Final

KrisYeol Imagine

Sorry for the late update. Busy periksa beb~ Hahaha.. Esok saya periksa Eng and Math, so wish me luck. (I'm always failed when it comes to Math)
 



'Kris, harini kitorang nak keluar tengok wayang. Nak ikut?' tanya Chanyeol kepada Kris yang duduk di sebelahnya. Ahra pula berada di hadapan mereka.

'Tak tau lagilah. Tak kot.' balas Kris.

'Ala! Kenapa? Tak bestlah takde kau.' kata Ahra sambil memuncungkan bibirnya ke arah Kris.

'Lol. Ingat aku tergoda ke? Aku ada hal lah. Sorry eh. Next time, aku join korang. Promise!' kata Kris sambil mengangkat tangan kanannya seperti berjanji.

'Janji eh.' kata Ahra. Kris mengangguk.

 



'Baobei, aku tengok muka kau pucat je harini? Kau sihat tak?' tanya Ahra. 'Baobei' ialah panggilan manja Ahra kepada Kris.

'Aku sihat jelah. Tak payahlah risau. Macam mana date berdua dengan Chanyeol, best tak?' tanya Kris menukar topik perbualan.

'Bestlah jugak. Aku asyik ketawa je dengan dia. Senak perut aku dibuatnya.' balas Ahra. Tiba-tiba Kris batuk. Dia cepat-cepat menutup mulutnya dengan menggunakan sapu tangan yang dibawanya. 'Baobei, kau okay tak? Risau lah aku macam ni. Jom balik! Kang pengsan kat sini, tak memasal aku nak kena angkat kau pulak.' kata Ahra lagi.

'T-Takpe. Aku o-okey jelah.' balas Kris. 'Eh! Aku pergi dululah, ada hal. Bye!' kata Kris lalu segera pergi meninggalkan Ahra seorang diri disitu.

Kris, kenapa kau macam nak lari je dari kitorang? Aku ada buat salah pada kau ke Kris? Aku minta maaf, kata hati Ahra sambil memerhatikan Kris berjalan pergi dan hilang dari pandangannya.

 



'Ahra, kenapa masam je ni? Ada masalah ke? Cerita kat aku!' kata Chanyeol.

'Takdelah. Cuma Kris tu.' balas Ahra.

'Kris kenapa dengan dia?' tanya Chanyeol.

'Dia macam nak mengelak daripada kita. Muka dia tadi pucat sesangat. Lepastu, dia batuk kering. Aku risau tengok dia macam tu. Lepastu, bila aku tanya dia okey ke tak?, cepat-cepat dia tukar topik.' balas Ahra panjang lebar.

'Mungkin dia tak sihat kot. Kau pun tau Kris tu kan orangnya kuat berahsia. Dia lebih pentingkan kawan-kawan dia berbanding diri dia sendiri.' balas Chanyeol. Ahra mati kata. Dia asyik terfikirkan Kris.

 



Esoknya, Kris nampak segar sikit daripada semalam. Hari itu, dia asyik tersenyum je walaupun sebenarnya dia dikenali sebagai 'Cold Guy' di sekolah.

'Yang kau asyik senyum macam kerang busuk ni kenapa? Demam eh?' kata Ahra sambil meletakkan tangannya di dahi Kris.

'Mana ada. Kau ni! Aku senyum salah. Tak senyum pun salah.' balas Kris.

'Takdelah aku tanya je sebab pelik sesangat kau tiba-tiba rajin tersenyum mengalahkan Chanyeol yang happy virus tu. Asal kau pun dah terjangkit dia ke?' tanya Ahra.

'A'ah. Aku dah terjangkit mamat capang tu.' balas Kris. Tiba-tiba, mereka terdengar suara orang berdehem dari arah belakang mereka.

'Aku macam dengar namaku diseru-seru. Siapakah gerangan yang menyeru nama hamba?' tanya Chanyeol.

'Siapa jelah nak panggil dia.' kata Kris. Waktu rehat haritu diselangi dengan gelak tawa dan gurau senda mereka bertiga. Ahra dah tak lagi risau sebab Kris nampak sihat dan ceria harini. Tapi mereka tak tahu yang hari ini mungkin merupakan waktu rehat terakhir mereka bersama.

Aku akan cuba gembirakan kau, Ahra. Aku akan tepati janji aku!, kata batin Kris. Dia gembira tengok Ahra tersenyum.

 



Telefon Ahra berbunyi menandakan satu mesej masuk. 'Ahra, aku nak jumpa kau sekarang. Urgent! Tunggu aku dekat Taman Hangang, tempat biasa.' Ahra membaca mesej yang dihantar oleh Chanyeol itu. Tiba-tiba, dia rasa jantungnya berdegup laju. Kenapa Chanyeol nak jumpa aku eh?, macam-macam soalan yang keluar di minda Ahra ketika itu.

Ahra pun segera bersiap dan tepat pukul 4.30 petang, dia sudahpun berada di Taman Hangang, tempat pertama dia, Chanyeol dan Kris meluangkan masa bersama 3 bulan lepas.

Tiba-tiba, Ahra rasa bahunya disentuh seseorang. Ahra menoleh dan sangkaanya tepat. Orang itu ialah Park Chanyeol! Chanyeol mengajak Ahra duduk di sebuah bangku yang berada tidak jauh dari situ.

Pemandangan petang disitu sangat indah dengan suasana taman yang didatangi ramai pengunjung untuk beriadah. Burung-burung pun bebas berkicauan dan angin pula sepoi-sepoi bahasa.

'Kenapa nak jumpa saya?' kata Ahra sopan. Entah kenapa dia menggunakan perkataan 'saya' berbanding 'aku' yang sering dia gunakan sewaktu bercakap.

'Saya nak cakap sesuatu kat awak.' kata Chanyeol.

'Apa dia yang awak nak cakapkan tu?' tanya Ahra cuba mengawal perasaannya. Diluar dia nampak tenang tapi sebenarnya hatinya telah meronta-ronta ingin tahu apakah yang Chanyeol ingin katakan.

'S-Saya suka awak.' kata Chanyeol. 3 kata itu mampu membuatkan Ahra tersenyum sampai ke telinga. 'Will you be my girlfriend?' tanya Chanyeol sambil memandang Ahra dengan pandangan yang sayup.

Ahra mengangguk perlahan. 'Yes I will!' balas Ahra.

 



Hati Ahra rasa tak sedap sangat. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba gelas yang dipegangnya jatuh pecah membuatkan semua pengunjung yang berada di XOXO Cafe memandang ke arahnya.

'Ahra, awak okey? Kenapa ni sayang?' tanya Chanyeol risau. Selepas ditegur Chanyeol, Ahra bagaikan baru tersedar dari dunianya sendiri. Seorang pekerja bergegas ke meja mereka.

'Cik tak apa-apa ke? Takpe saya kemaskan.' kata pekerja wanita yang berusia lingkungan awal 20-an itu. Tiba-tiba, telefon Ahra menjerit menandakan ada panggilan masuk.

Ahra segera menjawab panggilan daripada omma Kris itu. 'Apa?' kata Ahra.

 



Pn Wu mengatakan yang dia terjumpa Kris pengsan di dalam biliknya dan ada keluar darah dari mulutnya. Lalu mereka segera membawa Kris ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesahkan yang Kris menghidapai barah hati tahap 4. Sekarang, Kris masih dirawat.

'Mak cik, Ahra tak tahu pun.' kata Ahra.

'Ahra, mak cik nak sangat beritahu Ahra tapi Kris tak bagi sebab dia tak nak Ahra risau.' balas Pn Wu. Ahra menangis semahunya di dalam dakapan Pn Wu.

'Pesakit dah sedar dan stabil. Pesakit boleh dilawati sekarang tapi jangan masuk terlalu ramai ya.' kata seorang jururawat wanita. En dan Pn Wu, En dan Pn Jung, Ahra dan Chanyeol masuk untuk melawat Kris.

En dan Pn Wu segera memeluk Kris. Suasana di dalam bilik rawatan itu sangat sedih. Kini, tiba giliran Ahra dan Chanyeol pula untuk berjumpa Kris.

'Kris, sampai hati kau kan tak beritahu aku. Aku kan kawan kau.' kata Ahra sambil mengenggam erat jari-jemari Kris.

'A-Aku tak n-nak kau risau.' kata Kris tergagap-gagap.

'Kalau kau macam ni, siapa nak jaga aku? Siapa nak sakat aku? Siapa aku nak bermanja? Kris sihat balik eh. Please! Untuk aku, Chanyeol and untuk semua orang.' kata Ahra.

'Hehehe.. Boleh, Ahra. Tapi aku tak janji.' kata Kris. Dalam keadaan ini, Ahra bengang sangat dengan Kris sebab dia masih lagi boleh ketawa sedangkan Ahra sangat risaukan kesihatan dia. Tiba-tiba, Kris mula batuk. Semakin lama, batuknya menjadi semakin parah. Ada darah yang keluar dari mulutnya.

Doktor dan jururawat mula memenuhi bilik rawatan Kris manakala korang semua diminta tunggu diluar. Doktor yang merawat Kris pun keluar dari bilik rawatan tersebut dengan wajah yang sugul.

'Saya tak boleh tolong apa-apa lagi sebab masa pesakit memang tak lama je lagi. Jadi, en dan puan semua bolehlah luangkan masa-masa terakhir bersama pesakit sekarang.' kata doktor tersebut dan korang semua bergegas masuk ke bilik rawatan Kris.

'Omma, appa, Kris nak minta maaf banyak-banyak kat omma dengan appa. Kris tahu Kris banyak kecewakan omma dengan appa. Ampunkan Kris ya.' kata Kris. Pn Wu menangis sambil memeluk En Wu.

'Pak cik, mak cik, saya nak minta maaf kalau ada buat salah pada mak cik dan pak cik. Saya dah anggap pak cik dan mak cik macam keluarga saya sendiri.' kata Kris. En dan Pn Jung mengangguk-angguk kepala menjawab pertanyaan Kris.

'Ahra, aku tahu aku selalu buat kau naik angin. Aku minta maaf eh. Kau kawan baik aku sangat-sangat. Sorry lepasni aku tak boleh nak bergurau dengan kau lagi.' kata-kata Kris membuatkan Ahra menangis lagi.

'Janganlah cakap macam tu. Aku tau kau kuat. Kau jangan tinggalkan aku eh?' balas Ahra. Kris mengangguk lemah dan tersenyum kepada Ahra.

'Chanyeol, kau tolong jagakan Ahra untuk aku eh. Dia memang degil sikit tapi dia baik. Aku tahu kau lelaki terbaik yang akan jaga dan sayangi dia macam mana aku sayang dekat dia.' kata Kris.

'Tolong bagitahu semua orang yang aku minta maaf pada dorang eh. A-Aku dah tak lama ni. M-Maafkan K-Kris. K-Kris per-pergi dulu.' kata Kris. Tangannya yang tadi elok berada di dalam genggaman Ahra terjatuh. Matanya perlahan-lahan tertutup.

'Kkkrrriiisss~' panggil Ahra. Suasana disitu terus menjadi pilu.

 



Ahra pun membaca surat yang Chanyeol berikan padanya tempoh hari. Hari ini, baru Ahra ada masa untuk membacanya kerana sebelum ini asyik sibuk dengan majlis pengebumian Kris. Ahra pun membuka surat tersebut.

To : Jung Ahra yg comel

Bila kau baca kertas ni, mesti aku dah takde. Aku dah bahagia dekat atas ni, tengah tengok kau xD Ahra, aku minta maaf sebab tak beritahu kau pasal penyakit aku ni. Aku tau kau mesti marah kat aku. Kalau aku kat sebelah kau sekarang ni, mesti aku dah kena cubitan ketam berbisa kau tu kan. Aku bukan tak nak beritahu tapi aku tak nak kau risau. Lagi-lagi bila kau dah rapat dengan Chanyeol. Aku tak nak tengok kau sedih bila saat kau perlu bahagia.


Pabo! Bila aku nak bahagia kalau kau takde dekat sebelah aku, kata hati Ahra. Dia mengesat air matanya dan menyambung semula membaca surat tersebut.

Aku dah tau penyakit aku ni 2 tahun lepas bila aku asyik batuk kering. Omma bawa pergi hospital dan masatu doktor sahkan aku ada barah hati tahap 3. Aku memang rasa sedih sangat sebab aku tau masa aku tak panjang. Jadi, aku pun buat plan nak satukan kau dan Chanyeol untuk membalas jasa kau sebagai kawan baik aku. Petang sebelum hari kematian aku, Chanyeol ada jumpa kau kan? Aku yg suruh sebab dia pernah kata kat aku yg dia suka kat kau. Jadi, aku suruh dia confess dan korang pun bercinta. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak tengok korang gembira. Aku harap korang bahagia. Aku minta maaf kalau ada buat salah pada kau. Aku tak nak kau sedih-sedih pasal aku. Senyum okey, untuk aku :) Anyway, tolong tengok-tengokkan omma dan appa aku eh. Sayang kau <3 Jangan lupa pada aku!

