Berry 1

Awak Tutor Saya

" So , Mama kau setuju aku jadi tutor kau ? " 

 

" Herm , dia setuju kau jadi tutor aku lepas aku bagi tau kau pandai mengajar Bahasa Inggeris . " Baekhyun mengeluarkan henfon nya daripada poket dan mengambil gambar Bubble Tea yang dibeli olehnya sebentar tadi .

 

" Aku bukan pandai sangat pun nak mengajar kau . So kau nak hangout je dengan aku sebab nak mengelak daripada Pn Shim atau kau betul-betul nak belajar ? " Saeri memandang Baekhyun yang sedang memegang bubble tea tersebut dan selfie .

 

" KAU , TAK PANDAI ??? Kau buat lawak dengan aku ke Han Saeri ? Siapa pulak yang dapat 98 markah ujian hari tu ? Azimat mana kau pakai ? " Baekhyun menunjal-nunjal kepala Saeri sebelum ditampar gadis tersebut .

 

" Jangan sentuh kepala aku kalau kau tak nak tangan kau patah . " Saeri menjeling Baekhyun yang hanya tersenyum mengakui perlakuannya sebentar tadi agak melampau .

 

" Aku memang nak mengelak daripada Pn Shim tapi alang-alang dah mengelat kau ajar je la aku . Aku memang bercadang nak dapat markah yang superb dalam ujian akhir tahun . " 

 

" Kau reti tak perkenalkan diri kau dalam bahasa inggeris . " Saeri menduga . 

 

" Sure of koz . Lisen mis , Yo man whatsupp . Imma Baekhyun . " 

 

" Takde ayat lain ke kau tau ? " Saeri mengeluh . 

 

" Hey, Bae . Wow , u look pretty . Lovely .I lub u . So . How . Seriusly . GTG .TTYL . LOL . OTP ...... "

 

" Berhenti ..... " Saeri memintas Baekhyun daripada mengarut lebih banyak .

 

" Kau nie dah tahap kronik . Ape GTG ,TTYL, LOL wujud plak dalam kamus oxford yang tebal tu . " Saeri menggaru-garu kepalanya . Bukan sebab kepalanya gatal ade kutu tapi sebab kusut memikirkan Baekhyun .

 

" Kau nak start mengajar aku bila ?" Baekhyun bertanya kepada Saeri . 

 

" Jom pergi rumah kau , aku tolong ajarkan . " Saeri bangkit dari kerusi dan menarik tangan Baekhyun yang kelihatan terpinga - pinga dengan keputusan Saeri secara tiba -tiba . 

 

----------------------------------------------------------------- 

 

" Umma , saya dah balik . " Baekhyun masuk ke dalam rumahnya diikuti Saeri di belakangnya . Beberapa minit kemudia muncul seorang wanita turun dari tangga .

 

" Saeri , Lama awak tak singgah kat rumah mak cik . Baekhyun cakap kat mak cik Saeri pandai dalam bahasa inggeris . Saeri tolonglah mengajar anak mak cik nie ye . " Mama Baekhyun memeluk Saeri . Dia dan Baekhyun memang dah kenal lama memandangkan mereka duduk dalam kawasan kejiranan yang sama sejak kecil .

 

" Bukan saya dah datang ke minggu lepas bagi tau mak cik markah bahasa inggeris Baekhyun . " Saeri secara automatik menutup mulutnya sambil melihat Baekhyun yang berdiri di sebelahnya menayang muka cuak .

 

" Kau ..... Jom naik atas ! " Baekhyun menarik tangan Saeri untuk pergi ke biliknya manakala Saeri menayang muka sedihnya kepada mama Baekhyun meminta simpati .    

 

" Patutlah mama tau markah ujian aku . Ini sume keje kau rupanya . " Baekhyun menunding jari pada Saeri yang duduk di atas katilnya . 

 

" Mama kau yang tanya . " Saeri buat muka comel . 

 

" Tak payah nak goda aku guna muka kau . Tengok kau lama - lama nie buat aku rasa nak marah betul . " Baekhyun keluar dari biliknya dan turun ke bawah . 

 

" Mama , nampak tak Bubble tea yang Baekhyunnie bawak ? " Baekhyun bertanya kepada mamanya tentang bubble tea yang dia bawa dari kedai . 

 

" Bukan Baekhyun bawa untuk mama ker ? " Mamanya menunjukkan bubble tea yang sudah tinggal separuh . 

 

" Mama..... ambilah mama . " Dengan muka sedih Baekhyun pergi ke biliknya . 

 

" Heol , buruk giler muka kau . " Saeri ketawa . 

 

" Bubble tea aku kena kebas dengan mama . Ini sume salah kau . Aku ingat nak minum bubble tea tu dekat kedai tadi tapi kau nak cepat sangat datang rumah aku . Skang aku tak dapat menikmati bubble tea tu . " Baekhyun tayang muka stress dekat Saeri . Saeri yang kesian tengok kawan baik dia kemaruk bubble tea bawak keluar sesuatu dari beg dia dan letak di hadapan Baekhyun . 

 

" Dah toksah nak sedih dah . " 

 

" Mana kau dapat bubble tea nie . Kau ade poket doremon ker ? " Baekhyun tengok Saeri pelik . 

 

" Heish , mengarut betul . Aku ingat nak minum nanti tapi sebab kesian kat kau , kau ambiklah . Anggap je sebagai tanda sorry aku kat kau . Maafkan aku . " Saeri pandang Baekhyun . 

 

" Okey aku maafkan kau ." Baekhyun memaafkan Saeri . Kalaulah Saeri tahu bahawa mamanya tahu tentang markah bahasa inggerisnya daripada dirinya sendiri tentu Saeri mengamuk kerana dia menyalahkan Saeri . 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VIPstar
Sorry , lately sibuk sangat , and dgan writer block . Update seterusnya mungkin akan mengambil masa yang lama . Mungkin ?

Comments

You must be logged in to comment
taeliaa
#1
Hahaha lawak gila part Baekhyun nak kenalkan diri dalam BI tu lol. Update soon :)