Pembunuhan Anak Jeneral Choi Siwon (part i)

Detective F13

Seorang gadis berumur lingkungan 11-12 tahun sedang baring meniarap diatas katil empuk bersaiz queen miliknya. Kedua belah kakinya dari tadi lagi bergerak atas bawah. Tangannya pula diletakkan dibawah dagunya. Matanya menatap kearah siling. Dia masih memikirkan keputusan yang tepat bagi menjawab permintaan pihak polis dan Sica unnie yang memintanya untuk menyelesaikan kes jenayah pembunuhan pula.

 

Jenayah pembunuhan, satu kes yang berat baginya. Diusia 11 tahun begitu dia disuruh menyelesaikan kes pembunuhan?? Sungguh kedengaran tidak logik. Ya, dia mengakui yang dia ini seorang detektif persendirian, tetapi dia masih bawah umur! Cuma luarannya kelihatan seperti remaja kerana dia matang, bijak dan cara dia berkata-kata sama seperti orang dewasa. Ditambahkan lagi dengan suara matang miliknya itu.

 

Otaknya mula memainkan babak disaat pihak polis sudah berjaya menangkap pelaku yang cuba mencuri dokumen rahsia kerajaan.

 

Dua orang pegawai polis memegang lengan dua orang pelaku yang telah berjaya ditangkap pihak polis dengan bantuan Detektif F13 dan Detektif Sica. Mereka memasukkan kedua pelaku tersebut kedalam perut kereta polis.

 

"Hasil bantuan kamu berdua, kami berjaya menangkap dua pelaku yang cuba mencuri dokumen rahsia kerajaan. Saya selaku ketua polis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu berdua," ujar ketua polis yang mendapat gelaran ’Professor’ bernama Park Sanbyul itu.

 

"Eh,, kenapa professor berterima kasih kepada saya..? Saya ini tadi datang pun last minute..  Professor patut berterima kasih kepada.. ini, hah," Detektif Sica mengusap lembut rambut Detektif F13 yang berada disebelahnya. "walaupun baru berumur 11 tahun, tetapi daya pemikiran dia sungguh mantap! Dia yang menyelesaikan keseluruhan kes ini. Saya datang untuk membantu sahaja," sambung Detektif Sica.

 

Professor Park memandang Detektif F13 yang dari tadi tersenyum itu. Dia menyangkung, bagi menyamakan ketinggian mereka. "Mahukah kamu membantu kami lagi dalam kes seterusnya, iaitu kes jenayah pembunuhan.. Kamu mahukah?" soal Professor Park.

 

Detektif F13 tidak tahu mahu menjawab apa. Perasaannya bercampur baur. Ada gembira, dan dalam pada masa yang sama dia berasa hampa. Dia mengangkat muka, memandang Detektif Sica seketika sebelum kembali memandang Professor Park.

 

"tetapi... Saya tidak sehandal Detective Conan..." ujar Detektif F13 perlahan sambil menundukkan wajahnya.

 

"oh, tidak mengapa.. Unnie ada dongsaeng yang mempunyai bakat seperti kamu. Dia berusia 16 tahun. Jadi unnie rasa.. kamu dengan dia boleh bekerjasama dengan baik," celah Detektif Sica.

 

Professor Park tersenyum. "Kamu tidak usah risau.. Pihak polis akan sentiasa membantu kamu.. Kamu mahu, kan?" soal Professor Park lagi.

 

"Er.. Bolehkah Professor dan Detektif Sica unnie memberi saya sedikit masa??" pinta Detektif F13.

 

Professor Park lantas bangun kembali. Dia dan Detektif Sica berpandangan seketika sebelum memberi Detektif F13 peluang untuk memikirkan hal ini masak-masak.

 

"aissyy,, stressss!" Detektif F13 ataupun nama sebenarnya, Krystal, mengusutkan rambutnya sebelum baring menelentang pula. Dia buntu. Ya, dia sebenarnya dari dulu lagi mahu menyelesaikan kes seberat ini. Tetapi kedua ibubapanya melarang sama sekali untuk dia menjadi penyiasat. Ketika menyelesaikan kes dahulu pun dia terpaksa berbohong, jadi dia terpaksa menipu lagi? Oh, dia tidak mahu menjadi anak derhaka!

 

"aduh,, hausla pula.." Krystal mengurut tekaknya yang terasa kering. Dia terus turun dari katilnya itu. Dia menyarungkan selipar rumah berbentuk arnah ke kakinya sebelum mengatur langkah ke bawah.

 

Krystal menuju ke peti sejuk yang terletak didapur. Satu nota kecil yang ditampal pada permukaan peti sejuk itu menarik perhatiannya.

 

Mama dan Papa pergi ke London. Kami ada hal penting yang hendak diuruskan sekarang juga. Mungkin kami berdua akan pulang esok lusa. Maaf kerana tidak memberitahu Krystal awal-awal. Sebab flight Mama dan Papa pukul 12 tengahari nanti, kamu pula dari tadi berkurung dalam bilik. Berkunci pula tu..

Krystal, jaga diri elok-elok tau. Makanan Mama sudah sediakan, ada dibawah tudung saji. Sebelum makan jangan lupa panaskan dulu, ya! Mama dan Papa juga telah membelikan berpaket-paket ramyeon untuk kamu. Kamu tahu memasaknya sendiri kan? Kami pergi dulu. Annyeong~

From your Mom and Dad.

 

Bibir Krystal menguntum senyuman senget. Ibu dan bapa manakah yang sanggup tinggalkan anak mereka yang baru berumur 11 tahun bersendirian?? Sudahla dia anak tunggal, pembantu rumah tiada pula, ibubapanya selalu keluar kota atas urusan bisnes. Memang malang betul hidup Krystal ini. Tiada teman..

 

Krystal membuka peti sejuk lalu mengambil sekotak susu segar. Dia kemudian berjalan mendekati meja makan lalu membuka tudung saji. Sekotak pizza menghiasi pandangan. Dia kemudian mengalihkan tiga keping pizza kepinggan lalu memasukkan pinggan itu kedalam microwave. Dia memusingkan tahap kepansan microwave itu mengikut arahan yang tertera. Dia menunggu pizza itu untuk siap sambil meneguk air susu segar. Dalam masa dua minit, pizzanya telah siap. Dia terus mematikan suis kemudian membawa pizza itu keruang tamu.

 

Sambil berjalan, Krystal sempat mengerling kearah jam dinding yang tersangkut elok didinding ruang tamu rumah keluarganya. 11.45 pagi. Lagi 15 minit sahaja lagi flight ibubapanya akan berlepas. Dia mahu mendengar suara kedua orang yang dicintainya itu buat seketika. Tetapi sayangnya, dia tidak mempunyai telefon bimbit. Ini kerana ibubapanya mahu dia memfokuskan dalam pelajaran. Telefon rumah ad, tetapi dia tidak berapa ingat nombor telefon mereka. Sungguh kasihan..

 

Krystal duduk diatas sofa kulit sambil menonton televisyen. Tangannya tidak sudah-sudah menukar siaran dengan menggunakan remote tv. Dia meletakkan remote itu apabila siaran berita muncul. Krystal mat berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Dia tidak suka menghabiskan masa dengan menonton cartoon. Dia lebih suka menonton berita yang kebanyakannya menganggap berita itu sunggguh membosankan.

 

Sedang Krystal menikmati pizza sambil menonton berita, telefon rumah yang berada disebelah tv berdering. Dia pantas bangun dari sofa kemudian mengangkatnya.

 

"yeobeoseo~"

 

"Krystal-ah, anak kesayangan Mama dan Papa! Kamu sihat? Sudah mandi? Sudah makan? Sudah gosok gigikah?" soal Mama Krystal bertalu-talu disebelah talian.

 

"Krystal sentiasa sihat, mama.. Krystal belum mandi dan Krystal sudah makan.. Mama tak usah risau, menggosok gigi selepas bangun tidur adalah rutin harian Krystal.. Jadi mana mungkin Krystal lupa.."

 

"bagus.. Anak mama dan papa ini.."

 

"Mama, kenapa mama telefon..?"

 

"Siapa yang kamu telefon itu, sayang..?" kedengaran suara Papa Krystal didalam talian.

 

"Papa!!"

 

"ya, Krystal.. Ada apa?"

 

"Krystal rindukan papa..,"

 

"ya, Papa tahu.. Papa pun rindukan Krystal juga.."

 

"eh, Krystal rindukan papa sahaja?? Mama?" celah Mama Krystal.

 

"mestilah Krystal rindukan Mama sekali. Krystal rindukn kedua-duanya!!"

 

"kami pun rindukan Krystal juga.. Oh, Krystal, kami dah nak masuk kedalam kapal terbng ni.. Jaga diri baik-baik, We Love You! Muah!" Mama dan Papa Krystal membunyikan bunyi ciuman serentak.

 

"I love you too.." Krystal meletakkan ganggang telefon sebaik sahaja Mama nya memutuskan panggilan. Dia kembali duduk diatas sofa.

 

Telefon rumah berdering sekali lagi. Krystal mengeluh sebelum mengangkat panggilan itu.

 

"yeobeseo?"

 

"Detektif F13! Ini awak, kan? kan kan kan?"

 

"erm.. Ya, saya.. Siapa awak ini, heh?"

 

"la.. Tak cam suara unnie, kah? Ini Detektif Sica ni.."

 

"ah~ baru saya ingat.. Kenapa, unnie?"

 

"hehe.. Kamu sudah fikir masak-masak kah tentang kes jenayah pembunuhan itu?"

 

"erm.. dah,"

 

"woah!! Jadi bagaimana, kamu mahu atau tidak?"

 

"ya, saya mahu.."

 

"baguslah jika begitu! Bolehkah kamu datang ke pejabat unnie? Kamu tahu kan, dimana.."

 

"tetapi unnie.. eomma dan appa saya tiada.. Bagaimana saya harus kesana?"

 

"Kamu naiklah basikal! Dan.. oh, eomma dan appa kamu tiada? Mereka kemana?"

 

"London.. katanya, ad urusan penting yang harus diselesaikan.. Esok lusa baru mereka akan pulang.."

 

"owh.. Jika begitu, apa kata kamu bawa beberapa helai baju sekali..?"

 

"erk.. Kenapa?"

 

"Kita akan pergi ke Busan! Nanti kamu boleh la berkenalan dengan adik saya itu, ya.."

 

"erm, baiklah.." Krystal mematikan panggilan.

 

Krystal terus menutu tv, kemudian meletakkan pinggan kotor di singki lalu naik ke bilik tidurnya ditingkat atas. Setelah siap mandi dan berpakaian, dia mengambil tiga set pakaian lalu memasukkannnya kedalam beg galasnya. Setelah memastikan kesemua suis didalam rumah ditutp, dia keluar lalu mengunci pintu dan grail pagar. Kunci rumah dimasukkan kedalam zip begnya. Dia menutup pagar lalu terus mengayuh basikalnya menuju ke pejabat Detektif Sica yang terletak di Myeongdong.

 


 

 

Krystal menongkatkan basikalnya. Dia mengikat basikalnya pada tiang lampu menggunakan rantai pengunci basikal. Dia terus naik tangga yang dia pasti, itu adalah tangga untuk ke pejabat Detektif Sica.

 

"annyeong haseyo.." Krystal mengetuk pintu kaca dihadapannya berkali-kali.

 

Seorang wanita berusia 20an membuka pintu itu. "omo~ Detektif F13, kamu sampai juga akhirnya..," kata wanita itu. "jemputlah masuk kedalam pejabat unnie ni,"

 

Krystal tersenyum janggal sebelum melangkah masuk kedalam pejabat Detektif Sica itu. Udara sejuk menerpa tubuhnya.

 

Krystal melihat sekeliling. Pejabatnya tidaklah sebesar mana. Biasa-biasa sahaja. Ia mempunyai dapur, kaunter aduan, dan juga sofa yang dilengkapi dengan televisyen. Hiasannya begitu simple tetapi cantik. Krystal sempat berangan mahu memiliki pejabat sendiri seperti Detektif Sica.

 

"Krystal-ssi," Detektif Sica yang telah tahu nama sebenar Krystal dari tuan punya badan sendiri, memanggil.

 

"oh, ya..?" Krystal terus tersedar daripada lamunannya itu.

 

"mari masuk kedalam bilik unnie," ajak Detektif Sica. Krystal hanya mengikuti Sica dari belakang.

 

Krystal memasuki ruang bilik Detektif Sica. Serentak, seorang lelaki berkulit putih berpaling, lalu berdiri.

 

"noona.. Budak siapa yang noona culik, ni..?" soal lelaki itu.

 

"culik kepala hotak kau!" Sica memukul kepala lelaki itu kuat, menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan. "adik tidak kenalkah, dia ini ialah Detektif F13, perungkai misteri jenayah." terang Sica.

 

"owh, Detektif F13.. Adik pernah terdengar sekali nama detektif ni.. Kecil je, hah, orangnya.." lelaki itu yang dipercayai adik kepada Sica berkata, kedengaran menyindir.

 

"Krystal, ini adik unnie, Suho. Suho, ini Detektif F13 atau kamu boleh panggilnya Krystal." Sica memperkenalkan dua insan itu antara satu sama lain.

 

"Krystal," Krystal menghulurkan tangan untuk bersalaman, tetapi Suho tidak mengendahkannya. Sebaliknya, Suho menatap Krystal tajam.

 

Sica memijak kaki kiri Suho kuat. Menyuruh adiknya itu menyahut tangan Krystal. Suho terus akur dengan arhan Sica itu.

 

"ok, kamu berdua sudah berkenalan. Jadi, saya nak terus umumkn bahawa kamu berdua akan bekerjasama dalam menyelesaikan kes jenayah pembunuhan.." ujar Sica.

 

"Mwoh!? Adik bekerja dengan dia?! Serious!? Dia ini sudahla baru 11 tahun.." Suho memperlekehkan Krystal.

 

Krystal geram. "pada awalnya saya setuju. Tetapi kini tidak lagi. Saya tak mahu bekerja dengan lelaki bodoh sombong macam dia ini!" kata Krystal separuh menjerit.

 

"kau kata aku ini bodoh sombong?!  Eiyy,, memang nak kena ini..!" belum sempat Suho dan Krystal bercakaran, Sica cepat menghalang mereka.

 

"sudah! Hentikan pergaduhan ini! Sebentar lagi kan kita mahu makan angin di Busan.. Tak seronoklah jika bergaduh, betul kan?" Sica memeluk kepala Suho dengan tangan kanan, manakala Krystal dengan tangan kiri. Suho dan Krystal menatap antara satu sama lain dengan perasaan tak puas hati.

 


 

 

"wah~! Cantiknya pemandangan dari atas! Kan korang..?" Sica yang berdiri didalam kereta kabel itu terus menoleh apabila tiada sebarng reaksi daripada Suho mahupun Krystal. Suho dan Krystal duduk bertentangan. Mereka memandang antara satu sama lain dengan tatapan tajam ambil berpeluk tubuh. "hey! Yang korang berdua ni kenapa..! Kita datang sini nak enjoy lah! Bukan nak gaduh-gaduh!" tempeliak Sica.

 

Suho dan Krystal lansung terberhenti. "eh, unnie.. tak adalah, kitaorang bukannya gaduh pun.. Kitaorang cuma lawan mata je. Siapa yang kelip mata dulu dia yang kalah.." bohong Krystal. 

 

"dan adik telah menang..!" celah Suho. Dia kemudiannya mendapat jelingan yang tajam dari Krystal. Dia sepatutnya mengiyakan kata-kata Krystal, bukan menyatakan bahawa dia telah menang!

 

"apa-apa sahajalah budak zaman sekarang ni.." Sica menggelengkan kepalanya.

 


 

 

Hujan turun sangat lebat, membasahi kota Busan. Petir dari tadi lagi sambar-menyambar. Lebuh raya juga menjadi sesak akibat tanah runtuh dan kemalangan yang berlaku.

 

"aduh,, jalan jam lah pula..!" Sica mengetuk stereng kereta yang tidak bersalah itu. 

 

"unnie, apa kata kita guna jalan raya.. Lebuh raya ini terlalu sesak," cadang Krystal yang duduk di seat belakang.

 

"betul juga itu.. Lagipun, matahari sudah mahu terbenam, ini.. kita kena cepat sampai ke hotel sebelum hujan bertambah lebat," kata Sica. Dia terus membuat U-turn.

