Chapter 1

I'm going to meet you..
ilbEvkG.png
CHAPTER 1 

Teet teet…teet teet..

Handphone yang berada di bawah katil itu bergetar dan berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.Ringtonenya yang agak kuat itu memenuhi setiap ruang bilik tidur yang luas itu.

Tertera di skrin handphone itu, gambar seorang pemuda sedang tersenyum lebar sambil membuat tanda ‘peace’ dengan menggunakan dua jarinya.Nama pemanggil yang diset oleh pemilik handphone itu adalah…

 'My sweetheart'

Seketika, mesej suara diaktifkan apabila panggilan itu tidak juga diangkat-angkat.

"Jieun-ah,telefon saya balik bila awak dah dengar mesej ni…saya tunggu,"kata lelaki ditalian dengan suara yang cemas.

 

 

 


 

 

2 jam sebelum..

 

"Selamat hari jadi,Jieun!" ucap Naeun,Suzy dan Jiyeon serentak dengan suara yang sengaja mereka kuatkan.Mereka sangat gembira dan teruja menyambut hari yang bermakna untuk kawan baik mereka itu.

"Terima kasih."Kata gadis yang memakai gaun pendek berwarna hitam itu sambil tersenyum..senyuman yang sangat cantik yang boleh mencairkan hati setiap lelaki yang menghadiri majlis hari jadinya yang ke-24 itu.Kebiasaanya majlis hari jadinya akan diadakan di hotel ,tapi entah kenapa tahun ini Jieun mengambil keputusan untuk mengadakan majlis hari jadinya itu di halaman rumahnya sahaja.

"Eh,mana Kyungsoo? Dari tadi aku tak nampak pun dia,” tanya Suzy apabila batang hidung lelaki yang sepatutnya menghadiri majlis ini dan berada di sisi Jieun sekarang tidak kelihatan.

Mendengarkan pertanyaan Suzy itu,Jieun tertunduk.Ada riak kesedihan di wajah manis gadis itu.

Naeun yang berdiri disisi Jieun perasan akan perubahan pada rakannya itu.

“Kenapa ni Jieun?Kau bergaduh dengan Kyungsoo ke?” tanya Naeun prihatin.Sikap Naeun yang memahami itu membuatkan Jieun senang berkawan dengannya.

Tapi Jieun tidak menjawab soalan Naeun itu dan hanya berdiam diri.

"Yaaa!!!Di sini rupanya kauorang bertiga...sampai hati  tak tunggu aku,”jerit  seorang lelaki yang berkaca mata hitam dan bertuksedo putih yang sedang berjalan dengan penuh bergaya ala-ala model tidak bertauliah ke arah Jieun dan rakan-rakannya itu.

Jieun,Naeun,Suzy and Jiyeon tergelak besar melihat penampilan Baekhyun yang bagi mereka amat luar biasa dan agak pelik bagi lelaki yang bertubuh kecil molek itu.Iya,lelaki yang memakai kaca mata hitam itu adalah Byun Baekhyun,pemuda paling nerd di abad ini.

Walaupun sikap Baekhyun kelihatan seperti lurus bendul, tapi sesiapa sahaja yang mengenalinya akan tahu sikap dan dirinya yang sebenar.Dia tidaklah seperti yang orang sangkakan walaupun terdapat juga kelurusannya itu.Dia sebenarnya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri...bukan sahaja daripada segi rupanya yang comel tapi juga daripada segi keperibadiannya.Dia sebenarnya agak manly dan romantic tetapi kadang-kadang sangat manja sehingga membuatkan orang di sekelilingnya annoying terhadapnya.

"Yaaa!Byun Baekhyun,kau dah gila ke?Kau dah ubah penampilan kau ke?"Tanya Jiyeon,si gadis yang sentiasa memakai eyeliner tebal di matanya itu.Kemudian,keempat-empat gadis itu menyambung gelak-tawa mereka yang tergendala akibat pertanyaan dari Jiyeon tadi.

"Kyungsoo yang suggest aku pakai macam ni tau...handsome tak?"tanya Baekhyun sambil mengerdip-ngerdipkan matanya walaupun gadis-gadis di hadapannya itu bukan dapat melihat pun kerdipan matanya kerana dia sedang memakai kaca mata hitam.

Tapi soalan Baekhyun itu membuatkan Naeun sekali lagi memandang Jieun.Dia sudah dapat mengagak yang Jieun pasti akan tertunduk apabila nama Kyungsoo disebut.

"Kyungsoo yang suruh kau pakai macam ni?Tapi..not bad lah.Handsome!”puji Jiyeon dengan ikhlas.Pujian yang keluar dari mulut gadis itu membuatkan Baekhyun tersenyum lebar seperti kerang busuk.Mungkin kerana itulah pertama kali dirinya dipuji oleh Jiyeon,gadis nakal yang selalu mentertawa dan mengejeknya kerana sikapnya yang sedikit lurus itu.

