Kafe

I'm Still...

Pada musim percutian akhir tahun ini, Hyunri berjalan ke bandar dengan tujuan untuk mencari kerja sebelum sekolah bermula. Dia berbisik dalam hatinya, "Selepas saya ada duit untuk bayar sewa rumah itu, barulah aman dunia. Tiadalah lelaki entah siapa datang nak minta saya bayar duit sewa rumah tu." Hyunri merengus lalu memberhentikan langkahnya dan memandang ke arah papan iklan yang terpampang di tepi kedai.
Iklan itu tentang perkerja yang diperlukan untuk menjadi pelayan lelaki/perempuan di kafe itu. 
Kemudian dia berbisik lagi, 
"Kalau saya bekerja sebagai pelayan kafe ini, tidak mengapakah?" 
Hyunri mengerucutkan bibirnya lalu tanpa berfikir panjang, dia melangkah masuk ke dalam kafe itu. Ramai manusia yang mengunjungi kafe itu, maklumlah, kafe ini paling terkenal di bandar Seoul. Boleh juga dikatakan kafe 5 bintang di Seoul. Hyunri terpegun dengan hiasan dinding kafe itu memandangkan ini adalah kali pertama dia mengunjungi kafe 5 bintang. 
Tanpa disedari, sedang Hyunri leka dengan hiasan dinding kafe, dia telah menyebabkan kekacauan di dalam kafe itu. Hyunri tidak sedar bahawa dia telah membuatkan baju seorang gadis kotor akibat terlanggar dengan seorang pelayan lelaki yang membawa sedulang cawan kopi untuk dihidangkan kepada pelanggan. Selepas kejadian itu,pelayan lelaki itu menghilangkan diri. Hyunri tersentap dengan jeritan gadis itu.
"Woi! Kalau berjalan tu tengoklah orang sekeliling! Ini!" Gadis itu memandang hina kepada 
Hyunri yang tidak melakukan apa-apa lalu gadis itu bergegas keluar dari kafe sambil menutup kesan tumpahan kopi dengan beg tangan mahalnya. Hyunri dapat merasakan banyak mata yang tertumpu pada dirinya. Hyunri dengan merasa malu hanya mampu menunduk ke bawah dan berjalan keluar dari kafe dengan hati yang hampa. 

"Macam mana saya nak bayar rumah sewa ni? Cari kerja pun susah. Dahlah dimalukan depan orang ramai pula itu." 
Pelbagai masalah yang timbul pada dirinya menyebabkan dia hampir berputus asa untuk mencari kerja. 

"Ataupun saya bagi alasan yang saya belum ada duit? Eh? Tak. Tak bo-" 
Hyunri terjeda sebentar dan tiba-tiba tangannya dipegang dari belakang, dia terus pusingkan badannya dan matanya terpaku melihat lelaki yang berada di depannya. Hyunri menepiskan tangannya dari genggaman lelaki itu.
"Siapa awak? Kenapa tiba-tiba awak pegang tangan saya?" Hyunri menaikkan suaranya. 
"Saya minta maaf pasal tadi." Lelaki itu bersuara. 
"Tidak perlu." Ujar Hyunri,suaranya kembali normal sambil mengusap tangannya. 
"Betul??" Lelaki itu bertanya dan Hyunri terdiam. 
"Kalau awak minta maaf pun, apa gunanya? Memang salah saya pun sebenarya. Saya yang langgar awak. Saya minta maaf." Dia menjawab lalu Hyunri meninggalkan lelaki yang tidak dikenali di belakangnya. 
"Ish, berani betul dia sentuh tangan berharga ini? Aigoo." Dia bercadang untuk mencari kerja pada esok pagi dan pulang ke rumahnya untuk berehat.

---

"Tok tok tok! Tok tok tok!" 
Ketukan pintu yang kuat mengejutkan Hyunri yang sedang menonton rancangan kegemarannya, My Love From The Star. 
"Ya? Sekejap! Saya datang!" Dia bergegas ke pintu dan membukanya. 3 orang jejaka yang berkaca mata hitam dan memakai kot yang tebal dan mahal muncul di depan pintu rumah Hyunri. 
"Cik, dah 2 bulan cik tidak membayar sewa rumah ini." Salah seorang jejaka itu bersuara sambil memandang tajam ke arah mata Hyunri. 
"Ah-ah, bolehkah encik-encik sekalian tunggu sampai saya dapat kerja nanti? Saya janji, saya akan membayar sewa rumah ini!" Hyunri berkata sambil perlahan-lahan dia memegang tombol pintu dengan tujuan untuk menutup pintu itu.

"Cik, kami penat menunggulah. Baiklah. Kali ini sahaja kami beri cik peluang. Gunakan peluang ini dengan bijak. Faham?" Seorang jejaka bercakap dan mendekatkan mukanya kepada Hyunri sambil tersenyum sinis. Hyunri menggangguk kepala sambil menelan air liurnya. 
"T-tapi-" Hyunri mencari alasannya.
"Tiada tapi-tapi!" Jejaka yang hanya terdiam dari tadi, tiba-tiba menyampuk dan meninggikan suaranya. Sunggyu,jejaka pertama yang bercakap menarik kolar baju jejaka yang baru meninggikan suara. 
"Dongwoo, boleh tak jangan masuk campur bila cik Hyunri tengah bercakap?" 
"Uh baiklah. Okay. Lepaskan saya." Dongwoo gagap sambil bercakap dan mengangkat kedua-dua tangannya tanda dia menyerah kalah. Hyunri melihat gelagat dua orang jejaka sambil menahan gelak. 
"Cik, teruskan." Sunggyu berkata setelah melepaskan kolar baju Dongwoo. 
"Tapi encik, sampai bila?" Hyunri bertanya.
"Saya bagi sampai akhir bulan ini. Maksud saya, sampai tamat musim cuti sekolah ini." Sunggyu meletakkan syaratnya.
"Baiklah. Saya terima." Hyunri bersetuju. "Okay, kami tunggu. Kalau sampai tamat cuti sekolah ini, cik masih lagi tidak selesaikan hutang.. Tunggulah bagaimana nasib cik Hyunri nanti.." Mereka bertiga pun beredar dari situ.

 

Bersambung...


Apa yang akan terjadi pada Hyunri?

Yay! Habis dah bab 1 saya~ Macam mana?  Ya, saya tahu bab ni agak pendek. Nanti saya cuba buatkan yang lebih panjang. Hehe,terima kasih kerana membaca! Nanti saya update secepat mungkin! Love you reader~ ♥ 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet