Babak satu - Cerita Lima KIM

Run! Run! Cerita dan Kisah, Lima KIM !

 

“Kepala hotak kau berjambul! Itu jam aku giler!” jerit Sandeul kepada kembarnya, Baro.

            Mereka berdua memang pantang berjumpa. Kalau berjumpa sahaja adalah gempa bumi bakal berlaku dalam rumah mewah tiga tingkat itu.

            Aneh juga fe’el kembar berdua itu. Semalam mereka bergaduh kerana ikan laga Baro mati akibat tercekik tulang ikan! Hah! Siapa pula yang gatal tangan memberi makan ikan kepada ikan? Misteri juga rumah mewah itu.

            Sandeul dimarahi oleh Baro kerana pada sangkanya Sandeul telah membuat jenayah dengan membunuh ikan laga tersebut semasa Baro berlatih bola di sekolah semalam.

            Oleh kerana Sandeul sangat sakit hati dengan kenyataan yang diberikan Baro semalam, Sandeul membalasnya hari ini. Sandeul menukarkan jam tangan Baro dengan jam tangannya. Dengan itu, sebagai balasan Sandeul memarahi Baro atas penuduhan tidak berasas semalam.

            Sakit hati Sandeul belum reda lagi walaupun Baro meminta maaf atas kecuaiannya memakai jam tangan Sandeul.

            “Sori lah Sandeul. Itupun nak emo. Relaks lah.” kata Baro menenangkan kembarnya yang disampuk hantu marah.

            “Ah, diam kau. Jangan cakap dengan aku dua hari. Paham?!” marah Sandeul lagi.

            Sandeul berlalu ke biliknya dan menutup pintu dengan keras. Baro yang mendengarnya berasa gerun.

            “Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… Tulah, gaduh lagi. Kan dah mengamuk macam zirafah tu.” Gongchan yang berada di tingkat tiga menuruni tangga selepas mendengar pekik lolong dari bawah.

            “Kau diam!” kata Baro kasar kepada adik bongsunya yang suka busybody.

            Gongchan terlompat sedikit mendengar suara rapper hyung-nya itu.

            “Eh, eh kita pulak kena marah.”

            Balas Gongchan sambil tangannya membelek-belek cermin membetulkan rambutnya yang terpacak itu. Gongchan mengambil sedikit jel pengeras rambut agar tiupan angin tidak memberi kesan terhadap rambutnya walaupun di rumah tiada angin berterbangan, dia tidak sanggup merosakkan imejnya sebagai idola Dunia-K.

            “Ha, okey. Dah cun dah!” Gongchan berkata-kata sambil memuncungkan bibirnya yang berkilauan dengan gincu pelembab bibir.

            “Hoi, giler!” Baro yang berada di situ menyergah Gongchan.

            Gongchan menjeling hyung-nya yang cemburu akan kecantikan dia. Selepas Baro memasuki biliknya, Gongchan masih berkata-kata sendiri. Mengkagumi ke’handsome’an wajahnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Jinyoung yang berada di bilik muzik bawah tanah berasa tertekan kerana tidak mendapat ilham untuk muziknya. Dia berlari ke sana ke sini ke situ dan ke mari. Dia berlari-lari sehingga tersedak kerana kepenatan.

            Dia pun duduk dikerusi malas. Menggoyang-goyangkan kerusi itu beberapa kali.

            “Nak buat apa pun dah tak tau. Nak pergi parti lah kalau macam ni. Boleh ngurat aweks aweks ! Yiiiiiiiihhuuuu !”

            “Mari goyang ! Mari goyang ! Mari goyang!”

            Jinyoung sekali lagi menggila dalam kesepian di dalam bilik bawah tanah itu. Selepas kematian orang tua mereka, Jinyoung terbeban dengan tanggungjawab yang besar menjaga empat orang adik.

            Kadangkala dia penat melayan karenah mereka semua. Pernah dia terfikir untuk lari dari masalah. Dia tidak mahu berdepan dengan mereka adik beradiknya lagi. Tetapi, apabila teringatkan amanat ibu dan ayah, dia membuang niat itu jauh-jauh. Jauh dari Dunia-K itu. Tidak berapa jauh juga dia buangkan niat itu, di sebelah negara jiran sahaja, Dunia-J.

