Chapter 1

Malibelle Villa

-2015-

 

Ditengah-tengah bandar seoul terdapat sebuah cafe yang terkenal dengan makanannya yang amat lazat. Tuan empunya cafe tersebut adalah Jung Krystal atau dikenali sebagai Krys. Krys adalah seorang gadis cantik dan dilahirkan pada tahun 1994 oleh puan Jung. Sewaktu Krys masih lagi seorang kanak-kanak. Dia telah pun menunjukkan minatnya dalam memasak. Krys seorang yg kuat makan, walaupun demikian badannya sangat cantik persis model terkenal. Apakah rasiahnya? 

    

        Dalam usia muda Krys sudah pun merasai selok-selok kehidupan. Krys seorang yang periang telah bertukar menjadi pendiam dan dingin terhadap orang sekelilingnya. Ini kerana tekanan dari kedua orang tuanya yang mahukan Krys berjaya. Krys telah dihantar ke Universiti Jayson dimana ibu bapanya mahu Krys belajar dalam jurusan perdagagan dengan lebih mendalam. 

          Krys ingin menolak permintaan tersebut tapi apakan daya dia hanyalah anak dan mereka adalah orang tuanya. Sekarang Krys sudah pun menjadi senior di Universiti tersebut. Para Junior sangat menghormatinya kerana dia antara pelajar harapan sekolah dan memegang ranking Queenka dalam sekolahnya. Para Jejaka banyak menaruh hati padanya. Tetapi seorang pun tidak dapat memenangi hatinya. Disebabkan perkara itu dia telah mendapat gelaran Ice Princess di sekolah. 

 

       Pada tahun senior, pengetua Mevine telah merancang sebuah lawatan ke perkampungan kecil bagi mengurangkan tekanan belajar para siswa dan siswi. 

 

 

       " Krys, kau pergi tak masa lawatan nanti?" kawan sebilik Krys mengemukakan soalan. " Saya tak tau lah, lagipun saya malas tapi pengetua asyik suruh saya ikut, jadi mungkin saya pergi" Krys menjawap dengan roti dimulut dan secawan kopi di tangannnya. Dia duduk di atas katil sambil memandang kawannya sulli. " Saya pergi kalau kau pergi, kalau kau tak pergi saya tak ikut lawatan tu." Sulli berkata sambil bantal busuknya dalam pelukan. " Kalau saya terjun gaung agak-agaknya kau ikut tak?" Krystal menyoal sambil dikunyah roti tersebut. " Saya ikut kalau saya tak mati masa terjun" Sulli monyokkan mukanya. " Tak comellah Sulli monyok muka nanti encik Sehun tak suka saya tak tahu" Krys berkata sambil memandang Sulli. " Alah encik Sehun yak kesah lah" Sulli membalas sambil ketawa.

 

 

-Hari Lawatan-

 

 

Sulli dan Krystal duduk di belakang as tersebut. Krystal duduk tepi tingkap dan Sulli ditepinya. Perjalanan memgambil masa 3 jam. Sulli dengan teman lelakinya Sehun asyik bersembang. Krsytal megeluarkan iphone 6 miliknya dan mendengar lagu dengar mengunakan pendegar lagu pink yang dihadiahkan oleh papanya sewaktu hari jadinya tahun lepas. Pendengar lagu tersebut sungguh cantik rekaannya dan hanya satu-satunya terdapat dalam dunia kerana ianya direka khas oleh papanya kepadanya. Perjalanan melintasi ladang, taman-taman dan hutan. Krystal berasa tenang setelah melihat permandangan hijau sepanjang perjalanan. 

   -Kampung Kwon-

 

       Setelah 3 jam berada dalam bas, kini mereka sampai ke destinasi iaitu Kampung Kwon. Mereka disambut oleh orang kampung. Semasa turun dari bas, Krystal dan Sulli disapa oleh seorang makcik dan pakcik. " Selamat datang ke Kampung Kwon nak. " Makcik tersebut memulakan perbicaraan. " Terima kasih makcik.Adakah kami akan tinggal dengan makcik dan pakcik dalam 2 minggu ini?" Krystal bertanya. " ya" jawap makcik tersebut. Pakcik dan makcik tersebut membawa Krystal dan Sulli ke rumah mereka. Sepanjang lawatan ini para pelajar akan diambil menjadi anak angkat setiap warga kampung demi membantu dan belajar akan kehidupan hidup di kampung.

 

       Krystal menarik bagasinya diikuti oleh Sulli. Dalam 10 minit perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah pakcik dan makcik tersebut. Mereka masuk dan pakcik tersebut tolong membawa barang- barang mereka ke bilik tamu. " nak sepanjang berada di sini panggillah makcik sebagai makcik Joyah dan pakcik tersebut namanya Pakcik Hoya." Makcik tersebut berkata dan Krystal dan Sulli menganggukkan kepala mereka tanda faham. 

 

       Makcik tersebut membawa Krsytal dan Sulli ke dapur untuk makan tengahari. " Nak makanlah jauh perjalanan kamu untuk sampai ke sini, mungkin kamu penat. Lepas makan kamu berehatlah, nanti besok kalau nak round kampung nanti pakcik bawakan. " Makcik Joyah berkata sambil menghidangkan makanan seperti ulam-ulaman. Sulli memandang makanan tersebut dan berbisik kepada Krystal. " Weh krys, boleh makankah benda ni?". " Kau tak nak makan meh saya makan" Krystal menyuapkan makanan tersebut ke mulutnya. " Sedapnya!" Krystal membuat reaksi terkejut kerana inilah pertama kali dia makan makanan tersebut. Sulli melihat reaksi Krystal dan dia pun menyuapkan maknan tersebut ke mulutnya. Sulli membuat reaksi yang sama dengan Krsytal dan mereka makan dengan berseleranya.

      Sesudah selesai makan dan menolong makcik Joyah, Sulli dan Krsytal berjalan-jalan disekitar rumah. Krystal dan sulli menangkap gambar bersama sebagai kenangan. Tiba-tiba telefon Sulli berbunyi. " hello oppa, baiklah sekarang juga sulli pergi." Sulli tersenyum dan memberitahu Krystal yang dia nak jumpa Sehun. Krystal mengelangkan kepala dan melambai ke arah Sulli.

 

        Krystal meminjam basikal pakcik Hoya. Katanya dia nak pergi mengambil angin. Krystal melihat banyak benda hijau dan kanak-kanak bermain-main. Jauh dia berkayuh, tiba-tiba satu benda telah menarik perhatiannya. Ianya seperti sebuah laluan ke atas bukit. Dan terdapat papan tanda tertulis 'No Entry'. Krystal tertanya tempat apakah itu. 

 

-makan malam-

 

       Selesai sahaja makan malam, Krystal bertanya kepada pakcik Hoya. " Pakcik tadi sewaktu saya sedang mengambil angin tadi saya telah sampai ke sebuah tempat. Dan saya ternampak sebuah laluan untuk keatas bukit. Saya tertanya kenapa laluan itu ditutup dan dilarang masuk?" soalan krystal telah membuatkan pakcik Hoya dan makcik Joyah terkejut. Rasa bersalah kalau tidak memberi tahu Krystal perkara sebenar, Pakcik membuka cerita. " Nak kalau kamu nak tahu tempat itu adalah laluan ke atas bukit. Di atas bukit tersebut terdapat sebuah villa yang amat cantik. Villa tersebut telah dibina berabad- abad lamanya. Villa tersebut didiami oleh sepasang suami isteri yang kaya bersama dua orang anak mereka iaitu Jackson si abang dan Melibelle si adik. Masing-masing berumur antara 16 dan 14. Villa tersebut dinamakan sempena nama anak perempuan mereka Melibelle. Sewaktu hari jadi Melibelle ke 14 tahun. Melibelle telah membunuh diri di bilik tidurnya. Semua warga kampung terkejut dengan berita tersebut dan beberapa minggu selepas kematiannya. Suami isteri tersebut telah berpindah jauh dari kampung bersama anak lelaki mereka Jackson. Kononya roh Melibelle masih berkeliaran di sekitar villa dan menghantui villa tersebut. Orang kampung tidak berani mendekati villa.

   Dan sebab demikianlah laluan ke villa tersebut telah ditutup. Ingat nak pakcik nak pesan jangan sesekali masuk ke sana. Ianya bahaya." Panjang pakcik Hoya menerangkan kepada Sulli dan Krystal. 

 

      Sulli dan Krystal masuk kedalam bilik mereka. " Weh Krys, kenapa dari tadi saya tengok kau ni macam curious sangat eh? Kau terfikir pasal villa tu kah?" Sulli bertanya. " Saya nak tahu sangat pasal villa tu, kenapa Melibelle bunuh diri? Mesti ada sebab. Saya nak siasat villa tu" Kata Krystal sambil meletakkan azamnya untuk mensiasay villa tersebut. " Kau jangan jadi gila" Sulli berkata sambil memegang bahu Krystal. " Sul, Kau nak ikut saya atau tak?" Krystal menyoal sulli dengan penuh harapan, " er.. Sebenarnya say  nak ikut, tapi saya takutlah" Sulli teragak-agak. " Jangan risau Krystal kan ada" 

 

        

    

   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kyunnie96
#1
Chapter 2: Deyy cepat update . Curious you know?
kyunnie96
#2
Chapter 1: Pakcik hoya n makcik joyah .. bhahahah xD
Jackson <3 . Ni dah mcm cite villa nabila pulak .. tp lain sikit . Btw boleh tahan best yayang .