Start!

In Fact, I Like... No, I Love You
Please Subscribe to read the full chapter

“Ouch!” segera tangan Melissa digenggam. Darah mengalir.

“Nampaknya luka awak ni dalam. Tunggu kejap eh.”

            Begitulah bibit pertama perkenalan Melissa bersama teman lelakinya. Melissa seorang anak usahawan berjaya dan mempunyai seorang abang. Gadis yang comel dan suka menolong juga menghormati orang lain ini adalah pelajar di kolej yang terletak ditengah bandar Daejeon. Memasak adalah salah satu hobi dia sebab itu dia tekad untuk belajar di bahagian kulinari.

“Baby, awak dah fikirkan apa yang saya cakapkan semalam?” bahu Melissa dipeluk kemas.

“S..Saya belum fikir lagi soal itu.” ketar suara Melissa menjawab. Air muka Jin Young berubah.

“Awak kitakan dah bincang. Saya pun dah berjanji yang kita akan sambung belajar sama-sama.”

“Tapi..” Melissa terdiam. Mata bergenang kekaca jernih. Tangan Jin Young digenggam erat.

“Awak tak sayang saya?” ujar Jin Young.

“Bukan, bukan macam tu.”

“Habis tu?”

“Daddy cakap saya kena bekerja di syarikat XXX lepas tamat belajar.”

            Jin Young buntu untuk mencari jalan apatah lagi Melissa yang tersepit dengan keadaan ini. Kalau bukan kerana Eric, ayah kepada Melissa yang mula menentukan kehidupan anaknya semua ini tidak akan terjadi. Melissa sentiasa akur dengan keputusan ayahnya walaupun bukan kehendak dia.

 

            From: Mark, 898462####

            Lisa, jumpa kat café XXX petang ni.

 

“Kenapa abang nak jumpa aku pula ni? Masalah dengan Jin Young pun tak selesai lagi.” rungut Melissa. Kelas kulinari pun tamat tepat waktunya.

 

            Mata melilau mencari kelibat Melissa. Kopi yang dipesan terletak dimeja. Bau kopi menusuk ke hidung. Sesekali mata memandang ke arah skrin telefon. Masih tiada jawapan.

“Manalah Lisa ni, tak habis kelas lagi ke?” Mark mula menghirup kopi dengan perlahan.

“Sorry, Mark. Lisa jalan kaki dari kampus. Malas pula nak naik cab.” mengah Lisa menjawab.

“Hmm.. Lisa dah makan?”

“Belum lagi. Abang nak belanja ke?” tanya Melissa sambil tersenyum.

“Sapa kata? Abang ada hal nak bincang.” Mark membetulkan kedudukannya.

“Macam serious je bunyinya.” Melissa risau.

“Memang serious sebab abang lapar sekarang ni. Hahaha.” Mark mengusap kepala Melissa.

“Ingat lawak ke?”

“Okay, sorry. Dah order la, hah order.” gurau Mark lagi.

            Makanan disantap dengan penuh selera. Keadaan kafe hambar di waktu petang. Maklumlah bukan waktu orang turun makan. Dua beradik yang asyik menjamu selera, bertukar-tukar makanan dan mengusik antara satu sama lain. Mereka sangat akrab sejak kecil lagi setelah ketiadaan ibu mereka.

“Katanya abang nak bincang sesuatu dengan Lisa.” Melissa mengelap mulutnya dengan tisu.

“Lisa tahukan niat daddy?” tanya Mark.

“Pasal kerja di syarikat uncle Howon tu ke?” Melissa meneka.

“Lisa tahukan daddy memang nak sangat Lisa mengikut jejak dia dan abang.”

“Lisa tahu. T..tapi kenapa syarikat uncle Howon? Kenapa bukan syarikat kita sendiri?”

Mark menghela nafas. “Sebab..” Mark terdiam. “Takkan aku nak bagitau pasal hal tu?”

“Mark? Everything alright? Jangan takutkan Lisa.” Melissa menggoncang badan Mark.

“Jom pergi shopping. Abang sebenarnya ambil cuti setengah hari.” Mark cuba mengalih topik.

“Lisa takde mood lah nak pergi shopping.” Melissa terasa seperti ada sesuatu yang Mark cuba sorokkan daripada dia.

“Esok abang akan ke Jepun. Nak jumpa client di sana.” Mark beri jawapan selamat.

“Takkanlah. Abang saja je kan nak kenakan Lisa.” tangan Mark dicubit.

            Melissa masih tidak tahu apa niat sebenar ayahnya. Ayahnya sangat tegas. Segala arahan tiada siapa yang sanggup mengingkari.

