La Tahzan

Description

La Tahzan, sesungguhnya setiap dugaan yang datang ada hikmahnya.

La Tahzan, sesungguhnya semua masalah ada jalan keluarnya.

La Tahzan, sesungguhnya Allah ada bersamamu.

La Tahzan, janganlah kamu bersedih.

 

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ

وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

 


Kebencian, rasa keji dan jijik terhadap orang-orang di sekelilingnya, Oh Sehun merasakan perkara ini semua. Dia tidak faham bagaimana ramai orang masih lagi boleh hidup dengan gembira sedangkan penipuan dan kejahatan terbukti berleluasa. Apakah mereka semua ini tidak pandai menilai? Terlalu lalai dibuai janji-janji manis dunia yang fana ini? Kebodohan, adakah itu punca utama kejatuhan manusia? Sama sekali tidak. Di sudut yang berbeza, Sehun menjadi saksi makhluk yang bergelar manusia mengejar ilmu pengetahuan dan kekayaan untuk dijadikan senjata--senjata yang bakal menjamin kejayaan mereka. Namun, mengapakah Sehun tidak tergolong dalam salah satu kategori ini? Mengapakah dia lain daripada yang lain? Dia memerlukan penerimaan, tapi sayangnya Oh Sehun memilih untuk lari dari kenyataan.

Yoona terlalu terdesak, terdesak mencari kebahagiaan yang telah lama hilang. Dia tidak mengendahkan orang-orang di sekelilingnya; dia tidak mengambil kisah walau satu pun hal-hal orang lain. Demi janji kebahagiaan dia rela meninggalkan segalanya-galanya, demi janji yang tiada jaminannya Yoona sanggup membelakangi orang yang disayangi. Dia berlari dan terus berlari, mencari kebahagiaan yang disangkakan manis ke akhirnya. Kebahagiaan, apakah itu sebenar-sebenarnya apa yang Yoona perlukan? Yoona salah. Memang benar apa yang dia mahukan adalah kebahagiaan, namun apa yang dia perlukan sebenarnya adalah ketenangan. Tuhan yang Maha Esa membuka jalan termudah baginya--jalan yang menjanjikan kebahagiaan, kegembiraan dan ketenangan. Akan tetapi dapatkah hati Yoona yang lemah kembali menghadapi dugaan yang telah lama Dia aturkan?


 

Suatu ketika dahulu Sehun percaya akan kebahagiaan; dia tidak ubah seperti kanak-kanak lain yang dihujani kisah-kisah dongeng yang disudahi dengan happy ending. Kini? Sama sekali tidak. Kegembiraan dan kesucian hatinya hilang di saat insan yang dia sayangi mengkhianati dan meninggalkannya. Sehun dibiarkan bersendirian; dia dibiarkan menghadapi segala cabaran yang menimpanya bersendirian. Dia bukan lagi seorang budak lelaki yang lemah, kini dia mampu mempertahankan dirinya sendiri. Mungkin benar dia terpesong, sesat dan lalai, tetapi bukankah semua orang begitu? Tidak cukup dengan itu, gadis yang pernah Sehun sayangi suatu ketika dahulu kembali setelah sekian lama menghilangkan diri. Sehun hanya mampu tersenyum sinis, sesungguhnya hatinya telah lama mati untuk perempuan yang bergelar kakaknya itu.

"Pandai jugak kau balik. Aku ingat ke selama-lamanya sesat."

 

Kepintaran dan kematangan yang dianugerahkan kepada Yoona membuatkan dirinya sedar bahawa hidupnya tidak ubah seperti aturan skrip. Paparazzi, media massa, semuanya hanya melemaskan Yoona. Kehidupan yang asalnya bahagia bukan sahaja ditelan kegelapan pembohongan, malah nafsu seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah juga telah memusnahkan hidup Yoona. Selama 12 tahun gadis ini melarikan diri untuk mencari kebahagiaan. Namun takdir dan suratanNya siapa yang tahu? Tuhan yang Maha Esa telah membukakan jalan yang benar untuk hambaNya ini. Demi kekasih hati dan cinta suci yang kekal abadi, Yoona sanggup meninggalkan kehidupannya di Korea Selatan. Biarlah Oh Yoona hanya hidup dalam kenangan, kerana sekarang, Yoona tidak mungkin akan berpaling.

"Kakak tak pernah dan tak mungkin akan menyesal. Itu janji kakak."

 

Pintar, kacak, kaya. Jikalau kita mengikut logik akal, tidak ada sebab untuk Luhan tidak gembira. Hidupnya, secara ringkas, adalah sempurna. Suatu hari nanti dia akan menggantikan ayahnya sebagai CEO Lu.Corp dan mewarisi segala-galanya. Penerimaan, kegembiraan dan ketenangan? Luhan mempunyai semua itu tetapi kenapa dia masih lagi dapat merasakan kokosongan dalam hidupnya? Tanpa disangka, Luhan menemukan jawapan kepada kemusykilannya di XinJiang, sebuah negeri di China yang mempunyai penduduk Islam yang ramai. Di situlah segala pertanyaan Luhan mula terjawab. Sebuah kitab yang dipanggil Al-Quran mula dijadikan pedoman hidup. Hidayah Allah kepadanya merupakan anugerah yang tidak ternilai, begitu juga pertemuannya dengan kekasih hati. Segala-galanya telah tertulis di Luh Mahfuz dan Luhan bersyukur atas kesemuanya.

"Saidina Umar yang ganas dan garang pun Allah boleh berikan hidayah, apatah lagi dia sayang."


Foreword

Ditulis sebagai penyertaan untuk ღ THE ADVENTURINE ღ MALAY WRITING CONTEST

Prompts:

  1. Sometimes God doesn't give you what you think you want, not because you don't deserve it, but because you deserve better.
  2. Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al Baqarah ayat 216)

Genres:  Islamik, kekeluargaan, keinsafan

 

 

Heavy Islamic content ahead.

Do not proceed if you don't know how to respect.


Poster credit: xx_Kiss from GLAMOROUS POSTER SHOP

Comments

You must be logged in to comment
flyingexotic #1
Been craving for soooo longg for an update i grew a beard
thelucidream
#2
'Jangan sedih' ...
wow!!! Serius menarik. Awak bukan sahaja buat fanfic semata-mata tapi ada juga selitkan unsur2 islamik di situ. Syabas! Harap suatu hari nanti saya pun akan buat fanfic macam ni... Amin!
Good luck untuk contest tu! Hwaiting!
freakandheart #3
Tiba-tiba terbayang Oh Sehun, Yuna & Luhan masuk Islam. haihh *harap depa masuk btol
MiLLaJungK00kie #4
Woahh!! First time jumpe ff Islamic punye. Trsentuh bace description ash.. Gud luck for the contest! Fighting!N update soon! ^^
AQFXQX
#5
title dye La Tahzan.."Jangan bersedih"..Forward dye best..nk bace..
Kuro_Wol
#6
Cheyy title lawa seyh. Eeh nak baca lah (: wlupun im VERY awks with malay fics. XD im planning to write a religious one too but in english hmm.. AND GURL BARU FORWARD DA 21 SUBBIES?! #jellylady
ChocoLover99
#7
so... unnie La Tahzan kalau x menang kontes tuh... //kekeke// JK! Unnie, FIGHTING!!! Harap unnie menang kontes tuh
my_caffeine
#8
Gempak ah..
Meleley air mata tgk forword ko..
Dh mcm Nur Kasih versi korean plak xD /slapped/
Best! Best! Wish you goodluck !
Down aq nk join contest tu haha
Sempurna sgt karya ko ni xD