Chapter 3

Love,Love,Love

SEJAK kebelakangan ini,Baekhyun asyik jadi penyiasat yang tak diupah je aku tengok.Agak peliklah jugak...tapi,dia memang budak yang pelik.

"Baek,kalau ada orang confess kat kau...apa kau akan buat?",soalku.

"Kalau aku pun suka kat orang tu,aku pun accept.Apalagi!?!"

"Oh.."

"Kenapa?"

"Saje nak tau kalau-kalau kau ni masih mempunyai hati dan perasaan.Kalau takde,tak apa."

"Kau ni memang kurang ajar,kan!!!",Baekhyun mengetuk kepalaku dengan perlahan.

 

BAEKHYUN sedang duduk di sebuah taman berdekatan dengan rumahnya.Dia duduk di atas bangku yang ada di situ.Dia ternampak sepasang kekasih yang sedang berkelah bersama kawan-kawan mereka.Baekhyun tersenyum membayangkan suasana itu berlaku kepada dirinya.Sedang dia memerhati,matanya ditutup oleh seseorang di belakangnya.

"Yah!Siapa ni?",soal Baekhyun.

"Cuba teka!",balas Xiumin.

"Baozi,kan."

"Yup.",tangan Xiumin pun beralih dari muka Baekhyun.

"Xiumin,ingat tak perempuan yang aku selalu cerita kat kau tu?"

"Ingat,ingat.Park Chorong,kan.Kenapa?Dia couple?"

"Jiran dia hantar surat cinta kat dia.Tapi dia tak tau lagi pasal tu.Diorang tu pun rapat."

"Baekkie,jangan fikir benda-benda negatif.Be positive,your mind controls everything...",nasihat Xiumin.

"Emm...."

 

SEPERTI biasa,aku pun melukis komik mini pada buku lukisan aku.Tanpa dijangka,Puan Cha datang ke kelas kami.Setiap pelajar berpandangan sesama sendiri kerana sekarang bukan waktu mengajar bagi Puan Cha.

"Saya bukan nak buat spot check macam tahun lepas.Saya cuma nak panggil Kim Junmyeon sahaja.",kata Puan Cha.

Kim Junmyeon atau Suho bangun dari tempat duduknya dan berjalan mengekori Puan Cha dengan penuh tanda tanya.Aku asyik memandangnya.Ada apa agaknya ye...?

 

PETANG itu,aku baru sahaja mendapat maklumat daripada Puan Kim bahawa ayah Suho meninggal dunia dalam satu kemalangan.Aku pun turut berdukacita.Kami sekeluarga melawat ke rumahnya dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Kim.Inilah pertama kali aku melihat Suho menangis.

Aku menghampiri Suho yang sedang duduk di bangku di halaman rumahnya.Secara automatiknya,Suho memelukku yang baru sahaja hendak duduk di sebelahnya.Untuk menenangkannya,aku menepuk-nepuk belakang badan Suho.Air matanya dibiarkan mengalir membasahi bajuku.

 

KEESOKANNYA,aku mencari-cari Suho di kelas.Tetapi,kelihatannya dia tiada di situ.Aku cukup memahami situasi pahit yang dialami oleh Suho sekarang ni.Tiba-tiba,bahuku ditepuk oleh Baekhyun.Aku pun menoleh.

"Wae?",soalku.

"Semalam,kau peluk Suho.Kan?"

"Aku cuma nak tenangkan dia je."

"Tak payahlah.Keluarga dia kan ada.Dia boleh je peluk family dia,kan."

"Yang kau tak puas hati sangat ni kenapa?"

"Mana ada.Aku cuma tak nak dia ambik kesempatan kat kau."

"Kesempatan apa pulak?Apa yang kau maksudkan ni?"

"Yang hantar surat tu si budak Suholah..."

"Dia hantar tak bermaksud dia tu nak ambik kesempatan."

"Bagi aku dia tu peliklah.."

"Kaulah yang pelik.Apa masalah kau sekarang ni?"

"Aku tak peliklah..Aku cuma-"

"Cuma apa?",marahku.Tetapi,Baekhyun tidak membalas apa-apa.Dia hanya merengus geram dan berjalan pergi ke luar kelas.

 

BEBERAPA minggu kemudian,keadaan Suho semakin baik.Dia dah kurang rasa sedih atas kematian ayah dia.

Waktu Puan Lee sedang berjalan.Kami disuruh membentuk study group untuk peperiksaan akhir tahun.Aku sekumpulan dengan Suho,D.O dan Naeun.Baekhyun pulak sekumpulan dengan Kris,Xiumin dan Namjoo.

Aku terpaksa bergerak ke meja Suho.Group Baekhyun pulak duduk di kawasan meja aku dan Baekhyun.Kadangkala aku akan pergi ke mejaku dan memberikan nota kepada ahli kumpulan Baekhyun.Yelah,tak salah kita kongsi ilmu kan.Asalkan niat kita baik....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
2752004 #1
Its okay I enjoy read your story