루한

A Guy To Remember

 

 

Kehadapan rakan peminatku,

 

Pertama kali aku mengetahui tentang dia, bagiku, dia adalah seorang lelaki jambu. Wajahnya sangat keanak-anakan.

 

Perspektifku tentang dirinya berubah apabila aku menonton suatu acara sukan yang disertai oleh idola-idola kpop. Aku agak terpegun apabila mengetahui yang dia agak handal bermain bola sepak. Kemudian, aku mendapat tahu yang dia sebenarnya bercita-cita untuk menjadi bintang bola sepak jika tidak menceburkan diri dalam bidang hiburan. Lelaki jambu yang merupakan jaguh sukan. Mengagumkan.

 

Ketika itu, aku belum meminati mereka. Aku hanya mengambil tahu mengenai mereka selepas mereka memenangi carta dengan single kedua. Aku kira itu sangat memberangsangkan kerana mereka baru sahaja debut pada tahun 2012.

 

Ketika menonton muzik video single kedua itu, aku terus jatuh hati kepadanya. Jatuh hati padanya, si lelaki jambu yang berasal dari Beijing.

 

Suara yang lembut, wajah yang menawan. Dia ibarat bidadari lelaki yang jatuh dari langit. Dikhabarkan yang dia antara lelaki terkacak Asia. Ya, aku memang mempunyai citarasa yang tinggi.

 

Kata orang, jangan menilai buku dari kulitnya.

 

Bidadari lelaki jatuh dari langit?

 

Cuba lihat dia ketawa. Aku rasa lalat mampu membina penempatan di dalam mulutnya.

 

Cuba lihat muka menggelabahnya. Macam rusa terperangkap dalam jaring.

 

Cuba lihat reaksinya apabila memasuki rumah hantu. Lelaki sejati? Pfftt..

 

Cuba lihat dia berbahasa Inggeris. Yo..yo..

 

Bila dia muncul di atas pentas, semua imej-imej kelakarnya hilang dalam sekelip mata.

 

Dialah si penyanyi.

 

Dialah si visual.

 

Dialah si penari.

 

Rap? Boleh saja, cuma pastikan dia diberi naskah lirik. Tahap ke'merapu'annya agak menyerlah.

 

Sampai satu masa, dia bukan lagi keutamaanku. Pilihanku berubah tetapi aku masih memerhatikan dia.

 

Aku mengesan perubahan dirinya sejak mereka tampil di dalam sebuah rancangan hiburan di China, ketika itu mereka sudah tinggal 11.

 

Ketika mereka bermain suatu permainan, dia kelihatan seperti termenung jauh. Seorang jaguh sukan tak mungkin termenung ketika permainan kecuali jika mereka tidak dibelenggu masalah.

 

Apa-apapun, itu hanya tanggapanku.

 

Aktiviti mereka berjalan seperti biasa.

 

Dia pula ditawarkan untuk berlakon. Aku sangat kagum dengan apa yang dia berjaya capai. Aku tidak sabar untuk melihat dia sebagai seorang pelakon. Aku tidak sabar untuk melihat skrin hanya fokus pada wajahnya, bukan wajah ahli-ahli yang lain.

 

Konsert mereka di Thailand. Dengarnya Luhan tidak dapat menghadirkan diri kerana jadualnya yang padat. Agak menghairankan apabila agensi mereka memberi kelonggaran kepada dia.

 

Kehairanku bertambah apabila dia tidak dapat mengikuti konsert ajuran agensi mereka di Jepun. Jarang sekali aku dengar mana-mana artis di bawah agensi mereka diberi keistimewaan begitu.

 

Kemudian, bam! Aku dikhabarkan yang dia akan meninggalkan kumpulannya.

 

Hampa?

 

Tidak.

 

Aku cuma bimbangkan 10 ahli lagi yang tinggal.

 

Bagaimana dengan masa depan mereka?

 

Bagaimana pula dengan nasib 2 lagi ahli yang sebangsa dengan dia?

 

Aku bimbang 2 ahli itu akan dipulaukan memandangkan yang telah meninggalkan kumpulan itu adalah 2 orang ahli Cina.

 

Siapa yang akan tolong menterjemahkan untuk 2 ahli Cina yang tinggal?

 

Ingatkah kau yang dia selalu membantu kawan-kawan sebangsa yang kurang memahami bahasa Korea?

 

Siapakah yang akan berkawan baik dengan ahli tertua, seperti yang dia lakukan? Perasankah kau yang ahli tertua itu hanya bersikap terbuka dengan dia?

 

Siapa yang akan bernyanyi bersama vokalis sub-unit Cina berwarganegara Korea itu di dalam lagu-lagu mereka?

 

Siapa yang akan menari bersama 'Dancing Machine' sub-unit Korea untuk lagu Time Control?

 

Watak utama video versi Cina, siapa yang akan menggantikan dia?

 

'Like Rain, Like Music', aku akan terbayangkan dia setiap kali mendengar lagu ini walaupun ini merupakan lagu milik penyanyi lain.

