Maid For Him

Description

Oleh kerana Cha Minhye terdesak memerlukan duit,dia telah menjadi orang gaji di sebuah vila yang terletak di Myeongdong.Pada mulanya Minhye menyangka dia hanya menjadi orang gaji pada seorang perempuan yang dipanggil Puan Kim,tetapi anak lelaki Puan Kim pulang dari Jepun dan tinggal di villa itu. 

 

Pandangan Minhye tentang anak lelaki Puan Kim? Sombong,perasan hensem dan seangkatan dengannya.Kim Seokjin atau dikenali sebagai Jin ada saja rancangannya untuk menyakiti hati Minhye.

 

Suatu hari berita yang mengejutkan telah diberitahu oleh Puan Kim.Puan Kim bercadang untuk pindah ke Jepun dan menetap di sana.Jadi vila tersebut Puan Kim telah menyerahkan sepenuhnya pada Jin.Jin pun apa lagi,menggunakan kesempatan untuk membuli Minhye secukupnya.

 

"Aku nak villa dalam keadaan yang bersih tak kira sama ada di luar ataupun di dalam.Semuanya mesti bersih.Kalau aku jumpa walaupun sedikit habuk,gaji kau aku akan potong" - Jin

 

Jadi terpaksalah Minhye bertungkus lumus bekerja di dalam villa itu sehingga ada kalanya dia berasa ingin berhenti kerja.

 

Kim Taehyung,adik kepada Jin menetap di villa itu untuk beberapa hari dan Taehyung tertarik dengan Minhye.Dia menggunakan taktik playboynya itu untuk mendekati Minhye.

 

"Aaah! Kalau tak disebabkan hutang itu aku tak akan jadi orang gaji dalam villa ni!" - Minhye

 

........

 

CHARACTERS

 

Cha Minhye (You)

18 tahun 

- Berhenti dari sekolah dan bekerja sebagai orang gaji 

- Baik dan seorang yang penyabar 

 

Kim Seokjin (Jin)

20 tahun

- Manager di Kim's Company

- Sombong dan bencikan perempuan 

Foreword

Annyeonghaseyo!

 

Jadi fanfic ni adalah malay fanfic pertama yang saya tulis dan wataknya adalah Jin! Princess of Bts! Jadi saya harap korang boleh sokong saya melalui ff ni. 

 

Subscribe,Comment and Upvote 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet