Satu

I love you, My Maid

Bab Satu

Jam menunjukkan pada waktu 11 tepat malam dan semua orang di rumah anak yatim ini sudah terlena tidur, termasuk rakan-rakan sebilikku. Setelah selesai kemas segala barang-barang ke dalam beg sandang itu, aku dengan penuh berhati-hati membuka cermin tingkap —di tingkat satu— seluas-luasnya untukku panjat dan beredar daripada sini.

Aku sudah tidak mampu bertahan lagi untuk tinggal disini. Dari dulu hingga sekarang, aku sering dibuli habis-habisan oleh pembuli-pembuli itu. Dan kini, sudah tiba masanya untuk aku bebas dan menikmati keindahan di dunia ini.

Aku membiarkan tingkap tersebut membuka dan berjengket ke arah pintu pagar yang kecil dan tidak terkunci malah juga membuka luas. Mujurlah pengawal keselamatan itu tertidur nyenyak di depan pondok tersebut. Dengan selamat, aku sudah berjaya meninggalkan tempat tersebut. Yahoo! Aku berjaya!

Ketika aku sudah berjauhan daripada rumah anak yatim tersebut, baru aku menghembuskan nafas dengan lega. Seperti yang aku rancang dari dulu, aku ingin mencari pekerjaan. Aku tahu mencari pekerjaan bukannya mudah, tetapi aku harus berusaha keras untuk mendapatkannya.

Aku berjalan berseorangan di tepi jalan dan tanpa ku sedari, akhirnya aku sudah berada berdekatan dengan Kuala Lumpur. Cantik sungguh bandar ini! Inilah pertama kali aku melihat Kuala Lumpur yang sebenar secara peribadi kerana sebelum ini aku hanya melihat dari majalah-majalah dan gambar-gambar.

Tiba-tiba, perutku berbunyi sebagai tanda kelaparan. Aku berlalu dan memasuki bandar tersebut untuk mencari makanan. Nasib baik aku bawa sekali duit simpananku dan saat ini, aku sudah menabung lebih daripada 500 ringgit!

Walaupun sekarang akan masuk waktu tengah malam, tetapi terdapat banyak kedai-kedai yang buka berderet di tepi jalan. Ramai pengunjung-pengunjung yang hadir untuk membeli makanan pada malam ini. Pelbagai jenis makanan lazat yang ada membuatku rambang mata untuk memilih.

Terlihat sebuah kedai donut yang kecil dan aku mengambil keputusan untuk memakan donut sahaja bagi malam ini. Maklumlah, donut adalah makanan kegemaran yang amat aku gemari sehingga kini. Akhirnya, aku membeli dua donat Black Forest. Huish, sedapnyaaaaa. Aku memakan kedua-duanya sambil berjalan dan membaca papan kenyataan untuk mendapat apa-apa khabar berita. Yalah, mana tahu ada jawatan kosong untuk aku bekerja nanti.

Secara mendadak, aku terdengar seseorang wanita menjerit kuat sekali dari arah jalan sana. Rupa-rupanya, beg tangannya diragut oleh seorang peragut. Wanita itu terus pengsan di atas jalan manakala peragut itu sedang dikejar oleh seorang lelaki. Segera aku berlari dan cuba menyedarkannya dengan menggoncangkan badannya namun gagal.

Kemudian, lelaki itu datang ke arah kami semula dengan beg tangan wanita itu. Mungkin dia gagal menangkap peragut itu meskipun dia dapat beg tangan wanita itu. Lelaki itu segera mengangkat wanita tersebut ke hospital berdekatan sedangkan aku hanya mengikuti mereka dari belakang. 

Ketika di dalam hospital, aku dan lelaki itu berada di ruang tunggu sambil beg tangan wanita tersebut berada di atas pangkuku. Bag sandangku  juga ada disebelahku. Dalam beberapa minit kemudian, doktor memanggil kami untuk memberitahu tentang keadaan wanita itu.

“Dia okey aja. Cuma dia terlalu terkejut sewaktu diragut. Tu sebabnya dia pengsan.” Kami berdua mengeluh kelegaan.

Ketika berada di bilik wad, aku duduk di sebelah katil wanita itu manakala lelaki itu berdiri di sebelahku. Aku meletakkan beg tangan tersebut di atas meja sebelahnya.

“Err. . . encik?” Aku memanggil lelaki itu dan kami bertentangan mata.

“Terima kasih sangat sebab tolong dia. Dan kalau encik nak balik, pergilah. Lagipun dah pagi buta dah ni. Encik mesti penat.” Lelaki memberi sekuntum senyuman yang ikhlas kepadaku dan angguk.

“Tak payah nak encik encik. Saya Baekhyun. Erm. . . awak tak nak balik ke?” Baekhyun bertanya, penuh rasa ingin tahu. Takkan aku nak bagitahu yang aku lari dari rumah yatim piatu tu dan sekarang aku takda rumah nak duduk kot. Malulah nanti.

“Oh, erm. . . tak pe. Nanti saya balik lah.” Lelaki merenung ke arahku dalam keadaan yang tidak percaya.

“Habis, beg sandang tu? Awak macam baru lari dari rumah je.” dia bertanya. Erk. Habislah aku. Apa nak jawab ni? Apa nak jawab ni? Aduuuh!

“E-Eh mana ada, saya nak hantar barang yang ada dalam beg ni pada sepupu saya. Nanti saya bagilah kat dia.” Aku menjawab, tergagap sedikit. Baekhyun angguk kefahaman dan meninggalkan kami berdua dengan ucapan selamat tinggal.

Aku mengeluh kepenatan dan bersandar di kerusi. Mataku secara lambat menutup rapat dan akhirnya ku masuk ke dalam alam mimpi. Tanpa diriku sedari, Baekhyun masih berada di luar bilik merenung ke arahku melalui tingkap pintu tersebut. Bibirnya bertukar satu senyuman.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baehwililly
#1
Chapter 2: Woahh cepatnya author nim update ... Best sangat cerita ni ... Chapter 2 awesome ... Teruskan update !! XD
baehwililly
#2
Chapter 1: Omo comelnya cerita ni ..saya suka sangat2 ... Tak sangka alisa berani lari dari rumah anak yatim ..kesiannya dia .... Update soon !!