 

Kereta yang dipandu Sica selamat sampai ke jalan raya. Perjalanan berjalan dengan baik. Jalan raya lebih lengang berbanding lebuh raya tadi. Suho dan Krystal masing-masing sedang lena tidur. Mungkin kerana penat berperang mulut sepanjang hari. Sica brek mengejut secara tiba-tiba. Krystal yang tidur secara baring terus terjatuh. Suho yang tidur menyandarkan kepalanya di tingkap, kepalanya terhantuk pada dashboard.

 

"Ow.. Noona! Kenapa noona berhenti secara mengejut, ni?" Bentak Suho sambil mengusap kepalanya yang terasa sakit itu. Untung sahaja kepalanya tidak benjol ataupun lembam.

 

Krystal terus bangun. "Apa yang berlaku?" soal Krystal alam keadaan mamai. Dia menatap Sica dan Suho secara bersilih ganti.

 

"cuba kamu berdua lihat kedepan," pinta Sica. Suho dan Krystal terus melihat kearah hadapan serentak. "kesemua kereta mula bergerak secara perlahan. Kenapa, ya.." ujar Sica, seperti menyoal dirinya sendiri.

 

"hmm.. Biar saya lihat," Krystal berdiri, lalu membuka atap kereta dari dalam. Dia mengeluarkan kepalanya, cuba untuk lihat apa yang berlaku dihadapan. Dia membuat dua bentuk ’o’ dengan menggunakan kedua tangannya, lalu dilekapkan dengan matanya. Ia berbuat begitu supaya pandangannya tidak terhalang oleh hujan yang masih lebat. Tetapi ianya tidak membuahkan hasil. Dia cuba berjengket lagi, tetapi tetap tidak kelihatan apa yang berlaku sehingga menyebbkan jalan sesak begini. Apa yang dia nampak hanyalah deretan kereta yang sedang memasang lampu merah. Dia pantas duduk lalu menutup atap itu.

 

Dia mengelap wajahnya yang kebasahan. "Saya tidak nampaklah unnie.." ujar Krystal dengan jujur.

 

Suho membuat smirk. "pendek.." kutuknya dengan selamba, tanpa memikirkan perasaan Krystal. "Tidak mengapa, noona.. Biar adik noona yang hensem lagi comel ini yang lihat," Suho menjeling kearah Krystal sebelum membuka tingkap ditepinya.

 

Setelah beberapa saat kemudian, Suho menutup tingkap itu kembali. Dia membetulkan rambutnya yang basah dengan gaya cool. "noona, saya sudah tahu punca kesesakan jalan raya ini."

 

"hah, apa dia?" celah Krystal. Dia memandang Suho tidak percaya.

 

"dekat depan sana tu ada pokok tumbang. Besar pula tu pokoknya. Jadi, sekarang tinggal satu laluan sahaja. Itu lah sebab kereta bawa perlahan," kata Suho lancar. Dia kemudian mengangkat kening kirinya sambil menatap Krystal. Tunjuk hebat kononnya.

 

"bagaimana ini..?" soal Sica hampa. Tiada jalan keluar. Kesemua lorong jalan sudah dipenuhi dengan kereta.

 

"kita jalan kaki, sahajalah!" cadang Krystal.

 

"neo baboya! (you’re stupid) Gila kah mahu jalan kaki diwaktu hujan lebat sebegini..? Tak masuk akal," Suho menggelengkan kepalanya. Dia benar-benar menganggap Krystal seorang budak yang masih tidak mempunyai kematangan.

 

"tidak. Noona setuju dengan cadangan Krystal itu. Bawa beg masing-masing.." celah Sica. Suho ingin menyatakan bahawa dia tidak bersetuju, tetapi Sica terus menyambung lagi, "erm.. Krystal.. cuba cari di bonet baju hujan. Unnie rasa unnie ada bawa.." duga Sica.

 

Krystal meraba-raba bahagian bonet. Apabila dia terasa seperti tangannya terpegang satu kain yang permukaannya agak kasar, dia terus menarik keluar benda tersebut. Baju hujan. Dia memberikan sehelai baju hujan berwarna merah kepada Sica manakala baju hujan yang berwarna biru pula diberi kepada Suho. Kemudian, kedua beradik itu terus menyarungkan baju hujan masing-masing setelah memakai beg sandang mereka. Krystal turut menyarungkan baju hujan kuning ke badannya. Tetapi saiz badan Krystal kecil, menyebabkan baju hujan itu kelihatan besar apabila dia memakainya.

