Chapter 2 (Ending)

I'm going to meet you..

 

                                                     

 

 

 

 

“Tahniah,nampaknya kerja kau membuahkan hasil.Mereka berdua sebenarnya dah putus sebulan yang lalu.”Kata gadis yang berada di hadapan cermin itu kepada seseorang ditalian.Gadis itu tersenyum puas kerana rancangannya yang selama ini disangkakan gagal sebenarnya berhasil.Dia berjaya memutuskan hubungan antara Jieun dan Kyungsoo.

“Kan aku dah cakap dengan kau dari awal…gambar yang aku edit,semuanya akan kelihatan real.Semua orang yang melihat gambar itu,pasti tertipu punyalah.”Kata lelaki yang berada di dalam talian tersebut sebelum ketawa terbahak-bahak.

Gadis itu hanya tersenyum sinis.Iya,dia mengaku yang lelaki itu memang pandai dalam bab mengedit gambar kerana dia merupakan photographer yang hebat walaupun tidak pernah diiktiraf oleh sesiapa tapi sikap lelaki itu yang suka ‘masuk bakul angkat sendiri’ membuatkan gadis itu berasa sedikit menyampah apabila berbicara dengan lelaki itu.

“Baiklah,nanti aku akan bagi kau upah yang selebihnya.”Kata gadis itu dengan suara yang diperlahankan apabila seorang gadis yang lain memasuki tandas itu,tempat di mana gadis itu sedang berada sekarang.Dia memang sengaja mengasingkan dirinya daripada rakan-rakannya yang lain yang sedang bersuka ria di majlis hari jadi itu supaya tiada orang yang dapat mendengar perbualannya dengan lelaki di talian ini sekarang.

“Cepat sikit!Jangan lambat-lambat,aku tengah perlukan duit ni .Kalau tak,aku akan pecahkan rahsia kita.”Ugut lelaki itu.

“Iya iya… aku tau.Kau jangan bimbanglah.Aku akan uruskan dengan segera.Aku letak phone dulu.”Gadis itu terus menekan button merah di skrin handphonenya dan talian terus terputus.Malas dia hendak melayan lelaki itu lagi,cukuplah dengan hanya dia perlu berbicara dengan lelaki itu apabila dia ingin meminta pertolongannya.

Pertolongan??Atau sebenarnya lebih tepat memberi upah untuk melakukan perbuatan jahatnya.

Gadis itu kemudiannya mendekatkan wajahnya ke cermin yang sederhana besar di hadapannya itu.Gincu yang berwarna light pink disapukan di bibir mungilnya itu.Bibirnya diketap beberapa kali untuk meratakan kesan gincu itu.

“Betul ke apa yang aku dengar tadi?” Tiba-tiba satu suara datang dari arah belakang, membuatkan gadis itu sangat terkejut sehinggakan gincu yang sedang dipegangnya terlepas dari tangannya lalu jatuh ke dalam sink yang terdapat di hadapan cermin itu.Kelihatan  sedikit kesan gincu tercalit pada sink yang berwarna putih itu.

Dapat dilihat melalui pantulan cermin itu,gadis berambut panjang yang tiba-tiba muncul di belakang gadis itu adalah Naeun.

“Bae suzy!Aku tak sangka kau sanggup buat semua ni pada kawan kau sendiri.” Naeun memusingkan tubuh Suzy supaya menghadapnya dengan rakus sehingga menyebabkan lengan suzy terasa perit sedikit akibat dicengkam kemas oleh Naeun.Iya,gadis yang bergincu light pink itu adalah Bae Suzy.

“Kau tak tau apa-apa.Jadi, kau tak layak untuk berkata apa-apa pada aku.”Balas Suzy sambil merenung tajam wajah Naeun.

Dan tak semena-mena…

Ppang!!

Satu tamparan hinggap di pipi Suzy membuatkan pipi mulus gadis itu kini bertukar kemerahan.Buat pertama kalinya,Naeun berkelakuan seganas itu.

Suzy memandang Naeun dengan matanya yang mulai memerah semerah pipinya.Dia tak menyangka gadis yang lemah-lembut seperti Naeun sanggup menamparnya.Tangan kirinya memegang pipinya yang terasa pedih akibat tamparan tadi.

“Apa hak kau untuk tampar aku?!!”Tanya Suzy.Suaranya sengaja dilantangkan sedikit.Bibir bawahnya digigit untuk menahan rasa geram.

“Hak?Kau bercakap tentang hak?Okey,sekarang aku aku nak tanya kau..apa hak kau untuk putuskan hubungan mereka berdua?Apa hak kau untuk memutuskan hubungan sahabat kau sendiri,sahabat yang sanggup melepaskan peluang keemasan yang dia peroleh semata-mata untuk melihat kau berjaya,untuk melihat kau tersenyum.” Kini,air mata Naeun mula bergenang di tubir matanya.

“Huh,apa kau cakap ni?Kau sedang berdrama ke ha??!” Suzy tersenyum sinis.

“Baiklah,walaupun Jieun minta aku rahsiakan perkara ni daripada kau tapi hari ini,aku rasa kau patut tahu.Biasiswa,panggilan ke universiti dan course seni bina yang kau ambil sekarang,semuanya adalah milik Jieun pada awalnya,bukan milik kau.Kau sebenarnya tak menerima apa-apa tawaran pun dari pihak universiti,tapi disebabkan keluarga kau pada waktu itu sedang mengalami kesulitan kewangan kerana syarikat ayah kau yang baru sahaja muflis,Jieun merayu pada pihak universiti supaya menerima kau.Memang pada awalnya pihak universiti tidak menerima rayuannya tapi apabila dia mengatakan yang dia mahu kau mengggantikan tempat dia di university itu dan terus merayu,akhirnya kau diterima.Kau dah fahamkan?Semua yang kau kecapi sekarang,semua yang kau dapat sekarang…adalah atas dasar keperihatinan seorang sahabat yang kasih terhadap kau…tapi apa balasan yang dia dapat?Kau tikam dia dari belakang,kau buat dia menangis atas kesalahan yang dia tak pernah lakukan.Kau memang kejam!”Naeun menghamburkan segala kemarahannya terhadap Suzy.Suzy memang patut dimarahi atas apa yang telah dia lakukan.

Suzy tak percaya apa yang didengarnya sekarang.Benarkah Jieun sebaik itu dengannya?Benarkah dia sekejam itu dengan Jieun?

“Naeun-ah,apa yang patut aku lakukan sekarang?Apa yang harus aku lakukan?”Tanya Suzy sambil menggoncang-goncang tubuh Naeun.Air matanya mula mengalir.