“Tapi...mana Kyungsoo?Dia tak datang ke?"tanya Suzy kepada Baekhyun.Memang wajarlah Suzy bertanyakan tentang Kyungsoo kepada Baekhyun kerana Baekhyun dan Kyungsoo adalah housemate.Mereka berdua menyewa di apartment yang sama.

"Eh,dia tak sampai lagi ke?Tadi dia dah keluar rumah sebelum aku lagi.Haaa!Tapi tadi dia ada cakap yang dia nak pergi ke satu tempat dulu sebelum datang ke sini."Kata baekhyun sambil mengingati semula kata-kata Kyungsoo sebelum dia keluar rumah tadi.

"Kau ni pun..tak kanlah Kyungsoo tak datang ke majlis hari jadi teman wanita dia sendiri."Kata Jiyeon sambil meluku kepala Suzy.

“Auchh..sakitla!”Rengek Suzy tapi Jiyeon hanya menunjukkan muka tak bersalahnya.

"Aku bukan teman wanita Kyungsoo lagi."Kata Jieun yang tiba-tiba  itu membuatkan kawan-kawannya yang berada di hadapannya itu terus memandangnya.Riak wajah mereka sekarang menunjukkan betapa terkejutnya mereka semua dengan kenyataan yang diberi Jieun sebentar tadi.Hanya Naeun sahaja yang bersikap tenang,dia tahu yang Jieun akan memberitahu mereka sesuatu pada malam ini…melalui riak wajah dan perlakuan Jieun dari tadi,Naeun dapat mengagak ini akan terjadi.

"Kami berdua dah putus..sebulan yang lalu."Sambung Jieun.Air mata yang mula bergenang cepat-cepat diseka sebelum ianya mengalir membasahi pipi gebunya itu.

"Kau jangan nak tipu kami lah.Minggu lepas baru kita keluar sama-sama kan…aku  tengok korang berdua  okey je…siap pegang-pegang tangan lagi."Celah Suzy. Jiyeon dan Baekhyun mengangguk-ngangguk tanda setuju dengan apa yang diperkatakan Suzy.Pasangan kekasih itu tidak kelihatan seperti mereka sudah putus.

"Itu semua lakonan.Lakonan yang terpaksa dicipta..untuk memenuhi kehendak Kyungsoo."Luah Jieun.

 

 

Flashback

Sebulan yang lalu.

"Mulai hari ini…kita putus."Kata Kyungsoo tanpa memandang wajah Jieun yang berada di hadapannya itu.

"Apa??!” Jieun tak percaya apa yang didengarnya sekarang.Lelaki yang sangat dicintainya itu ingin memutuskan hubungan mereka?Adakah dia tersilap dengar?

"Perlu saya ulang ?kita putus…faham?"Ada nada tegas dalam kata-kata Kyungsoo kali ini.

"Apa awak cakap ni?Awak tak cintakan saya lagi ?”Tanye Jieun.Air matanya sudah hendak mengalir.

"Cinta??Huh…awak tahu ke apa itu cinta?" Kyungsoo tidak menjawab soalan teman wanitanya itu sebaliknya dia membalas dengan memberikan soalan ‘killer’itu kepada Jieun.

"Kyungsoo-ah..kenapa ni?Mesti ada sesuatu yang berlakukan??Bagitahu saya apa yang berlaku sampai awak jadi macam ni?Cakap lah…"rayu Jieun.Air mataya yang bergenang mula mengalir.Perlahan-lahan Jieun cuba untuk memegang tangan Kyungsoo tetapi ditepis kasar oleh lelaki itu.Dia tak menyangka lelaki yang selama ini sentiasa menggenggam erat tangannya, sekarang telah menolak apabila tangannya ingin dipegang Jieun.

"Awak tahu tak,saya dah muak tengok lakonan awak!Cinta? Huh..baiklah,awak cintakan saya kan?Jadi,buktikan."Kata Kyungsoo dengan wajah yang serius.Ini pertama kali Jieun melihat wajah Kyungsoo seserius itu.

"Buktikan??"Gumam Jieun.Bagaimana harus dia buktikan?

Flashback end.

 

 

 


 

 

Air tasik yang tenang itu berkocak apabila ketenangannya diganggu.Kelihatan seorang lelaki sedang membaling batu-batu kecil ke dalam tasik itu.Satu demi satu batu-batu kecil itu lemas di dalam air yang jernih itu.

"Lama tunggu?"Sapa seorang gadis secara tiba-tiba kepada lelaki itu.Gadis yang berambut paras bahu itu bernama Jung Eunji.

