Demi

Demi

 

"Kyungsoo, awak okey tak ni?" Kyungsoo menoleh ke arah Yoona. Yoona nama yang indah seperti rupa parasnya. Ramai lelaki tertawan dengan rupanya yang manis. Perempuan di hadapannya inilah juga merupakan wanita yang dicintai Kai. Kerana mencintai perempuan ini, salah faham antara dirinya dengan Kai berlaku. Tetapi bukan bermaksud dia menyalahkan Yoona. Jauh sekali untuk menyalahkan perempuan di hadapannya ini. Cuma Kyungsoo terkilan yang amat dengan tindakan Kai. Kenapa kau membenci aku, Kai? Rintihan yang tiada jawapannya.

Flashback...

"Kai, petang ini kita memancing nak? Aku nak tunjuk kau suatu tempat menarik. Mesti kau suka." Tiada jawapan dari bibir Kai.  

"Kai, jomlah." ujar Kyungsoo pada kali keduanya tapi sayang masih tiada respon daripada daripada sahabatnya. 

Kai menoleh Kyungsoo dengan pandangan yang tajam. Dia bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke pintu kelas tanpa mengendahkan Kyungsoo. Kyungsoo mengejar Kai dan memaut lengan lelaki itu. 

"Lepaskan akulah. Kau ingat kau siapa nak pegang-pegang aku." Kai membentak marah. Kyungsoo terpana melihat bentakan kasar sahabatnya. 

"Kai, kenapa kau marah? Apa yang berlaku ini?" Kai hanya tersenyum sinis.

"Kau memang dah tahu dari awalkan yang Yoona suka dekat kau?" Kyungsoo kehilangan kata-katanya. Hal itu, memang dia tidak menafikan.

"Sudahlah. Kau memang kawan makan kawankan. Kau tahu tak yang aku meluahkan perasaan aku dekat dia tapi Yoona tak terima aku sebab dia sukakan kau." ujar Kai dengan nada yang kasar.

"Memang aku tahu. Tapi aku tak ada perasaan pun dekat dia. Percayalah. Kau kawan akulah." Kyungsoo cuba menenangkan Kai tapi jawapan daripada Kyungsoo langsung tidak melembutkan hati Kai yang keras.

"Mulai sekarang, kita bukan kawan lagi." ujar Kai dengan kasar sebelum pergi meninggalkan Kyungsoo yang tertunduk lemah.

End Of Flashback..

"Kyungsoo." Panggilan daripada Sooyoung mematikan kenangan lampau dari kotak ingatannnya.

"Awak okey tak ni? Mesti awak fikirkan Kai kan?" Air mata jernih mengalir di pipi Kyungsoo. 

"Saya ada salah cakap ke? Saya minta maaf sangat." Yoona sebersalah. Apalah aku cakap sampai mengguris jiwa lelaki di hadapannya ini. Kyungsoo hanya menggeleng.

"Saya cuma takut saya tak dapat berbaik dengan dia sebelum...." Kata-kata Kyungsoo terhenti. Yoona merenungnya dengan pelik. Kata-kata Kyungsoo mula ditafsir dalam otak Yoona. 

"Apa maksud awak sebelum?" Kyungsoo tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya.

Tuhan, izinkan aku berjumpa dengan dengan sahabat baik ku sebelum aku menghilang dari hidup ini. Keluhan kecil dari hati Kyungsoo.


"Kai." kaki Kai berhenti melangkah apabila namanya dipanggil oleh seseorang perempuan yang amat dia kenali dan cintai. Kai yang berdiri kaku tidak langsung memalingkan wajahnya ke arah Yoona.

"Kai, tolonglah buang perasaan marah awak pada Kyungsoo. Awak tak patut salahkan dia atas apa yang terjadi." ujar Yoona. Dia harus selesaikan masalah ini. Jikalau tidak masalah tidak akan habis. Kai segera memusigkan badannya dan menghadap Yoona.

"Kau tahu berapa lama aku pendam perasaan aku pada kau, tapi kenapa Kyungsoo yang dapat kau bukan aku. Sebab dio orang kaya, aku ni miskin kan." Kai meluahkan segala yang terbuku di dalam hati. 

"Kai, tolonglah jangan bersikap kebudak-budakan. Jangan disebabkan saya awak bergaduh. Awak tahu tak yang Kyungsoo tak pernah simpan sekelumit perasaan pada saya." Kai hanya memeluk tubuhnya sendiri sambil tersenyum sinis. 

"Dahlah, Ingat aku percayalah dengan kebohongan kau." Kai terus beredar meniggalkan Yoona seorang diri.


Di sebuah taman..

Kyungsoo berjalan sambil mengenang memori dia bersama Kai. Tempat inilah yang menjadi saksi persahabatan mereka bermula. Masih dia ingat lagi, ketikan dia berusia lima tahun, dia menangis semahu-mahunya apabila dia sesat. Kailah yang datang menegurnya dan memberinya gula-gula. Serta-merta tangisan Kyunsoo berhenti. Mulai sejak itulah, mereka berkawan rapat. Tapi sekarang.... Darah yang mengalir dari hidung dibiarkannya jatuh di tangannya. Penyakit yang tiada harapan untuk sembuh. Kai, aku harap yang aku dapat bertemu dengan kau sebelum aku menutup mata. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
amiramuliyadi
Hello! saya harap readers dapat komen....

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 1: chapter 2: thumb up! walaupun cter nie leh agak plot nye.. tp ttp rse best coz watak2 nye exo D.O n Kai. hihi weldone
lissahara9
#2
Chapter 2: Nasib baik kai sempat jumpa D.O!!
lissahara9
#3
Chapter 1: D.O sakit apa??
Kai asal keras hati sangat!!
Keep update Amy-ah..
lissahara9
#4
wah!!
Good luck!! ^^
ShiningStar99 #5
I wish good luck for you.. ^^