+009

Misi Curi Hati Abang Kantin

"Ibu."

"Ya?"

Haneul terdiam seketika. Matanya tekun memandang Puan Kim yang leka melipat baju di tengah-tengah ruang tamu rumah mereka sambil menonton siaran ulangan episod Goblin yang tidak sempat ditontonnya.

"Ibu..."

Puan Kim menghentikan aktiviti melipat kain buat seketika dan menoleh ke arah anaknya itu. "Apa dia kamu ni?" Dahinya sudah berkerut. Hairan dengan kelakuan anaknya itu.

Haneul menayangkan giginya yang cantik tersusun. "Janganlah marah," usiknya.

Puan Kim menggelengkan kepalanya sebelum menyambung semula aktiviti melipat kainnya yang tergendala sebentar tadi. Malas melayan.

Haneul memuncungkan bibirnya seketika apabila melihat Puan Kim yang tidak menghiraukannya. Punggung diangkat dari sofa. Jam dinding dikerling seketika. 9.30 pm.

"Han naik bilik dulu. Selamat malam," pamitnya sebelum meninggalkan Puan Kim keseorangan di hadapan televisyen dan mendaki tangga untuk ke biliknya.

"Selamat malam." Balas Puan Kim bersahaja. Kebetulan juga kain-kain sudah selesai dilipat, bermakna bolehlah dia menonton drama kegemarannya itu tanpa sebarang gangguan. Oh yeah!

Haneul menutup pintu biliknya. Langkah diatur ke kerusi belajarnya sebelum punggung dihenyak.

Malam ni satu kerja sekolah pun tak ada memandangkan dia sudah bertungkus-lumus menyiapkan semuanya di sekolah, memastikan tiada satu pun kerja sekolah yang akan mengganggu fikirannya pada malam ini.

Malam ini, dia mahu bebas.

Ceit, ayat poyo.

Kepalanya digaru seketika bagi mengingati kembali pelan asalnya pada malam ini.

Jarinya dipetik apabila dia berjaya mengingat semula apa yang seharusnya dia lakukan malam ini.

Perlahan-lahan dan dengan penuh cermat, beg yang bersaiz sederhana yang tersimpan elok di dalam laci meja belajarnya, dikeluarkan.

Misi malam ini: Mencari dan men-stalk akaun-akaun media sosial milik si abang kantin.

Auch.

Sebenarnya, boleh saja kalau Haneul nak jalankan aktiviti dia tu menggunakan smartphone dia. Lebih mudah, lebih cepat.

Tapi memandangkan ini kali pertama dia buat kerja-kerja sasaeng fan ni a.k.a stalk orang—tambahan pula orang tu diminatinya—dia sengaja nak jadikan dia punya road-to-first-stalking-activity-ever tu supaya jadi lebih mencabar.

Kononnya lah.

Setelah laptop berwarna ungu pastel itu selamat dikeluarkan dari beg, dia pantas mengambil tempat di atas katil. Bantal-bantal empuk miliknya disusun bagi menyelesakan dirinya ketika bersandar manakala laptop itu pula diletakkan di atas riba.

Setelah kata kunci dimasukkan dan talian wi-fi berjaya disambung ke laptopnya, jari jemarinya diletup-letupkan.

Mission, start.

----------

"La la la~"

Haneul bernyanyi-nyanyi kecil bersama senyuman lebar di wajah. Ketika ini, dia sedang berjalan kaki ke sekolah bersama-sama dengan Amber.

Jungkook? Mungkin sudah sampai dulu di sekolah. Sudah beberapa minggu juga mereka bertiga tidak melepak bersama-sama. Namun Haneul faham dengan minat sahabatnya yang seorang itu.

Tapi tak taulah pulak Amber macam mana~

"Weh, apahal happy semacam je aku tengok kau hari ni? Kemain nyanyi bagai," tegur Amber yang sedari tadi dihimpit bingung. Mana tidaknya, semenjak meninggalkan pekarangan rumah Haneul tadi untuk ke sekolah bersama-sama, sahabatnya itu tidak henti-henti menyanyi. Kadang tu pulak sengih lebar sorang-sorang. Ngeri dia tengok.

Haneul berhenti menyanyi dan tersenyum nakal memandang ke arah Amber. "Kau rasa?" Keningnya diangkat-angkat, sengaja ingin menambahkan unsur saspen.

Amber menjulingkan matanya ke atas, "Haah memang aku boleh baca fikiran orang lain." Jawabnya sinis.

Haneul tidak mempedulikan kesinisan sahabatnya itu, malahan dia ketawa pula.

"Aha-hah! Kalau aku bagitau kau apa yang aku buat semalam, mesti kau tak percaya punya," katanya sekaligus menimbulkan syak di dalam hati Amber.

"Kau buat apa hah? Jangan cakap kau layan movie dewa-" Belum sempat dia menghabiskan ayat, mulutnya sudah pun ditekup kuat oleh Haneul.

"Choy! Kau ingat aku ni byuntae ke apa? Tolonglah," katanya sambil membuat ekspresi geli.

Amber mengangkat bahu, "Well, itu je benda yang aku fikir kau takkan buat. Sekurang-kurangnya, buat masa sekarang."

Haneul mengepal buku limanya dan menumbuk perlahan bahu Amber. "Inilah dia kawan," katanya dalam nada sindiran. Namun, tidak lama selepas itu bibirnya kembali menarik senyum sumbing. "Kau mesti takkan percaya punya benda yang aku baru buat semalam." Ulangnya sekali lagi.

"Apa benda yang kau buat?" Soal Amber, kali ini benar-benar ingin tahu. Bersungguh benar Haneul nak dia teka ni.

Kenyitan mata dari Haneul membuatkan dia hampir muntah, namun tidak setelah ayat seterusnya dituturkan.

"Aku stalk abang kantin weh!"

----------

"JEON JUNGKOOK!"

Jungkook yang sedang meneguk sebotol air mineral sejuk setelah hampir satu jam berlatih, hampir tersedak setelah mendengar jeritan dari suara yang dikenalinya itu. Matanya tidak lepas dari memandang pemilik suara itu yang semakin mendekati tempat di mana dia sedang berdiri sekarang.

"Nak?" Serta-merta, botol air di tangannya itu disuakan pada Amber yang kelihatan tercungap-cungap.

Amber membatukan diri buat seketika sebelum menggelengkan kepalanya, "Tak apalah. Kau lagi perlukan air kot." Balasnya.

Jungkook tersenyum senget. "Kau pun apa kurangnya. Termengah-mengah. Kena kejar dengan peminat ke apa?" Ujarnya sekadar mengusik. Botol air kembali ditutup dan diletakkan di dalam training bagnya. Peluh yang menitik dari dagu dibiarkan. Sekejap lagi pun nak sambung praktis lagi.

Amber memuncungkan mulutnya. "Aku ni tak macam kau; pandai dalam semua jenis sukan, pandai dalam pelajaran, ada rupa..." Menyedari keterlanjuran katanya, Amber cepat-cepat menukar topik bicara, "Ahem, ni, aku nak bagitau sesuatu."

Jungkook tersengih sebelum menyilangkan tangannya di dada. "Jangan ingat aku tak dengar eh?" Usiknya sebelum mengenyit mata.

Amber menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah. Walhal hakikatnya, dia sedaya upaya untuk mengawal degupan jantung yang tiba-tiba meningkat.

"Dahlah, merepek. Dengarlah apa yang aku nak cakap ni."

Jungkook mengangguk-anggukkan kepalanya. "Okeylah, okeylah. Cepatlah cerita. Aku dengar," katanya ingin meyakinkan Amber bahawa dia setia mendengar.

Amber menarik nafas dalam sebelum memulakan ceritanya, "Kau tau tak Haneul sekarang dah minat seseorang?" Ujarnya tanpa berselindung. Soalan itu berjaya membuatkan Jungkook terbeliak biji mata. Tangannya yang tadi tersilang di dada sudah dijatuhkan ke sisi. "Serius?"

