Final~~~

❁ My Love Only For You ❁
Please Subscribe to read the full chapter

“Seobie, ke mana awak nak bawa saya ni?” soal Eunji apabila Yoseob membawanya masuk ke dalam kedai.

“Adalah. Temankan saya.” Jawab Yoseob dan pada masa itu jugalah telefon Eunji berbunyi menandakan seseorang telahpun menghantar sms kepadanya.

Eunji mengambil telefonnya daripada beg tangan kemudian memeriksa mesej itu.

   Ji, boleh tak kalau saya jumpa awak malam ni? Kita jumpa di resort keluarga saya. Jam 7 malam. Saya nak selesaikan salah faham ni. Saya betul-betul harap awak akan datang. Love you always baby.

“Siapa yang hantar tu?” soal Yoseob.

“Suho. Dia nak jumpa saya malam ni. Jam 7.” Jawab Eunji.

“Tunggu apa lagi. Jomlah pergi. Dia nak jumpa awak kat mana?” soal Yoseob.

“Kat resort family dia.” Jawab Eunji kemudian memandang ke arah Yoseob.

“Jomlah. Resort dekat dengan pantai tu kan?” soal Yoseob lagi.

“Ya.” Jawab Eunji dan pada masa itu juga Yoseob menarik Eunji menuju ke keretanya.

___________________________________________________________________________

“Ahra, macam mana ni? Dah jam 7.05 malam ni. Takkan Eunji tak datang?” soal Suho resah.

“Hish. tunggulah sekejap. Baru lima minit lah. Mungkin dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kot. Maklumlah sekarang ni waktu puncak. Orang tengah berlumba-lumba nak balik ke rumah. Cuba bawa bertenang sikit.” Ujar Ahra kemudian membetulkan tali leher Suho itu.

“Hmm... Saya akan cuba.” Jawab Suho. Ahra hanya tersenyum apabila melihat kawan baiknya itu sedang cuba untuk menenangkan dirinya.

“Tuan! Cik Eunji dah tiba.” Salah seorang pekerja resort ini memaklumkan kepada Suho dan Ahra tentang kedatangan Eunji itu.

“Ok. Suho, saya pergi dulu. Tenangkan diri. Fighting!” sorak Ahra sebelum dia pergi dari tempat itu meninggalkan Suho dan seorang chef yang sedang memanggang makanan untuk Suho dan Eunji.

Suho hanya mampu mengukirkan senyuman apabila Ahra berkata sedemikian.

___________________________________________________________________________

Eunji akhirnya tiba ditempat yang dimaksudkan pekerja resort itu. Dia terkejut apabila melihat Suho yang kini dikelilingi oleh lampu neon dan juga terdapat sebuah meja yang berada dibelakang Suho itu.

Eunji bergerak perlahan-lahan kerana terkejut melihat suasana itu.

Suho mengukirkan sebuah senyuman yang sangat manis buat gadis kesayangannya itu.

“Awakkah yang buat semua ni?” soal Eunji apabila dia berada dihadapan Suho. Dimatanya, Suho kelihatan sangat kacak apabila mengenakan kot berwarna putih itu.

“Sudah tentulah. Hari inikan tahun ketiga kita telah bersama-sama. Mustahil saya nak buat biasa-biasa saja.” Jawab Suho sambil tersenyum. Dia kemudiannya memegang tangan Eunji.

“Ji, oppa minta maaf sangat-sangat tentang salah faham ni. Oppa tak sangka pula perkara ni akan berlaku.” Kata Suho.

“It’s okay oppa. Ji, faham. Ji pun nak minta maaf sebab buat tuduhan melulu. Ji minta maaf.” Ujar Eunji pula.

Suho tersenyum kepada Eunji. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket kot lalu dia melutut dihadapan Eunji.

“Jung Eunji. Sudah tiga tahun kita menyulam cinta kita ini. dan sekarang sudikah awak meluangkan seumur hidup awak dengan saya, Kim Joonmyeon?” tanya Suho kemudian menunjukkan Eunji cincin yang dibelinya petang tadi.

“Jung Eunji, sudikah awak mengahwini saya, Kim Joonmyeon?” tanya Suho lagi.

Tanpa sedar air mata Eunji mengalir. Air mata Eunji mengalir kerana dia terkejut dan juga gembira apabila Suho mengajaknya untuk berkahwin.

“Kim Joonmyeon. Sudah tentulah saya nak kahwin dengan awak. Takkan saya tak nak terima awak. Tempat awak adalah di sini dan juga berdiri di sisi saya untuk selamanya.” Jawab Eunji kemudian menunjukkan dadanya dimana Suho berada.

“Thank you so much sayang.” Ujar Suho kemudian dia menyarungkan cincin itu di jari manis Eunji.

Eunji memeluk Suho sebaik sahaja cincin itu berada dijari manisnya. Suho membalas pelukan itu dan dia mencium pipi Eunji.

___________________________________________________________________________

Ahra hanya melihat suasana itu sambil tersenyum. Dia tumpang gembira untuk kawan baiknya itu.

“Nampaknya mereka berdua dah bahagiakan?” soal Yoseob yang muncul secara tiba-tiba itu.

Ahra hanya melihat Yoseob sambil tersenyum.

“Memang pun. Mereka berdua nampak gembira sangat. Saya tumpang gembira untuk mereka berdua.” Jawab Ahra ikhlas.

“Kita berdua kena lupak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Maeloveu #1
Chapter 1: huhuhu.. cian suho erk.. x psal2 kna tengking ngan eunji... good job authornim.. d tgu update strusnya