 

Untuk dia,

 

Aku harap dia akan berjaya di mana sahaja dia berada. Aku meminati dia kerana dia adalah dia. Jadi, tidak kira dia berada di bawah syarikat itu atau syarikat ini, aku akan terus menyokong dan meminati dia.

 

Industri hiburan Cina sangat besar jadi aku rasa masa depannya akan terjamin.

 

Rakan peminatku,

 

Adakah kau juga akan terus menyokong dia?

 

Atau kau akan berhenti kerana dia membuat keputusan sebegitu?

 

Adakah kau akan menghukum dia kerana dia membuat keputusan yang tepat untuk masa depan dan kesihatannya?

 

Aku harap tidak.

 

Aku benar-benar berharap tidak.

 

Jika ya..

 

Kenanglah dia. Ingati segala kenangan yang manis yang dia berikan kepadamu setiap kali dia berkelakuan lucu dan comel.

 

Bagiku, dialah ada seorang lelaki yang akan aku kenang.

 

A guy to remember.

 

 

 

Luhan.

 

 

 

-EXO-Wolf-Drama-Version-exo-m-35029665-5

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seungrin123 #1
Chapter 1: Kenapalah kau buka luka balik? Aku dah cuba terima reality..tapi bila nmpk gmbr dia atau baca cerita psal dia..rasa luka hati tu buka balik..rindu giler ngan dorang dua..sian lay ngan tau kan..adui! Beremosi aku seketika! (Abaikan ayat sastera tak jadi ni)
mieyhyun
#2
Chapter 1: Sedihnye.. tetiba rindu kat luhan ngan kris.. TT.TT
xaoieu
#3
Chapter 1: and I whisper to myself "better go and get a tissue now"
lobak98
#4
Chapter 1: Again . Its happen to EXO again . Same like what happen with Super Junior . Again . Its happen . I just hope Layh and Tao also leave EXO . I'm just worried if both of them still stay with them T^T No . I LOVE 12 ALL THEM . Just for the sake of them ;A; Aaaaahhhh . Just hope all of them keep always in my memory . Memoir de amor <3 EXO !!!! SARANGHANJA <3
rismaKPOPERS #5
Chapter 1: actually , saya tak suka sikit ngn luhan gara-2 fan immature dia. terus terang , rasa sedikit sedih bila tw luhan keluar exo . tpi , tak lhh se'frust' tyme kris keluar. but , bila kenang balek semuanya , apa yg ditulis nihh semua betul . then , tak dpat tahan saya pun nangis. seriously ,..... luhan saya akan ingat mcm mna saya ingat kris sebab mereka jugak ahli EXO .
ohneomo #6
Chapter 1: Wow, he's really a guy to remember! Stop being a fan of him? Never. I've never thought of that.
Quite hurt at first but knowing that he'll be happy with his family make me proud of him. He has a life too, I know.
Dah..tak tau nak cakap ape lagi.. okay..
allya_safia #7
Sedihh saya memang sedih bile bace kat AKP Lu Han nk keluar exo.Terkejut sampai satu badan menggeletar dahlah mase tu nk pegi sekolah.terkejut gila sampai nak nangis tapi yak boleh nk nangis,air mata tak keluar.last2 keluar sikit air mata masa kat skolah nasib baik ngan kawan dua org dia pon frust L u Han keluar exo.so,takde ah malu sgt kalau nk nagis pon.die pon sye tgk nangis jgak tapi sye pujuk je die supaya berhenti nangis yapi sye nangis jugak
noorsyaza01 #8
Chapter 1: Saya terkejut sangat bila Luhan keluar dari Exo.Saya kecewa sangat.Dia bias saya dalam Exo.Apapun saya suka fanfic ni...
dae_yeol
#9
Chapter 1: sedihnya fanfic ni..walaupun bias saya dalam exo bukan luhan tapi saya betul-betul terkejut..walaup macam mana pun saya akan tetap menyokong dia..
nice story authornim..^^
Hundotlove
#10
Chapter 1: I miss him already..saya tak pernah jangka yg peristiwa hitam ni akan berlaku sekali lagi. Saya ingat saya takkan menangis baca ff ni sebab tu saya baca tapi air mata yg diseka jatuh...macam mimpi ngeri yang perlu saya bangun dgn segera..dulu waktu kris nak keluar saya sedih walaupun dia bukan bias saya dan berharap luhan takkan pernah tinggalkan exo...Hati saya mula risau bila luhan tidak hadir untul tlp di thailand..melihat rumor di twitter yg makin dihebah-hebahkan membuat saya makin risau..sehinggalah lay mengatakan luhan hanya berehat...hati saya cukup lega dan boom esoknya saya mendapat berita yg luhan telah keluar dari exo..susah untuk saya terima tapi apakan daya kalau dia gembira dgn keputusan dia..saya akan turut gembira..nice fanfic unni..you made me cry thinking about him..the guy to remember..luhan