New Power

BEHIND THE CASTLES

 

Nobody's POV 

 

Malam itu , kesemua putera-putera Kingdom Panuchia mengadakan mesyuarat tergempar memandang kan ada tetamu mengejut datang ke kingdom mereka .

 

'' Semua sudah ada ? ''

 

Lembut sahaja suara Suho bertanya sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi paling hadapan .

 

'' Sudah kot hyung . ''

 

Baekhyun selaku ketua bahagian pertahanan mengira jumlah kehadiran semua putera .

 

'' Seorang tiada hyung . ''

 

Putera Suho tersengih . Dia sudah dapat agak siapa gerangan itu . Belum sempat dia bersuara , pintu bilik mesyuarat ditolak kasar dari luar .

 

'' Maaf saya lambat . '' 

 

Terkocoh-kocoh Kai menyarungkan jubah yang berwarna merah sebelum duduk di sebelah Suho . Dia memegang jawatan bahagian ketua kebajikan rakyat kingdomnya .

 

'' Saya sebagai wakil raja istana ini mengadakan mesyuarat ini untuk membincangkan perihal gadis aneh itu . Ada sesiapa dapat info dari mana dia muncul . '' 

 

Suasana dalam bilik sunyi sepi sebelum Suho memanggil D.O

 

'' Ah ?! Saya tak tahu hyung ! mungkin dia dari planet lain mengikut pemerhatian saya .''

 

'' Ataupun dia dari zaman lain . mungkin masa depan .  '' . Sehun menyuarakan pendapat . 

 

'' Betul tu . Loghat bahasa yang digunakannya amat berbeza dengan kita . Pakaiannya pun lain . '' Chanyeol yang dari tadi mendiamkan terus menyokong pendapat Sehun .

 

'' Hyung pun rasa macam tu . Sebab masa hyung dengan Kai berbual , dia langsung tak faham bahasa kita .''

 

Semua mengangguk setuju dengan pandangan Suho .

 

'' Apa kita nak buat dengan gadis tu ? '' 

 

Baekhyun mengangkat mukanya dan matanya merenung ke arah Suho . 

 

'' Kita perhati dia dulu . Mungkin juga dia dari utusan kingdom Natusya yang ingin mengintip aktiviti kita . '' 

 

'' Saya rasa dia baik . '' 

 

Perlahan sahaja suara Kai namun dapat didengari jelas oleh Suho . Suho hanya angguk .

 

'' Okey mesyuarat selesai .'' Suho mula bangun dari kerusi namun ditegah oleh Kai .

 

'' Nanti !! '' 

 

Semua yang baru hendak berdiri dari tempat duduk berpaling ke arah Kai

 

'' Sehun , asal kau pengsan kan dia ? ''  Kai memandang Sehun dengan pandangan tegas . Dia melihat Sehun tersengih sambil menggosok belakang lehernya . 

 

 

'' Ouh .. . Sebenarnya aku nak tunjuk kuasa aku dekat budak2 tapi tak sangka kena dekat dia . hehehe ''

 

'' Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa '' . Semua putera disitu kecuali Sehun mengeluh . 

 

'' Okay okay .. semua boleh beredar . Pukul 9 malam berkumpul di ruang makan . Kita berkenalan dengan gadis itu . '' 

 

Entah kenapa tiba-tiba dada Suho berdebar-debar bila ingin bersemuka dengan gadis comel itu semula .

 

 

DI BILIK ANNE 

 

Anne's POV 

 

Aku  mencelikkan mata apabila merasakan  seperti ada sesuatu yang mengusap lembut tanganku . Membulat mataku  apabila melihat lelaki yang aku  kagumi petang tadi memandang aku  dengan jarak yang  dekat .

 

''  Err . err.. ''  Aku cuba menghadiahkan senyuman pada lelaki itu. 

 

'' Dah bangun ? '' Lelaki itu berhenti mengusap tangan ku lantas memberiku senyuman maut yang menikam kalbu . ( Ceh xD ) 

 

Aku angguk bagi menjawab soalan lelaki itu  . Muka lelaki itu boleh dikatakan lebih hensem dari Suho . Namun warna kulit , Suho yang menang .

 

'' Awak buat apa kat sini ?  ''

 

'' Saja nak tengok muka awak tidur . Comel '' 

 

Comel ? Gulp .

 

'' Terima kasih .''

 

Ketika itu , aku  rasa janggal gila2  apabila berdua-duaan dengan lelaki asing itu . Untuk menghilangkan rasa itu , aku mengelak dari bertentang mata denganya lantas  menikmati keindahan reka bentuk bilik itu .Bilik itu berdindingkan ukiran kayu yang sangat unik . Rasa seperti zaman orang dulu2 . Walaupun bilik itu didirikan menggunakan kayu , namun aku  dapat rasakan bilik itu sangat kukuh .

 

'' Lawa kan bilik ni . ''  Aku pasti mamat tu mesti sedar yang aku tengah tengok keadaan bilik ni . 

 

'' Lawa . Saya suka . '' 

 

Kai tersenyum sampai ketelinga . 

 

''  Ini bilik saya sebenarnya . ''

 

'' Apa ?! ''  

 

Aku  menyepetkan mata ke arah Kai untuk meminta kepastian . Kai angguk mesra . Kai bangun dari duduk di sebelah aku  lalu menuju ke almari . Pintu di tolak perlahan . Baju – baju dan jubah –jubah yang pastinya ditenun khas menjadi tatapan aku  . Wahhhhhh sumpah aku cakap , lawa nak mampus . Memang jarang nak jumpa jubah macam tu dekat Seoul . Tapi apa yang pasti aku percaya cakap dia sebab jubah2 tu memang bersaiz besar dan pastinya lelaki punya . 

 

'' Okay saya percaya . '' 

 

Kai kembali mendapatkanku  .

 

'' Saya ada benda nak beritahu awak ni . '' 

 

'' Apa dia ? '' Tiba-tiba jantung aku berdegup laju . Excited nak tahu . Huuu~~

 

 '' Nanti turun makan pada jam 9 malam tau . Kita akan adakan sesi pengenalan. Arrasoo ? ''

 

Okay aku silap . Buat kali pertama aku  terpegun melihat senyuman ikhlas Kai .Kai melayang-layangkan tangannya di muka aku . 

 

'' Ahh nae .''

 

Apabila tiba di muka pintu , Kai menoleh kebelakang .

 

'' Nama awak apa ?'' 

 

Aku memberi senyuman manis kepada  Kai menyebabkan mata aku membentuk  smiley .

 

'' Anneliese ''  

 

'' Sedap nama .'' 

 

Kai meninggalkan aku seorang diri kerana ingin menghadiri mesyuarat . Alahai Kai oi . Kenapa comel sangat .

 

============================================================

 

 

Nobody's POV 

 

Jam 9 malam sudahpun tiba . Anne  masih lagi belum keluar dari bilik Kai . Dia sebenarnya  tak tahu nak pakai baju apa . Takkan nak pakai baju yang sama . Segan .

 

Anne  menanggalkan satu persatu butang bajunya  . Tiba-tiba sahaja pintu bilik itu dikuak perlahan dari luar . Dengan pantas , dia menutup tubuhnya  dengan comforter . Selamat .

 

'' Hai ? ''

 

Terjengul kepala Sehun di muka pintu . Apalah mamat ni . Masuk bilik bukan nak ketuk pintu . Takda adab .

 

'' Hai . Awak nak apa ? Tak geti ketuk pintu ke sebelum masuk ? '' Anne menjawab malas . Sedikit tinggi suaranya  menegur Sehun . Sehun tersengih sambil membetul-betulkan rambutnya .

 

'' Sorry , saya pikir Kai ada dekat dalam . Kalau macam tu saya pergi dulu . '' 

 

Sehun menutup pintu namun dibuka semula . Nasib baik Anne  belum keluar dari comforter itu .

 

'' Nak apa lagi ?! '' Anne  melepaskan geram dengan menggenggam kuat comforter di tangannya . 

 

'' Saya minta maaf sebab buat awak pengsan petang tadi . '' 

 

'' Hah yelah . Keluar-keluar . '' 

 

Anne  menghalau Sehun seperti dia  adalah tuan rumah itu dan Sehun adalah pembantu rumah . Haha . Kenapa semua orang dekat sini hensem-hensem ?

====================================================

 

 

Di ruang makan .

 

Kesemua beradik putera itu sudahpun mengambil tempat duduk mereka . Baekhyun hanya duduk berdiam diri sambil bermain-main dengan garpu dan sudu . Kai pula sibuk membetulkan bajunya . Chanyeol dan Sehun sakan berbual . Dua putera itu kalau tak dipisahkan memang macam belangkas . Suho pula duduk sambil tersenyum memerhati adik-adiknya .

 

D.O tiba-tiba berdiri sambil bercekak pinggang . Perutnya dari tadi memekak minta diisi .

 

'' Mana perempuan itu ? Saya dah lapar ni . '' Dia membuat muka bagai nak nangis sambil tangannya mengusap perut . 

 

'' Sabar ye saeng . Duduk lah dulu . Nanti dia muncul lah .'' 

 

Masin mulut Suho apabila Anne  memunculkan diri .

 

'' Hai u allsss !! '' Anne melambaikan tangannya  kearah semua putera itu . Tercengang sebentar semua putera itu termasuk Suho namun sempat dia cover .

 

Tiba-tiba ...

 

'' Putera ku ~~~~ '' 

 

'' Appa ?!! '' 

 

Suho memandang ke arah Kai .

 

'' Ah , hyung ! '' 

 

'' Just this time . Please ! Bring her back to your room . Hurry up . ''

 

Kai melangkah perlahan mendekati Anne  . Anne  terkejut bila Kai merangkul pinggangnya . Dia  merenung tajam ke arah Kai .

 

'' Jangan risau . Saya Cuma bawa awak balik ke bilik . saya takkan apa-apa kan awak . saya janji . '' 

 

Belum sempat Anne  membuka mulut , dia  rasa seperti hilang dalam udara .....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KaiSoulLife88
Chapter 4 : In Process

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet