Berry 2

Awak Tutor Saya

" Kau ulang balik . " 

 

" Hello , my name is Byun Baekhyun . Nice to meet you . " Baekhyun menurut kehendak Saeri . 

 

" Nice , you did a good job . " Saeri memuji Baekhyun sambil menepuk tangan . 

 

" Good job kebendenya . Weh , nie tahap budak sekolah rendah boleh la . Kau nak mengajar ke tak ? Dari tadi dok suruh aku perkenalkan diri . Nak buat apa perkenal diri banyak - banyak , dekat kertas exam tu bukan aku tulis hello je memanjang . " Baekhyun tiba - tiba naik angin . Mana taknya dah hampir dua jam dia dengan Saeri dok buat benda yang sama , sesi perkenalkan diri dengan pronouncation . 

 

" Kenapa kau tak bagi tau aku . " Saeri bertanya kepada Baekhyun dan dia hanya memandang Saeri dengan pandangan pelik tidak faham dengan apa yang gadis itu cuba sampaikan . 

 

" Mama kau cakap korang akan pindah ke Manhattan , New york lepas kau habis exam . Kenapa kau tak bagi tau aku ? " Saeri mengelak daripada memandang Baekhyun . Dia sakit hati Baekhyun kawan baik dia yang dia kenal dari kecil tidak memberitahu dia apa-apa yang dia akan pindah ke luar negara . Kata kawan baik so, kenapa nak kena sembunyi pulak .

 

" Bukan aku taknak bagi tau kau tapi macam mane nak cakap ekk ? Ermm , aku tak sedia lagi . Mama buat keputusan mendadak nak pindah . Mama nak aku belajar bahasa inggeris pun sebab dia tak nak aku kekok kat sana nanti . " Baekhyun cuba memandang Saeri yang dari tadi mengelak nak pandang muka dia . Nak kata hari nie muka dia hodoh, tak sebab dia dah check dekat cermin hampir sepuluh kali  muka dia masih handsome .  

 

" Bodoh ! Aku tak nak mengajar kau dah !! Kau belajar la dengan orang lain tak pun Pn Shim misai yang kau anti sangat tu . " Saeri mencapai beg dia yang berada di atas katil Baekhyun dan bergegas keluar meniggalkan Baekhyun terpinga - pinga . 

 

" Dia tu dah kenapa ? " Baekhyun menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat pintu biliknya yang sempat dihempas oleh Saeri . 

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

" Byun Baekhyun bodoh !! Tak guna ! Lelaki tak guna !Penipu ! Jahat ! " Saeri menghempaskan dirinya di atas katilnya yang empuk lalu menjerit sekuat hati selepas menekup mukanya menggunakan bantal . 

 

" Aku tak faham kenapa dia tak bagitau aku yang dia nak pindah kat luar negara . Konon , kata kawan baik . " Saeri mencebik . 

 

" Tapi , bila difikirkan balik ... kenapa aku nak emo sangat ? " Saeri pergi ke meja soleknya lalu melihat cermin . 

 

" Dia tipu aku mestilah aku marah . Kannnnn.... ... " Saeri berkata pada refleksinya di cermin . 

 

" Wait ... Dia tak tipu aku pun , dia tak cakap apa-apa pun . " Saeri memandang mukanya dihadapan cermin yang sudah merah menahan malu mengengangkan kembali perbuatan dia di rumah Baekhyun . 

 

" Han Saeri, kenapa bodoh saNGATTTT !!! " Jerit Saeri sekuat hati sambil menekup mukanya . 

 

" Han Saeri ! Apa melalak macam orang kena rasuk ni ! " Kata Mama Saeri yang kelihatan risau melihat anak perempuannya mengetuk-ketuk kepala di hadapan cermin . 

 

" Malunya . Mama , Saeri patut mintak maaf dengan dia esok . Apa patut Saeri cakap dengan dia ? Mesti awkward ." Saeri memandang Mamanya dengan muka mintak simpati . 

 

" Apa Saeri buat ? Mama Baekhyun call tadi . Katanya Saeri tak sempat makan dessert terus keluar rumah . Ha , Saeri selesaikan la sendiri Mama nak masak . " Kata mamanya dengan selamba lalu meniggalkan Saeri terpinga-pinga dengan soalan yang tidak berbalas . 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VIPstar
Sorry , lately sibuk sangat , and dgan writer block . Update seterusnya mungkin akan mengambil masa yang lama . Mungkin ?

Comments

You must be logged in to comment
taeliaa
#1
Hahaha lawak gila part Baekhyun nak kenalkan diri dalam BI tu lol. Update soon :)