Chapter 1

Love,Love,Love

AKU menongkat dagu sambil cuba menahan ngantuk.Jam dinding dipandang.Ada lebih kurang 3 minit sebelum waktu rehat bermula.Bomi yang duduk di sebelahku sudah pun tertidur.Tiba-tiba...

"Terima kasih kelas.Sekarang boleh pergi rehat...",kata-kata Puan Choi yang perlahan itu masuk ke telinga kami dan kami pun segera keluar dari kelas.Aku baru sahaja hendak menguap apabila secara tiba-tiba aku terdengar suara yang menyakitkan hati.

"Yah!!!Corong kopi!Tidur lena tak tadi???",Baekhyun yang sedang bergurau dengan kawannya,Chanyeol memandang ke arahku.

"Diamlah!!",balasku.

"Bomi-yah!Lari!!!Jangan duduk dengan minah senget ni!!",sahut Baekhyun kepada Bomi yang sedang berjalan di sebelahku.

"Bisinglah kau ni!Takde benda lain nak buat ke hah!?!PABO BACON!!!",aku membalas bagi pihak Bomi.

"Untuk pengetahuan kau,nama aku Byun Baekhyun.Bukan Bacon.Dan lagi satu,aku tak cakap dengan kaulah tadi!!!"

"Eh,biarlah.Kisah apa aku!?!Takde maknanya aku nak hafal nama kau tu!Kau fikir kau tu famous sangatlah!!!"

"Memang,memang.Aku sedar yang aku ni famous.Nape?Jeles ke?"

"Taklah.",tanpa mempedulikan Bacon yang berada di belakangku,aku melangkah pergi dari situ.

 

 

CERMIN di tandas itu dipandang lama-lama.Rambut ku dibetulkan sedikit.Senyuman puas terukir.Hmm...kau memang comel,Park Chorong.Untung omma kau lahirkan anak secomel kau...

Aku pun melangkah keluar dari tandas.

"Unnie...",panggil seorang pelajar junior.Aku pun menoleh.

"Neh?"

"Saya ermm...Jung Eunji.Saya nak minta tolong sikit boleh tak?",pelajar bernama Eunji itu pun membuka mulutnya.

"Boleh.Tolong apa?"

"Ermm...tolong bagikan hadiah ni kat Baekhyun oppa.",aku terdiam.Kalau aku tolong,ini mungkin dah jadi kali ke-119 aku tolong bagi hadiah daripada junior kat budak Bacon tu.Haish...

Minggu lepas,Krystal,Hyeri,Victoria unnie dengan Tiffany unnie bagi.Semalam,Taeyeon unnie dengan Yoona unnie bagi.Hari ni pulak???

"Unnie?",panggilan Eunji menyedarkan aku daripada lamunan ku sebentar tadi.

"Ah,ya?"

"Hadiah ni...?"

"Oh,boleh.Nanti unnie bagi.Nak cakap apa?"

"Unnie cakap je yang ada junior bagi.Gomawoyo,unnie..."

"Neh.."

 

BAEKHYUN sedang leka bermain dengan rubix cube milik Luhan.Tiba-tiba,mejanya ditepuk oleh seseorang.Dia mengalihkan pandangannya ke atas.Sekotak hadiah dihulurkan oleh seseorang.

"Ada junior bagi.Peminat kau lagi..",kataku dengan nada tak puas hati.

"Kan aku dah kata yang aku ni ramai peminat.Kau je tak nak percaya."

"Peminat kau tu bukannya semua pelajar perempuan kat sini pun..",aku mencebik.

"Ye ke?Kau tak minat kat aku ke???",usik Baekhyun.

"Tak nak aku.Kau tu bukannya handsome sangat pun.Bacon!",aku segera berlari kembali ke tempat dudukku semula.

 

AKU masih lagi memilih movie untuk ditonton pada malam itu.Tiba-tiba,pintu bilikku diketuk oleh unnie ku yang tercinta.

"Oh,unnie.Kenapa?"

"Appa panggil."

"Ok.",aku pun keluar dari bilikku dan melangkah ke ruang tamu.Aku ternampak appa ku sedang membaca senaskhah surat khabar.

"Chorong-ah.",panggil appa ku.

"Neh?"

"Ada berapa hari lagi nak hujung tahun?",aku mendiamkan diri sebentar.

"Err...seminggu lagi."

"Tahun depan,kita pindah ke tempat lain tau.Chorong nanti sekolah kat Sekolah Tinggi SMCube.Sekolah tu baguslah jugak.Harap-harap Chorong tak kisah."

"Eh,Chorong tak kisahlah.",kataku.Hatiku sudah melonjak kegembiraan.Ya,kebebasan daripada bertembung dengan lelaki bernama Byun Baekhyun.Yahoo!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
2752004 #1
Its okay I enjoy read your story