Kyungsoo berpaling menghadap gadis itu dan seketika sebuah senyuman berbentuk  ‘love’ itu dihadiahkan buat Eunji.

"Baru 5 minit..tak selama saya tunggu saat ini tiba ..5 tahun saya tunggu awak."Balas Kyungsoo seraya mendekati Eunji.

Eunji hanya ketawa mendengar kata-kata Kyungsoo.

"Awak ni tak berubah langsung..suka bergurau lah."kata Eunji dan mencubit manja lengan Kyungsoo.

Kyungsoo hanya tersenyum melihat tindakan gadis itu.Cubitannya langsung tidak menyakitkan.

"Mana ada saya bergurau.Orang yang ditinggalkan haruslah menunggu kepulangan orang yang meninggalkannya.Betul tak?” Kata-kata Kyungsoo itu membuatkan riak wajah Eunji sedikit berubah,tidak seceria tadi.

Kyungsoo perasan akan hal itu,dia tak menyangka yang kata-katanya itu akan membuatkan gadis itu berasa tidak selesa.Perasaan bersalah mulai menyelubungi Kyungsoo.

Perlahan-lahan dia memeluk bahu Eunji.

“Awak pun sama..masih macam dulu.Cantik."Puji  Kyungsoo sambil mengenyitkan matanya ke arah Eunji.

Eunji tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum apabila melihat perlakuan comel Kyungsoo itu.Lelaki itu selalu tahu cara untuk membuatkan dia gembira dan tersenyum.

"Well,macam mana hubungan awak dengan Jieun?Dah berbaik semula?"Tanya Eunji.Iya,Eunji tahu akan masalah yang dialami Kyungsoo sekarang.Kyungsoo telah memberitahunya dua minggu yang lalu melalui e-mail.

Kini,riak wajah Kyungsoo pula yang bertukar muram.Mata bulat miliknya yang beberapa saat lalu memancarkan sinar kecerian,kini bertukar menjadi kelam.Sepertinya sinar itu telah terpadam dan yang tinggal hanyalah kesedihan.

"Baik??Mungkin tak kan pernah jadi baik semula.Sudah lah..lupakan je lah dia." Kyungsoo membuang pandangannya jauh ke arah tengah tasik.

"Betul?Awak sanggup lupakan dia?Awak yakin yang awak tak kan menyesal?"Eunji cuba bermain kata-kata dengan lelaki itu.

"Perlu ke saya  menyesal kerana melupakan insan yang tak ikhlas cintakan saya?Melupakan orang yang hanya berpura-pura mencintai saya?" Suara Kyungsoo kedengaran lirih semasa mengucapkan kata-kata itu.Air matanya sedaya upaya ditahan daripada mengalir.Hatinya terasa sakit sangat,seperti dihiris sembilu tajam.

"Mana awak tau dia tak cintakan awak?"Tanya Eunji dengan tenang.

"Kalau betul dia cintakan saya..mana buktinya?"

 

 

Flashback

"Buktikan??"Tanya Jieun terkejut.

"Iya,buktikan yang awak cintakan saya,bukannya dia!"

`Dia??Siapa?` Jieun benar-benar buntu sekarang.Siapakah ‘dia’ yang dimaksudkan Kyungsoo?

Kyungsoo tersenyum sinis melihat keadaan Jieun yang seperti dalam kebingungan itu.

‘Dasar pelakon!’Getus hati Kyungsoo.

"Aku tahu kau lebih kenal dan tahu siapa yang aku maksudkan."Kata Kyungsoo yang telah mula menukarkan kata ganti nama diri pertama itu,daripada ‘saya’ kepada ‘aku’.

Dia kemudiannya terus meninggalkan Jieun sendirian di hadapan air pancut itu.

Flashback end.

 

 


 

 

 

Kini,tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu yang hadir di majlis hari jadi itu.Acara tiup lilin yang akan dilakukan oleh ‘Queen of the day’,Jieun.Wajah para tetamu semuanya seperti tidak sabar menunggu lilin yang sedang menyala itu terpadam ditiup oleh Jieun.

"Tiup lilin itu..Jieun-ah" Jerit Suzy kepada gadis yang sedang berdiri di hadapan kek coklat dua tingkat itu.

“Betul tu..tiup cepat!” Jiyeon juga melaungkan perkara yang sama dengan suzy…menyuruh rakannya itu meniup 23 batang lilin yang terdapat di atas kek coklat itu.

Naeun hanya memandang Jieun sambil tersenyum dan Jieun membalas senyumannya.

Kemudian,pandangan Jieun teralih pada Baekhyun yang telah menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya tadi.Jieun memberikan senyuman yang manis buat lelaki itu.

Senyuman itu dibalas Baekhyun…lagi manis dari yang diberikan gadis itu.

‘Aku tak tahu apa yang menyebabkan Kyungsoo ingin memutuskan hubungan korang berdua..tapi apa yang aku pasti,Kyungsoo masih mencintai kau,Jieun-ah.’Getus hati Baekhyun.

Iya,Baekhyun perasan yang perlakuan housematenya itu sedikit berubah semenjak sebulan yang lalu.Tapi Kyungsoo tak pernah memberitahunya apa-apa.Lelaki berwajah babyface itu menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa,cuma Kyungsoo banyak termenung dan berdiam diri sejak akhir-akhir ini.Tapi Baekhyun tidak menganggap itu sebagai satu masalah besar kerana Kyungsoo memang seorang lelaki yang suka berdiam diri dan tidak banyak bercakap sejak dulu lagi.

Lalu apa yang menyebabkan Baekhyun yakin terhadap cinta sahabatnya itu kepada gadis yang sedang tersenyum kepadanya sekarang?Jawapannya adalah diri Kyungsoo sendiri.Perlakuannya ,percakapannya,ingatannya..semua itu membuatkan Baekhyun yakin yang Kyungsoo masih mencintai Jieun.Kyungsoo yang selalunya menyukai pakaian yang bertemakan ‘dark’ dan ‘black’ telah mengubah penampilannya dan memakai pakaian yang bertemakan ‘bright’ yang disukai gadis itu dan ianya tetap tidak berubah sehingga sekarang,pakaian yang berwarna ceria tetap disarungkan ke tubuhnya setiap hari.Setiap kali Baekhyun dan Kyungsoo berbual,Kyungsoo pasti akan menyebut nama Jieun walaupun kadang-kadang,Baekhyun perasan yang wajah lelaki itu akan berubah tatkala nama Jieun meniti dibibirnya tapi baekhyun tak pasti,adakah perubahan wajah itu menunjukkan yang sahabatnya itu sedang gembira atau sebaliknya.Dan kalau nak diceritakan kisah yang agak lucu,hampir setiap malam Kyungsoo akan mengigau dan dalam igauannya itu,dia akan menyebut mana Jieun.Itu semua membuktikan yang Kyungsoo tidak pernah melupakan Jieun dan gadis itu masih bertakhta di hatinya sehingga sekarang dan mungkin …selamanya.

FFuhhh…

Semua lilin terpadam ditiup Jieun.Kedengaran tepukan gemuruh daripada para tetamu yang hadir.Jieun sekadar tersenyum dan seketika dia menatap lilin-lilin yang sudah terpadam itu.Kelihatan asap nipis berlegar di sekeliling lilin kecil itu.

Hajat yang dikemukakan didalam hatinya sebelum lilin itu ditiup kembali di ingatan Jieun.

 

‘Semoga kisah cintaku dengan Kyungsoo mempunyai pengakhiran yang membahagiakan.’

 

 


 

 

 

Kini,seorang demi seorang pengunjung di tasik itu beransur pulang kerana hari sudah menjelang senja.Langit juga sudah bertukar warna,daripada biru yang mendamaikan kepada jingga yang menyayukan.Hanya gadis dan pemuda yang sedang duduk di bangku di hadapan tasik itu sahaja belum menunjukkan tanda-tanda yang mereka berdua mahu pulang.

"Macam mana dengan awak?Awak masih cintakan dia kan?"tanya Eunji sambil memandang ke dalam anak mata Kyungsoo.Mungkin untuk mencari jawapan di sebalik sinar mata namja itu.

Kyungsoo kehilangan kata-kata.Jari-jemarinya diramas-ramas tanpa sebab sehingga menyebabkan kulit tangannya yang putih itu bertukar kemerahan.

Perlahan-lahan,Eunji menggenggam tangan pemuda yang duduk di sebelahnya itu,berharap pemuda itu berhenti daripada menyakiti tangannya itu lagi.Dan seketika,jari-jemari Kyungsoo behenti bergerak di dalam genggaman Eunji.

Eunji dapat melihat ada riak kerisauan dan kegugupan di wajah Kyungsoo.

"Dia dah buktikan dia mencintai awak.Mungkin awak yang tak perasan atau… awak yang tak mahu mengakuinya kan?Awak takut yang dia tidak boleh menerima awak kembali kan?"tanya Eunji.Nada suara gadis itu masih setenang tadi.

Kyungsoo tertunduk dan insiden yang berlaku seminggu yang lalu kembali di ingatannya.

 

 

 

Flashback

Kyungsoo,Jieun,Suzy,Naeun,Baekhyun dan Jiyeon menghabiskan hujung minggu mereka di Jeju Island.Mereka mahu merehatkan minda dan melepaskan segala tekanan yang dihadapi semasa belajar,assignment yang berlambak dilupakan untuk sementara.Suasana pantai Jeju yang cantik dan menenangkan itu membuatkan senyuman mekar di bibir mereka berenam termasuk Jieun dan Kyungsoo.

Kyungsoo mula menarik tubuh Jiyeon supaya berdiri di sampingnya.Bahu gadis itu dipeluk oleh Kyungsoo membuatkan Jieun berasa nyaman.Kedinginan yang dirasai Jieun dek kerana angin yang bertiup di pantai itu sedikit sebanyak hilang dan digantikan dengan kehangatan tubuh Kyungsoo.Kyungsoo tersenyum sambil memandang wajah Jieun dan gadis itu membalas senyuman itu.

Iya,mereka berdua harus berlakon yang mereka masih merupakan pasangan kekasih.Bukan mereka tidak boleh mengatakan yang mereka telah berpisah,tapi Kyungsoo yang menghalang Jieun daripada memberitahu mengenai perpisahan mereka kepada rakan-rakan yang lain.Menurut Kyungsoo,dia tidak ingin persahabatan mereka berenam terganggu akibat perpisahan mereka berdua.Biarlah mereka berdua sahaja yang memendam rasa.

Tapi sampai bila mereka berdua harus berlakon dan berpura-pura?Jieun pernah menanyakan hal itu kepada Kyungsoo,namun jawapan pemuda itu membuatkan air mata Jieun kembali mengalir.

‘Sehingga kau penat berpura-pura dan mengaku kesalahan kau.’ Itulah jawapan yang diberi oleh Kyungsoo sedangkan gadis itu langsung tidak memahami apakah kesalahan yang dilakukan olehnya terhadap pemuda itu.

“Jieun-ah,mari lah sini.”jerit Suzy yang separuh badannya telah berada di dalam air laut yang masin itu.Iya,kini,kesemua sahabat itu telah berada di dalam air laut itu kecuali Jieun dan Kyungsoo. Mereka berdua masih bersiar-siar ditepi pantai sambil berpegangan tangan.

“Iyalah..sini lah Kyungsoo.Kita main bola air.”jerit Baekhyun pula yang sedang memegang sebiji bola yang bersaiz tiga kali ganda lebih besar daripada kepalanya sendiri.

Mereka semua tertawa melihat kecomelan dan juga sikap kebudak-budakan Baekhyun itu dan akhirnya Kyungsoo dan Jieun melangkah masuk ke dalam air laut itu untuk menyertai rakan-rakan mereka yang lain.

Gelak tawa,tampar-menampar dan gurau-gurauan menemani enam sekawan itu.Dan akhirnya,setelah kesejukan dan puas bermain air,mereka mengambil keputusan untuk pulang ke bilik hotel masing-masing dahulu sebelum berkumpul semula untuk makan malam bersama-sama.

Kini,hanya tinggal Kyungsoo sahaja yang masih berada di dalam air laut itu sementara rakan-rakannya yang lain sudah pun berada di pantai.

“Woi,Kyungsoo.Tak puas lagi ke main air?Jom lah balik bilik.”Jerit Baekhyun yang sedang berjalan terumbang-ambing sambil membawa bola air gergasinya itu.

“Kau balik lah dulu.Aku nak berenang lah sekejap.Dah lama tak berenang.Rindu.”Jerit Kyungsoo dan mula berenang ke arah tengah laut yang lebih dalam.

Baekhyun hanya mengeluh…nampaknya dia terpaksalah berjalan sendirian.Dia menyambung perjalanannya yang terumbang-ambing itu menuju ke hotel, tempat di mana dia dan rakan-rakannya akan menginap untuk malam ini.Hotel itu agak jauh dari pantai tetapi disebabkan mereka datang berjalan kaki,jadi mereka juga terpaksa pulang dengan berjalan kaki.

Jiyeon,Naeun dan Suzy pula sedang mengeringkan badan mereka di tepi pantai sementara Jieun,gadis itu sedang berjalan menuju ke arah rakan-rakan perempuannya itu.Hanya tinggal mereka sahaja di pantai pada waktu itu.

Dan pada ketika itu juga,sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Kyungsoo yang sedang asyik berenang  itu tiba-tiba merasakan kedua-dua belah kakinya seperti tidak dapat bergerak.Nampaknya kakinya telah cramp kerana dia sudah lama tidak berenang.

Kyungsoo mula tidak dapat mengapungkan dirinya di dalam air.Badannya juga mula tenggelam timbul.Hidung dan mulutnya sedikit demi sedikit dimasuki air laut yang masin itu.

“Tolong!!Tolong!” Kyungsoo mula menjerit meminta pertolongan apabila dirasakan dia mula sukar untuk bernafas.

Jieun,Suzy,Naeun dan Jiyeon serentak menoleh ke arah suara jeritan itu.Mata keempat-empat gadis itu membulat apabila melihat keadaan Kyungsoo yang sedang kelemasan itu.

“Apa yang patut kita buat?Kita tak pandai berenang…dan tak ada orang disini yang kita boleh minta tolong.”Kata Suzy panik.

“Phone?Mana handphone?”Tanya Naeun.Menelefon seseorang untuk meminta bantuan adalah satu-satunya jalan yang mereka ada sekarang.Tapi malangnya,tiada di antara mereka yang membawa handphone,mereka semua meninggalkan handphone masing-masing di hotel.

“Kyungsoo-ah…”gumam Jieun dan tanpa berfikir panjang,gadis itu terus berlari ke arah laut itu semula dan tubuhnya mulai masuk ke dalam air laut yang sejuk itu.Kedinginan air laut yang dirasakan seperti gigitan semut-semut kecil pada kulitnya itu tidak dihiraukan.Semakin lama semakin dalam sehingga air laut itu kini telah menenggelamkan seluruh tubuhnya kecuali kepalanya sahaja yang timbul.

“Aish!Jieun tu dah gila ke?Dia bukannya pandai berenang  pun…macam mana kalau dia pun lemas nanti.”Rungut Jiyeon sambil melompat-lompat kecil.Kebimbangannya saat ini tidak membolehkan gadis itu duduk diam.

Suzy pula mula memejamkan matanya,tangannya dikepalkan dan hatinya mula berdoa agar Kyungsoo dapat diselamatkan.

Sementara Jieun,gadis itu mula menahan nafasnya dan kepalanya terus diselamkan ke dalam air laut itu.

‘Bertahanlah,Kyungsoo-ah.Saya pasti akan selamatkan awak’ Begitulah kata hati sang gadis yang bertekad untuk menyelamatkan kekasih hatinya.

Dan seperti terjadinya keajaiban,Jieun mula berenang ke arah Kyungsoo yang sudah semakin lemah itu.

Kyungsoo sudah tidak berdaya untuk melonjakkan dirinya ke permukaan air lagi.Tubuhnya mulai tenggelam sedikit demi sedikit ke dalam laut itu.Kini,tiada lagi suara atau bunyi yang kedengaran,Kyungsoo seperti sudah masuk ke dalam dunia yang lain,dunia di mana hanya kesunyian yang menemaninya.

 

‘Kalau inilah pengakhiran hidupku,tunjukkanlah padaku bukti cintanya.’

 

Dan disaat itu juga,Kyungsoo terasa tangannya seperti ditarik oleh seseorang.Melalui pandangannya yang mulai kabur itu,Kyungsoo sempat melihat wajah penyelamatnya itu.

Senyuman mula terukir dibibir Kyungsoo.

 

‘Terima kasih ,Jieun-ah…kerana membuktikan cintamu.’

 

Flashback end

 

 

 

Disaat nyawamu lebih berharga daripada nyawanya sendiri,itulah bukti cinta yang sebenar-benarnya.

 

Kyungsoo kembali mengangkat wajahnya tatkala burung-burung yang terbang melintasi tasik itu berkicauan.Semuanya ingin pulang ke sarang masing-masing.

Eunji yang duduk di sebelahnya itu masih setia menunggu jawapan daripada Kyungsoo.Wajah gadis itu masih tenang seperti tadi.

Kyungsoo menoleh ke sebelahnya dan memandang tepat ke arah wajah gadis itu.

“Betul ke yang dia masih mahu menerima saya?”Tanya Kyungsoo dengan sepenuh harapan.Dia berharap yang gadis itu akan memberikannya sebuah anggukan sebagai jawapan.

Dan ternyata,harapan Kyungsoo itu menjadi kenyataan apabila Eunji menganggukkan kepalanya.

“Percayalah…disaat dia telah membuktikan cintanya pada mu,hanya kamu yang akan menjadi bukti cintanya.” Itulah kata-kata Eunji sebelum dia bangun dari duduknya.

"Tapi..."Kyungsoo cuba untuk berkata-kata sambil mendongak memandang Eunji yang telah berdiri itu.Tapi  belum sempat Kyungsoo menyambung kata-katanya,kata-katanya telah dipotong oleh gadis itu.

"Pergilah cari dia...sebelum saya berubah fikiran."

Kyungsoo menatap Eunji..lama.Mungkin mengagumi sikap gadis itu yang tenang memberikan nasihat kepadanya sejak tadi.Gadis yang dulunya agak pemarah dan panas baran ,kini telah berubah menjadi seorang gadis yang matang.

Iya,Eunji merupakan sahabat karib Kyungsoo sejak dari high school lagi.Sahabat yang sedia mendengar segala isi hati namja itu,sahabat yang selalu ada di sisi Kyungsoo dalam tawa dan tangis…tapi mereka telah terpisah apabila Eunji mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke Paris selama 5 tahun.Dan kini,apabila Eunji kembali,semuanya telah berubah.Hanya satu sahaja yang masih seperti lima  tahun yang lalu…iaitu hatinya.Hati Eunji yang mencintai Kyungsoo dan menunggu namja itu,sesuatu yang tidak pernah Kyungsoo tahu.

"Terima kasih,Eunji –ah."Kata Kyungsoo akhirnya dan terus berlari meninggalkan Eunji.

Eunji yang ditinggalkan di tepi tasik itu hanya dapat tersenyum.Lesung pipitnya yang dalam itu jelas kelihatan dipipinya.

Seketika,sebutir batu kecil yang berada betul-betul di tepi kakinya dikutip.Dan dalam kiraan tiga,batu yang berwarna putih itu dibaling oleh Eunji ke dalam air tasik yang sedang memantulkan cahaya matahari senja ke wajah gadis itu.

"Selamat tinggal,Do Kyungsoo.Mulai detik ini,saya lepaskan awak seperti saya melepaskan batu kecil itu tadi.Walaupun saya sendiri tidak tahu yang saya akan dapat melakukannya ataupun tidak,tapi …saya akan cuba melupakan cinta saya buat awak…demi kebahagiaan awak."Gumam Eunji dan air jernih itu mula mengalir di pipinya.

 

 


 

 

 

Suasana majlis hari jadi Jieun yang diadakan di halaman rumahnya itu sungguh meriah dan gamat dengan gelak ketawa dan suara para tetamu yang hadir.Mereka semua kelihatan begitu gembira menikmati juadah yang disediakan.

Begitu juga Jieun,gadis itu saat ini sedang ketawa terkekek-kekek setelah mendengar cerita lucu yang dikarang oleh Baekhyun.

“Cerita kau ni tak kelakar langsung tau tak.”Kata jieun dalam tawanya itu.

‘Kalau dah tak kelakar..kenapa gelak?’getus hati Baekhyun,pelik dengan perlakuan gadis itu yang mengatakan bahawa ceritanya tadi tidak lucu tetapi gadis itu sekarang sedang tertawa seperti tak ingat dunia.

‘Kenapa aku gelak?Kenapa aku ketawa?Sedangkan lawak bodoh yang diceritakan oleh lelaki nerd ini langsung tidak kelakar.Kenapa?Kenapa dengan aku ni?’ Kini,hati Jieun pula yang berbicara kepada dirinya sendiri.

Dan tanpa sedar,air mata Jieun mula mengalir dan Baekhyun perasan akan hal itu.

“Jieun-ah..kau menangis ke?”Tanya Baekhyun sedikit panik.Adakah ceritanya tadi tidak kelakar tetapi menyedihkan?fikir Baekhyun yang agak lurus itu.

“Mana ada aku menangis lah.”Nafi Jieun.Dia kembali tertawa tetapi air matanya tetap mengalir dipipi gebunya itu.Bukan sedikit,tapi banyak sehinggakan seluruh pipinya basah dek kerana air matanya.

“Kalau kau tak menangis,kenapa air mata kau keluar?”Tanya Baekhyun yang dari tadi tidak mengalihkan pandangannya dari wajah Jieun.

Jieun baru perasan yang pipinya sekarang telah basah dek air matanya…cepat-cepat disapu air matanya itu dengan menggunakan tangannya.

Kemudian,dia memandang Baekhyun sambil tersengih.

“Aku bukan menangis lah tapi aku ketawa sampai keluar air mata.Ini semua sebab cerita kau tau tak.”Bohong Jieun.Dia memang tidak pasti kenapa air matanya mengalir tapi apa yang dia pasti ,air matanya mengalir bukan kerana ketawanya tapi dia memang sedang menangis.

Kenapa dia menangis?Adakah kerana lawak bodoh si Baekhyunnie?Jawapannya...iya,dia menangis kerana lawak bodoh yang diceritakan pemuda itu.

Kenapa dia menangis kerana lawak bodoh itu?Kerana pada Jieun,lawak bodoh  mengenai hujan dan pelangi yang diceritakan Baekhyun itu bukanlah sesuatu yang lucu walaupun pada zahirnya,semua orang akan ketawa setelah mendengarnya...tapi sebaliknya bagi Jieun,cerita itu membuatkan Jieun hanyut dalam kenangannya bersama Kyungsoo.

 

 

Flashback

3 bulan yang lalu.