Hug and kiss from Wu Yifan yg handsome lagi macho :*


Ahra pun melipat surat itu dan meletakkanya ke dadanya. 'Kris, aku tau kau tengah tengok aku sekarang. Aku nak cakap sesuatu. Aku rindu kau!' jerit Ahra pada langit malam yang sangat cantik malam itu.
 



7 tahun kemudian

Ahra sibuk merenung pemandangan malam dari balkoni rumahnya. Tiba-tiba, dia rasa ada tangan yang memeluk pinggangnya. 'Sayang, kenapa duduk kat sini sensorang, memalam pulak tu?' kata Chanyeol risau.

'Saja ambil angin.' balas Ahra.

'Angin malam tak elok untuk perempuan mengandung macam awak tau tak? Kembung perut nanti siapa susah?' kata Chanyeol. Ahra dah setahun mendirikan rumah tangga bersama Chanyeol dan kini, Ahra sedang hamil 5 bulan.

'Takde kembungnya. Awak~ saya rindu Kris!' kata Ahra sambil menyandar manja di bahu suaminya.

'Awak rindu Kris? Okey esok kita pergi lawat kubur Kris okey?' balas Chanyeol. Ahra mengangguk laju. 'Dah jom tidur! Dah lewat dah ni.' kata Chanyeol lalu memimpin tangan Ahra masuk ke dalam rumah.

Ahra tahu kalau dia bersedih, Kris pun akan bersedih. Jadi sekarang dia bahagia dengan kehidupan dia walaupun tanpa Kris disisinya. Dia tahu Kris sedang memerhatikan dia dari atas langit. Kris~ aku rindu kau!


[TAMAT]
 



Cerita ni sebenarnya muncul dalam otak saya bila dapat tahu yang Kris will not ever comeback as EXO member anymore (Imagine ni dah siap lama dah cuma tak post je dekat AFF. Duk terperap dalam laptop, buat sambal belacan.) Dalam imagine ni Kris mati macam Kris takkan pernah kembali untuk jadi member EXO lagi. Faham tak? Yeahh~ sedih woo bias gua keluar /peluk tiang/. Wa nak minat siapa? Kesian kan saya. Final part ni panjang kan? Hahaha whutever xDD

Anyway, terima kasih kepada yang sudi membaca my-not-so-sad imagine ni. Hahaha xDD I'm totally fail untuk buat part sedih tu kan? Hahaha.. Haraplah korang terhibur dengan imagine ni. Btw, it's my debut imagine so I must lack something. So, do comment to share your opinion about this imagine. Cehh debut konon. Ingat hang idol? Do subscribe and upvote too. Thank you very very much~ /nyanyi lagu BESTie/

 



Hope is gonna be hope. Kris will never comeback as EXO member anymore. No more Laxy hyung, No more not my style. Anyway, I will still support you forever, Wu Yifan. Saranghae <3

 Sincerely,SyazaJung



 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
galaxy_here
#1
Chapter 2: Sama lah kita.
No more Cool Guy T_T
daebak author-nim ^^
AAcoolprincess
#2
Chapter 2: OMMO sedihnye T_T
author-nim DAEBAK ^^
bittersweet4u
#3
Chapter 2: huhu.. *cries* T^T
knp kris knp????
*cabut headphone* tak nak dengar lgu moonlight. nanti nangis lagi. T^T
skrg dlm tgh otak bygkn kris je.. kris yg tinggalkn EXO.
Tao yg menangis bila nyanyi part kris.
Lay menangis dlm Happy Camp.. arghh!! awt sedih sgt? semua sedih. Everything.. huhuhuhu..
bittersweet4u
#4
Chapter 1: ahaha.. sweet gila!! slot saranghae ni kan? kan2? xD
huish seriously.. rasa macam nk gigit bantal je sebb sweet sgt. geram!
nak chanyeol lap mulut ai jgk. Auw auw .. ( ^ ///// ^ )
btw, bila dgr lagu moonlight smbl bce citer ni.. mmg menarik lg perasaannya!! Horray!!
QuincyOat
#5
Chapter 2: Daebak! Part kris died really buat saya sentap. Mcm lps ni x kan jumpa si galaxy fanfan tu. Anyway saya loveee ff awak!
chanyeorin
#6
Chapter 1: update soon~~