member 1

〈 C I N D E R E L L A S // new big hit entertaiment girls' group 〉 「 story starting 」
 
 
O1 X HAN JUMIE
           Pagi yang indah ini tiba-tiba mengejutkan semua warga Big Hit Entertaiment apabila CEO Big Hit Entertaiment iaitu Bang SiHyuk, mengumumkan ingin mendebutkan kumpulan perempuan seramai 4 ahli yang dinamai Cinderellas pada tahun 2015 akan datang. Semestinya, trainee perempuan Big Hit akan lebih teruja dengan perkhabaran ini.

"Panggil dia masuk" kata Bang Si Hyuk dengan tegas melalui interkom kepada setiausahanya.

Tidak lama kemudian muncul gadis comel berambut coklat dengan seluar pendek paras paha dan stoking panjang menutup keseluruhan kakinya. Bajunya longgar dan dipadankan dengan jaket pink. " Tuan panggil saya? "

Lemah sahaja suara gadis itu, mungkin kepenatan.
"ya" Bang Si Hyuk membuat isyarat mata mengarahkan gadis itu duduk di kerusi bertentangan dengannya.

Gadis itu menuruti perintah ceo itu. "Saya rasa awak mesti dah tahu pasal berita kemunculan cinderellas tak lama lagi kan?" Gadis itu mengangguk. "Saya rasa awak layak masuk dalam group itu"
Membulat mata gadis itu mendengar perkhabaran majikannya.

"T-tuan serius ke ni? " Tergagap-gagap dia berbicara.

"Muka saya nampak main-main ke?" Gadis itu menggeleng.

"Haa, Jadi saya serius lah. Awak akan debut tak lama lagi,Jumie" Wajah garang Bang Si Hyuk tadi bertukar menjadi senyuman yang manis. "Papa saje je main-main dengan kamu tadi. Berlakon macam papa marahkan kamu. Saje nak buat suprise" Bang si hyuk tertawa kecil.

Sememangnya Bang Si Hyuk rapat dengan semua pekerjanya ,artisnya dan trainee. Sudah tentu , dia akan menggelarkan diri papa pada semua orang supaya mereka berasa lebih rapat dengannya. Tapi, jika beliau marah , terus hilang panggilan 'papa' dari mulut beliau. Wajah pun bengis je.

"Papa!" gadis itu terus bangun dan mencuit bahu Bang Si Hyuk. "wargh Jumie fikir papa nak marah tadi sebab jumie malas berlatih" memerah muka Han Jumie menahan malu diusik 'papa'nya.

"Yang tu, papa memang marah tapi sikit jelah sebab 'anak' papa ni kan handal orangnya" Bang Si Hyuk tertawa sedikit. " Jangan risau, ahli kedua Cinderellas kemungkinan kamu kenal orangnya" Papa mengenyitkan mata kearah Jumie. Jumie malas hendak bertanya disebabkan mulutnya agak tempayan. Takut pecah pula rahsia siapa bakal 'Cinderellas' seterusnya.

"Apa position Jumie?"

"Lead Vocalist dan lead dancer"

"Yay!" terlompat-lompat Jumie mendengar perkhabaran itu. Selepas itu, Bang Si Hyuk dan Han Jumie menruskan perbincangan tentang Cinderellas, pelbagai nasihat dilontarkan kepada Jumie, supaya lebih gigih
berlatih untuk membuat peminat menganga dan banyak lagi.

-------------------------------------

"Bha!"

"AHHH" lantang dan berkelakian sungguh lelaki itu menjerit.

"HAHAHAHA" Jumie tergelak kuat melihat lelaki itu terkejut.

"Yah Han Jumie!" muncung lelaki memanjang melihat gadis itu mentertawakannya. "Kau ajak aku jumpa tapi macam ni kau layan aku kan? Hmm macam ni kawan?" Jelas sekali nada merajuk pada suara beliau.

"Eleh, siapa je nak jadi kawan kau?" Jumie memperlahankan suaranya . "Aku nak jadi lebih dari itu..."

"Apa kau cakap?"

"Takde apa"

"Heh banyak lah kau. So, ada apa nak jumpa aku tiba-tiba ni?"

"Cuba lah teka" Wajah Jumie kembali ceria dan dengan selambanya dia memeluk lengan kiri lelaki itu.Erat.
Lelaki itu cuma membiarkan diperlakukan begitu, sudah biasa. "Aku .... tak tahu"

Jumie menepuk dahinya. "Adeh memang blank lah kawan aku sorang ni. Aku diambil masuk ke kumpulan Cinderellas yang akan debut tak lama lagi! Kyaaa! " Kuat Jumie menjerit.

"Haa? Iye ke? Biar betul!" Terlopong mulut lelaki itu mendengar. " Malas-malas kau ni, boleh juga debut ye. Aku fikir kau jadi milik aku seorang je nanti hmm. Nampaknya kena share lah kan?" Lelaki itu bergurau.

"Aku ni lagi sedih nak kena share kau dengan peminat lain. Kim Taehyung kan hmm. Dah lah mv ada perempuan lain. Patah hati ni tau tak?" Serius Jumie berbicara sambil tangannya yang sebelah lagi menunjukkan kearah hatinya.(dada)

Taehyung menjentik dahi Jumie. "Yah! apa ni? " bengang Jumie , orang serius dia jentik pula dahi orang.

"Jangan bergurau dengan ekspresi serius macam tulah! Aku tahulah kau cuma berlakon, tapi dah nampak
macam real. Hampir ingat tu betul tau?" Taehyung mengeluh. "Yelah, Orang tu pandai berlakon kan?"

Muncung bibir Jumie mendengar. "Aku seriuslah!"

"Yeeeeee, Jumie . Yeeeeee"

"Serius!!"

"okaaaaaaaaaaaaaay"

"Haish Kim Taehyung!" Jumie rimas kerana Taehyung tidak mempercayai dirinya. Dia menyerabaikan rambutnya dan berlalu pergi meninggalkan Taehyung keseorang di atas bumbung tersebut lalu menjerit " Aku merajuk dengan kau seminggu!"

 
100 X 100
AUTHOR'S NOTE:
Name : Han Jumie
Stage name : Jumie
BOD : 1996 August 8
Fanclub name : JuPlushie
Position : Lead Dancer, Lead Vocalist
Love Interest : Kim Taehyung ( bts )
Height : 164 cm
Weight : 48 kg
Username : outofidea
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
outofidea
bengang betul dah penat tulis psl member 5, tetiba ada 'org ni' trtkn "x" terus hilang semua . pergh sakit jiwa

Comments

You must be logged in to comment
atinybuddy
#1
kalau saya nak apply boleh tak?????
Star_Juice
#2
author-nim hang x nak update da kaa cite ni u-u
Star_Juice
#3
Chapter 10: Awat lak jumie brtukar muka? Plastik surgeri? Okno /ditampo xD
Hensem mne Hanri tu? Adekah sehensem kembar dlm harry potter hoho
Ececeh bole plak Jia jumpe crush dia di situ. Mcm dirancang2 plak muwahahaha
P/s- kg hang banjir wey? Omg cheq x leh tul dgn bnjir ni. Nseb baek umah x bnjir taun ni u_u
Kwon_Dongho #4
Chapter 10: Dan ABANG KEMBAR dia Hanry dan Henry tua setahun dr Naomi
Kwon_Dongho #5
Chapter 10: Akak woi Nayeol ade abang kembar Hanri dan Henry bukan Hanri sorang je
Kwon_Dongho #6
Chapter 8: Aduh nasib Tinggi Nayeol tak setinggi L
Tulah nak tinggi sangat ambik kau XD