“Minta maaf dan beritahu Jieun perkara yang sebenar.Itu sahaja yang kau boleh lakukan sekarang.”

 

 


 

 

 

 

Sebuah lagu yang berirama balada yang mengasyikkan itu dipasang dan memenuhi segenap ruang di majlis hari jadi itu.

Beberapa pasangan lelaki dan perempuan mula berpegangan untuk menari bersama-sama mengikut rentak dan irama lagu itu.Bermula dengan kaki si gadis diletakkan di atas kaki si lelaki…kemudian,tangan si lelaki akan mula melingkari pingggang si gadis…dan akhir sekali,tangan si gadis akan memaut lembut leher si lelaki.Tarian dimulakan.

“Shall we dance?” Baekhyun menghulurkan tangannya kepada Jieun,gayanya seperti seorang putera raja yang sedang mengajak puterinya menari bersama.

Pada mulanya,Jieun tidak menyangka yang Baekhyun akan mengajaknya untuk menari bersama tetapi pada akhirnya,dia mengambil keputusan untuk menerima ajakan pemuda itu kerana dia merasa tiada yang salah kalau dia menari dengan lelaki itu,Baekhyun adalah rakannya.

Tapi baru sahaja Jieun ingin meletakkan tangannya di atas tapak tangan Baekhyun,tangannya tiba-tiba ditarik oleh seseorang.

Mata Baekhyun terkebil-kebil apabila melihat Jieun dibawa lari oleh orang yang telah menarik tangan gadis itu tadi.Sepertinya ada sedikit rasa kecewa yang terselit di hati kecil lelaki itu kerana tariannya bersama Jieun terpaksa ditamatkan walaupun ianya belum sempat dimulai.Nampaknya,Jieun bukanlah puteri yang ditakdirkan untuk Putera Baekhyun.

 

 


 

 

 

“Suzy-ah,kenapa ni?” Tanya Jieun kepada gadis yang telah menarik tangannya itu tadi.Wajah Suzy ditatap Jieun.

Suzy tidak menjawab sebaliknya gadis itu hanya tertunduk.

Kini,mereka berdua betul-betul berada di tepi kolam renang yang berada di bahagian belakang rumah Jieun.Suzy telah menarik Jieun sehingga ke sini.

Suzy mula melepaskan pegangannya pada tangan Jieun dan wajahnya turut diangkat .

Jieun memandang wajah Suzy dengan pandangan meminta penjelasan tentang apa yang rakannya itu sedang lakukan sekarang.Kenapa dia ditarik sehingga ke tepi kolam ini?Dan… kenapa mata Suzy kelihatan seperti bengkak dan kemerahan?Adakah gadis itu menangis sebelum berjumpanya tadi?

“Jieun-ah..sebenarnya…”Suzy mula mengatakannya.

“sebenarnya?” Jieun masih tidak dapat menangkap apa yang ingin diberitahu oleh Suzy dan menunggu gadis itu meneruskan kata-katanya.

"Sebenarnya ..Kyungsoo tak bersalah…aku yang salah."Kata Suzy akhirnya dan air matanya mula mengalir semula.

"Apa maksud kau…aku langsung tak faham."Jieun masih inginkan penjelasan.

“Aku buat semua itu sebab aku dah lama sukakan Kyungsoo…tapi Kyungsoo tak pernah pandang aku.Dia hanya pandang kau seorang sahaja...padahal aku yang kenal dia dan cintakan dia dulu sebelum kau."Luah suzy.Iya,walaupun mereka berenam merupakan kawan baik setelah tamat high school ,tapi  Suzy sebenarnya adalahschoolmate Kyungsoo dan gadis itu telah memendam perasaan terhadap pemuda itu semenjak dari zaman persekolahan lagi.Tapi kerana tiada keberanian untuk meluahkannya,Suzy mengambil keputusan untuk memendamkan sahaja perasaannya itu.

Dan disaat dia sudah bersedia untuk meluahkan cintanya,pemuda itu telah pun menerima gadis lain dalam hidupnya.Gadis itu adalah Jieun.

"Kau sukakan Kyungsoo?" Tanya Jieun.Matanya membulat.Dia sangat terkejut mendengar pengakuan Suzy.Dia tak menyangka yang selama ini Suzy menyimpan perasaan pada Kyungsoo kerana Suzy tidak pernah menunjukkan tanda-tanda yang dia menyukai pemuda itu.

"Maafkan aku.Aku yang reka cerita tentang hubungan kau dengan Baekhyun.Aku yang fitnah kau curang dengan Kyungsoo.Tapi...tapi aku dah menyesal...aku tahu cinta tak boleh dipaksa...dan aku janji,aku takkan lakukannya lagi."Kata Suzy dan terus memeluk Jieun.

Suzy benar-benar menyesal dengan perbuatannya.

 

 

Flashback

“Ada apa kau nak jumpa dengan aku …sampaikan kita kena berjumpa berdua macam ni tanpa kawan kita yang lain?”Tanya Kyungsoo sambil menyedut Ice Lemon Tea di dalam gelas yang berada di hadapannya.Dahaganya hilang hanya dengan sekali teguk.Zarah-zarah udara yang terkondensasi menjadi air yang mengalir di luar gelas itu menyebabkan meja yang diduduki Kyungsoo dan Suzy itu sedikit basah.

Sekarang,Kyungsoo dan Suzy berada di salah satu cafeteria yang berdekatan dengan universiti mereka.

“Aku sebenarnya serba salah nak beritahu kau ni tapi…aku rasa kau patut tahu.”Kata suzy sambil menghulurkan sekeping sampul surat putih kepada Kyungsoo.

Kyungsoo mengerutkan dahinya sebelum mengambil sampul surat itu daripada tangan Suzy.Pelik dengan tindakan gadis itu.Takkan lah Suzy ingin memberinya surat sedangkan mereka boleh berkomunikasi face to face.Tapi kalau bukan surat,apa yang ada di dalam sampul surat ini?

“Kalau kau nak tahu apa yang ada di dalam sampul surat itu,kau bukalah.Aku pergi dulu.Aku ada kelas lepas ni.”Kata Suzy dan terus beredar keluar dari cafeteria itu.Langkahnya sengaja dipercepatkan.

Kyungsoo yang masih duduk di salah satu meja di dalam cafeteria itu termangu.

‘Apa yang sebenarnya ada di dalam sampul surat ini?Kenapa wajah Suzy tadi macam serius je…’getus hati Kyungsoo sambil menatap sampul surat itu.

Dan setelah beberapa minit berlalu,Kyungsoo mengambil keputusan untuk membuka sampul surat itu.Dan disaat isi di dalam sampul surat itu dikeluarkan,ternyata ianya adalah beberapa keping gambar.

Gambar itu mula dilihat Kyungsoo satu persatu.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar-gambar itu semua adalah gambar Jieun bersama Baekhyun yang kelihatan sangat rapat dan intim seperti pasangan kekasih.

“Apa semua ni?”Gumam Kyungsoo.Dahinya berkerut sehingga mencamtumkan kedua-dua belah keningnya.

Disaat gambar terakhir menjadi paparan mata Kyungsoo,air mata lelaki itu terus jatuh dan mengalir dipipinya.Tangannya yang sedang memegang gambar itu kelihatan sedikit bergetar,gambar Jieun dan Baekhyun yang sedang tidur bersama di atas sebuah katil.

Dan perlahan-lahan,gambar itu direnyuk dengan sekuat hatinya.

“Jieun-ah,aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni.Aku ingatkan kau ikhlas cintakan aku.” Kyungsoo terus membenamkan mukanya di atas meja dihadapannya itu.Meja yang basah itu tidak dipedulikan.Dia ingin menangis.Dia ingin menangis selama yang boleh tanpa didengar dan diketahui oleh sesiapa pun.Tapi apa kan daya,suara tangisannya semakin lama semakin kuat dan menyebabkan semua pelanggan di situ memandang ke arahnya dengan pandangan pelik.

Tapi hanya ada sepasang mata sahaja yang memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan belas kasihan.Mata milik Suzy yang sedang memandang pemuda itu dari luar cafeteria itu.Suzy sebenarnya tidak mempunyai kelas pun sekarang,dia sengaja menjadikan itu sebagai satu alasan untuk melarikan diri daripada pemuda itu tadi.

“Maafkan aku,Kyungsoo.Tapi ini sahaja satu-satunya cara untuk buat kau putus dengan Jieun.”Gumam Suzy.

Flashback end

 

 

Kini,Jieun sudah tahu kenapa Kyungsoo tiba-tiba ingin putus dengannya…dan sekarang juga,Jieun sudah tahu siapa ‘dia’ yang dimaksudkan Kyungsoo .

Jieun yang pada mulanya ingin menangis kembali tersenyum.Dia dapat merasakan yang hubungannya dengan Kyungsoo masih boleh diselamatkan dan dia ingin menyelamatkannya.

Yang penting,sekarang dia sudah tau yang Kyungsoo benar-benar mencintainya dan dia turut mencintai pemuda itu dengan sepenuh hati.

 

 

 


 

 

 

Kyungsoo kini sedang memandu keretanya menuju ke rumah Jieun.Pemanduannya pada malam itu seperti ingin berlumba ..sangat laju.Habis semua kenderaan dipotongnya,tidak kira yang lebih kecil mahupun yang lebih besar daripada kereta miliknya.Dalam fikirannya sekarang hanya satu,dia hendak cepat-cepat bertemu Jieun dan menjernihkan hubungan mereka semula.

Dan seketika,Kyungsoo mendial nombor handphone Jieun .

Tut tut..tut tut..tut tut..

Malangnya,panggilan Kyungsoo tidak diangkat.

"Jawab la,Jieun-ah..please."Gumam Kyungsoo yang masih tidak berputus asa menunggu gadis itu menjawab panggilannya.

Setelah beberapa saat,mesej suara diaktifkan.."Jieun-ah,telefon saya balik bila awak dah dengar mesej ni…saya tunggu."Kata Kyungsoo dan secara automatik,mesej suara itu telah terakam.

Dan pada waktu itu jugalah,sebuah van menuju laju ke arah kereta yang dipandu Kyungsoo.

Kyungsoo yang menyedari hal itu cepat-cepat membelok ke kiri jalan untuk mengelak daripada dilanggar oleh van itu tapi tanpa Kyungsoo sedar,sebuah lori kayu balak sedang melalui kiri jalan itu.

Dan..

Pppang!!!!!!

 

 


 

 

 

"Jieun-ah,nak pergi mana tu.Majlis belum habis lagi ni."Jerit Baekhyun apabila dia melihat Jieun berlari keluar daripada rumahnya dan terus menghidupkan enjin kereta.

Jieun yang kelihatan terburu-buru itu langsung tidak memandang Baekhyun, apatah lagi menjawab soalannya.

“Pelik.Dia nak pergi mana malam-malam ni?Aishh,dari tadi dia ni asyik buat perkara pelik je.Tak faham aku.”Gumam Baekhyun walaupun sebenarnya terselit di hati kecilnya perasaan bimbang terhadap perlakuan gadis itu.

Sementara Jieun,sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut keretanya,kereta berwarna putih salju itu terus memecut laju ke satu destinasi.

Destinasi yang diharapkan akan dapat mempertemukannnya dengan Kyungsoo.

 

 

 


 

 

 

"Haish…kenapa  jam  pula ni??!!" Marah Jieun sambil memukul-mukul stereng keretanya.

Keretanya sekarang tersekat dalam kesesakan lalu lintas sehingga langsung tidak boleh bergerak.

Dan seketika,Jieun teringat akan handphonenya.Iya,dia ingin menelefon Kyungsoo.Dia ingin memberitahu Kyungsoo bahawa dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan pemuda itu.

"Handphone?Mana pula aku letak handphone aku ni?"Gumam Jieun sambil tangannya ligat mencari handphonenya di dalam beg tangannya tetapi gagal ditemui.

Jieun lupa yang dia telah tertinggal handphonenya dirumah..di dalam biliknya..DI BAWAH KATIL.

Pon pon…pon pon..

Jieun membunyikan hon ,entah untuk keberapa kali pun dia tak tahu.Dia tiada masa untuk membilangnya kerana dalam fikirannya sekarang,dia hanya mahu keluar dari kesesakan ini dan berjumpa Kyungsoo.Dia ingin menyelamatkan hubungan mereka.

"Boleh bersabar tak!Ada kemalanganlah di depan."Jerit pemandu kereta yang berada di hadapan kepada Jieun…mungkin sudah tidak tahan mendengar bunyi hon daripada kereta Jieun yang sangat membingitkan telinga itu.

Jieun hanya boleh mengeluh untuk saat ini.Tangannya digenggam,berharap yang kesesakan ini akan berakhir secepat mungkin.

Akhirnya, harapan Jieun termakbul apabila kenderaan-kenderaan di lalu lintas itu mulai bergerak.

Tapi..

Apabila sampai saat Jieun melalui kawasan kemalangan itu,die ternampak Kyungsoo sedang tersenyum kepadanya di tengah-tengah  jalan.Pemuda itu berpakain kemas dan itu membuatkan kekacakannya terserlah.

