Pembunuhan Anak Jeneral Choi Siwon (part ii)

Detective F13

Ting... Tong... Ting... Tong...

 

Setelah sebanyak dua kali loceng ditekan oleh Suho, akhirnya pintu pagar kecil rumah itu dibuka dari dalam juga. Seorang wanita berpakaian seragam pembantu rumah yang sedang memegang payung bertanya, "Kamu bertiga ini siapa? Boleh saya tahu mengapa kamu bertiga datang kesini?".

 

"maafkan kami, tetapi bolehkah kami menumpang didalam rumah ini sebentar?" soal Sica, mewakili mereka semua. Melihat wanita itu teragak-agak untuk menjawab, Sica terus mencelah bagi meyakinkan wanita itu, "Tolonglah kami.. Kami bertiga ini sebenarnya dari Seoul. Kami ingin pulang ke hotel kami tetapi hujan terlalu lebat, banyak kemalangan yang berlaku.. Jalan pula terlalu sesak, kereta kami tidak dapat bergerak seinci pun! Tumpangkanlah kami, ya.. Sebentar sahaja," pinta Sica.

 

"tetapi.. Saya kena--" belum sempat wanita itu menjawab, seorang lagi wanita datang menghampiri mereka. Pakaian wanita itu lebih elit dan kemas. 

 

"Apakah yang berlaku disini?" soal wanita yang baharu sahaja sampai tadi.

 

Wanita berpakaian seragam pembantu rumah itu memberi tunduk hormat sebelum berkata, "Ini puan, mereka bertiga ini mahu menumpang didalam rumah ini sementara mahu tunggu hujan reda,".

 

Pandangan wanita yang dipanggil ’Puan’ itu kini beralih kepada Suho, Sica dan Krystal yang sedang berdiri dihadapannya. "tidak mengapa.. Kamu bertiga boleh menumpang didalam rumah ini sekejap. Saya benarkan.." ujar wanita itu.

 

Sica, Suho dan Krystal mengucapkan terima kasih berkali-kali sebelum memasuki rumah elit itu. Sebaik sahaja masuk, mereka bertiga terus terpegun dengan ruangan dalaman rumah itu. Mereka seperti memasuki istana raja! Hampir kesemuanya berwarna emas!

 

Sambil berjalan mengikuti wanita yang membenarkan mereka masuk itu tadi, mereka sempat melihat gambar-gambar yang tergantung elok di dinding rumah itu. Mereka hairan, mengapa hampir kesemua gambar yang mereka lihat mempunyai orang yang sama?

 

Satu gambar menarik perhatian Krystal. Ianya gambar seorang lelaki tua berpakaian askar. Orang itu berbeza dengan orang yang dia telah lihat pada gambar-gambar yang sebelum ini. Krystal berdiri dihadapan gambar itu, sambil mendongakkan wajahnya bagi melihat gambar tersebut.

 

Wanita berpakaian elit itu menghampiri Krystal yang dari tadi tidak bergerak langsung. "hey, kenapa ini?" soalnya.

 

Krystal terus tersedar dari lamunannya. Dia menoleh kearah wanita tersebut, "erm.. Boleh saya tahu, dia ini siapa?" Krystal menunjuk kearah gambar dihadapannya.

 

"ouh.., itu bapa mertua makcik.." jawab wanita itu dengan lembut. 

 

Krystal hanya mengangguk kecil sebelum bertanya lagi, "bapa mertua makcik ini sudah tiada, ya?".

 

Sica yang merasa wanita itu kurang selesa dengan soalan Krystal itu terus mencelah, "eh, erm.. Dimana tandas, ya? Saya mahu tukar baju, lah,".

 

"oh," wanita itu baru sahaja teringat bahawa mereka bertiga sedang kesejukan kerana baju mereka yang agak basah. "Bibik, bawakan mereka bertiga ini ke bilik tetamu," arahnya.

 


 

 

Sementara menunggu Suho dan Krystal siap mengganti baju, Sica berbual bersama wanita itu di ruang tamu setelah mengganti pakaian lain.

 

"kamu tahukah saya ini siapa?" wanita itu memulakan bicara dengan meneka Sica.

 

"erm.. Tidak," Sica menggeleng perlahan.

 

"perkenalkan, saya Choi Junyeong," wanita itu menghulurkan tangan kanannya. "isteri kepada Jeneral Choi Siwon," sambungnya lagi.

 

Sica yang terkejut langsung berdiri kemudian memberi tunduk hormat. "maafkan saya, puan.. Saya tidak tahu pula yang puan ini isteri kepada Jeneral Choi Siwon.. Joesonghamnida.. (sorry -formal-)" Sica membungkukkan badannya sekali lagi.

 

"gwaenchanha, gwaenchanha, (it’s okay).." Choi Junyeong menyuruh Sica kembali duduk seperti biasa.

 

"woah.. saya rasa janggal pula selepas tahu ini rumah kepada Jeneral Choi Siwon.." ujar Sica. Dia mengurut-urut lututnya, bagi mengurangkan rasa kurang selesa.

 

Choi Junyeong tertawa kecil mendengar kata-kata Sica itu sebelum menerangkan perkara yang sebenar, "sebenarnya ini bukan rumah kami berdua.."

 

Mata Sica membulat. "huh? Jika begitu, ini rumah siapa pula?" soal Sica yang mula berminat mahu mengetahui cerita selanjutnya.

 

"ini adalah rumah kepada mendiang ibu mertua saya dan bapa mertua saya, iaitu bekas Jeneral askar di Busan," terang Choi Junyeong. "Rumah saya dan Siwon berada disebelah kanan rumah ini. Disebelah kiri pula rumah kepada kakak Siwon, Choi Jiwon. Sebelah rumah kami pula kepunyaan abang sulung dalam adik-beradik Choi, Choi Junho. Manakala rumah dihujung sekali sebelah kanan ialah rumah milik anak ketiga dalam adik-beradik Choi, Choi Jaeha." sambung Choi Junyeong lagi.

 

"ouh.. begitu.. Tetapi saya hairan, mengapa kelima buah banglo disini bercantum?" soal Sica.

 

"Ini kerana ibubapa kami yang suruh," celah satu suara garau dari belakang. Junyeong dan Sica pantas menoleh, seorang lelaki tinggi lampai menghampiri mereka.

 

"Junho oppa.." gumam Junyeong perlahan setelah dia dan Sica memberi tunduk hormat.

 

"Awalnya kamu datang ke sini Junyeong? Dan.." Junho menatap Sica dari atas kebawah. "siapa dia?" soal Junho.

 

"oh, dia ini pelancong dari Seoul... Dia dan dua orang adiknya ingin pulang ke Hotel mereka segera, tetapi jalan terlalu sesak ditambah lagi dengan hujan lebat sebegini. Mereka berjalan kaki kesini untuk tumpang berteduh. Saya kasihan melihat mereka, jadi saya benarkan mereka menumpang berteduh disini buat seketika. Tidak mengapa, kan?" soal Junyeong.

 

"tidak mengapa.." ujar Junho. Dia kemudiannya menatap Sica lagi. "eh, sekejap. Saya macam pernah nampak dengan kamu ini, lah.. Tetapi dimana, ya? hmm.." Junho menatap Sica dalam-dalam, bagi mendapat jawapan yang pasti. "oh, kamu ini Detektif Sica, kan? Dan.. kamu pernah bantu saya dan rakan setugas yang lain di Gwangju hari itu.. Betulkan?" soalnya lagi.

 

"owh.. Jadi tuan lah ketua polis itu.. Ya, saya ingat, saya ingat.." Sica tersenyum sambil mengangguk.

 

"kamu ialah seorang penyiasat? La... Mengapa tidak beritahu saya awal-awal..! Jika tidak boleh saya minta tandatangan kamu.. Ini sudah ada Junho oppa, malulah pula saya jadinya.." gurau Junyeong. Mereka bertiga tertawa.

 

"siapa yang ketawa kuat sangat ini? Memekak betul," Jiwon yang baru masuk kedalam rumah itu memperli dalam nada tidak suka. Dia berpeluk tubuh sambil menjegilkan matanya.

 

"oh, Jiwon unnie.. Junho oppa.. Perkenalkan, ini ialah Detektif Sica," ujar Junyeong dengan mesra.

 

"ne, annyeong haseyo.. choneun--"  belum sempat Sica memperkenalkan dirinya, Jiwon sudah pun memotong percakapannya.

 

"makan malam sudah siap belum? Aku lapar..," Jiwon terus menuju ke dapur meninggalkan Sica yang terpinga-pinga disitu.

 

"saya dan bibik sudah masak.." Junyeong mengikuti langkah Jiwon dari belakang.

 

"maafkan Jiwon itu, ya.. Dia itu sememangnya begitu, sombong, bongkak, tetapi kamu tidak perlu risau.. Dia itu baik sebenarnya. Cuma kerana ada satu ini yang menyebabkan dia jadi begitu.." ujar Junho perlahan. "erm, dengarnya.. kamu ada dua orang adik, dimana mereka?"

 

"oh, mereka sedang tukar pakaian di bilik tetamu.. Nanti mereka siaplah tu," jawab Sica.

 

"Nanti jangan lupa untuk ajak mereka sekali makan malam bersama kami, ya?" pelawa Junho. Sica hanya mengangguk. 

 


 

 

Suho dan Krystal yang baharu sahaja siap menukar pakaian terus menuju ke meja makan setelah diberitahu Sica bahawa tuan rumah mempelawa mereka bertiga untuk menjamu makan malam bersama. Sampai sahaja di meja makan, kelihatan Siwon, Jiwon, Junho, Sica dan Junyeong sudahpun menikmati makanan. Siwon, Junyeong dan Junho memandang Suho dan Krystal yang baharu sahaja datang, manakala Jiwon masih sibuk menikmati makanan tanpa memperdulikan Suho dan Krystal.

 

"er.. Annyeong haseyo," ucap Krystal sambil tersenyum janggal. Suho disebelahnya pula melemparkan senyuman plastik. Mereka berdua memberi tunduk hormat secar hampir serentak.

 

"sila kan duduk," pelawa Junho.

 

Krystal mengangguk perlahan sebelum duduk disebelah Sica. Suho pula duduk disebelah kiri Krystal. Kemudian, seorang pembantu rumah yang mereka sudah lihat tadi datang menghampiri Suho dan Krystal. Dia meletakkan lauk-pauk yang telah tersedia kedalam pinggan mereka.

 

"chagiya (baby)... Ini kah tetamu-tetamu kita, itu?" soal Siwon kepada isterinya, Junyeong.

 

"oh, ya, betul itu... Mereka ini," Junyeong menunjukkan kearah Suho dan Krystal. "adalah adik kepad Detektif Sica.. Benarkan?" soal Junyeong sambil menatap Sica yang duduk disebelahnya, bagi mendapat kepastian.

 

"ya.. Yang ini Krystal, 11 tahun..," Sica menatap Krystal. Krystal hanya melemparkan senyuman sebagai jawapan. "ini pula Suho, 16 tahun," Sica menatap Suho pula, lalu kembali menatap Siwon dan Junho.

 

Krystal berasa hairan seketika, mengapa Sica mengaku bahawa dia adiknya? ’tidak mengapa, jika berkesempatan nanti, aku akan tanya..’ ujar Krystal dalam hati.

 

"hoi," panggil Suho perlahan seperti membisik. Krystal lantas memandang Suho. "termenung pula, berangan lah tu.." Suho kembali menyambung makan.

 

Krystal menyepetkan matanya, memandang Suho dengan perasaan penuh geram. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Dia kemudian terus memijak kaki Suho dengan kuat.

 

"Ow! Aduh,, Aduh..!" Suho automatik terbangun dari kerusi. Dia mengusap kaki kanannya yang sakit. Yang lain hanya menatap Suho hairan. Suho tersenyum sambil berkata, "ah.. Tiada apa-apa.. Tadi ada nyamuk gigit secara mengejut..," ujar Suho. Dia terus kembali duduk.

 

"hihi..," Krystal terkekeh kecil. Suho hanya menatap Krystal dari tepi sahaja. Dia tidak mungkin mahu melawan Krystal dihadan orang ternama. Oh, itu boleh mencemarkan namanya! Tetapi dalam hati Suho, dia berkali-kali menyumpah Krystal.

 

"eh! Chagi.., Hara mana Hara?" soal Siwon tiba-tiba.

 

"oh, ya.. Saya terlupa!" Junyeong meletakkan sudu garfu ditepi pinggannya. Dia mengelap mulutnya dengan tisu lalu terus meninggalkan meja makan.

 

Jiwon mencebikkan bibirnya. "Ibu mana yang lupakan anak sendiri macam tu? Sungguh tidak bertanggungjawab," katanya dalam nada berbisik, tetapi ianya cukup untuk orang disekelilingnya mendengar kata-kata sindirannya itu.

 

Beberapa saat kemudian, seorang lelaki datang. Dia terus melabuhkan punggungnya dikerusi sebelah Jiwon iaitu dihadapan Krystal.

 

"eh, Jaeha.. Kemana sahaja kamu pergi tadi?" soal Junho.

 

"Aku pergi siapkan dokumen dalam bilik pejabat peribadi aku...," jawab Jaeha dalam nada malas. Tangannya mencapai gelas berisi air mangga yang berada dihadapan Jiwon.

 

Jiwon lantas menutup hidung. "eiy, oppa! Kenapa bau minyak wangi yang oppa pakai kuat sangat ini..!? Busuklah!" kata Jiwon separuh menjerit.

 

Jaeha hanya menatap Jiwon sekilas dengan ekor matanya sebelum mula meneguk air mangga itu. Suho yang tidak tahan juga menutup hidungnya. Memang tidak dapat dinafikan, minyak wangi yang dipakai oleh Jaeha memang terlalu kuat baunya.

 

Krystal menatap Jaeha hairan. ’mengapa uncle Jaeha ini berpeluh-peluh? Kata siapkan dokumen di pejabat peribadi.. Tetapi kelihatan seperti baru lari dari sesuatu sahaja..,’ fikir Krystal dalam hati bersendirian. 

 

Jaeha yang berasa dirinya dipandang dari tadi terus mengangkat muka. Krystal cwpat-cepat menundukkan wajahnya, berpura-pura sedang memotong ayam kungpao. 

 

Keadaan menjadi sunyi sahaja, sehinggalah bunyi pintu dihempas dengan kuat. Mereka semua yang berad dimeja makan terkejut. Kemudian, mereka lihat Junyeong yang sedang termengah-mengah berlari kearah mereka.

 

"Ha-hara.. Hara..," kata Junyeong dalam tangisan.

 

"wae? wae geurae? (what’s happen?)" soal Siwon cemas. Dia kini sudah tidak senang mahu duduk.

 

"dia tidak sedarkan diri..! Dia terbaring menelentang dalam biliknya.." Junyeong kembali menangis.

 

Siwon, Junho, Sica, Suho dan Krystal pantas berlari menuju kerumah keluarga Siwon. Sica membawa Junyeong sekali. Manakala Jaeha dan Jiwon adalah antara yang lambat bergerak.

 


 

 

Anggota-anggota polis yang ditugaskan mula beroperasi di sekeliling bilik milik Choi Hara, anak kepada Jeneral Choi Siwon dan isterinya. Sesiapa sahaja dilarang mendekati kawasan operasi, lagi-lagi bilik si mangsa. Tiga orang polis berpakaian seperti seragam angkasawan memasuki bilik Hara, mereka mengeluarkan Hara daripada bilik itu lalu memasukkan tubuh kedalam satu peti kaca lutsinar.

 

Melihat tubuh mayat anak tunggalnya itu, Junyeong semakin menguatkan tangisannya. Tisu yang ditutup hidungnya juga sudah terjatuh ke lantai, Junyeong memeluk suaminya yang berada disisi. Siwon memejamkan matanya, dia tidak sanggup mahu melihat tubuh badan anaknya yang terdampar tanpa bergerak didalam peti kaca itu. 

 

Junho menepuk bahu kiri adiknya; Siwon, berkali-kali. Dia turut menumpang kesedihan yang dialami Siwon dan isterinya. Manakala Jiwon dan Jaeha hanya berdiri ditepi dinding bersebelahan dengan Junho. Mereka hanya mendiamkan diri, tetapi kelihatan di sudut mata mereka, mereka turut berasa simpati.

 

Professor Park yang sedang berbincang sesuatu dengan Sica, dituruti dengan Suho dan Krystal, terberhenti perbincangan mereka apabila seorang lelaki berpakai sepasang sarung tangan menghampiri mereka.

 

Lelaki itu yang memakai tanda nama Dongwook itu menanggalkan kedua belah sarung tangan yang dipakainya. "Professor Park.. Saya mendapat maklumat bahawa mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidu gas asphyxiation." katanya dalam nada serius.

 

"apa? Anak saya terhidu gas asphyxiation?! Tak mungkin..!" akibat terlalu emosi, Junyeong menolak bahu Dongwook, perkerja bawahan Professor Park itu sebelum kembali meraung. Untung sahaja Dongwook tidak jatuh terjelupuk ke lantai. Siwon segera menenangkan isterinya.

 

"Dongwook, adakah perkara ini sudah disahkan oleh pihak atasan?" soal Professor Park sambil menatap perkerjanya itu.

 

"uh.. Belum professor.. Tetapi mengikut kesan lebam-lebam pada tubuh badan mangsa.. saya yakin, ianya adalah kesan daripada akibat terhidu gas asphyxiation," terang Dongwook satu-persatu dengan jelas untuk meyakinkan orang disekelilingnya.

 

"hmm.. Tuan Jeneral," Professor Park memandang Siwon yang sedang memeluk erat bahu Junyeong. "kami, pihak polis akan cuba siasat punca kes ini secepat yang mungkin," sambungnya. "Erm.. Saya ingin meminta kebenaran daripada Jeneral , pemilik sebenar banglo ini untuk membenarkan kami beroperasi disini sehingga besok," ujar Professor Park dengan sopan.

 

"boleh, boleh sahaja.. Menginap disini pun boleh. Asalkan kes ini diselesaikan secepat yang mungkin, ya.." Siwon terus menjawab sebaik sahaja Professor Park menyuakan permintaannya.Dia benar-benar ingin mengetahui punca dan pelaku yang membunuh anaknya yang tidak berdosa itu.

 

"dan.. lagi satu, saya mohon kerjasama daripada semua pihak untuk turun kebawah. Saya ingin menyoal siasat kesemua orang. Biarkan pihak polis yang menguruskan mayat mangsa," kata Professor Park. Kesemua yang berkumpul turun kebawah, menuju ke ruang tamu ditingkat bawah.

 


 

 

Siwon, Junyeong, Jiwon, Junho dan Jaeha duduk diatas sofa panjang bewarna emas. Sica, Suho dan Krystal duduk diatas sofa yang boleh memuati tiga orang yang disusun disebelah kiri sofa panjang. Manakala Professor duduk di sofa single yang bersentetangan dengan sofa panjang itu. Dongwook hanya berdiri disebelah Professor sambil memegang satu buku nota kecil dan sebatang pen.

 

"Choi Jaeha, pada ketika Junyeong terjumpa mayat terdampar di bilik mangsa sendiri, iaitu pada pukul 7.05 malam, apa yang kamu sedang lakukan?" soal Professor dalam nada tegas.

 

"saya dan mereka semua sedang menikmati hidangan makan malam," jawab Junho sambil menatap adik-beradiknya dan Sica bersama adik-adiknya.

 

"betul, itu Professor. Ketika itu kami berlapan ada di meja makan," celah Sica. Ketika itu, Dongwook terus mencatat sesuatu di buku nota kecil itu.

 

"Hrmm.. Jika begitu, ada sesiapa yang datang paling lewat ke meja makan?" soal Professor Park lagi.

 

"Siwon dan Jaeha," Junho memandang Siwon dan Jaeha seketika sebelum kembali memandang Professor Park.

 

"Siwon, mengapa kamu lewat?"

 

"sebenarnya kami memang merancang makan malam bersama di banglo ibubapa kami.. Saya pun sebenarnya masih meeting yang perlu saya hadir, tetapi saya menagguhkannya semata-mata untuk makan malam bersama keluarga kami.. Saya sudah cuba, tetapi saya masih tidak boleh sampai ke rumah pada masanya." terang Siwon.

 

"Jaeha pula?" pertanyaan Professor Park membuatkan pandangan mata kesemua orang tertumpu pada Jaeha.

 

"uh.. Saya.. siapkan dokumen sedikit didalam bilik pejabat peribadi saya..," jawab Jaeha sambil berpeluk tubuh. Matanya dialihkan, dia benar-benar tiada minat mahu menjawab satu soalan pun.

 

"Sica, Suho, Krystal.. Kamu pula buat apa ketika itu?" walupun Professor Park tahu, mereka bertiga ini adalah detektif bawahannya, tetapi dia tetap menyoal supaya dapat maklumat yang lebih jelas dan terperinci.

 

"kami hanya tumpang berteduh disini. Kami juga sempat menukar baju kering sebelum makan malam. Lepas siap, saya berbual bersama Junyeong di ruang tamu." ujar Sica.

 

"Suho dan Krystal, apa yang kamu buat?" soal Professor Park. Dia sebenarnya mendapat permintaan dari Sica supaya tidak membocorkan identiti mereka berdua. Jadi mahu tidak mahu, Professor Park kena panggil Suho dan Krstal dengan nama sebenar.

 

"er.. Kitaorang lewat sikit sebab.." Suho tersenyum janggal. Dia memandang Krystal yang duduk disebelahnya. "kitaorang gaduh..," Suho menundukkannya wajahnya akibat malu.

 

"bukan kitaorang, tapi dia ini," celah Krystal sambil menunding kearah Suho dengan jari telunjuknya. "saya sampai depan tandas dulu, lepas itu tiba-tiba sahaja dia masuk. Saya terus pukul dia untuk menegakkan keadilan," sambungnya lagi.

 

Professor Park meggelengkan kepalanya sebelum memandang Junyeong yang masih terkedu dengan apa yang terjadi. "Junyeong, ketika kamu lihat mangsa baring terdampar, ada kamu lihat kesan lebam pada badan mangsa?"

 

"tiada." Junyeong menggelengkan kepalanya. 

 

"ini bermakna.. Ketika itu, kejadian masih baru berlaku. Mungkin mangsa baharu saja meninggal," Professor Park membuat andaian.

 

"Professor! Maaf mengganggu, tetapi saya ingin beritahu bahawa pihak atasan sudah mengesahkan bahawa punca kejadian adalah kerana mangsa terhidu gas asphyxiation." ujar seorang aggota polis yang baru datang mengahmpiri mereka.

 

Junyeong lantas berdiri. "tak mungkin, gas itu kan bahan terlarang!" tentangnya dalam nada separuh menjerit.

 

"bertenang, puan. Kami akan siasat dengan lebih lanjut. Mari," Professor Park terus meninggalkan ruang tamu diikuti dengan Dongwook, Sica, Suho dan Krystal.

 


 

 

Dongwook menyapukan satu cecair pada tombol pintu bilik mangsa bagi mengesan cap jari pelaku. Tetapi hasilnya hanyalah dia mendapati cap jari terakhir yang memegang tombol pintu itu ialah mangsa sendiri.

 

"Professor Park!" panggilan Krystal membuatkan Professor Park terus menoleh kearah anak kecil itu. "Boleh kami masuk kedalam bilik mangsa?" soalnya.

 

"uh,, buat masa ini.. Tidak boleh. Kerana kerja-kerja mengeluarkan gas sedang dijalankan. Mungkin lagi 1 jam baru kita boleh masuk," terang Professor Park.

 

"owh.." Krystal mengangguk tanda faham. Dia memasukkan kedua belah tangannya kedalam kocek seluar jeansnya seraya berjalan kearah tingkap panjang berdekatan. Dia melihat kearah luar seketika. Dia mendapat idea! 

 

Dengan pantas Krystal turun kebawah meninggalkan kesemua orang yang berada didalam baglo itu. Dia keluar dari pagar utama. Untung sahaja hujan sudah pun berhenti. Dia menatap lama lima buah banglo bercantum milik keluarga Choi dihadapannya tanpa sebarang suara. Otaknya ligat mencari jalan supaya mendapat klu.

 

"Hmm.. Itu banglo Jaeha, Junho, Siwon, mendiang Jeneral Choi dan disebelahnya pula banglo milik Jiwon," Krystal berkata sendirian sambil tangannya menunding kearah setiap banglo yang disebutnya. "erm.. Eh, kejap. Kenapa banglo Jiwon dibina jarak sedikt dengan banglo milik mendiang Jeneral Choi sedangkan empat buah banglo yang lain kesemuanya rapat-rapat seperti rumah teres?"

 

"Yah! Kau buat apa itu?" laung Suho seraya mendekati Krystal yang masih berdiri bagaikan patung itu. "Hoi.. Hoi~" Suho menggoncangkan bahu Krystal berkali-kali.

 

"Shh~" Krystal meletakkan jari telunjuknya dibibir Suho tanda menyuruh dia senyap. Lalu, kakinya berjalan dengan agak perlahan menuju ke banglo milik Jaeha.

 

"hoi! Janganlah tinggalkan aku!" Suho pantas mengejar Krystal.

 

Krystal memerhati keadaan sekitar laman hadapan banlo Jaeha itu sambil berpeluk tubuh.Setiap inci kawasan luar banglo itu diperhatikannya. Dia berjalan kearah grail pagar banglo itu. Berkunci. Dia berpaling lalu kembali memerhati laman banglo milik Jaeha yang luas itu.

 

"kau buat apa dekat sini?" Suho mendekati Krystal yang terbongkok-bongkok seperti mencari sesuatu barang yang hilang.

 

"siasat," jawab Krystal ringkas tanpa memandang Suho. Matanya masih ligat mencari sesuatu.

 

"siasat apa?" soal Suho, bodoh lalang.

 

"benda," sekali lagi Krystal menjawab sepatah dalam nada dingin. Matanya tetap tertumpu dalam kerja pencariannya.

 

"kau ini..! Aku tanya, kau jawab sepatah-sepatah..!" rungut Suho geram.

 

Krystal menghembuskan nafasnya dengan berat sambil bangun. Dia menatap Suho. "Kau ini seorang penyiasat atau tidak?" soal Krystal dalam nada bersahaja. Dia terus keluar dari halaman banglo itu sebaik apabila tiada satu benda pun yang dapat dijadikan petunjuk.

 

"mestilah! Aku detektif yang handal, berkaliber.." ngomel Suho sambil mengitu langkah Krystal yang sudah memasuki halaman banglo milik Junho pula. "bijak, pandai.. Aku banyak kali berjaya selesaikan kes mencuri tau! Oh, kes misteri pun pernah juga.. Lagi.. apa ya?" ngomel Suho sendirian dengan bongkaknya.

 

Krystal langsung tidak perdulikan kata-kata Suho walau sepatah pun. Dia terus mencari petunjuk di halaman banglo Junho pula. Satu tapak kasut yang ada dihalaman banglo itu menangkap perhatian Krystal. Dia terus mendekati tapak kasut itu. Saiz tapak kasut itu besar, seperti saiz kasut lelaki.

 

’Jika tapak kasut ini adalah tapak kasut milik pembunuh, tak mungkin lah Jiwon ialah pembunuhnya..,’ fikir Krystal sambil menatap tapak kasut dihadapannya itu. Tapak kasut itu terjadi dengan bekas pasir dan ianya berbentuk seperti tapak kasut but. 

 

"omo, tapak kasut siapakah ini?" Suho yang sudah berhenti membebel turut bercangkung disebelah Krystal sambil menatap tapak kasut itu. 

 

"aku rasa... Ini tapak kasut pembunuh," kata Krystal dengan nada serius.

 

"Jadi, kau nak kata Junho lah pembunuhnya..? Macam tu?" soal Suho sambil menatap Krystal.

 

"maybe. who knows.." Krystal menjungkitkan bahunya keatas.

 

"dah ini banglo Junho, mestilah tapak kasut dia ada kat merata tempat.." Suho menyangkal fikiran Krystal.

 

"merata tempat kau kata..? Cuba tengok," Krystal menyuruh Suho memerhati halaman banglo Junho. Tiada tapak kasut mahupun tapak kaki langsung! "hah, tiada, bukan?" soal Krystal.

 

Suho menepuk dahinya kemudian menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia menghembuskan nafasnya dengan berat sebelum menatap Krystal. "Kau ini babo betul, lah. Dah kalau tiada tapak kasut lagi yang lain, ini bermakna.. Tapak kasut ni milik orang lain!" kata Suho.

 

"hah..?" Krystal melopongkan mulutnya, membuat muka blank. Sungguh, dia tidak faham dengan kata-kata Suho itu!

 

"isy! Itu lah.. Orang suruh belajar pandai-pandai sampai masuk universiti tak nak.." Suho sempat membuat gurauan tetapi tidak menjadi. "kau cuba tengok tapak kasut ni. Mengapa tapak kasut ni menghala kearah pagar besi tepi yang menghala kearah rumah Jaeha? Sedangkan dia nak keluar ke pergi rumah ayah dia sendiri?" soal Suho kembali, cuba mengisi otak Krystal yang sudah kosong itu.

 

"hmm.." seketika, Krystal seperti anjing dengan tuannya. Buat apa yang disuruh. Habis hilang imej cool nya itu! "eh! Apahal kau tanya aku pulak! Tanyalah Junho!" bentak Krystal apabila dia sudah kembali sedar.Lantas dia berdiri, akibat marah.

 

"ha... pandai.. Jadi.. Apa yang kita perlu buat ialah.. soal siasat pak cik Junho.. Betul tak?" ujar Suho seraya bangun dari situ.

 

Krystal melirik Suho dengan perasaan geram sambil berpeluk tubuh. Dia mengaku, ada betulnya juga kata-kata Suho itu.

 


 

 

Disebabkan Suho dan Krystal ingin menyembunyikan identiti mereka sebagai penyiasat cilik, mereka sebaliknya menyuruh Sica yang bertanya. Dengan itu, kesemua pihak akan lebih percaya sedikit. Ketika itu semua berkumpul di ruang tamu seperti tadi termasuk Professor Park.

 

"saya sebenarnya datang ke banglo ayah saya ketika itu dengan menggunakan kasut yang masih baru. Saya baru belinya pagi tadi. Pakai pun tidak lagi. Mustahil itu tapak kasut saya," bela Junho.

 

’hmm... Jika begitu, siapa punya tapak kasut tadi?’ Krystal bermonolog sendirian.

 

Sedang Sica dan Professor Park menyoal lagi sebarang kemungkinan kepada Junho, tangan Krystal tiba-tiba ditarik oleh Suho. Suho membawa Krystal keluar.

 

"shh.. Cuba kau tengok kesemua kasut yang mereka pakai, kau rasa siapa yang pemilik tapak kasut tadi tu?" soal Suho.

 

Suho dan Krystal pantas membelek-belek kasut yang dipakai oleh keturunan Choi. Junyeong dan Jiwon memakai kasut tumit tinggi yang berbeza corak dan warna. Junho memakai kasut ala-ala sport yang katanya baru dibeli pagi tadi. Benar, tapak kasut itu belum hais, bererti ianya baru dipakai. Siwon dan Jaeha pula mwmakai kasut but hitam. Siwon punya lebih kotor berbanding Jaeha. Mungkin kerana atas faktor perkerjaannya sebagai Jeneral askar. Suho dan Krystal menatap sesama sendiri. Mereka bingung.

 

"Professor Park! Gas sudah berjaya dikeluarkan sepenuhnya! Jadi sesiapa sahaja boleh masuk sekarang," kata Dongwook yang baharu sahaja tiba di ruang tamu.

 

Suho dan Krystal terus meluru masuk kedalam banglo Siwon semula. Melihat kesemuanya sudah tiada, mereka berdua terus berlari naik ke tingkat atas.

 

Siwon menenangkan isterinya yang sedang menangis teresak-esak dalam keadaan bersimpuh sambil memluk gambar anak mereka yang sudah tiada lagi. Junyeong menangis apabila Professor Park sendiri menyatakan bahawa anaknya mati akibat terhidu gas asphyxiation. 

 

Kesemua yang ada disitu sangat terkejut dengan pernyataan Professor Park itu. Gas asphyxiation.. satu bahan terlarang.. tidak mungkin ianya punca mangsa meninggal?

 

Sica menarik tangan Suho dan Krystal ke satu sudut bilik untuk berbincang sesuatu sementara semuanya sedang sibuk. Dongwook memberikan maklumat secara berterusan keada Professor Park. Dia memandang Suho dan Krystal dengan wajah serius dari yang biasa. "gas asphyxiation adalah satu bahan terlarang yang sangat berbahaya.." Sica memulakan perbincangan.

 

"ya, adik tahu.. Dan ianya hanya boleh dikendalikan oleh orang yang berkemahiran sahaja." tambah Suho dengan maklumat yang diperolehinya ketika belajar matapelajaran Sains disekolah.

 

"maksudnya.. Pembunuh anak Jeneral Choi Siwon adalah orang pernah dilatih untuk mengendalikan gas ini!" kata Krystal.

 

"Tetapi bagaimana gas itu disalurkan dalam bilik ini?" soal Suho. Mereka bertiga mula berfikir.

 

Tiba-tiba mata Krystal tertangkap sesuatu. Siling empat segi tepat itu kelihatan senget sedikit jika hendak dibandingkan siling lain yang disusun rapat dan rapi.

 

"tuan Junho," panggil Krystal.

 

"ya.." jawab Junho lembut. Dia mendekati Krystal.

 

"tuan ni dulu berkerja sebagai apa?" soal Krystal.

 

"saya pernah buka bengkel bersama kawan saya. Kami berminat mahu menjadi kontraktor. tetapi ayah saya melarang sama sekali. Beliau suruh saya menjadi anggota polis. Sejak itu saya sudah tidak membaiki atau membina apa-apa lagi." cerita Junho dengan jujur.

 

’itu dia! Aku dah tahu..!’ ujar Krystal dalam hati. Dia kemudian berlari keluar dari banglo milik Jeneral Choi Siwon sekali lagi, tanpa menghiraukan panggilan Sica dan Suho berkali-kali.

 

Dia berhenti dihadapan banglo Junho. Satu tangga besi yang biasa digunakan bagi membaiki atau membina sesuatu. Ianya diletakkan bersandar pada bumbung banglo Junho kerana terlalu panjang.

 

Krystal tersenyum sendirian. Dia sudah tahu jawapannya. Tetapi masih ada satu keraguan dalam kepalanya. "apa yang aku tertinggal, ya," dia memutarkan kembali diwaktu dia baharu sahaja menjejakkan kaki kedalam banglo milik mendiang Jeneral Choi. Satu sijil yang digantung dibelakang pasu yang kecil saiznya menangkap perhatiannya. Dia menekankan lagi imbasannya untuk mengetahui nama siapakah yang dia lihat pada sijil itu.

 

Dia sudah ingat.

 

Krystal pasti, pembunuh anak Jeneral Choi Siwon adalah.. salah seorang daripada keturunan Choi!

 


 

 

Detective F13 🔎: Dumdum! Siapakah pembunuhnya? Nantikan part iii !

hello, sorry lambat update.. minggu lepas internet saya kena sambar petir, so kena tunggu hari ni, baru boleh main balik. BTW, thanks to my new subscribers; chichisakura99, yukiyuyana, lolexotics and photographer_girl94~ ^_____^

Actually sampai part ii je, tapi sebab part ni dah terlalu panjang, so saya decide untuk buat chapter ni sampai part iii.

Hehe, maaflah jika cerita ini tak menjadi. Saya pun first time buat cerita bergenre camni.

Anyway, please comments, subscribes and upvotes!!

 

Follow me on IG: @real_psa  (followers sye sikit, jdi kalau korang baik hati, follow lah sye tnpe hrpkan blsn, ye? :)  tapi.. kalau followers sye brtmbh, sye akn cube update part iii ASAP!)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Detective_F13
please re-read chapter 1 part i

Comments

You must be logged in to comment
yukiyuyana
#1
Chapter 2: Omggggg best!! Kenapa saya rasa jaeha yg buat? Hahaha tapi last last banyak sebut pasal junho. Hoh curious ni palli update
yukiyuyana
#2
Chapter 1: Wahhh bestnyaa!! Jarang ada cerita macam ni dekat malay tag. Saya memang suka cerita-cerita detektif ni. Keep update~
Naturalpeach
#3
Chapter 1: Eyyy~ English awak kena improve lagi ni xD Eyyy~~
fourteenone
#4
hello~ i like detective story too! so i've subscribed~
good luck to you :)