Jalan pada waktu itu masih basah kerana hujan baru sahaja berhenti.Lopak-lopak juga dipenuhi air.Dan setiap kali ada kenderaan yang melalui lopak-lopak air itu,air keruh yang memenuhi lopak itu akan terpancut keluar dan menyimbahi jalan raya yang hitam itu.

Sementara di tengah-tengah jambatan berwarna merah yang dinamakan Hanwoo Bridge itu,kelihatan sepasang kekasih sedang berdiri sambil berpegangan tangan.Gadis dan pemuda itu adalah Jieun dan Kyungsoo.Dan kalau diikutkan sejarah,jambatan itu dinamakan Hanwoo Bridge bersempena dengan nama seorang gadis yang telah menemui cinta sejatinya di situ.Oleh itu,sejak beberapa dekad yang lalu,jambatan itu sentiasa dikunjungi oleh pasangan –pasangan kekasih yang mendambarkan cinta yang kekal abadi,tidak terkecuali juga Kyungsoo dan Jieun.

Jieun perlahan-lahan melentokkan kepalanya di bahu Kyungsoo.Walaupun bahu lelaki itu tidaklah selebar bahu lelaki-lelaki lain,tapi Jieun berasa sangat selesa sehinggakan dia berasa seperti ingin terlena sekarang.

Kyungsoo hanya tersenyum dan membiarkan sahaja kepala gadis itu berada di atas bahunya.

“Tengok tu...” Kata Kyungsoo tiba-tiba.Jari telunjuknya dihalakan ke arah langit.

Jieun melihat ke arah yang ditunjuk Kyungsoo.Seketika,sesuatu yang berwarna-warni itu menjengah pandangan Jieun.

“Pelangi.Cantiknya…”kata Jieun sambil  tersenyum sambil menatap pelangi itu.Di mata Jieun,pelangi itu seperti berkelip-kelipan dan sangat cantik.

“Tahu tak kenapa pelangi hanya muncul bila hujan dah pergi??” Tiba-tiba Kyungsoo bersuara,membuatkan Jieun mengalihkan pandangannya daripada sang pelangi ke wajah lelaki yang berdiri di sebelahnya itu.Keningnya diangkat sedikit tanda dia inginkan jawapan daripada pemuda itu tapi Kyungsoo inginkan teman wanitanya itu meneka jawapannya terlebih dahulu.

“Ermm..sebab pelangi tak suka hujan.Sebab itu  dia hanya muncul bila hujan dah pergi.”Hentam Jieun.Dia hanya menjawab ikut apa yang dia rasa,betul atau salah itu perkara kedua.

“Tapi pelangi perlukan hujan untuk muncul…tanpa hujan,pelangi tak kan pernah wujud.”Kyungsoo membalas sambil matanya memandang sang pelangi yang kian menghilang.

“Betul jugakan.”Jieun terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Kyungsoo.

“Kiranya pelangi ni tak reti berterima kasih lah kan.”Sambung Jieun lagi dan itu membuatkan Kyungsoo menggosok lembut kepala Jieun.Jieun menyukainya,Jieun menyukai sentuhan lelaki itu.

“Begitu juga dengan cinta.Cinta tak kan wujud tanpa keikhlasan…walaupun keikhlasan itu kadang-kadang akan memakan cinta itu sendiri.”Kata Kyungsoo.

“Apa maksud awak?” Dahi Jieun mula berkerut,mungkin mindanya belum dapat mencerna ayat Kyungsoo dengan baik.

Kyungsoo hanya tersenyum dan menatap wajah gadis yang dicintanya itu.

“Awak akan faham satu hari nanti.Apabila pelangi tidak juga muncul-muncul walaupun hujan sudah pergi.”Itulah jawapan Kyungsoo.

Flashback end

 

TO BE CONTINUED.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
To all subbies,InsyaAllah saya akan update cerita ni lusa.Sorry kalau buat korang menunggu..^^

Comments

You must be logged in to comment
rayuns #1
Chapter 6: Author buatlah tntg baekhyun n eunji pulak..Hehe, btw cita ni mmg best
Ayien_yen #2
Chapter 6: Waa^.^...Happy ending!!!
NrDiba
#3
Chapter 6: Daebak ahhhhhh ! Mula-2 sedih last-2 diorang hidup bahagia
93Hanafayana #4
Chapter 6: Daebak!!!^^
shizuka_arumi
#5
Chapter 6: Daebakk....
AdrianaLee #6
Chapter 5: OMG! New subcribers... Cerita ni best lar... Daebak and good job!! ^_^
haninad
#7
Chapter 4: awww.. cuteeee
atykpoperz #8
Chapter 4: best!daebak!
93Hanafayana #9
Chapter 5: Update soon^^
Heart_love
#10
Chapter 5: Good job..best sgt