Best Night

My Love Is You
Please Subscribe to read the full chapter

L.Joe POV

 

Aku bersiap-siap untuk ke taman. Haraplah Aira datang malam ni. Aku nak tunjukkan siapa Mr Eyesi. Dahla petang tadi pun dah kantoi. Syok sangat tengok Aira tapi jeles pun ada gak. Ye la siap main tangan lagi,siapa tak jeles? Korang pun mesti jeles kan kalau tengok crush sendiri bermesra alam dengan orang lain? Sama la dengan aku yang memang kuat jeles. Ok,aku mengaku. Lagi jeles kalau nampak Aira dengan Taemin tu. Aku pun tak tahu apa status Taemin dengan Aira sebenarnya. Tapi aku harap aku dapat Aira dulu sebelum Taemin.

 

“Tuan nak pergi mana?” tanya pembantu rumah aku,Betty. “Keluar,” sepatah aku jawap. Aku dengan Betty sebenarnya rapat tapi entah sekarang dia dah banyak berubah. “Puan tak bagi tuan keluar,” ujar Betty lembut. “ So? Like she care about me now!” jeritan aku membuatkan Betty mengundur diri. Maafkan aku Betty tapi aku nak rasakan dihargai bukan ni. Aku keluar dari rumah dan memandu kereta aku yang dihadiahkan oleh papa aku.

 

Sampai sahaja aku di taman,aku ternampak kelibat gadis yang sedang mundar-mandir di buaian. Sekejap dia duduk,sekejap dia berdiri. Gadis itu Aira. Aku memakai mask dan keluar dari kereta. “AWAK!” jerit Aira. Aku jalan mendekati dia. “Lama saya tak nampak awak kat sini. Saya selalu datang sini setiap malam. Akhirnya awak datang jugak! Saya rindu sangat kat awak!” Aira terus memeluk aku. “Saya pun rindukan awak,” ujarku dan membalas pelukan dia.

 

Aira memandang aku tepat pada mata aku. “Mr Eyesi. I know who are you. You are L.Joe,right?” aku tersentak. Tak sangka dia dah dapat teka aku tapi aku still nak main dulu. “Tak,” Aira meleraikan pelukan. “Habis awak siapa?” tanyanya. “Saya Lee Byunghun,” lantas aku membuka mask aku dan senyum. Aira gelak. “Pandai mainkan saya ek?” Aira mencuit pipi aku. “Kalau dengan awak, saya bukan L.Joe tapi saya Byungie ataupun Mr Eyesi,” Aira mengangguk keanak-anakan.

 

Aku dan Aira duduk di buaian. Tempat yang pertama kali aku tersenyum kerana seorang perempuan. “Ini bukan tempat first meet saya dengan awak,” Aira tetiba bersuara yang menyebabkan aku hilang kata. Bukan tempat first meet dengan aku? Jadi dia pernah jumpa aku dulu? “Maksud awak?”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet