Demi

Demi

Kai menekup telinganya dengan bantal. Bingit betullah. Telefon yang berdering hampir masuk kali yang sepuluh namun masih tiada tanda-tanda bahawa si pemanggil akan berhenti. Kai tahu siapa pemanggil yang menelefonnya itu. Mana mungkin dia akan menjawab panggilan yang sudah dia rasmikan sebagai pengkhianat itu. Walaupun jauh di sudut hatinya, ingin sekali berbaik semula dengan Kyungsoo namun ego mengatasi segalanya. Deringan telefon berbunyi lagi. Ah, sudah! Kai terus meraih telefonnya.

 

"Kau nak apa ah?" ujar Kai membentak marah.

 

"Kai, ini aunty." Kai meggaru-. Dah kenapa pulak Puan Yoon yang telefon ni.

 

"Kai, Kyungsoo...dia.." Kai mendengar suara serak-serak basah puan Yoon. Dia memegang dadanya. Kenapa aku rasa lain macam? Bisik hati kecil Kai.

 

"Kenapa dengan dia aunty?" terdengar esakan kuat puan Yoon.

 

"Dia dekat hospital sekarang. Dia sakit teruk Kai." Telefon terlepas daripada genggaman tangan Kai.

 

Kyungsoo....

 

Kai terus meluru ke arah Puan Yoon yang sedang duduk. Puan Yoon menoleh ke arah Kai dengan sisa tangisannya yang masih lagi membasahi pipi. 

 

"Aunty, kenapa dengan Kyungsoo?" pertanyaan Kai hanya dibalas sendu tangisan.

 

"Aunty, kenapa aunty tak jawab?" Puan Yoon menoleh ke arah Kai sambil menekup mulutnya menahan dirinya daripada terus menangis.

 

"Dia sakit Kai. Leukimia tahap empat." Kai tertunduk jatuh di lantai. 

 

"Aunty tak sangka selama ini Kyungsoo tak sihat. Kalaulah aunty tahu, aunty tak akan sibukkan urusan lain daripada dia." ujar Puan Yoon dengan kesal. Dia tak sangka Kyungsoo mewarisi penyakit itu daripada suaminya. Kalaulah dia tak terlalu menyibukkan dirinya dengan kerjanya dan mengambil berat tentang anaknya........

 

Doktor keluar dari wad Kyungsoo. Puan Yoon terus bergegas ke arah doktor.

 

"Doktor macam mana dengan dia?"

 

"Badan pesakit dalam keadaan sangat lemah. Jadi amat sukar untuk melakukan rawatan kemo. Buat masa ini, kita hanya mampu berdoa." ujar Doktor sebelum berlalu pergi.

 

“Kai, jumpalah Kyungsoo ya. Aunty tak sanggup tengok dia macam tu.” Ujar Puan Yoon sambil menepuk perlahan bahu Kai.

 

Kai sebak merenung wajah pucat Kyungsoo yang sedang tidur. Kenapa kau tak beritahu aku? Bangunlah, jangan tinggalkan aku. Rintihan Kai yang hanya terluah di hati. Kai memegang erat tangan Kyungsoo sambil hatinya berdoa agar Kyungsoo dapat sembuh seperti sediakala. Tolonglah Tuhan. Pegangan erat membuatkan Kyungsoo tersedar dari tidurnya. Lantas dia menoleh ke arah sahabatnya.

“Kai, kau ke ni?” ujar Kyungsoo dengan suara serak-serak basah. Barangkali baru lepas menangis.

“Ya, aku ni. Kenapa kau tak beritahu aku yang kau sakit?” Kyungsoo hanya tersenyum manis ke arah Kai. Ada rasa tenang di hatinya dapat melihat sahabatnya.

“Tolonglah jangan tinggalkan aku. Kau dah janjikan untuk bersama dengan aku sampai kita tua nanti.” Ujar Kai sambil teresak-esak menangis. Kyungsoo hanya tertawa kecil. Dia gembira dapat mendengar suara sahabatnya.

“Kalau dah ajal nak buat macam mana. Penyakit aku dah parah, takkan boleh sembuhlah. Kai, aku nak kau janji yang kau tak akan lupakan aku bila aku tak ada nanti ya.” Kai menggeleng-geleng kepalanya. Maafkan aku kawan…..

 

Di tanah perkuburan

 

“Abang jomlah kita balik, dah dua jam kita dekat sini. Kita balik ya.” Kai menoleh ke arah Yoona sebelum merenung semula ke arah kubur Kyungsoo.

”Sebentar ya sayang. Abang nak tengok sebelum kali terakhir kita pergi.” Maafkan aku Kyungsoo.

Mungkin aku akan pergi jauh dari sini dengan isteriku dan mungkin aku takkan kembali ke sini lagi. Bisik hati kecil Kai sambil tangannya menggenggam tanah. Aku janji yang aku takkan lupakan persahabatan kita. 


Pengajarannya adalah persahabatan jangan dileraikan hanya kerana merebut seorang perempuan

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
amiramuliyadi
Hello! saya harap readers dapat komen....

Comments

You must be logged in to comment
330nai #1
Chapter 1: chapter 2: thumb up! walaupun cter nie leh agak plot nye.. tp ttp rse best coz watak2 nye exo D.O n Kai. hihi weldone
lissahara9
#2
Chapter 2: Nasib baik kai sempat jumpa D.O!!
lissahara9
#3
Chapter 1: D.O sakit apa??
Kai asal keras hati sangat!!
Keep update Amy-ah..
lissahara9
#4
wah!!
Good luck!! ^^
ShiningStar99 #5
I wish good luck for you.. ^^