 

“Nampak sedap je kek tu?” kata Jin Young yang entah bila dia terpacak disebelah Melissa.

“Kek ni lah saya nak buat sebagai dessert dish untuk pertandingan tu nanti. Awak nak rasa?”

“Tentulah nak. Apa yang awak buat saya mesti tak sabar nak rasa.” puji Jin Young sambil mencubit lembut pipi Melissa.

“Yeke? Tipulah.” Melissa cuba calitkan krim kek ke muka Jin Young. Comot.

“Awak, habis muka saya.” rungut Jin Young sambil mencalit krim kek ke muka Melissa juga.

“Awak janganlah. Hahaha. Maaf, maaf.” Melissa tertawa bila dipeluk dan digeletek oleh Jin Young.

            Pelajar yang lain masing-masing sibukkan diri tanpa menghiraukan pasangan tersebut. Jin Young dan Melissa bergelak tawa, bergurau dan mencomotkan diri dengan krim kek. Hubungan mereka semakin erat hinggakan tiada siapa yang dapat memisahkan mereka.

“Awak. Kalau kita dah tamat belajar, kita kahwin nak tak?” cadang Melissa.

Pipi Melissa dikucup lembut. “Tapi baby kita masih muda. Lagipun saya kena bekerja dulu untuk tanggung semua perbelanjaan kita masa akan datang.”

“Awak tak risau ke kalau tetiba saya kena ke luar negara ke atau terpaksa..” Melissa diam.

“Terpaksa apa? Saya janji, kita akan bersama sampai bila-bila.” Jin Young cuba menenangkan Melissa.

“Macam mana kalau saya dipaksa kahwin dengan aturan keluarga?”

“Baby, jangan pernah berfikir macam tu.” Jin Young sedikit marah bila terdengar soalan Melissa.

Kepala Melissa ditarik ke dada lalu dipeluk erat pinggangnya. “I love you, Melissa.”

“I love you too.” pelukan dibalas. Kehangatan badan Jin Young dirasai.

            Melissa gembira bila mengenangkan kenangannya petang tadi. Bersama insan tersayang. Alat kawalan ditekan. Siaran tv mula kedengaran. Dipicitnya lagi. Siaran memasak menjadi hiburan Melissa. Tersenyum seorang diri. Bahagia rasa.

“Bilalah Mark nak balik. Rindu dah dengan dia.” resah Melissa padahal Mark baru berangkat semalam.

“Hah, Lisa dah balik.” Eric menuruni tangga sambil membimbit sekeping sampul surat.

“Eh, daddy. Awal daddy balik.” muka Melissa berubah jadi biru melihat ayahnya.

“Melissa, daddy ada perkara nak dibincangkan.” Eric mengambil tempat berhadapan dengan Melissa.

“Apa yang mustahaknya daddy?”

“Tak lama lagi kamu akan tamat belajar kan?” Eric memandang muka puterinya dengan penuh makna.

Melissa mengangguk tanpa kata. “Daddy dah aturkan yang kamu akan bekerja di syarikat Howon tahun depan.”

“Baik daddy.” ringkas jawapan Melissa.

“Tapi sebelum kamu bekerja, daddy nak kamu berkahwin dengan anak tunggal Howon.”

“A..apa daddy? Kahwin? Tak mungkin. Lisa masih muda.” kata-kata Eric tak dapat diterima Melissa.

“Daddy dah bincangkan hal ini dengan Howon. Kamu akan berkahwin hujung tahun ni.”

“Daddy, pasal bekerja di syarikat tu Lisa terima tapi pasal berkahwin Lisa tak mahu.”

“Kamu cuba membantah?” marah Eric.

“B..bukan membantah tapi saya tak kenal siapa anak uncle Howon.” airmata cuba ditahan.

“Itu lain cerita. Apa yang daddy tahu perkahwinan ini tetap diteruskan.” kata putus diberi. Eric beredar.

            Airmata mengalir pantas. “Apa yang aku nak buat sekarang ni. Macam mana dengan Jin Young? Macam mana dengan hubungan kami? Arghhh..! Kenapa daddy buat aku macam ni. Mark, yes abang mesti dapat tolong aku. Pasti.” Melissa terasa serabut. Dia menangis. Kalau diberitahu pada Jin Young pasti dia tidak akan terima. “Aku tak boleh bagitahu Jin Young dulu. Tapi tak akan aku nak tinggalkan dia?”

“Mama, tolong Melissa.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 2: :3 :3 :3
Fatin96 #2
Chapter 1: Sngt suka bca citer nie ;)
Tpi rindu kt gohn sbb gohn & kidoh dh keluar dri grp :( ....
BVB_love1999 #3
happy birthday