member 3

〈 C I N D E R E L L A S // new big hit entertaiment girls' group 〉 「 story starting 」
 
 
O3 X NAOMI WILLIAMS
           "Dessert Bella memang terbaik sekali!"Jerit gadis yang bermuka suci itu lantang. Mukanya jelas suci tapi tidak semestinya personalitinya sama lembut kan? Suara lantang gadis itu mengundang jelingan maut dari gadis yang duduk berhadapan dengannya , Jumie.

"Kau datang sini nak makan je ke?" Jelas menyampahnya Jumie terhadap gadis itu dari suaranya dan gerak matanya bila bercakap dengan gadis di hadapannya itu.

"Yelah. Kau fikir apa aku buat datang jauh-jauh ni? Nak main pondok-pondok?"

Geram hati Jumie bila diperli begitu. "AHHH Yeollie!" Jumie menghentakkan kepalanya ke meja makan dengan kuat. Nampak sangat stress dengan Nayeol.

Bella yang melihat mereka berdua dari dapur hanya menahan tawa. Apalah unnie dua orang tu.

Terhambur ketawa Nayeol. Memang pada awalnya tujuan sebenar dia melawat dorm Cinderellas untuk mengucapkan tahniah kerana akan debut tidak lama lagi. Tapi, langsung dia lupa nak ucapkan tahniah apabila sahaja terbau bauan manis yang sebenarnya ialah masakan Bella. Kek Cheese , Tiramisu dan Jelly . Siapa boleh tolak makanan sedap macam tu? Lebih-lebih lagi Si tinggi Nayeol yang gilakan dessert. Bila Jumie buka aje pintu, Nayeol terus menolak Jumie ketepi dan duduk di meja makan mereka lalu terus makan masakan Bella itu sehinggalah sekarang. Jadi terungkailah sudah sebab Jumie buat muka macam harimau 7 bulan tak makan tu. Yang jadi mangsa, si kecil Bella lah yang dari tadi tak berhenti masak akibat ada orang yang telan kesemua masakannya dengan sekali harung. Takpe, Bella sendiri pun suka masak

. "Jumie, makanan atas meja ni dah habislah. Kau bawa yang baru Bella masak tu boleh? dari kau duk tidur kat sini" Selamba Nayeol mengarah Jumie

"APA? TAKMAU!"

Bella yang dari tadi melihat gelagat dua orang itu akhirnya melepaskan tawanya yang dari tadi ditahan-tahan. Hish dua manusia ni, aku rasa macam aku pula yang paling tua dekat sini. Lantas dia mengambil lollipop besar dari dalam peti sejuk lalu memberikannya kepada Nayeol. "Unnie, makan lollipop ni dulu ok? Kek tu kena masuk peti sejuk dulu , bagi sejuk baru sedap dimakan. kalau makan sekarang alamatnya unnie kena pergi hospital lah. Melecur lidah tu hehe" Lembut aje suara Bella serta senyuman paling comel dilemparkan pada Nayeol. Cair hati Nayeol dilayan begitu, macam emak layan anaknya pula walaupun terang lagi bersuluh Bella muda setahun dari Nayeol.

"Hah! Ni buat unnie sayang Bella lebih ni. Tak macam orang tu" Sengaja Nayeol kuatkan bahagian "orang tu" sambil menyengih pandang Jumie. Memang Nayeol begini, suka sangat menyakitkan hati orang. Katanya bila nampak orang marah,mereka nampak comel, jadi untuk buat semua orang sentiasa comel jadi dia yang bertanggungjawab lagi genius mestilah kena kacau orang kan? heuheu.

"APA NI YEOLLIE TSK TSK . SAMPAI KAKI KAU BUAT AKU MACAM NI KAN" kuat macam guna mic suara jumie, pipi sengaja dikembungkan.

Sambil pertengkaran manja dua orang ahli ni dilancarkan, telefon rumah berbunyi. Sebagai, manusia paling muda di dalam rumah tersebut serta yang paling matang dan normal, Bella yang rajin dan berwibawa tulah yang tolong angkat phone. Nak harap dua orang tu memang ke tua pun tak lah.

"Hello, Yora here." Elegan sungguh suara Bella bersuara mengangkat telefon.

"AH! Yora! Papa ni, papa nak tanya ni-" suara Bang Si Hyuk terpotong pabila terdengar jeritan dua gadis itu. Memanglah suara mereka kuat nama pun gaduh manja. "Apa yang bising sangat tu?"

Bella tergelak kecil. "Papa, kat sini orang-orang semua tengah berperang. Ultraman melawan Doraemon. Agak-agak siapa yang menang eh?"

Pelik Bang Si Hyuk mendengar. Apa budak ni merepek pula ni? Wujud lagi ke ultraman dengan doraemon tu?

Bila lama 'papa' senyap, tahulah Bella yang papa pun blur. Bella menguntum senyum lalu berkata " Yeollie unnie dengan Jumie tengah berperang lah papa. Yeollie unnie kan tinggi macam ultraman, Jumie pula kecil je macam doraemon"

Terhambur ketawa Bang Si Hyuk di hujung talian mendengar celoteh Bella. Ada-ada je budak ni. "Hm, baguslah Nayeol ada disitu. Papa memang nak panggil dia kemari pun. Tolong pesan ke dia papa tunggu dia kat office ok?" Memang Bang Si Hyuk tahu budak bertiga tu rapat dan biasa membahasakan diri dengan nama panggilan tu. Untuk orang special lah katakan.

"Hm nanti Yora sampaikan. Tata . Yora letak dulu ok?" Bella tak berhasrat nak tanya kenapa papa mahu berjumpa Nayeol. Malas dan rasa tidak hormat pula bila bertanya.

"Tata." Hm, Sekarang tinggal nak leraikan dua orang tu. Siaplah korang.

"HAN JUMIE! YEOLLIE UNNIE!" pekak telinga Jumie dan Nayeol mendengar jeritan Bella. Automatik Jumie dan Nayeol menutup telinga. Senyap terus dua makhluk tu.

"Apa ni Bella" Serentak Nayeol dan Jumie menyoal.

"Papa, nak jumpa Yeollie unnie."

"Eh? Buat apa nak jumpa unnie? Adeh" Cemas Nayeol. Aku ada buat salah ke? Ah tidak! Tak mau bertemu maut, papa kalau marah menakutkan sungguh!

"Aiyook! Yeollie, apa kau dah buat heh heh" Sengaja Jumie menakut-nakutkan Nayeol.

"Entahlah aku pun tak tahu. Tak tanya. Unnie pergi jelah dulu nanti papa marah pula lambat."

Dengan perasaan sebak dan takut Nayeol memeluk kedua-dua orang itu. "Wish me luck"

Jumie tergelak lalu mencubit pipi gebu Nayeol. "Yah kau bukan nak pergi berperang ke apa. Papa nak jumpa je pun. Tak payahlah takut sangat HAHA. Aku pasti Kau tak buat salah apa pun. Jangan cemas sangat ok?" Bella menepuk-nepuk belakang Nayeol.

"Betul cakap Jumie." Nayeol mengeluh dan mengucap selamat tinggal pada mereka berdua lalu keluar dari dorm mewah Cinderellas itu.

------

Dalam perjalanan ke bangunan BigHit Nayeol terlanggar seorang lelaki yang memakai kaca mata hitam, kot hitam, kasut hitam dan skraf pun hitam. aduh dah macam kenduri perkebumian pula tengok mamat ni. Mukanya ditutup mungkin sedang menyamar?

"Myung."

Memang mudah sangat Nayeol nak kenal lelaki ni, dalam dunia ni orang tak pakai macam dialah semua pun nak hitam, obses sangat! Heh heh mengata orang tapi aku pun pakai kebanyakkan baju hitam juga tapi tak kira sebab bukan semua hitam ok?.Lelaki itu terus membuka kaca mata hitamnya. Mana nak kena pakai kaca mata hitam waktu malam? Dah gelap tambah gelap. Nasib baik tak terlanggar tiang eletrik ni.

"Eh? Nayeol!" Terkejut Kim Myungsoo bila terdengar suara gadis itu. "Buat apa kat sini?"

"Tanam jagung. Tak nampak ke ?" Tangan Nayeol sengaja dibuat konon-konon tengah tanam jagung.

"Lawak sangat,Naomi Williams" Naomi Williams, tu nama sebenar a.k.a nama lahir Nayeol. Myungsoo memang tahu tentang nama Nayeol sebab Nayeol sendiri yang cerita.

Sungguh pedas kata-kata Myungsoo di telinga Nayeol. "Mestilah orang tengah jalan nak balik ke tempat latihan."

Myungsoo tersengih. "Eh? Tengah malam ni pergi mana cik kak oi tak practice? hah ponteng eh"

Nayeol tersengih juga. "err.. err lebih kuranglah. At least orang jujur wehehe"

"Hm, dah malam ni cik adik , jomlah cik abang ni hantar cik adik balik. Sambung esok jelah practice . Tidur awal, bangun awal , practice awal kan?"

"Takpelah, cik abang sayang. Cik adik ni nak pergi-" Bila teringat papa panggilnya ke bangunan lewat malam macam ni baru Nayeol terfikir. Aduh boleh pula aku lupa yang aku akan kena marah sat lagi. Ni jumpa mamat ni lah aku lupa ni. Terus sumbing suara Nayeol berbicara " pergi jumpa Bang Si Hyuk-nim , dia panggil"

Myungsoo dapat mengesan perubahan riak wajah pada muka Nayeol lalu dia menggosok-gosok kepala Nayeol. "Jangan risaulah, beliau (eceh ayat formal) tak marah awak punya. Saya yakin yang dia nak bagi good news je tu" Myungsoo tersenyum dan kemudian mencapai tangan Nayeol lalu digenggamnya erat. "Yakin pada diri sendiri ok?"

"Baiklah, saya pegang kata-kata awak tu,myung." Nayeol mengeluh.

"Oppa." Myung soo tambah. "Bila awak nak panggil saya oppa ni ?"

Nayeol memandang dalam ke anak mata Myungsoo. "Bila sampai waktunya" Kemudian Nayeol tertawa dan lari dari Myungsoo. Sempat juga Nayeol hadiahkan Mehrong buat Myungsoo. Myungsoo yang dari jauh lihat Nayeol pun mengeleng-gelengkan kepalanya. Budak ni memanglah.

------

Nayeol mengetuk pintu office Bang Si Hyuk.

"Masuk"

Yang Nayeol pelik. papa tak tunjuk muka harimau dia pun sebaliknya menguntum senyuman terindah di taman. Aik orang tua(tak delah tua mana hik ) ni kenapa ops ops.

Sebaik sahaja melihat Nayeol masuk papa terus memeluk Nayeol. "AH! anak papa akhirnya akan debut juga. Penat papa cari Nayeol tadi , dekat semua orang papa tanya , nasib baik papa call Bella dapat. Tahulah Nayeol kemana. Aduhai papa sanggup tunggu malam-malam ni nak bagitahu sendiri tahu?"

Terkedu Nayeol mendengar. Peluh dingin juga menitik. Papa buat lawak yang memang tak lawak apakah ini? "P-pardon me?"

Bang Si Hyuk menjentik dahi Nayeol. "Yah Kwon Nayeol!"

Barulah Nayeol sedar yang sebenarnya dia juga bakal debut dan mengangotai Cinderellas nanti. "WAAAAAAAAAAAAAAA!" Nayeol akhirnya faham dan memeluk papa lebih erat "Terima kasih,papa!" Terima kasih sangat-sangat!"

"No problem Nayeol, Nayeol memang layak pun " Papa mengusap-usap kepala Nayeol. "Nayeol akan jadi Rapper terbaik suatu hari nanti dan dunia juga akan lihat anak papa ni membesar jadi wanita yang matang yang sudah tentu Nayeol tak ada sekarang"

Nayeol menjeling. Amboi, dalam pujian terselit perlian . Wow!

"Nayeol nak jadi main rapper. Tak kira"

"Memang Nayeol main rapper pun plus lead dancer"

"YAY" terus Nayeol berlari-lari dalam office tu. kecoh betul budak ni.

"Papa! Nayeol pergi dulu eh? Nak inform orang lain pula!" Nampaknya betul kata Myungsoo berita baik yang menanti rupanya. Tanpa menunggu papa balas, Nayeol terus berlari keluar dari office. Kemana lagi kalau tidak dorm Cinderellas?

------

"WOI!" suara lantang Nayeol kedengaran dari luar dorm Cinderellas. Malas nak tekan loceng lah tu. Guna suara je. Padahal kalau tekan loceng kan jimat tenaga? Tak faham betul budak tu.

"Bella, buka pintu tu."

"Habis tu, kau buat apa?"

"Aku kan lebih tua dari kau.Aduh! Sakit belakang lah huhu" Jumie pura-pura sakit. "Aduh! Kepala migraine!" Sengaja berlakon sakit tak jadi sebab malas tahap 143 jumie tu.

Bella mengeluh dan membuka pintu. Haish, sabar jelah.

Bella membuka pintu dan terus Nayeol menarik dua orang member Cinderellas dan group hug selama mungkin. Tercengang Jumie dan Bella. Apa kena minah ni?

"AKU PUN AHLI CINDERELLAS LAH KORANG! " Terus mereka bertiga menjerit kegembiraan. Mana taknya tiga orang kawan baik satu kumpulan? Ini memang gila!

Dekat setengah jam menjerit dan berpusing-pusing akhirnya Nayeol berkata " jadi, aku malas balik rumah harini. Bella,keluarkan kek tadi nak sambung makan."

Jumie facepalm.

Bella tergelak.

Tak berubah rupanya alien ni.

 
100 X 100
AUTHOR'S NOTE:
Name : Naomi Williams/Kwon Nayeol
Stage name : Naomi
BOD : 1996 May 22
Fanclub name : Sticky
Position : Main Rapper,Lead Dancer
Love Interest : Kim Myungsoo ( Infinite )
Height : 171 cm
Weight : 47 kg
Username : Kwon_Dongho
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
outofidea
bengang betul dah penat tulis psl member 5, tetiba ada 'org ni' trtkn "x" terus hilang semua . pergh sakit jiwa

Comments

You must be logged in to comment
atinybuddy
#1
kalau saya nak apply boleh tak?????
Star_Juice
#2
author-nim hang x nak update da kaa cite ni u-u
Star_Juice
#3
Chapter 10: Awat lak jumie brtukar muka? Plastik surgeri? Okno /ditampo xD
Hensem mne Hanri tu? Adekah sehensem kembar dlm harry potter hoho
Ececeh bole plak Jia jumpe crush dia di situ. Mcm dirancang2 plak muwahahaha
P/s- kg hang banjir wey? Omg cheq x leh tul dgn bnjir ni. Nseb baek umah x bnjir taun ni u_u
Kwon_Dongho #4
Chapter 10: Dan ABANG KEMBAR dia Hanry dan Henry tua setahun dr Naomi
Kwon_Dongho #5
Chapter 10: Akak woi Nayeol ade abang kembar Hanri dan Henry bukan Hanri sorang je
Kwon_Dongho #6
Chapter 8: Aduh nasib Tinggi Nayeol tak setinggi L
Tulah nak tinggi sangat ambik kau XD