Babak dua - Kisah Lima KIM

Run! Run! Cerita dan Kisah, Lima KIM !

“Ah, kau mentang-mentang, along bagi green light. Seronok lah!” Baro menyakat Sandeul.

            “Hoi! Bersyukur sikit. Aku yang mintak sign along untuk kita berdua. Kau jangan banyak songeh. Nanti aku debik muka kau. Hilang hidung karang.” Ugut Sandeul kepada kembarnya itu.

            Mereka berdua setelah meminta kebenaran hyung sulungnya, Jinyoung untuk pergi kem mendaki gunung selama tiga hari mengemas barang-barang keperluan secukupnya seperti yang diminta dalam surat kebenaran.

            Pagi itu mereka bertolak setelah bas sekolah mengambil mereka di persimpangan taman perumahan ke kawasan kaki gunung.

            Setelah sesi briefing dilakukan, mereka bersiap-siap mendaki gunung. Setelah 2 jam mendaki, sekumpulan itu mulai berasa lelah. Mereka berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan mendaki.

            Baro yang berada di belakang Sandeul mula menunjukkan perubahan yang ketara. Dia terasa amat penat, peluhnya membasahi badan.

            “Sandeul, aku tak larat lah.” Baro memegang tangan Sandeul bagi menyokongnya yang kehilangan tenaga.

            “Tahan lah sikit. Lembik sangat lah kau ni. Beria-ia nak ikut. Kena lah kuat.” Sandeul membebel. Tetapi tone suaranya rendah. Mungkin Sandeul juga kepenatan, nafasnya berbunyi kuat seperti bersungguh-sungguh menghirup oksigen.

            “Kita jalan pelan-pelan tak boleh ke?” pinta Baro lagi.

            “Hish, kau ni. Kata je pemain soccer, football tu semua. Stamina ke laut.”

            “Please lah Sandeul. Eh, eh.” Baro membuat muka comel di hadapan kembarnya itu.

            “Yelah yelah.” Sandeul akhirnya mengalah.

            Ramai pendaki kumpulan itu memintas mereka berdua. Lama kelamaan, mereka pergi jauh. Sandeul dan Baro pula tertinggal di belakang. Tanpa mereka berdua menyedarinya, kumpulan itu sudah jauh ke depan.

            “Eh, mana yang lain?” tanya Sandeul panik.

            Baro yang mencari-cari kelibat kumpulan itu juga terus segar dan panik juga.

            “Habislah kita, dah sesat ni.” Tangis Baro.

            “Lah, yang kau nangis kenapa?”

            “Sedih giler. Tinggal kita dua je ni. Kalau ada hantu macam mane? Kita nak buat apa?”

            “Kalau kau gelabah, aku pun ikut gelabah. Kau bawak lah bertenang.”

            “Kau yakin ke guna jalan ni?”

            Baro meruntuhkan keyakinan Sandeul di hutan itu.

            “Kau ni. Buat aku takutlah. Hari dah nak gelap ni. Kita tunggu sinilah. Kawasan ni nampak lapang sikit. Bagus untuk buat khemah.” Kata Sandeul mencadangkan.

            “Yelah. Aku ikut je.”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Gongchan berlari-lari dari biliknya ke bilik Jinyoung. Dia mengetuk-ngetuk bilik itu tetapi tiada jawapan. Gongchan berlari ke bilik bawah tanah pula.

            “Along!!!!” jerit Gongchan memecahkan gegendang telinga Jinyoung.

            “Kenapa? Pehal kecoh-kecoh ni?” tanya Jinyoung ingin tahu.        

            Gongchan mengelap air hangat yang bergenang di mata sebelum ia tumpah. Melihat adik bongsunya bermuka pucat lesi itu, Jinyoung mengesyaki ada sesuatu telah terjadi.

            Jinyoung memandu kereta menuju ke hospital bersama-sama Gongchan di sebelahnya. Sesampai sahaja di hospital, mereka dikhabarkan bahawa Sinu masih lagi dalam wad kecemasan. Jinyoung dan Gongchan menunggu di bangku dan berdoa untuk keselamatan Sinu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            “Kau rasa, dorang perasan tak kita takde?” tanya Baro memecahkan kesunyian malam.

            “Entahlah. Perasan lah kot. Suara kau kan satu alam dengar. Tiba-tiba takde. Kan pelik tu.”

            “Main-main lah engkau ni.”

