Debaran

Lucky Housemaid

 

 

3 hari kemudian…

 

“Chukahae~”

Tidak putus2 ucapan tahniah yang diterima oleh aku dan dia sebaik sahaja kitaorang sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang ringkas di mana hanya kenalan terdekat Sehyuk sahaja yang dijemput hadir. Pihak aku? hmm… dah nama pun housemaid manalah aku ada kawan, huhu. Tapi aku tak kisah aku lagi suka majlis yang sebegini je, simple and nice sebab bagi aku yang penting adalah urusan majlis dapat berjalan dengan lancar. Lagipun, tak pernah terlintas atau bermimpi yang aku akan berkahwin secepat ini dan pasangan aku pulak memang seseorang yang aku tak terjangkakan. Wow! Memang berlipat ganda kejutan yang aku terima dalam masa sesingkat ni.

Seorang wanita yang kelihatan agak elegan menghampiri kami. Senyuman diukir. “Tahniah Pgoon.” Nama kedua yang dimiliknya selain Sehyuk. Cute bukan? Hehe… “Gomawo.” Balas Pgoon semula. Wanita itu berjalan beberapa langkah dan mendekatkan bibirnya pada telinga Sehyuk membisikkan sesuatu namun masih boleh di dengar oleh aku.  “Jangan ingat kau sudah terlepas Pgoon.” Wanita itu menghadiahkan senyuman sinis sebelum berlalu.

“Terlepas? Apa maksud perempuan tu?” gumam Hojoon sambil memandang Pgoon untuk meminta kepastian tetapi Pgoon hanya tersenyum manis pada Hojoon membiarkan Hojoon tertanya-tanya. Di satu sudut yang lain, Hojoon perasan ada seorang namja yang kelihatan amat sedih.

“Dia menangis? Kenapa ye? Takkan sebab terlalu gembira kot? Curious ni.” Hojoon tidak lepas memandang namja tersebut.

“Cakap dengan sapa?” tegur Pgoon hingga membuatkan Hojoon tersentak.

“A-ani… ehem.” Hojoon melemparkan senyuman pada Pgoon dan  cuba berlagak seakan tiada apa2.

‘aduh… malunya aku.’

Sebaik sahaja jam menginjak ke pukul 8.45 p.m. majlis pun melabuhkan tirainya. Selepas menghantar semua tetamu pulang, kini hanya tinggal mereka berdua di luar pintu hotel. Pgoon memandang Hojoon.

“Kita balik ye sayang.” Pgoon menuju ke kereta yang sudah tersedia menunggu di hadapan kami.

‘mwo-mwoya? Sa-sayang? Aku salah dengar ke atau tengah bermimpi ni?’

“Awak taknak balik ke?” soal Pgoon yang sudah pun membuka pintu kereta penumpang hadapan menantikan Hojoon yang masih tercegat.

“Sa-saya datang.” Cepat2 Hojoon melangkah masuk ke dalam kereta yang akan dipandu oleh Pgoon untuk pulang ke rumah.

Setibanya mereka di rumah mewah milik Pgoon.

“Awak nak pergi mana tu?” soal Pgoon apabila melihat Hojoon melintasinya.

“Errr… bilik sayalah.”

“Listen. bilik awak bukan lagi kat bawah tetapi kat atas iaitu bilik saya. So, awak boleh pindah barang2 awak semua naik ke atas.”

“Huh?” Hojoon memandang Sehyuk seakan tidak percaya dengan apa yang di dengar.

‘adakah itu bermakna kitaorang akan duduk sebilik dan… tidur sekatil? Gulp!’

“Kalau takde apa2, saya naik atas dulu ye. Saya tunggu awak kat atas.” “n-ne…” balas Hojoon yang masih berasa awkward dengan keadaan itu.

Selesai mengambil barang yang diperlukan sahaja di biliknya, Hojoon menuju  ke tingkat atas iaitu bilik Pgoon.

Tuk! Tuk! Tuk!

Hojoon mengetuk pintu bilik terlebih dahulu sebelum membukanya dan melangkah masuk. Dia memerhati sekeliling.

“Hmm? Tak ada? Kalau macam tu… aku mandi dululah.” Hojoon terus melangkah menuju ke bilik air.

“Awak dah mandi?” tegur Pgoon sebaik sahaja melihat Hojoon keluar dari bilik air. Hojoon mengangguk kecil tanpa memandang Pgoon.  

“Awak rehatlah dulu. Saya nak pergi mandi kejap.” ujar Pgoon meninggalkan Hojoon sendirian.

Hojoon melabuhkan punggung atas katil sambil mengelap rambutnya yang basah. Dia teringat semula perbualannya semalam dengan Jimin, housemaid rumah sebelah.

“Jiminnie... err… meh sini kejap.” panggil Hojoon ketika Jimin sedang menjemur kain.

 “Hojoon?” Jimin berhenti menyidai lalu menghampiri Hojoon yang sudah pun tercegat di depan pintu pagar rumahnya.

 “Ni mesti ada something kau panggil aku kan? Selalunya susah nak nampak kau time2 macam ni. Hmm ada apa?” soal Jimin lalu Hojoon membisikkan ke telinga Jimin.

“Jinjja?! Wah~ untungnya kau, jeles aku dengar.” Kata Jimin sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan Hojoon.

“Mana ada. Biasa2 jelah.” Balas Hojoon merendah diri bercampur malu.

“Yelah tu! Aku dengan kau sama je kot, dua2 housemaid tapi takde mahunya tuan aku tu kat aku. Nak pandang sebelah mata pun belum tentu lagi.” Tambah Jimin lagi.

“Aigoo… tak mau la cakap macam tu. Aku pun sebenarnya tak jangka jugak.” jawab Hojoon serba salah.

Jimin menyiku lengan Hojoon berserta senyuman. “Aku gurau jelah, hehe.”

Hojoon memandang Jimin lama sebelum bersuara. “Jimin-ah, janji dengan aku tau. Jangan bagi tahu siapa2. Ak-aku takut kalau…”

“Dah! Don’t worry, rahsia kau selamat dengan aku. Promise!” pintas Jimin sambil membuat v-sign sebagai tanda janji.

“Gomawo Jimin.”

“Eh! kau nak kahwin tak lama lagikan?” soal Jimin. “Ya… waeyo?” soal Hojoon semula.

“Kau dah bersedia?” soal Jimin lagi dengan senyuman nakal. “Maksud kau?”

“Alah… benda tu lah.”  “Benda apa?”

“Ehem2.” “Ehem2?” Hojoon mengerutkan dahinya. sungguh dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan Jimin.

“Aigoo kau ni… buat2 inosen pulak. Yelah aku cakap.” Jimin memandang kiri dan kanan sebelum berbisik perlahan pada Hojoon. “First night.”

“Mwo-mwoya? First night?” buntang mata Hojoon mendengar perkataan itu.

“Apa yang awak fikirkan tu? Jauh mengelamun nampak.” Segala lamunan Hojoon terhenti saat Pgoon menegurnya dengan tiba2. Dia memandang Pgoon dan tidak semena-mena mukanya bertukar menjadi merah padam.

Dup dup! dup dup!

‘Oh my God!’

Hojoon mengalihkan pandangannya. Dia tidak sanggup memandang Pgoon yang hanya berseluar pendek tanpa baju dan apa dia paling risaukan ialah sekiranya Pgoon perasan akan perubahan pada wajahnya.

“Awak taknak tidur lagi? Mesti penatkan hari ni.” Soal Pgoon yang sudah pun berbaring di atas katil.

“Huh? Errr… ta-takpe, kejap lagi saya tidur.” balas Hojoon.

“Ok, saya tidur dulu ye. Goodnight.” ucap Pgoon lalu menarik selimut dan menutup lampu tidur di bahagiannya sebelum melelapkan mata.

Dengan perlahan-lahan Hojoon memusingkan kepalanya memandang Pgoon di sebelah.

‘sudah tidur ke dia? hmm…’

Hojoon baring di sebelah Pgoon dengan membelakangi Pgoon. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Jantungnya berdegup laju. Hojoon masih memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Jimin dan Hojoon mula berperang dengan perasaannya sendiri.

ah! tak mungkinlah! aku ni kan pembantu je.’

‘wait! tapi… aku dengan dia kan dah jadi suami isteri. Jadi dia ada hak atas aku.’

‘andwae! Aku tak bersedia lagi. Jebal!’

‘macam mana kalau tetiba dia serang aku? ah! eotteokajwo?’

Dahi Hojoon mula berpeluh. Namun kerana terlalu memikirkan tentang hal itu, Hojoon langsung ketiduran tanpa dia sedari hinggalah dinihari.

“Hmm? Dah pagi?” Hojoon memandang di sebelahnya tetapi ternyata kosong. Hojoon lantas bangun dari tempat tidurnya dan mencari sekitar bilik. Tiba2 dia terpandang sehelai note kecil yang ditampal pada cermin meja solek.

 

   Saya pergi kerja dulu.
   Hari ini awak tak payah buat apa2.
   Saya akan carikan housemaid baru.
   Jumpa nanti. -
by Sehyuk

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fatin96 #1
Tolong update ;)
sdwhsms69 #2
Chapter 1: Bestbest c:
Mrs_GalaxyHA #3
Chapter 1: Update soon :)
Mrs_GalaxyHA #4
Woah...mcm menarik :) update soon ^•^