Penunggu ULZZANG //MALAY ONE-SHOT FANFIC//

Description

Sudah bertahun-tahun aku meninggalkan rumah pusaka arwah atuk dan nenekku, kini aku kembali ke rumah itu dengan langkah kanan. Terlihat rumah pusaka ini sudah penuh dengan barang-barang yang sudah aku sekeluarga pindahkan dari rumah lamaku.. Tidak jauh, jaraknya cuma 500meter dari sini. Tapi disebabkan jalannya sempit dan banyak barang yang perlu dibawa, kami terpaksa menyewa lori untuk membawa barang-barang yang berat.

Aku memerhatikan keadaan rumah pusaka ini, dari dapur di tingkat bawah, hingga ke bilik stor di tingkat atas. Aku melihat ibuku sedang bercakap dengan makcik tentang rumah ini. Ayah pula tiba-tiba terseliuh dan terpaksa berehat di dalam bilik di tingkat bawah. Adik-adikku pula sibuk mencari barang-barang permainan mereka di bawah. Hanya aku seorang sahaja yang berada di tingkat atas.

Sedang aku mengemas bilik yang pernah diduduki oleh ibuku, bulu romaku naik secara tiba-tiba. Aku memandang ke belakang, namun tiada sesiapapun yang ada berhampiran dengan bilik aku. Aku semakin takut lalu menutup pintu...

Foreword

Luna: Ravi, tolong jangan caras job aku.

Ravi: Taknak, sebelum puasa menjelma, baik aku bagitahu dorang yang membaca 1shot fanfic ni.

Luna: Ye la.. Mentang-mentang kau ni 'penunggu' kat rumah ni, aku bagi kau berucap la...

Ravi: Tahu takut..

Luna: Ehh? Siapa takut??

Ravi: Whatever..

Luna: /Ignores/

Ravi: Annyeonghasaeyo.. Hi kawan-kawan di Asianfanfics. Saya ada pesanan daripada 'owner' fanfic ni, author Niya_Park. Disebabkan dia baru sahaja berpindah sehari sebelum puasa dan mendapat idea secara kebetulan untuk buat fanfic ni. Ada cerita disebalik rumah lamanya tapi perlu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun, dia begitu 'serious' membuat fanfic ini. Apa-apapun, terima kasih Niya_Park sebab bagi watak yang pelik ni kat aku.

Luna: Choi!! Bersyukurlah kau dapat watak tu, kalau kau dapat watak lembut, confirm kau taknak.

Ravi: Alaaa~~ Aku bersyukurlah! Alahai perempuan ni. Sikit-sikit nak marah.

Luna: Bukan marah, tapi nasihat.

Ravi: Ye la tu. Dah.. Dahhhh~~ Mintak budak yang buat fanfic ni sambung balik cerita ni.

Luna: I know lah...

Wonsik_Sai
CC lembab! Maaf sebab tak dapat nak edit cerita ni. Nanti kalau line clear, saya edit lagi sekali. Segala kesulitan amat dikesali. ㅠㅠㅡㅠㅠ

Comments

You must be logged in to comment
ramengirl17
#1
Chapter 1: Lawak siot! Even tak faham sangat. Sorry >_<
windbubblesehun
#2
Chapter 1: Sorry tp... sy x faham. -. Apakah?
akodorayaki
#3
Chapter 1: errr.. x faham.. hehe..