            “Alah gurau je. Nak emo pulak.” Balas Sandeul. Kembarnya itu sensitive pula. Selalunya si Baro itulah yang menyakatnya dan dia yang menjadi emo. Tapi situasi itu terbalik pula di hutan ini. Baro pula yang emo.

            “Kau nak tahu cerita tak?” Baro berkata-kata lagi.

            “Cerita hantu, aku taknak.”

            “Bukan hantulah…”

            “… ‘Vampires’ kau sebenarnya ada pada aku.”

            Sandeul yang mendengarnya tenang sahaja. Dia tidak marah seperti selalu.

            “Eh, kau tak marah ke, Sandeul?”           

            “Taklah. Aku dah agak dah. Toyol mana lagi kalau barang aku hilang. Kaulah toyol.”

            “Bengong punya ugly duckling.”

            Mereka berdua tertawa serentak ditemani unggun api. Mereka berdua saling melindungi di hutan. Mereka bantu membantu dalam kesusahan. Pertama kali dalam hidup mereka berdua untuk bekerjasama. Ini namanya keajaiban, miracle dalam Bahasa Inggeris.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Jinyoung mengangkat telefon pintarnya yang berbunyi. Setelah beberapa ketika, Jinyoung datang semula ke arah Gongchan dengan muka yang sedih. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya itu walaupun dia sedang tersenyum.

            “Long-hyung. Kenapa?” tanya Gongchan.        

            “Takde apalah.”

            “Long, Chan-nie dah lama hidup dengan long tau, bukan semalam kita ketemu.”

            Jinyoung menarik nafas panjang.

            “Baro-hyung dan Sandeul-hyung kau hilang dari ekspedisi gunung. Mereka terpisah dari kumpulan. Pihak keselamatan sedang mencari mereka.”

            Gongchan tidak semena-mena menitiskan air mata yang lama di tahan sejak dari rumah lagi. Dia cuba menahan agar tidak teresak-esak kerana dia anak jantan. Malu dilihat menangis oleh orang ramai. Tambahan pula dia idola Dunia-K.         

            Jinyoung menepuk-nepuk bahu Gongchan berkali-kali. Menenangkan adik bongsunya yang terkejut dengan dua berita sedih itu.

            Jinyoung teringat lagi 7 tahun lalu, Gongchan lah yang paling banyak menangis setelah sah ibu bapa mereka terlibat dalam kemalangan. Gongchan lah yang paling susah menerima kenyataan pada waktu itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Roh Sinu berada di awang-awangan. Rohnya juga boleh ke sana dan ke sini. Sinu melihat dirinya berada dalam pembaringan di hospital. Tiub-tiub bersambung ke badannya. Dia dapat melihat dengan jelas keadaan itu.

            Mukanya pucat lesu. Roh Sinu berlegar di ruang luar. Dia dapat melihat Jinyoung-hyung dan Chan-nie. Sinu mendekati mereka berdua. Dia cuba berinteraksi dengan Jinyoung tetapi tidak berjaya. Dia beralih ke arah Gongchan pula. Dia bersungguh-sungguh, tetapi tidak berjaya juga.

            Anehnya tapi, Sinu berasa nyata. Dia berasa seolah-olah masih manusia, bukan roh. Dia mencuba berkata-kata lagi kepada Jinyoung disebelahnya.

            “Along-hyung, aku jumpa ibu dan ayah tadi…”

            “…mereka kata, kita tidak menunaikan amanat mereka. Mereka berasa kecewa.”

            “Jinyoung-ah!” Sinu menjerit namanya berkali-kali. Dia putus harapan. Dia berharap dia bisa bercakap dan membetulkan keadaan.

            Sinu takut dia mungkin tidak punyai masa. Roh Sinu itu menyedari sesuatu.

            “Eh, hyung. Mana budak dua orang tu?”

            Sinu berteka-teki sendiri.

            “Hyung, macam mana dengan Baro-hyung dan Sandeul-hyung? Ada berita baru?” tanya Gongchan kepada Jinyoung.

            Sinu yang mendengarnya menguping telinga berhati-hati, walhal tiada siapa yang melihatnya.

            “Ketua mereka kata, mereka dah dapat kesan jejak peninggalan terakhir mereka, tetapi jejak mereka hilang selepas itu.”

            “Risau pulak, kan hyung?” Gongchan menyambung dengan nada kecewa.

            “Sinu-hyung lagi…” kata Gongchan lagi.

            “Hoi, korang! Aku ada kat sini lah giler! Pehal lah korang tak nampak ni? Tension pulak aku.” Sinu berang seorang diri.

            “Haih, aku pulak giler karang, cakap sorang sorang ni hah.” Sinu mengeluh di tepi telinga Jinyoung.

            Jinyoung mengusap-usap telinganya yang berasa sesuatu sebentar tadi, tetapi dia tidak ambil pusing.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Open your eyes again, if you open your heart you can do it

Just believing you for dreams

The pain will disappear when the day passes

There are no room for useless tears, take the chance

 

Bukalah matamu sekali lagi, jika kamu buka hatimu, kamu pasti bisa

Mempercayai dirimu untuk bermimpi

Kesusahan ini akan hilang apabila hari berganti

Tiada ruang untuk air mata, gunakan peluang yang ada

 

            Sandeul membuka matanya, dia terlelap sebentar tadi. Dia dapat melihat Baro menambah kayu pada unggun api.

            “Baro, kau percaya keajaiban tak?” soal Sandeul.

            “Ish, aku percaya giler. Kenapa kau tanya macam tu?”

            “Takdelah, kan best kalau ada superhero datang selamatkan kita. Aku nak balik rumah lah.”

            “Kan? Bosan pulak aku duduk sini dengan kau.”

            Mereka ketawa serentak. Sedang mereka ketawa di hadapan unggun api itu. Kelibat seseorang datang menjengah di tengah antara mereka berdua. Oleh kerana terperanjat, Sandeul melompat ke tepi.

            “Hoi, Sandeul. Kau menakutkan akulah.”         

            “Kau nampak tak, apa aku nampak?”

            “Tak nampak.”

            Mendengar intonasi suara Sandeul yang tergagap-gagap. Baro baru menyedarinya. Baro menoleh ke belakang. Baro melompat juga. Sandeul yang masih menutup mata tidak memandang ke arah Baro.

            “Sandeul, kau nampak apa aku nampak?”

            “T t t t…a…a…a…k…k…k…k…” Sandeul membalas tergagap.

            “Bohong lah tak nampak hyung.” Satu suara menjengah telinga mereka. Suara itu mereka kenali. Sangat kenal.

            Sandeul yang mengetap bibir kerana ketakutan mendengar suara itu tidak bergerak dari tempat dirinya.

            “Sandeul, kenapa suara kau, macam suara Sinu-hyung pulak ni?”

            “Bukan suara akulah senget.”

            Mereka membalas bait-bait ayat dengan susah dan tersangkut-sangkut.

            “Habis tu, tak kan Sinu-hyung ada dekat sini pulak.” Balas Baro.

            Sinu hanya memerhatikan gelagat dua adik kembarnya itu. Tidak tahan dengan situasi itu, Sinu menyampuk sekali lagi.

            “Hadui, kanak-kanak sekalian. Aku hempuk kepala kau karang.”

            Mendengar suara itu lagi, mereka berdua yang masih kaku dan mata terpejam tidak semena-mena tangan mereka merefleksi dengan pantas meletakkan tangan di atas kepala bagi menghalang diketuk oleh Sinu-hyung. Tangan Sinu-hyung yang berotot itu amat sakit jika dihempuk olehnya.

            Mengumpulkan sekuat kekuatan hati untuk membuka mata mereka melihat makhluk itu. Baro dan Sandeul memandang arah suara itu serentak. Mereka tidak dapat pasti adakah mereka mahu bergembira ataupun menangis.

            “Hyung. Macam mana tau kitorang kat sini.” Baro berlari mendapatkan Sinu. Dia memeluk Sinu sekuat hati.  

            Sandeul yang melihatnya berasa yakin, Sinu-hyung datang untuk menyelamatkan mereka. Perlahan-lahan Sandeul merapati Sinu. Dia juga tidak mengesyaki apa-apa yang aneh pada Sinu.

            “Hyung, jomlah keluar dari sini.” Rayu Sandeul.

            Sinu mengangguk dan membawa mereka keluar ke jalan tanah basecamp, tempat mula-mula mereka masuk.        

            Pihak penyelamat yang melihat dua orang pelajar itu, berpusu-pusu datang memberikan bantuan. Dalam keramaian orang, kelibat Sinu-hyung hilang tanpa kata.

            Sandeul dan Baro yang dalam kepenatan, masih mencari-cari Sinu-hyung mereka. Mereka menjengah-jengah antara ramai orang itu, namun mereka tidak menjumpai mereka. Selang 15 minit kemudian, Baro menggagahkan diri.

            “Encik, ada nampak lelaki pakai spek, rambut panjang, ikat samurai?”

            “Takde pulak. Yang pakai spek semuanya berambut pendek. Kenapa adik bertanya?” soal ketua ekspedisi itu.

            “Eh, takde apalah. Saje je. Terima kasih encik.”

            Baro melihat ke arah Sandeul yang juga mendengar perbualannya dengan ketua itu. Sandeul mengangkat bahunya tanda tidak tahu menahu. Baro mulai rasa meremang pada badannya.

            “Malam ni, malam apa?” tanya Sandeul.

            “Hah? Malam Jumaat ke?” sampuk Baro.

            “Taklah, malam ni malam ahad.” Seorang noona menjawab pertanyaan mereka berdua.

            Sandeul dan Baro menarik nafas lega.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            “Hyung! Okey tak?” jerit Gongchan kepada dua abang kembarnya itu.

            “Adoi. Adoi. Sakit woi. Lebam ni.” Baro mengaduh.

            “Ala, lebam sikit je nak mengada.” Balas Sandeul.

            “Carik gaduh pulak kau ni. Aku debik karang.” Marah Baro.

            “Eh, emo lagi. Aku acah je pun.” Sandeul menjelirkan lidahnya.

            “Korang ni, kat hospital pun nak gaduh. Hantar balik hutan karang.” Ugut Jinyoung.

            Baro dan Sandeul menyengih seperti kerang busuk. Mereka tidak mahu ke hutan semula. Mimpi ngeri woi.

            “Hyung, mana Sinu-hyung?” tanya Sandeul yang ingin tahu itu. Fikirannya asyik bertanyakan Sinu-hyung sahaja.

            “Dalam satu hari, satu excident, satu incident.” Balas Jinyoung keberatan.           

            “Incident kitorang..” kata Baro perlahan.

            “…excident? Sinu-hyung excident? Bila? Tadi kitorang nampak…” sebelum Sandeul menghabiskan kata-kata, Baro yang berada di katil sebelah melompat dan menutup mulut Sandeul. Baro mengisyaratkan supaya Sandeul berdiam diri. Sandeul bersetuju.

            “Nampak apa hyung?” tanya Gongchan mengalihkan pandangan kepada mereka kembar berdua itu.

            “Takde apa, nampak babi hutan. Besar!” sampuk Baro.

            “Yelah tu.” Kata Gongchan.

            Sandeul mengangguk menjadi rakan subahat tengah malam menjengah pukul 3.30 pagi itu.

            Jinyoung dan Gongchan meninggalkan mereka dan berlalu ke bilik Sinu pula. Baro memberi isyarat lagi supaya diam. Sandeul mengangguk. Setelah mereka pasti, Jinyoung dan Gongchan sudah tidak ada, Baro membuka mulut.

 

Grab my hand make a dreams come true

So that you can win, I prepared this for only you

The starlight you dream of is not far

You are in my heart

 

Capailah tanganku dan buatlah mimpi menjadi nyata

Dengan itu kau akan menang, aku tujukan khas untuk engkau

Sinar bintang yang kau cita-citakan tidak jauh

Dalam hatiku

 

            “Habis tu… Ish aku pening ar. Dekat hutan tadi tu sapa?” soal Baro yang sedang bingung.

            “Manalah aku tahu. Nak kata hantu, bukan. Sebab hyung masih bernyawa Cuma dia tak gerak. Nak kata bukan hantu, bukan jugak.”

            “Eh lagilah aku pening dengan kau ni, Sandeul.”

            “Aku pun pening. Jomlah tidur, nanti kalau Sinu-hyung dah sedar, kita tanya dia. Okey tak?”

            Baro mengangguk. Sandeul sudah tidur dahulu kerana penat meredah hutan dan sesat mencari jalan pulang. Baro masih lagi berfikir.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Sudah seminggu Sinu berada di hospital masih tidak sedarkan diri. Mereka berempat yang berada di sisi katil Sinu berasa risau tidak sudah.

            Jinyoung teringat amanat ibu dan ayah mereka. Mereka sudah tidak memegang amanah itu. Jinyoung berasa menyesal dan menyalahkan dirinya kerana tidak mengambil perhatian penuh kepada adik-adiknya.