 

Mereka bertiga keluar dari kereta apabila kesemuanya sudah selesai. Sica mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluar jeans nya, lalu memicit butang ’lock’. Automatik, kereta itu mengeluarkan bunyi seketika, menandakan bahawa ianya telah berkunci.

 

"noona!" panggilan Suho membuatkan Sica dan Krystal memberhentikan langkah mereka lalu menoleh. "kereta noona ini bagaimana? Takkan mahu biarkan disini sahaja? Jika kena tarik dengan polis bagaimana? Nanti kita mahu balik menaiki apa jika kereta ini tiada?" soal Suho bertalu-talu.

 

Sica menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil sebelum berkata, "noona memanglah mahu minta bantuan polis untuk mengambil kereta noona ini. Tetapi sekarang tiada signal, bagaimana noona mahu minta tolong..? Oleh itu nanti, jika sudah ada signal, noona akan telefon polis untuk bantu kami ini.. Tetapi usah risu, noona ini kan detektif, polis pasti mahu membantu kita. Betul tak?" ujar Sica.

 

"geurae.. (that’s right)" jawab Suho agak perlahan. Dia kemudian kembali mengatur langkah, mengikut kakak kandungnya dan Krystal yang sudah berjalan agak jauh darinya.

 


 

 

Hujan masih belum reda-reda lagi dari tadi. Malah sebaliknya, ia semakin lebat. Petir yang sedang sambar-menyambar juga semakin kuat berdentum. Tetapi tiga pasang kaki masih tetap berjalan menempuhi hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan lecak disana-sini, dengan hanya berlindung menggunakan baju hujan.

 

Tangan Krystal elok didalam genggaman Sica. Mereka berdua cuba berjalan dengan laju, bagi mempercepatkan pencarian tempat berteduh. Suho yang berada dibelakang pula sedaya-upaya untuk mengejar Sica dan Krystal yang mengabaikan kewujudannya.

 

"noona! Bila kita mahu berhenti berlari, ini? Saya penatlah!" ngadu Suho dalam keadaan yang termengah-mengah. Nafas yang disedutnya juga seperti tidak cukup.

 

"shut up your mouths and just keeps running!" kata Sica tegas. Dia sememangnya dari dahulu lagi sentiasa bersikap tegas dengan adik lelakinya itu. Setiap aduan yang dilontarkan, Sica tidak akan memperdulikannya. Dia tidak mahu Suho menjadi manja.

 

Suho mencebik tanda tidak suka. Baginya, noonanya itu sungguh tidak sporting! Terlalu tegas!

 

"Sica unnie! Lihat, ada rumah," Krystal menunjukkan kearah suatu tempat. Sica dan Suho memberhentikan langkah mereka, dilihatnya rumah yang dimaksudkan oleh Krystal itu. Lima buah rumah banglo besar yang bercantum menjadi satu. Sungguh besar dan cantik!

 


 

 

Detective_F13 🔎 :  Hello, good morning you guys.. Yeah, I know now I should be at the school, but I was just soo lazy to kick my off the bed. ㅋㅋㅋ. Besides, my exam is already over and most of the teachers not attend my class. It wass soo boring, you know.. //sigh//

First, I want to say thanks to NurlisaSmiley, wooya88 and AJMato for subscribed this fanfic. I’m very appreaciates its soo much! 

By The Way, I will try to updates part ii in this week~ please support me and leaves your comment below, okay??

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Detective_F13
please re-read chapter 1 part i

Comments

You must be logged in to comment
yukiyuyana
#1
Chapter 2: Omggggg best!! Kenapa saya rasa jaeha yg buat? Hahaha tapi last last banyak sebut pasal junho. Hoh curious ni palli update
yukiyuyana
#2
Chapter 1: Wahhh bestnyaa!! Jarang ada cerita macam ni dekat malay tag. Saya memang suka cerita-cerita detektif ni. Keep update~
Naturalpeach
#3
Chapter 1: Eyyy~ English awak kena improve lagi ni xD Eyyy~~
fourteenone
#4
hello~ i like detective story too! so i've subscribed~
good luck to you :)