"Kyungsoo?"Gumam Jieun dan dia terus memberhentikan keretanya pada saat itu juga tanpa memakirkannya di tepi jalan.Kemudian,dia segera keluar dari perut keretanya itu.

Jieun terus berlari ke arah Kyungsoo yang berada di tengah-tengah jalan itu .Kelihatan pemuda itu seperti sedang menunggunya.

Pon..pon..pon..

"Woi …jalan lah!Apa pulak lah gadis itu buat di tengah-tengah  jalan tu."Rungut pemandu yang berada di belakang kereta Jieun.

Sesampainya  di tengah-tengah jalan,Jieun menghentikan lariannya.Kini,dia betul-betul berada di hadapan Kyungsoo.

“Kyungsoo-ah…”kata Jieun tapi pemuda itu hanya tersenyum tanpa bersuara.

“Saya dah tau kenapa awak nak putus dengan saya…tapi saya tak salahkan awak sebab saya tahu,itu hanyalah salah faham.Saya dan Baekhyun tiada apa-apa hubungan,kami hanyalah kawan,tak lebih dari itu.Cinta saya hanya untuk awak.”Kata Jieun dengan bersungguh-sungguh.Dia berasa lega kerana akhirnya dia dapat memberitahu Kyungsoo tentang kebenaran yang pernah diragui pemuda itu.Kebenaran cintanya.

“Kenapa dengan gadis itu??Gila ke??Kenapa dia bercakap sorang-sorang di tengah-tengah jalan itu?”Rungut salah seorang pemandu yang terkandas dek kerana kereta Jieun yang menghalang laluan mereka.

Sementara itu,Jieun mula tersenyum sambil menatap wajah Kyungsoo yang berada di hadapannya itu.

Kyungsoo juga masih tersenyum dengan manisnya sepanjang Jieun berada di hadapannya.Senyuman yang membuatkan jantung gadis itu berdegup dengan kencang seperti waktu kali pertama dia melihat pemuda itu.

Perlahan-lahan,Jieun  cuba menyentuh Kyungsoo tapi tatkala tangannya menyentuh pipi pemuda itu,dia tidak dapat merasa apa-apa…sepertinya dia sedang menyentuh angin.Angin dingin yang membekukan tangan gadis itu.

“Kenapa ni??Kenapa saya tak dapat rasa pipi awak?” Jieun mulai panik.

Dia kemudiannya cuba untuk memeluk Kyungsoo tapi hasilnya tetap sama.Dia langsung tidak dapat merasakan tubuh Kyungsoo...sepertinya Kyungsoo yang berada di hadapannya ini hanyalah bayang-bayang walaupun di mata Jieun,pemuda di hadapannya itu adalah seorang manusia yang cukup sifatnya.

“Kyungsoo-ah..kenapa ini??Kenapa jadi macam ni??Kenapa saya tak dapat sentuh awak?”Tanya Jieun dalam keadaan panik kepada pemuda yang masih setia berdiri di hadapannya itu.

Seketika,kedua-dua belah tapak tangannya ditatap.

‘Kenapa tanganku ini tidak dapat merasakan kehadiranmu…sedangkan hati ini mengatakan yang kamu ada dihadapanku?’Suara hati Jieun mula berbicara.

Dan tiba-tiba,bunyi siren ambulans memenuhi kawasan jalan raya tersebut.Ambulans baru sampai di tempat kejadian dan mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori kayu balak itu diangkat masuk kedalam ambulans.Salah seorang dari mangsa itu telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari kenderaan yang dipandunya.

Jieun seperti terpaku di tempatnya berdiri.Kenapa hatinya berasa begitu sakit disaat melihat seorang mangsa kemalangan itu diusung masuk ke dalam ambulans walaupun dia tidak dapat melihat wajah mangsa itu.

Jieun menarik nafasnya sedalam yang mungkin untuk menenangkan dirinya dan dia kembali memandang Kyungsoo yang berada di hadapannya itu.Pemuda itu kini tidak lagi tersenyum.

“Selamat tinggal,Jieun-ah.”Kata Kyungsoo dan disaat itu juga,figura Kyungsoo perlahan-lahan hilang dari pandangan Jieun seperti buih-buih yang berterbangan.

“Andwae,Kyungsoo-ah.Gajima..gajima!!!!” Jerit jieun dan dia cuba untuk memegang bayangan tangan pemuda itu untuk menghalangnya dari pergi tapi semuanya sia-sia.Pemuda itu kini benar-benar telah lenyap dari pandangan Jieun.

Jieun terus terduduk di atas jalan raya itu.Terkejut bercampur tidak percaya membuatkan air mata Jieun deras mengalir membasahi pipi gadis itu.

"Do Kyungsoo.Saranghae!!"Jerit Jieun sekuat hatinya.Biarpun jasad Kyungsoo telah tiada disisinya sekarang,tapi Jieun percaya yang pemuda itu masih dapat mendengar kata cintanya.

Dan pada ketika itu juga,salji mula turun menandakan winter telah pun tiba.Salji putih yang dipanggil first snow  itu turun dengan banyaknya seperti hujan yang lebat…selebat air yang turun dari tubir mata Jieun.

 

 


 

 

 

Setahun telah berlalu..

Teet teet..teet teet..

Kedengaran handphone milik seseorang berbunyi memenuhi bilik tidur yang luas itu.Bilik tidur yang dipenuhi  dengan lukisan-lukisan bercorak abstrak yang ditampal pada dinding bilik yang bercat hijau muda itu.

Jieun yang sedang mencalitkan karya seninya di atas sehelai kanvas putih itu memberhentikan kerjanya.

Iya,Jieun sekarang telah bekerja sebagai salah seorang desingner di sebuah galeri yang terkenal  di Seoul setelah menjadi graduasi di Hanyang University,universiti yang telah memberi tawaran kepadanya untuk sambung belajar setelah dia memberikan tawaran belajarnya di Seoul University kepada Suzy.Memang Hanyang University bukanlah universiti yang sebagus dan segah Seoul Universiti,universiti yang menjadi tempat belajar kawan-kawannya yang lain tetapi dia tetap dapat buktikan yang dia juga boleh berjaya .

 

Kejayaan bukanlah bergantung pada tempat ilmu itu dituntut,atau siapa yang memberikan  ilmu tersebut tapi ianya bergantung pada insan yang mempelajarinya,adakah insan itu benar-benar inginkan ilmu itu atau sebaliknya.

 

Jieun mula tercari-cari kedudukan handphonenya yang berbunyi minta dijawab itu.

"Mana pulak aku letak handphone ni? Aaah,bawah katil rupanya." Akhirnya ,Jieun menemukan apa yang dicarinya.Sebenarnya bukanlah niat Jieun ingin meletakkan handphonenya itu di bawah katil,tapi disebabkan sikap peliknya yang dari dulu tidak berapa mengendahkan alat komunikasinya yang satu itu membuatkan secara tidak sengaja, alat itu berada di tempat-tempat yang tak sepatutnya ia berada tanpa gadis itu menyedarinya.

"Hello.." Jieun segera menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil diskrin handphonenya.

Tapi tiada balasan.Panggilan itu senyap tanpa sebarang suara .

"Hello??"Ulang Jieun tapi dia tetap tidak menerima apa-apa balasan.

Tapi baru sahaja dia ingin menjauhkan handphone itu dari telinganya,kedengaran satu suara sedang berkata-kata.

"Nado..saranghanda." Lelaki yang berada di dalam talian itu akhirnya bersuara.

Mendengarkan ucapan itu ,Jieun terus tersenyum dan air matanya mula bergenang.

Dia rindukan suara itu.Sudah setahun dia tidak bertemu dengan pemilik suara itu.Dia ingin pemuda itu kembali.Dia mahu bertemu dengannya.

“I miss you..my sweetheart.”Gumam Jieun.

 

 


 

 

 

Hujan mulai berhenti membasahi bumi.Kelihatan sebuah kereta berwarna putih salju itu berhenti betul-betul di hadapan Hanwoo Bridge.

Seketika,seorang gadis yang memakai dress pink paras lutut itu keluar daripada perut kereta tersebut.Gadis itu adalah Lee Jieun.Jieun mula melangkah menyusuri jambatan tersebut dengan high heel merah yang dipakainya.

Ttuk..ttuk..ttuk..

Setiap langkahnya diiringi dengan bunyi yang agak kuat yang dihasilkan oleh tapak high heelnya yang sangat kecil itu.Dia sukakan bunyi itu,sekurang-kurangnya bunyi itu dapat menemaninya.

Kini,dia telah pun betul-betul berada di tengah-tengah jambatan itu.Pemandangan laut yang terbentang luas di hadapannya ini sungguh cantik dan memukau setiap mata yang melihat.

Jieun mula mendepakan tangannya dan matanya perlahan-lahan dipejam.Dia ingin merasai setiap deruan angin yang melintasinya…dia ingin mendengar  setiap cicipan burung yang berterbangan…dia ingin menghayati bunyi setiap desiran ombak yang memukul batu-batuan kerana segalanya indah dan menenangkan.

Tiba-tiba,Jieun merasakan seseorang memeluknya dari belakang dan itu membuatkan Jieun sangat terperanjat.Matanya secara automatik terbuka,tapi insan yang memeluknya itu cepat-cepat menutup mata Jieun kembali.

“Yaaa!!Alihkan tangan kau dari mata aku.”Kata Jieun dengan selamba .Sepertinya sekarang dia sudah dapat mengagak siapakah insan yang sedang mengacaunya itu…siapa lagi kalau bukan si nerd Baekhyun.Lagipula ,Jieun memang sudah membuat janji dengan Baekhyun  untuk bertemu di Hanwoo Bridge pada petang ini.Jieun juga tidak tahu apa sebabnya Baekhyun beria-ria mengajaknya untuk bertemu disini.

Setelah beberapa detik berlalu,pemuda itu masih juga tidak mengalihkan tangannya dari mata Jieun dan pemuda itu juga tidak bersuara sejak tadi.

“Yaaa!!Baekhyun-ah,kau jangan main-main boleh tak.Alihkan lah tangan kau,please…aku nak tengok pelangi ni.”Kata Jieun.Kali ini Jieun cuba menggunakan teknik rayuan pula,mesti berkesan punyalah pada lelaki seperti Baekhyun,lelaki lurus lagi berhati lembut itu.

“Macam mana kalau pelangi tak muncul-muncul walaupun hujan sudah pergi?”Tiba-tiba,lelaki itu berbisik betul-betul di sebelah telinga Jieun menyebabkan gadis itu terkedu.Itu bukan suara Baekhyun,itu suara dia.

Jieun cuba berlagak tenang.Dan seketika ,dia mencuba untuk menjawab soalan pemuda itu.

“Pelangi tetap akan muncul ,hanya manusia sahaja yang kadang-kadang tidak dapat melihatnya...kerana awan telah menutupi kehadirannya. Jadi…” Belum sempat Jieun meneruskan kata-katanya,ianya telah pun dipotong oleh pemuda itu.

“Jadi…wahai awan,bergeraklah...agar kekasihku ini dapat melihat sang pelangi yang tersembunyi disebalikmu.”Kata pemuda tersebut dengan suara yang penuh dengan pengharapan dan perlahan-lahan mula mengalihkan tangannya dari mata Jieun.

Pada saat Jieun membuka matanya,sedikit demi sedikit sang pelangi dapat dilihatnya sementara si awan perlahan-lahan bergerak menjauhi sang pelangi.

Dan ketika itu juga,air mata Jieun mula berlinangan.

“Kyungsoo-ah,awak ke tu?” Tanya Jieun tanpa berpaling ke arah pemuda yang berada di belakangnya itu.

“Iya,ini saya.Saya dah kembali.”Kata Kyungsoo.Suara Kyungsoo yang lembut dan lunak itu membuatkan nafas Jieun seperti terhenti.

Dan tanpa menunggu lagi,Jieun terus berpaling dan memeluk Kyungsoo dengan seerat-eratnya…seperti tidak mahu dilepaskan lagi.Biarlah selama-lamanya begini.

“Awak ke mana selama ini?Awak tau tak,puas saya tunggu awak.”Kata Jieun sambil memukul-mukul dada Kyungsoo. Kini,baju kemeja biru muda yang dipakai pemuda itu telah basah di bahagian dada dek kerana air mata Jieun.

“Maaf...kerana buat awak lelah menunggu saya.Awak tahukan,lepas kemalangan tu…”

 

 

Flashback

“Doktor...mangsa yang memandu lori dalam kemalangan itu telah mati di tempat kejadian.”Beritahu jururawat yang ditugaskan untuk pergi ke tempat kejadian.

“Macam mana pula dengan pemandu kereta itu?”Tanya lelaki yang berusia lewat 30-an yang memakai nametag ‘Dr. Luhan’.

“Jantung lelaki itu masih berfungsi dengan normal cuma dia tidak sedarkan diri.”Jawab jururawat itu sambil mencuri pandang ke arah Kyungsoo yang sedang terbaring di atas trolley itu sambil berlumuran darah.Kyungsoo baru sahaja diturunkan dari ambulans yang membawanya ke hospital itu.

“Kalau macam itu,masukkan dia ke bilik pembedahan sekarang.Pembedahan harus dimulakan dengan segera.”Arah Dr.Luhan.

“Baik doktor!” Jururawat itu mengangguk tanda arahan diterima dan Kyungsoo terus dibawa ke bilik pembedahan.

 

 

 

 

Lampu merah di luar bilik pembedahan itu menyala menandakan pembedahan baru sahaja bermula. Sementara di dalamnya,lampu yang terang benderang itu dipancarkan ke tubuh Kyungsoo dan Dr.Luhan mula bertungkus-lumus untuk menyelamatkan nyawa pemuda itu.

“Senior,pendarahan di kaki kanan mangsa tak juga berhenti-henti.Apa yang patut kita buat??”Tanya salah seorang doktor junior  yang bertindak sebagai pembantu dalam menjalankan pembedahan tersebut.Luka parah di kaki kyungsoo itu mengeluarkan banyak sekali darah dan darah itu tidak juga berhenti-henti keluar walaupun lukanya itu sudah dijahit.

“Potong sahaja kaki tu.”Arah Dr.Luhan dengan yakin.

“Tapi …”Doktor junior yang bernama Jongdae itu seperti tidak bersetuju dengan tindakan seniornya itu.Pasti ada cara lain,fikirnya.

“Kita dah tiada cara lain.Mangsa akan kehilangan banyak darah jika pendarahan tidak dihentikan.Saraf-saraf dan pembuluh darah di kaki kanan mangsa ini sudah rosak teruk akibat tersepit semasa kemalangan tu…kalau kita tak potong kaki ini sekarang pun,dia tetap akan lumpuh.”Beritahu Dr.Luhan sambil matanya fokus ke arah scalpel yang sedang dipegangnya .Dia harus berhati-hati mengeluarkan serpihan kaca itu dari badan mangsa.

Dan pembedahan yang mengambil masa hampir dua jam itu akhirnya selesai.

 

 

 

 

Seminggu telah berlalu,Kyungsoo akhirnya tersedar dari komanya.

Dan disaat matanya perlahan-lahan dibuka,dia dapat melihat wajah ibunya,adik lelakinya,Suzy,Jiyeon,Naeun dan Baekhyun yang sedang berdiri disisinya…hanya Jieun sahaja yang tiada.

“Apa yang berlaku ni??Kenapa saya disini?” Tanya Kyungsoo yang masih lemah itu.

“Hyung kemalangan…dah seminggu hyung tak sedarkan diri.”Kata adik lelaki Kyungsoo,Sehun.

“Ohhhh..” Hanya itu yang keluar dari mulut Kyungsoo.Ingatannya pada kemalangan yang menimpa dirinya itu masih samar-samar.

Dan ketika dia hendak menggerakkan kakinya...kaki kanannya tidak dapat digerakkan walaupun dia sudah mencuba sedaya upaya untuk menggerakkannya.

“Kenapa ni?Kenapa saya tak boleh gerakkan kaki saya??!”Kyungsoo secara tiba-tiba menjadi tak tentu arah.Selimutnya dicampak ke lantai dan dia mula meronta-ronta sambil memegang kaki kanannya itu.Iya,kaki kanannya itu tidak jadi dipotong apabila Dr. Jongdae berkeras untuk tidak melakukan arahan seniornya itu dan akhirnya,dengan kegeniusan semula jadinya itu,dia menemui cara lain untuk menghentikan pendarahan di kaki Kyungsoo itu tanpa perlu memotong kaki pemuda tersebut,tapi tetap tiada apa yang boleh dilakukan oleh doktor muda itu untuk membolehkan kaki itu berfungsi seperti sedia kala.Begitulah hakikatnya,walaupun secara fizikal,kaki itu kelihatan normal…tapi ianya tidak boleh digunakan lagi.

Kyungsoo telah lumpuh.

Puan Do terus memeluk anaknya itu …menghalang Kyungsoo dari terus meronta.

“Ibu,kenapa dengan kaki saya?Saya masih boleh berjalankan?Saya tak cacatkan?”Tanya Kyungsoo bertubi-tubi kepada ibunya itu.

Semua yang berada di dalam bilik itu sudah bergenang air mata.Mereka semua sebak melihat keadaan Kyungsoo yang sangat menyedihkan itu.

“Tak.Anak ibu tak cacat.Kyungsoo pasti boleh berjalan semula.Ibu janji,ibu akan ikhtiar untuk mencari doktor dan hospital yang paling bagus untuk menyembuhkan Kyungsoo.Ibu janji.” Ada tekad yang padu dalam kata-kata ibunya itu.

Kyungsoo yang berada di dalam pelukan ibunya itu tidak dapat berkata apa-apa lagi sekarang,lidahnya kelu.Air matanya mula mengalir.Dia tak menyangka yang dia akan berada dalam situasi seperti ini…situasi di mana,dia akan kehilangan kehidupan normalnya sebagai seorang manusia  dan mungkin juga segala-galanya termasuk satu-satunya  gadis yang dicintainya,Jieun.

‘Adakah awak masih sudi untuk mencintai lelaki cacat seperti saya,Jieun-ah.’Getus hati Kyungsoo.

Sehun mula mendekati ibu dan abangnya itu.Perlahan-lahan dia memeluk kedua-duanya.

Kini,tiga beranak itu saling berpelukan.

Flashback end

 

 

 

“Akhirnya,ibu menemukan doktor yang boleh merawat kaki saya..tapi bukan di Korea.Doktor itu adalah seorang doktor pakar di Papworth Hospital di England.Jadi,saya dibawa ke sana untuk menerima rawatan sehinggalah kaki saya akhirnya sembuh dan saya dapat berjalan semula.” Kyungsoo menceritakan segala-galanya pada teman wanitanya itu.

Kini,Kyungsoo dan Jieun sedang duduk di birai jambatan itu sambil kaki mereka dijuntaikan ke bawah.Sesekali Jieun menghayunkan kakinya di udara.

Jieun menoleh ke arah pemuda yang duduk di sebelahnya itu.

“Kenapa saya tak tahu pun semua ni sebelum ni?Kenapa awak sembunyikan dari saya?Puas saya cari awak tau.Saya tahu keadaan awak yang sebenarnya pun bila Baekhyun bagitahu saya yang awak sebenarnya mengalami kemalangan pada hari jadi saya itu dan awak sedang dirawat di luar negara.Itupun saya baru tahu sebulan yang lalu.”Kata Jieun.Iya,Baekhyun baru memberitahu gadis itu perkara yang sebenar sebulan yang lalu.Itupun secara tidak sengaja.

Sebulan yang pertama setelah peristiwa malam itu,Jieun seperti orang yang kehilangan suami.Dia mencari Kyungsoo di merata-rata tempat tetapi tidak juga berjaya menemui pemuda itu dan panggilannya juga tidak diangkat.Akhirnya dia berputus asa.Mungkin Kyungsoo memang sengaja mengelak daripada berjumpa dengannya lagi,fikir Jieun...dan akhirnya,dia memutuskan untuk berhenti mencari pemuda itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa pemuda itu walaupun disudut hatinya,ianya sangat menyakitkan.

Kyungsoo hanya tersenyum kecil dan kata-kata Jieun itu membuatkan dia teringat akan perbualannya dengan Baekhyun di airport sebelum dia berangkat ke England beberapa bulan yang lalu.

 

 

 

Flashback

“Jangan beritahu Jieun.”Kata Kyungsoo yang sedang duduk di atas kerusi roda itu.Ibunya dan Sehun sedang sibuk menguruskan tiket penerbangan mereka.

“Tapi dia kan…”Baekhyun baru sahaja ingin meneruskan kata-katanya.

“Aku tak nak dia sedih…jadi,lebih baik dia tak tahu.”Itulah kata-kata Kyungsoo yang memotong kata-kata Baekhyun.Dia tahu apa yang Baekhyun ingin katakan,tapi dia tetap tidak mahu gadis itu tahu tentang keadaannya dan bersedih kerananya.Biarlah dia seorang sahaja yang menanggungnya.

“Kau ingat dia akan gembira kalau dia tak tahu?Itu akan buat dia lagi sengsara tau tak!”Kata Baekhyun dengan suara yang lantang dan membuatkan beberapa orang yang berada berdekatan dengan mereka berdua memandangnya,tapi Baekhyun langsung tidak mempedulikan pandangan orang terhadapnya.Dia pun tak tahu kenapa,tapi apa yang dirasanya sekarang adalah perasaan marah...marah pada Kyungsoo yang membuat Jieun sengsara.

“Kau sukakan Jieun?”Tiba-tiba,pertanyaan itu keluar dari mulut Kyungsoo membuatkan Baekhyun sedikit terkejut.

“Apa kau cakap ni?!”Baekhyun cuba untuk menafikan.Tapi Kyungsoo perasan yang riak wajah sahabatnya itu berubah tatkala soalan itu diajukan kepadanya .Baekhyun seperti ingin menyembunyikan sesuatu.Mungkin ingin menyembunyikan satu perasan yang berada di dalam hatinya.

“Kau cintakan dia?” Soalan yang kedengaran berlainan tapi membawa maksud yang sama dengan soalan sebelum ini.Kyungsoo masih menunggu jawapan daripada rakannya itu.

“Iya.Aku sukakan dia..aku cintakan dia...tapi itu dulu,sebelum dia jadi teman wanita kau.Sekarang,aku dah buang rasa cinta tu jauh-jauh.Jadi,kau tak perlu bimbang sebab aku tak kan rampas dia daripada kau.Cuma aku harap kau tak kan lukakan hati dia lagi.”Kata Baekhyun dengan wajah yang serius.

Pada ketika ini,Baekhyun langsung tidak kelihatan seperti seorang lelaki nerd.Dia kelihatan sangat manly dan matang.Iya,pengalaman hidup akan membuatkan seseorang itu berfikiran matang ,tidak terkecuali juga pemuda itu.

Kyungsoo tersenyum nipis mendengar kata-kata jujur dari rakannya itu.Walaupun dia tak tunjuk melalui riak wajahnya,tapi jauh di sudut hati Kyungsoo tercalit sedikit perasaan kecewa setelah mendengar jawapan yang diberikan Baekhyun tapi dalam pada masa yang sama,dia juga berterima kasih pada rakannya itu kerana bukan semua orang dapat melakukan apa yang dilakukan Baekhyun itu.

 

Pengorbanan cinta demi sebuah persahabatan.

 

“Tentulah aku tak akan lukakan hati dia lagi.Jadi,selama aku tiada di Korea ni,aku nak kau jagakan Jieun untuk aku..boleh?”Pinta Kyungsoo sambil mendongak memandang rakannya itu.Iya,kerana keadaannya yang berkerusi roda itu membuatkan dia terpaksa mendongak untuk memandang Baekhyun yang sedang berdiri itu.

“Jaga Jieun?Dia bukan lumpuh macam kau pun ...buat apa nak jaga.”Kata Baekhyun selamba.Nampaknya ‘kelurusan bendulan’ yang di hadapinya telah kembali.

“Yaa!!Maksudnya jangan bagi dia terluka lah.Itu pun susah nak faham.”Kata Kyungsoo geram…dan dia hanya boleh mengeluh apabila lelaki nerd di hadapannya ini tersengih seperti kerang busuk.

Tetapi siapa sangka,disebalik senyuman lebar yang tidak membawa apa-apa erti itu,suara hati pemuda itu sedang berkata-kata tanpa dapat didengari oleh sesiapapun kecuali dirinya.

‘Aku janji...aku akan jagakan dia untuk kau’getus hati Baekhyun.

Flashback end

 

 

“Pandai betul budak Baekhyun tu jaga rahsia.”Gumam Kyungsoo sambil tersenyum kecil.Ada perasaan kagum dan berterima kasih sekali lagi terselit di hatinya buat Baekhyun kerana pemuda itu mengotakan janjinya.

‘Terima kasih,Baekhyunnie.’Getus hati Kyungsoo.

“Ohh...jadinya awaklah yang larang dia daripada bagitahu saya ye.” Jieun berpura-pura marah dan bercekak pinggang.Bibirnya dimuncungkan seperti mulut itik.

Kyungsoo hanya tertawa melihat gelagat Jieun.Sudah lama dia tidak melihat perlakuan comel teman wanitanya itu.Dia sangat gembira dan bersyukur kerana dia masih berpeluang untuk melihatnya lagi walaupun suatu ketika dulu,ketika hidupnya dirasakan seperti sudah berakhir,dia pernah terfikir yang mungkin dia tak kan berpeluang untuk melihatnya lagi.Tapi dia silap,takdir tak sekejam itu.

‘Dia comel walaupun sedang marah.’fikir Kyungsoo ,memuji teman wanitanya itu dalam diam.

Setelah tawanya reda,Kyungsoo mula bersuara kembali.

“Iya..sebab saya tak nak awak risau dan saya tak nak awak tahu yang saya sedang berada jauh dari awak.”Akui Kyungsoo.

“Aish..pabo.”Gumam Jieun dan tak semena-mena, gadis itu meluku kepala Kyungsoo.

“Auccchh..sakitlah!Kenapa tiba-tiba awak pukul kepala saya?”Rungut Kyungsoo sambil menggosok-gosok bahagian kepalanya yang diluku tadi.

“Sebab awak ni dua kali lima je macam si Baekhyun tu.Pabo!”Kata Jieun lagi.Dan seperti biasa, dengan selambanya.

“What?!!Awak samakan saya dengan budak nerd tu?Huh..yaa!!Saya…saya..saya  lebih handsome dari dia lah.”Kata Kyungsoo dengan tegas.Tapi kenapa di wajahnya seperti ada keraguan?Adakah kenyataannya adalah yang sebaliknya?Baekhyun lebih handsome dari Kyungsoo??Itu subjektiflah,fikir Jieun.

Kemudian,gadis itu memegang pipi Kyungsoo dan menarik wajah Kyungsoo dekat dengan wajahnya.Mata pemuda itu ditenung...dalam tenungannya sehingga membuatkan jantung Kyungsoo berdegup lebih laju dari biasa.

“Awak tak kan pernah jauh dari saya...sebab awak sentiasa berada di dalam hati saya.”Kata Jieun dan terus mendekatkan bibirnya dengan bibir Kyungsoo.

Ccupp!!

Bibir mereka bertemu.

Sebuah ciuman yang disaksikan oleh sang pelangi ….dan empat orang manusia yang sedang terlopong mulutnya.

“Mereka berdua kiss lah..sweetnya!!!”Kata Jiyeon sambil terlompat-lompat seperti seekor arnab yang comel.

“Yaa!Tutup mata tu sekarang…budak bawah umur tak boleh tengok.”Marah Suzy kepada Jiyeon,tapi sebenarnya Suzy hanya bergurau.Mereka semua sudah cukup besar dan matang untuk melihat perkara-perkara seperti itu...untuk melakukannya juga sudah boleh.

“Macam mana mereka berdua boleh lakukannya tanpa aku?”Tiba-tiba,Baekhyun mencelah.

Semua mata memandang Baekhyun sekarang.

‘Apa yang Baekhyun merepek tu?Kalau nak kiss kena ada dia ke?’ Begitulah apa yang berlegar dalam fikiran ketiga-tiga gadis itu.

Dan tak semena-mena, Baekhyun berlari ke arah pasangan yang sedang hangat bercumbu itu.

“Yaa!!Byun Baekhyun!Balik ke sini semula.”Jerit Naeun tapi dalam volume yang perlahan.Dia khuatir kalau dia menjerit dengan kuat,Jieun dan Kyungsoo akan sedar tentang kewujudan mereka berempat disini.Iya,Baekhyun yang mengajak Suzy,Jiyeon dan Naeun ke sini.Katanya,Kyungsoo akan balik ke Korea pada hari ini dan mereka akan dapat bertemu dengannya.Tapi tak sangka pula yang mereka terpaksa menyaksikan aksi kiss itu sebaik sahaja tiba.

Jeritan Naeun itu tidak diendahkan oleh Baekhyun dan dia terus berlari-lari anak ke arah pasangan itu.Kakinya dijengketkan sedikit supaya tidak menghasilkan bunyi.

Kini,Baekhyun telah pun berada betul-betul di hadapan Jieun dan Kyungsoo yang masih berciuman itu.Bibir mereka masih saling bertemu.

‘Bila nak habis ni?Lamanya!’fikir Baekhyun sambil mencebikkan bibirnya.Dengan selambanya dia melihat adegan ciuman itu dengan jarak yang sangat dekat.

Dan pada saat itu juga,bibir Kyungsoo dan Jieun mula menjauh dan kedua-duanya mula membuka mata mereka yang terpejam disaat menikmati ciuman itu tadi.

‘Alamak!!Dah habis lah..nak lari ke tak nak?lari ke tak nak??’ fikir Baekhyun.Air liurnya ditelan.Kecut perut juga dibuatnya...takut kantoi.

“Dah kantoi pun.” Tiba-tiba satu suara memukul gegendang telinga Baekhyun membuatkan pemuda itu tersedar dari fikiran berbolak-baliknya tadi.Dia memandang pasangan itu dan memberikan ‘senyuman tidak bersalah’nya.

Kyungsoo dan Jieun kini sedang memandang Baekhyun .Pandangan kedua-duanya seperti harimau yang sedang dalam kelaparan dan sudah bersiap sedia untuk membaham mangsa yang berada di hadapan mata mereka berdua sekarang.

“Lari!!!”Jerit Suzy,Jiyeon dan Naeun serentak.

Dan sepantas kilat ,Baekhyun terus memulakan langkah seribunya.

“Byun Baekhyuuuuuuuuunnnn!!!!!!!”

 

 

Lee Jieun's pov

Begitulah kisah cintaku dengan Kyungsoo.Pelbagai onak dan duri telah kami tempuhi bersama.Walaupun kelihatan sangat menyakitkan,tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Hajat yang pernah ku pinta sewaktu hari lahirku setahun yang lalu,kini termakbul.

‘Semoga kisah cintaku dengan Kyungsoo  mempunyai pengakhiran yang membahagiakan.’

Iya,aku dan Kyungsoo sangat bahagia sekarang.

 

 

TAMAT

 


 

Author`s note:

Yeay!!Akhirnya complete jugak cerita ni aku tulis.Hopefully cerita ni mendapat tempat di hati para juri dan para pembaca.^^

Annyeong..*lambai tangan*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
To all subbies,InsyaAllah saya akan update cerita ni lusa.Sorry kalau buat korang menunggu..^^

Comments

You must be logged in to comment
rayuns #1
Chapter 6: Author buatlah tntg baekhyun n eunji pulak..Hehe, btw cita ni mmg best
Ayien_yen #2
Chapter 6: Waa^.^...Happy ending!!!
NrDiba
#3
Chapter 6: Daebak ahhhhhh ! Mula-2 sedih last-2 diorang hidup bahagia
93Hanafayana #4
Chapter 6: Daebak!!!^^
shizuka_arumi
#5
Chapter 6: Daebakk....
AdrianaLee #6
Chapter 5: OMG! New subcribers... Cerita ni best lar... Daebak and good job!! ^_^
haninad
#7
Chapter 4: awww.. cuteeee
atykpoperz #8
Chapter 4: best!daebak!
93Hanafayana #9
Chapter 5: Update soon^^
Heart_love
#10
Chapter 5: Good job..best sgt