kemas barang Melibelle yang dia perlukan untuk dibawa nanti. " Sulli memberi cadangan.

 

      Mereka mengemas barang-barang kepunyaan Melibelle untuk dibawa ke Seoul besok.Melibelle membawa gambar keluarganya, potret dan barang peninggalan ibunya kepadanya. 

 

 

 

-Keesokan harinya-

 

      " Berhati-hati ya nak. Awal kamu balik. Baru sampai dah nak balik. Tak pa lah kerja kamu lebih penting. " Kata Makcik Joyah kepada mereka. Mereka seua bersalam-salam dan berpelukan. Krystal menghadiakan baju dan beberapa perabot untuk mereka dan Sulli pula memberi sedikit wang tanda terima kasih. 

 

 

        Mereka berhenti di depan laluan larangan. Krystal dan Sulli bergegas untuk mengambil Milibelle. Mereka harus bertindak dengan pantas agar tidak kedapatan oleh orang kampung. 

 

 

        Melibelle duduk di tepi tingkap manakala Sulli di tengah-tengah dan Krystal di tepi. Perjalanan agak jauh sehinggakan Sulli dan Melibelle tertidur manakala Krystal termenung di tepi tingkap.

   Selama tiga jam berada dalam kereta dan punggung mereka pun semua sudah kebas. Krystal dan Sulli membawa Melibelle ke rumah mereka. Mereka membeli katil baru untuk diletakkan di dalam bilik. Mereka bercadang untuk tidur di dalam bilik yang sama. Sesudah itu Krystal meminjamkan Melibelle bajunya kerana semua pakaian Melibelle seperti pakaian dari era pemerintahan ratu Victoria. Krystal memberikan kasut conversenya, Jeans dan T-shirt untuk Melibelle. Sulli pula memotong rambut Melibelle yang panjang mengurai yang tidak pernah dipotong selama 76 tahunnya. Sulli mempunyai saloon kecantikan jadi dia memang pakar dalam bab ini. Setelah pengubah suaian dilakukan Krystal dan Sulli terkejut kerana Melibelle kelihatan seperti Ulzzang yang sangat cantik. 

 

      Mereka membawa Melibelle membeli-belah. Mereka membeli barangan keperluan wanita, baju, beg,kasut, dan sebagainya. Melibelle erasa seperti dalam mimpi. Pertama kali dia melihat bangunan tinggi-tinggi, kesesakan lalu lintas, benda dipanggil kereta, sungguh dia terpesona dengan teknologi zaman kini. Dahulunya orang hanya mengunakan kuda untuk berjalan ke tempat lain atau mengunakan kereta api. Kini semua sudah berubah. Selama 76 tahun tidak melihat dunia, kini dia sudah melihatnya.

   

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kyunnie96
#1
Chapter 2: Deyy cepat update . Curious you know?
kyunnie96
#2
Chapter 1: Pakcik hoya n makcik joyah .. bhahahah xD
Jackson <3 . Ni dah mcm cite villa nabila pulak .. tp lain sikit . Btw boleh tahan best yayang .