            Jinyoung bertekad akan mengubah interaksi mereka adik-beradik selepas ini. Dia berdoa, Sinu cepat sedar. Dia tidak boleh mengalah.

            “Hyung, carik makan kejap. Nak kirim?” kata Sandeul memecah kesunyian.

            “Nak ikut!” jawab Gongchan.

            “Boleh jugak. Belilah apa-apa.” Kata Jinyoung lembut sambil memberikan senyuman kecil.

            Baro, Sandeul dan Gongchan jalan beriringan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Di suatu sudut, Sinu memerhatikan mereka semua selama seminggu itu juga. Dia yang duduk di atas sofa dalam bilik pesakit VIP itu berkira-kira mahu kembali ke badan yang dalam pembaringan lena itu.

            “Kalau aku stay. Dorang akan baik dan berinteraksi banyak macam ni. Kalau aku balik ke badan aku, mesti jadi macam dulu.”

            Sinu yang berkata-kata seorang diri itu bingung untuk membuat keputusan kerana dia tidak tahu apakah implikasinya kepada mereka adik-beradik.

            “Nak kena cari sorang untuk cakap dengan aku. Ya. Itulah caranya.” Sinu mengalihkan pandangan bergilir-gilir kepada mereka berempat.  

            “Hyung bawak Chan-nie balik dulu. Nanti malam, kita tukar tempat pulak.” Jinyoung mengarah dua adik kembarnya itu.    

            Mereka mengangguk bersetuju. Jinyoung dan Gongchan keluar dari bilik itu. Tambahan pula, mereka sudah berjaga dari malam tadi.

            “Sinu-hyung. Cepatlah bangun. Kitorang kembar janji tak gaduh lagi.” Kata Baro yang hilang keyakinan.

            “Yelah hyung. Awak asyik tidur je. Jealous kita tau.” Sampuk Sandeul bergurau sambil memuncungkan bibirnya.

            Baro yang mendengarnya, memukul siku Sandeul. Sandeul menyengih menampakkan gigi.

            “Oh, macam ni korang kata tak gaduh? Ingat hyung tak nampak ke?”

            Satu suara menyapa mereka dari belakang. Baro menelan liur. Sandeul membuntangkan matanya. Dia melihat bibir Sinu-hyung tidak bergerak tetapi ada suaranya.

            “Ah, sudah. Jangan toleh.” Tegah Sandeul kepada Baro.

            “Tak, aku tak toleh pun.”

            Melihat mereka ketakutan, Sinu menunjukkan diri di hadapan mereka.

            “Ampun hyung, tak buat lagi.” Kata mereka berdua.

            “Bagus. Good. Good. Lepas ni pesan dekat Jinyoung and Gongchan kalau nak aku bangun, berdamailah korang semua. Paham?” ugut Sinu.

            “Paham hyung.” Balas Baro menutup mata.

            Sandeul mengangguk beberapa kali. Setelah beberapa ketika, suara itu sudah tiada lagi. Baro cepat cepat angkat kaki dari situ. Sandeul juga cabut lari.

            Baro dan Sandeul duduk menunggu di luar bilik, tepat pukul 8 malam, Jinyoung dan Gongchan datang kembali. Baro dan Sandeul menyatakan hasrat Sinu tanpa menggunakan namanya.  

            “Hyung, Gongchan. Kalau kita berjanji untuk berbaik-baik dan berinteraksi antara satu sama lain, mungkin itu jalan keluar untuk memulihkan Sinu-hyung.” Kata Baro. Sandeul mengangguk-angguk.

            “Yelah, itu yang hyung fikir selama ni. Kita selalu sangat tak bercakap. Cakap pun kadang-kadang, sepatah sepatah. Ye tak?”

            “Saya setuju!” kata Gongchan dengan gembira.

 

Don't give up, you can't even hide your devotion

Grab your chance again with the tears that have not yet fallen

 

Jangan putus asa, engkau tidak mampu menyembunyikan kesetiaan

Ambillah peluang sekali ini dengan linangan air mata yang belum lagi tumpah

 

Now face it make a dreams come true

For the wait, there is a chance for you

The approaching future has no end

Its in your heart

 

Sekarang, berjuanglah membuat cita-cita menjadi nyata

Penantian itu, peluang untuk engkau

Menghampiri masa depan yang tiada penamat

Ia ada dalam hati

 

            “Keluarga Encik Sinu! Keluarga Encik Sinu!” Panggil seorang jururawat.

