Part 1

KrisYeol Imagine

Author-nim cadangakan sambil baca ff ni sambil dengar lagu EXO - Moonlight. 
Dear Wufan, you're my moonlight :'(

 



'Kris, petang ni kita lepak dekat taman nak? Bosan lah asyik duduk dekat rumah je.' ajak Ahra sambil memeluk lengan Kris erat. Mereka sudah biasa dengan posisi sebegitu kerana mereka sangat rapat, seperti hubungan adik-beradik.

'Aku boleh je. Eh kejap! Petang ni aku ada latihan bola keranjang lah kat sekolah.' balas Kris. Ahra dah buat muncung itik. 'Hah! Petang ni crush kau tu datang, nak ikut?' kata-kata Kris serta-merta membuatkan mata Ahra membulat. Laju-laju Ahra mengangguk.

'Mestilah nak. Tapi kenapa dia datang? Bukan ke dia kelab bola sepak?' tanya Ahra.

'Dia baru tukar kelab. Nanti aku kenalkan kau dengan dia.' kata Kris. Ahra menggeleng laju.

'Tak naklah aku. Segan!' balas Ahra. Kris ketawa melihat Ahra. Perjalanan mereka hari tu, diselangi dengan gelak tawa dan gurau senda. Merah padam muka Ahra bila Kris asyik menyakatnya sahaja.

 



Tepat pukul 3 petang, Kris menunggu di depan pintu pagar rumah Ahra. Tak lama kemudian, Ahra keluar dari rumahnya dan mereka berdua berjalan ke sekolah. Sampai di sekolah, mereka melihat banyak pelajar turut hadir.

Tapi dalam banyak-banyak orang, cuma seorang sahaja yang mampu menarik minat Ahra. Orang itu ialah Park Chanyeol. Chanyeol memakai pakaian sukan sambil memegang sebiji bola keranjang. Sebaik sahaja dia nampak Kris, dia terus berlari ke arah Kris.

'Wassup bro?' kata Chanyeol sambil berjalan ke arah Kris. Ahra dah tertunduk malu. Memanglah crush depan mata je kot.

'Wassup. Ni aku nak kenalkan kawan baik aku, Ahra. Jung Ahra.' kata Kris. Ahra pun mengangkat wajahnya untuk memandang Chanyeol yang dah sedia senyum tayang gigi padanya.

'Hi. Park Chanyeol. Panggil je Chanyeol.' kata Chanyeol sambil menghulurkan tangan kepada Ahra. Ahra menyambutnya.

'Jung Ahra but panggil je Ahra.' kata Ahra sambil tersenyum. Ahra mengenggam tangannya erat selepas Chanyeol melepaskan tangannya. Aku dapat salam Chanyeol! Aku dapat salam Chanyeol!, jerit batin Ahra.

Petang itu, dia menemani Kris berlatih. Tapi matanya tetap setia pada one and only Park. Chan. Yeol. 2 jam selepas itu, latihan pun tamat.

'Kau nak terus balik ke?' tanya Kris sambil mengelap peluh menggunakan tuala yang dibawanya dari rumah. Ahra tak dengar sebab masih lagi memerhati Chanyeol yang berada tidak jauh dari mereka. 'Seronok betul cakap dengan tembok lah. Kan tembok kan?' kata Kris. Terus Ahra tersedar.

'Eh! Apa? Nak ape?' tanya Ahra. Kris geleng-geleng kepala tengok perangai Ahra. Comel betul!

'Aku tanya kau nak terus balik ke ape?' ulang Kris. Kali ini, dia mengeluarkan botol air mineral dari dalam beg galasnya yang berwara merah.

'Entah. Kenapa? Kau ada latihan lagi ke?' tanya Ahra.

'Takdelah cuma lepasni Chanyeol ajak lepak makan aiskrim kat taman. Nak ikut tak?' tanya Kris. Kris ni jawapan dah jelas depan mata pun perlu tanya lagi ke?, kata hati Ahra.

'Perlu ke kau tanya aku? Mestilah aku nak ikut. Tapi kau ikut tak?' tanya Ahra lagi.

'Kalau aku cakap-' belum sempat Kris menhabiskan ayatnya, kata-katanya telah dipotong oleh Ahra.

'Ala jomlah Kris! Kau ni janganlah macam ni. Jomlah eh?' pujuk Ahra. Kris nak tergelak tengok muka Ahra.

'Yelah cik kak. Aku bergurau je tadi.' kata Kris.

 



Selepas membeli aiskrim, mereka pun duduk di atas rumput berdekatan Sungai Han. Ahra berada di tengah-tengah di antara Chanyeol dan Kris. Apalagi, kaku jelah Ahra kat situ.

Mereka pun bercerita tentang kisah harian mereka. Sesekali je Ahra bersuara apabila ditanya. Kris tersenyum bila rancangannya hampir berjaya.

'Eh awak, bibir tu comot.' tegur Chanyeol. Ahra yang tersentak terus meraba-raba beg sandangnya mencari tisu tapi langsung tak ditemui. 'Nah! Tisu.' kata Chanyeol. Ahra mencapainya dan mengucapkan terima kasih. Dia terus lap bibirnya yang comot tu. 'Awak! Tu ada lagi sikit tu.' kata Chanyeol.

'Mana?' tanya Ahra.

'Sini, bahagian bawah bibir sini.' kata Chanyeol sambil menunjukkan bahagian bawah bibir tapi Ahra masih lagi tak jumpa. 'Sini saya tolong!' kata Chanyeol lalu merampas tisu dari tangan Ahra dan mengelapnya.

Ahra tersentak kerana Chanyeol sedang mengelap wajahnya dan lagi satu sebab wajah mereka sangat rapat sampai Ahra boleh dengar nafas Chanyeol. Selepas itu, dia tersenyum. 'Haaa! Dah bersih.' katanya.

'Terima kasih.' kata Ahra.

'Sama-sama' balas Chanyeol lalu menghadiahkan senyuman yang sangat indah kepada Ahra.

'Dah habis belum drama korang ni? Ni slot mana? Akasia ke Saranghae? Pikir sweet?' tanya Kris yang dari tadi asyik memerhatikan gelagat mereka berdua. Chanyeol dah senyum tayang gigi sambil gosok-gosok belakang lehernya. Ahra pula dah tunduk malu tapi tangannya laju mencari pinggang Kris dan mencubitnya. 'Aduh!' ngaduh Kris.

'Kenapa?' tanya Chanyeol cemas.

'Ada ketam sesat cubit. Sakit gila!' balas Kris dan mendapat sambutan tawa dari Chanyeol. Tangan Ahra mencari lagi pinggang Kris tapi kali ini, Kris dapat menepis cubitan Ahra. Ahra pandang Kris dengan wajah geram + malu + bengang.

Sejak dari hari itu, hubungan mereka bertiga semakin rapat. Sekarang, Ahra dah jadi kawan baik Chanyeol. Alangkah bahagianya dunia!

 



Hehehe.. Author-nim sambung part last esok ya, In Sha Allah :) FF ni double-shot je..
Author-nim terpaksa habiskan sebelum hari Selasa ni sebab Author-nim nak hiatus. PT3 victim 'katanyaa'
So, how about this part? Okey? 
Apa-apa korang komen jolah kat kotak comment kat bawah tu.. Huhuhu..
And jangan lupa subscribe sekali tau :* Nanti author-nim campak bias korang sebagai free gift xDD

XOXO 

Your Author-nim
SyazaJung



 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
galaxy_here
#1
Chapter 2: Sama lah kita.
No more Cool Guy T_T
daebak author-nim ^^
AAcoolprincess
#2
Chapter 2: OMMO sedihnye T_T
author-nim DAEBAK ^^
bittersweet4u
#3
Chapter 2: huhu.. *cries* T^T
knp kris knp????
*cabut headphone* tak nak dengar lgu moonlight. nanti nangis lagi. T^T
skrg dlm tgh otak bygkn kris je.. kris yg tinggalkn EXO.
Tao yg menangis bila nyanyi part kris.
Lay menangis dlm Happy Camp.. arghh!! awt sedih sgt? semua sedih. Everything.. huhuhuhu..
bittersweet4u
#4
Chapter 1: ahaha.. sweet gila!! slot saranghae ni kan? kan2? xD
huish seriously.. rasa macam nk gigit bantal je sebb sweet sgt. geram!
nak chanyeol lap mulut ai jgk. Auw auw .. ( ^ ///// ^ )
btw, bila dgr lagu moonlight smbl bce citer ni.. mmg menarik lg perasaannya!! Horray!!
QuincyOat
#5
Chapter 2: Daebak! Part kris died really buat saya sentap. Mcm lps ni x kan jumpa si galaxy fanfan tu. Anyway saya loveee ff awak!
chanyeorin
#6
Chapter 1: update soon~~