Amber laju menganggukkan kepala. "Serius weh. Kau nak tau tak siapa yang dia minat tu?"

"Siapa? Aku kenal ke?"

Amber menjungkitkan bahunya. "Mungkin ya, dan mungkin tak. Bergantung pada kau ada makan kat kantin atau tak semalam." ujarnya, menambahkan tanda tanya di kepala Jungkook.

Gelengan kepala merupakan jawapan kepada pertanyaan Amber.

"Makes it all fun to tell you." Katanya pada diri sendiri, namun didengari Jungkook yang pantas mengerutkan dahinya. "Apa kau cakap?"

Amber menggelengkan kepalanya. "Takde apa. Berbalik kepada topik asal, nampaknya kawan kita tu dah minat kat sorang pekerja baru kat kantin sekolah kita ni." Pendedahan itu ternyata berjaya membuatkan Jungkook terkejut beruk. Matanya yang sememangnya besar, dibesarkan lagi bukaannya. Biar betul?!

"Seriuslah weh?!"

Amber menganggukkan kepalanya buat kesekian kalinya. "Serius weh. Aku pun masih dalam mood terkejut ni." Jujur dia katakan, dia masih lagi tidak dapat melupakan luahan hati Haneul semalam.

Jungkook sudah pun melabuhkan punggungnya pada bangku panjang yang tersedia di tepi gelanggang bola keranjang itu. Riak terkejut masih lagi terpapar pada wajahnya. "Amber..."

"Hmm?"

Jungkook mengangkat kepala dan memandang tepat ke dalam anak mata Amber. Buat seketika, Amber hampir ingin cair namun dia berjaya mengawal diri. "Kenapa?" soalnya sekali lagi.

Lama Jungkook terdiam sebelum satu soalan meniti keluar dari mulutnya.

"Haneul minat lelaki tua ke?"

----------

Another update sebelum author betul² pergi ke study mode. Exam lagi seminggu huhu 😣

 

p.s. ada lagi ke yang baca cite ni? Ce komen sikit hehe

 

--bwoyaaaa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
--bwoyaaaa
Sorry for always not updating earlier!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 14: Goodluck for your final exam!
Btw, I miss you already >.<
aquariusxpisces
#2
Chapter 14: Huhu.... Baik authornim, goodluck exam:)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Seni is lifeu :3

Tertanya-tanya kalau amber rambut panjang :333
lilylunalove
#4
Chapter 13: Nampaknya cuma Mingyu dan saya je yang teruja waktu Pendidikan Seni. Eh? Hahahahaha sebenarnya saya pun minat seni sama macam Mingyu ! /senyum nampak gigi/ Dan major subjek saya pun seni hahahahaha oleh itu saya nak jadikan Mingyu partner saya! XD

Haih kesian Amber. Perangai dia takde la kelelakian sangat, cuma penampilan jela kot. Kalau Amber pakai dress, dia mesti cantik! :)
lilylunalove
#5
Chapter 12: Amber is so cute! Walaupun luaran nampak kasar and ala ala 'gangster' but we all know that deep inside, she's still an innocent girl with a pure heart that's full of love XD
lyanaesyaz #6
Chapter 11: ayat last lawak..pape pon update lahh lgii
lilylunalove
#7
Chapter 11: Saya masih baca! Hehe. Haih la kalau abg kantin sehandsome Kai, em mmg dh lama saya mengorat tau! buat muka tak maou je mintak no phone haha XD
Fisha99 #8
Chapter 9: selamat berpuasa too author, wohoo, ramah giloo abang kantin ni, ada rama² dalam perut saya bila baca part abang kantin sembang dengan haneul, hahahaヽ(^。^)ノ
starlightkim_
#9
Chapter 8: Amboi,jongin...asyik senyum je kat depan hanuel.dia suka kat hanuel ke apa?comel je amber bila dekat dengan jungkook