Dua

I love you, My Maid

Bab Dua

Aku membuka mataku setelah merasai cahaya matahari yang melanggar ke arah mukaku. Wanita itu pun kelihatan sudah bangun dari tidur dan memandang ke arahku. Dengan pantas dia mengangkat dirinya daripada membaring dan duduk di atas katil tersebut.

“Siapa awak? Macam mana saya boleh ada kat sini?” Wanita itu bertanya sambil memandang sekeliling bilik wad.

“Err. . . puan? Saya Alisa. Sebenarnya semalam puan telah diragut oleh seorang peragut. Lepastu puan pengsan dan jatuh atas jalan sebab terlalu terkejut semasa beg puan diragut. Tapi nasib baik, ada seorang lelaki ni namanya Baekhyun. Dia kejar peragut tu dan akhirnya beg puan pun dapat semula. Cuma peragut tu je yang tak dapat ditangkap. Dia pun yang mengangkat puan sampai ke hospital padahal saya cuma ikut kamu berdua je dan temankan puan disini hingga sekarang. Puan patut berterima kasih tau pada Baekhyun kerana menolong puan. Doktor pun kata yang keadaan puan baik-baik aja. Nah, ni beg puan.” Aku mengambil beg tangan tersebut dan menghulurkan ia kepadanya.

“O-Oh, wah, terima kasih sangat sebab menjaga saya dari semalam sampai sekarang. Tanpa korang saya sendiri tak tahulah apa yang akan jadi pada saya sekarang.” Wanita itu mengambil beg tangannya dariku dan memberi satu senyuman.

“Tak pe. Asalkan sekarang puan selamat.” aku berkata sambil tersenyum, menampakkan kedua-dua lesung pipitku.

Selepas beberapa jam kamudian, akhirnya kami sudah keluar daripada hospital. Disebabkan Flora —nama wanita itu— tidak mempunyai pakaian untuk dipakai lagi, aku memberi bajuku untuknya. Nasib baik baju itu muat untuknya. Puan Flora pun sudah tahu yang saya lari dari rumah anak yatim itu dan sebab kenapa saya lari dari situ. Tiba-tiba, seorang lelaki datang dan seperti memanggil namanya. Puan Flora menyahut dengan nama ‘Jongin’ dan mereka berdua berpelukan. Macam orang Korealah mamat ni.

“Flora, awak okey tak? Ada apa-apa luka? Doktor ada cakap apa-apa yang tak sepatutnya berlaku tak?” Lelaki itu bertanya dengan penuh kerisauan sambil menyemak seluruh badan Puan Flora.

“Takde apa-apalah Jongin. Doktor cakap Flora pengsan sebab terlalu terkejut semasa beg tangan Flora diragut. Dah dah, jangan risau.” Lelaki itu tersenyum kelegaan dan memeluknya erat. Puan Flora cepat-cepat melepaskan dirinya daripada pelukan lelaki itu dan menarikku dekat.

“Ha, ni Alisa. Dia yang menjaga Flora dari semalam sampaaaai sekarang. Tengok, ni baju Alisa tau yang Flora pakai ni! Pastukan, ada seorang mamat yang selamatkan Flora! Mamat tu jugak ambil balik beg tangan Flora daripada peragut tu dan bawak Flora sampai ke hospital!” Kulihat Jongin merengus, penuh dengan kecemburuan selepas Flora cuba membuatnya berasa cemburu.

“Oh, Alisa. Kenalkan ini suami saya, Jongin.” Aku tersenyum sekali lagi kepada Jongin. La, patutlah berpelukan tadi. Dah kahwin rup-rupanya.

“Alisa, disebabkan awak tiada rumah untuk duduk, apa kata awak singgah ke rumah kami untuk sementara waktu?” Puan Flora mengajakku. Aku memandang mereka berdua yang sedang tersenyum padaku. Nampaknya, mereka kelihatan tidak kisah jika aku menumpang mereka. Dengan tidak teragak-agak, aku angguk kepalaku sebagai tanda setuju.

•  •  •

“Oh, jadi sebab tulah Alisa lari dari rumah anak yatim tu ya?” Encik Jongin yang sedang memandu berkata sambil aku tersengih seperti kerang busuk di belakang. Rasa malu sangat bila orang sekacak suami Puan Flora ni tahu pasal aku lari rumah anak yatim piatu tu.

“Ha, dah nak sampai dah ni.” beritahu Puan Flora kepadaku.

Kereta berjenama BMW ini terus berhenti setelah berada di depan sebuah banglo. Aku yang masih berada di dalam kereta terpegun sambil mulutku ternganga melihat rumah banglo yang sangat begitu mewah. Akhirnya, aku sudah keluar daripada kereta BMW tersebut bersama beg sandang yang berada di kedua belah tanganku. Tiba-tiba, aku terlihat dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang sibuk bermain dengan basikal masing-masing. Mereka kelihatan kembar selepas ku lihat muka mereka yang sangat seiras.

“Juliana! Johan!” Puan Flora dan suaminya serentak memanggil mereka berdua. Mereka segera berlari dan meninggalkan basikal mereka yang sudah jatuh ke atas lantai itu.

“Mama! Papa!” Juliana dan Johan dengan pantas berlari ke arah ibubapa mereka yang sudah bersedia untuk memeluk mereka sambil melutut manakala tangan membuka. Si Johan memeluk ayahnya manakala si Juliana memeluk ibunya. Aku sendiri tertawa perlahan. Comel sungguh mereka sekeluarga ini. Teringin pulak rasanya mempunyai keluarga bahagia seperti ini.

“Mama, mama semalam pergi mana? Puas kami tunggu mama tau.” Si ibu tergelak perlahan melihat anak-anak kembarnya merengus.

“Sebenarnya, ada sesuatu yang buruk terjadi pada mama semalam. Nasib baik Kakak Alisa dan seorang lelaki remaja selamatkan mama.” Terangkan Puan Flora pada anak kembarnya.

“Juliana, Johan, kenalkan, ini Kakak Alisa. Yang selamatkan mama semalam. Kakak Alisa takde tempat tinggal nak duduk, jadi mama ajak Kak Alisa datang kemari. Nanti adik dengan abang boleh main sama-sama dengan Kak Lisa bila papa dengan mama pergi kerja.” Aku yang sedang berdiri seperti tunggul tersenyum lebar kepada dua orang kanak-kanak itu. Mereka membalas senyuman.

“Hai Kak Alisa! Saya Johan! Yang ini adik saya, Juliana!” Wah, si abang bercakap betul-betul seperti Upin dan Ipin. Aku tergelak dan mengucapkan 'hai' kepada mereka sambil melambai kedua-dua tanganku.

“Mama nak ceritakan apa yang terjadi dekat mama semalam. Nak dengar tak?” Tanya Puan Flora.

“Nak!!! Jom masuk dalam, Mama!” Serentak anak-anaknya menjerit. Dengan itu, mereka berdua berdua menarik tangan ibunya bersama-sama masuk ke dalam rumah kerana tidak sabar mendengar cerita tersebut dari mulut ibu mereka. Aku dengan Encik Jongin tertawa perlahan dengan gelagat mereka bertiga.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baehwililly
#1
Chapter 2: Woahh cepatnya author nim update ... Best sangat cerita ni ... Chapter 2 awesome ... Teruskan update !! XD
baehwililly
#2
Chapter 1: Omo comelnya cerita ni ..saya suka sangat2 ... Tak sangka alisa berani lari dari rumah anak yatim ..kesiannya dia .... Update soon !!