            Mereka berempat berjalan laju menuju bilik Sinu. Mereka melihat Sinu bergerak-gerak. Matanya berkelip-kelip perlahan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Tiada keluarga yang sempurna… kita bertengkar, kita berkelahi. Kita juga kadangkala berhenti berbual antara satu sama lain, tapi diakhirnya, keluarga tetap keluarga… kasih sayang antara kita selalu ada bersama.”

 

            “Hoi korang, cepat! cepat! Dah pasang timer ni.” Laung Baro dari kejauhan.

            Gongchan berlari mendapatkan Baro-hyung. Ombak yang kuat menghempas pantai. Pasir pasir putih kelihatan indah. Pemandangan di pantai itu ternyata indah nian.    

            “Cepatlah hyung-hyung semua. Lambat lah!” jerit Gongchan pula. Apabila melihat hyung nya tidak bergerak, Gongchan secara sukarela menarik mereka ke lokasi tangkap gambar.

            “Sama ke Baro, kau amek scene lain, aku penumbok muka kau.” Ugut Sandeul kerana scene itu adalah scene sama mereka ambil 8 tahun dulu setahun sebelum kemalangan yang meragut nyawa orang tua mereka berlima.

            “Sama, sama. Jangan risau. Aku dah praktis banyak kali ni.”

            Tiba-tiba cahaya flash kamera terpancar.

            “Halah, kan tengok. Tak jadi.” Rungut Baro. Baro berlari menekan timer.

            “Apalah bising betul, nasib baik tak ramai orang.” Jinyoung membebel.

            “Kelakar pulak tengok korang semua ni.” Sampuk Sinu.

            “Sinu-hyung. Nak tanya satu soalan lah.” kata Sandeul secara rawak.

            “Apa lagi ni hyung. Nak tanya-tanya kat balai lah.” halang Gongchan.

            “Betul ke hyung tak mimpi apa-apa. Masa koma tu?” Sandeul terus bertanya.

            Sinu yang mendengarnya berasa lucu dan bingung kerana dia tidak bermimpi ataupun ingat sesuatu pada masa dia koma.

            “Tak ada. Berapa kali mahu tanya daaaa…” balas Sinu.

            “Are you sure?” tekan Sandeul lagi.

            Baro hanya mendengarnya sahaja. Dia juga tertanya-tanya. Keajaiban kejadian itu langsung tidak terungkai. Segala bentuk teka teki dibiar sahaja oleh dua kembar itu. Mereka juga tidak memberitahu sesiapa bahawa roh Sinu berjalan semasa dia koma. Mereka simpan asalkan keluarga mereka mencapai misi bersatu!

            “Hoi hoi. Posing cepat!” arah Baro kuat.

            KECHHAAK ! Sinar flash kamera bercahaya.

 

Nota kasut yang ada kaki:

1) Terima kasih kerana sudi menjenguk kisah berbentuk kekeluargaan ini. Ambil yang baik-baik sahaja. Yang kurang baik, campak dalam laut. Heee. Maaf jika tidak menarik.

2) Tahniah diucapkan kepada  THE ADVENTURINE  MALAY WRITING CONTEST sebab menganjurkan pertandingan seperti ini.

3) Untuk gambar-gambar B1A4 yang tersiar di sini milik sepenuhnya WM Entertainment, syarikat B1A4. Diedit oleh saya.

4) Untuk lirik lagu prompt CSJH The Grace - Dreams Come True terjemahan bahasa Inggeris, milik penuh Blog Eternal Shapley.

http://eternal-shapley.blogspot.com/2008/09/dreams-come-true.html

Untuk semua terjemahan Bahasa Melayu dalam karya ini oleh saya sendiri, samcoderry mengikut kesesuaian ayat.

5) Poster tidak berbakat itu karya saya. Maaf jika merosakkan pandangan. Heee.

6) Majulah writing contest untuk negara ! Yippi ! Selamat hari raya ! ehh.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
samcoderry
Gongchan's birthday tomorrow 14aug2014 !! Saengil chukae !! HAHAHA

Comments

You must be logged in to comment
KyoRyy_Greeniez
#1
Chapter 2: Sayang ketat - ketat keluarga Kim : )
yukiyuyana
#2
Chapter 2: Comelnya keluarga kim ni
AinunVIP
#3
Chapter 2: Wah !!! Daebak lah. Tak sangka CNU oppa x nak mengaku yg tu rohnya. BTW, lain kali update panjang2 sikit ye? ^^