Beginning~~~

❁ My Love Only For You ❁
Please Subscribe to read the full chapter

“Apa semua ni Suho?! Awak kata awak hanya cintakan saya? Tapi selama ni awak ada perempuan lain dibelakang saya? Dan awak berdua dah nak kahwin? Suho! Tergamak awak buat saya macam ni?! Saya.... Saya benci awak!” kata-kata Eunji itu masih lagi terngiang-ngiang ditelinga Suho. Suho bingung. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia kemudiannya mengetuk-ngetuk kepalanya kerana fikiran dia telah buntu. Buntu untuk menyelesaikan salah faham ini. kejadian 1 jam yang lalu bermain kembali difikiran Suho.

Flashback

“Ahra, tolonglah saya. Saya tak tahu macam mana nak cari cincin untuk melamar Eunji nanti. Please! Takkan awak tak nak tolong kawan baik awak ni?” Suho merayu kepada Ahra untuk membantunya mencari cincin.

“Suho, please jangan buat saya macam ni. Kenapa awak tak ajak Eunji saja? Kan senang tak perlu awak bingung design yang mana sesuai untuk Eunji.” Jawab Ahra kemudian melihat ke arah Suho.

“Alahh.. Saya nak buat surprise untuk Eunji. Takkan saya nak ajak dia. Tak menjadilah surprise saya untuk Eunji tu.” Kata Suho.

“Tipu jelah dia. Cakap kat dia yang awak nak belikan cincin untuk adik awak. Sebab tak lama lagi hari jadi adik awak akan tiba. Kan senang.” Ujar Ahra.

“Yah! Awak dah lupakah? Saya ni anak tunggallah. Macam mana saya nak tipu dia yang saya nak belikan cincin tu untuk adik saya? Kantoilah nanti.” Kata Suho kemudian mengetuk kepala Ahra. Ahra kemudiannya mengusap-usap kepalanya yang sakit itu akibat diketuk oleh Suho.

“Hmm... Baiklah. Jom kita pergi sekarang. Tak pasal-pasal awak lambat pula nak laksanakan plan awak tu.” Akhirnya Ahra mengalah. Suho tersenyum. Mereka berdua kemudiannya berjalan bersama-sama menuju ke sebuah kedai barang perhiasan yang agak terkenal dikawasan Gangnam itu.

Ketika mereka sibuk memilih cincin untuk Eunji, seseorang telah lama memerhatikan mereka berdua dengan wajah yang sedih dan juga terkejut.

Dia memerhatikan Suho dan Ahra yang sedang tersenyum-senyum itu ketika memilih cincin. Dia menunggu mereka berdua keluar dari kedai itu.

“Apa semua ni Suho?! Awak kata awak hanya cintakan saya? Tapi selama ni awak ada perempuan lain dibelakang saya? Dan awak berdua dah nak kahwin? Suho! Tergamak awak buat saya macam ni?! Saya.... Saya benci awak!” marah Eunji sebaiik sahaja Suho dan Ahra keluar dari kedai itu.

“Ji... Err.. Semua ni hanya salah faham.” Suho cuba untuk memberitahu keadaan sebenar tetapi malangnya Eunji telahpun pergi dari situ. Suho melihat ke arah Yoseob.

“Woah. Memang hebat betullah awak ni. Boleh pula ada perempuan lain dibelakang Eunji. Patutkah awak buat macam begini kepada Eunji?” soal Yoseob sinis kepada Suho.

“Yah! Semua ni hanya salah fahamlah. Mustahil Suho nak buat macam tu. Dia ni hanya setia kepada Eunji faham? Kami berdua Cuma kawanlah. Tak lebih dari itu. Think positive sebelum keluarkan perkataan begitulah. Poyo.” Marah Ahra kepada Yoseob.

“Oh yeah? Setia? Habis tu, buat apa korang berdua masuk ke kedai ni sambil ketawa then pilih cincin? Huh?” kali ini Yoseob tersenyum sinis.

“Dimana pula otak genius awak tu? Kat lutut ke? Yah! Pabo! Berfikirlah sikit. Awak pernah nampak kami berdua keluar dari mana-mana kedai sambil berpelukkah? Huh?” kali ini Ahra membalasnya dengan muka yang merah menahan rasa marahnya.

“Dahlah. Malas saya nak layan kamu berdua ni.” Kata Yoseob kemudian berlalu pergi dari situ.

“Suho, macam mana ni? Yah! Suho, tunggu sayalah.” Ahra cuba bertanya kepada Suho tetapi Suho telah bergerak terlebih dahulu meninggalkan Ahra dibelakang.

 

“Ahra, macam mana ni? Eunji dah salah faham. Panggilan saya pun dia tak nak angkat. Macam mana ni?” tanya Suho dengan muka yang agak kesian.

“Saya pun tak tahulah Suho.” Jawab Ahra perlahan.

“Ahra, saya tak nak kehilangan Eunji. Tolonglah fikirkan apa-apa idea supaya saya dapat selesaikan salah faham ni. Please?” rayu Suho kerana

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Maeloveu #1
Chapter 1: huhuhu.. cian suho erk.. x psal2 kna tengking ngan eunji... good job authornim.. d tgu update strusnya