            Tidak semena-mena, Jinyoung terbuai mimpi dek kepenatan. Sampai sudah dia dalam dunia bunyian pari-pari.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Sinu memandu kereta Ferororo nya yang berwarna perak. Dia memandu laju kerana hasil karyanya tertinggal di rumah. Ada peluh sejuk di dahinya. Dia berasa sangat gemuruh dan gementar serta marah kerana tiada seorang pun ahli rumahnya yang menjawab panggilan telefonnya. Dia mahu mereka membantunya menghantar pakaian itu di studio.

            Sinu juga tahu sebenarnya, adik beradiknya itu sangat mementingkan diri sendiri. Ya, termasuk dirinya juga. Dia juga mementingkan diri kerana apabila salah seorang mereka ditimpa masalah, dia tidak pernah menghulurkan tangan meringankan beban.

            Sinu menekan pedal minyak sekuat hati selepas lampu isyarat bertukar hijau. Dia berdoa dalam hati agar perjalanannya lancar sahaja. Dia masih ada 20 minit sebelum CEO syarikatnya sampai.

            Tiada apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan ke rumah, dalam fikirannya hanyalah kerja, kerja dan kerja. Dia sangat kuat bekerja atau dalam kata Bahasa Inggeris workaholic.

            Dalam imbasan deria keenam nya, melintas seekor kucing liar atas jalan raya itu, Sinu yang terkejut beruk itu hampir memulas stereng kereta keluar dari landasan yang sepatutnya. Mujur dia sempat mengelak dan mujur juga landasan sebelah tiada kenderaan. Kalau tidak, dia mati tidak sempat membentangkan karya rekaan terbarunya.

            Sampai di rumah, seperti kebiasaan tiada sesiapa yang menyambutnya. Dia berlari anak ke tingkat tiga untuk ke biliknya. Selepas mencapai baju rekaannya yang digantung kemas dalam almari khas, tiba-tiba sahaja adik bongsunya masuk ke dalam biliknya.

            “Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… curik yerrrr.”

            “Chan-nie tepi sikit, hyung dah lambat ni.”

            “Doploh sen dulu lah.”       

            “Chan-nie, hyung cakap baik baik ni.”

            “Chan-nie pun cakap baik baik jugak.”

            Sinu yang berasa jengkel dengan adik bongsunya itu, menarik jambul rambutnya yang terpacak keras seperti batu itu.

            “Eh, main kasar pulak dia.” Kata Gongchan marah.

            Gongchan menarik baju yang berada di tangan kiri Sinu, Sinu mengelaknya dengan pantas. Pantang dia ada orang merosakkan hasil titik peluhnya dengan sekelip mata.

            Sinu membentes kaki Gongchan, dia terjelopok di atas lantai. Sinu membiarkan adiknya yang busybody itu seorang diri. Lantas Sinu pergi menuruni tangga dan menghidupkan enjin kereta.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Makan malam disediakan oleh Gongchan hari itu kerana gilirannya pada hari Rabu. Di rumah itu semenjak Gongchan berumur 15 tahun, mereka bergilir-gilir memasak. Jinyoung pada hari Isnin, Sinu pada hari Selasa, Khamis giliran Baro, Jumaat giliran Sandeul pula dan pada hari minggu, mereka akan makan di luar atau membeli makanan di luar dan membawanya pulang ke rumah.

            Makan malam yang sepi setiap kali. Rutin mereka adik beradik  juga sama sahaja  di meja makan. Tidak ada seorang pun yang bersuara di situ. Keadaan mereka tidak semeriah tujuh tahun lalu semasa ibu dan ayah masih ada.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Baro dan Sandeul pergi ke sekolah hari itu dengan menaiki basikal seperti biasa. Mereka berhenti menaiki bas sekolah kerana mereka berasa bosan menunggu sekiranya mereka terawal dan telinga mereka bingit untuk mendengar bebelan pakcik bas sekiranya mereka terlewat.

            Di kelas seperti biasa, Baro bersama-sama team bolanya dan Sandeul bersama-sama team teaternya. Mereka berdua juga tidak pernah bergaul antara satu sama lain di sekolah. Satu sekolah tahu mereka kembar dan tidak bercakap walaupun berada dalam satu kelas.

            Rakan-rakannya juga tidak bertanya tentang hal itu, mereka beranggapan itu adalah perkara biasa bagi pasangan kembar tidak seiras itu. Citarasa mereka juga berlainan dan amat berbeza sekali. Tiada seorang pun rakan mereka berani menyoalkan hal itu kepada mereka berdua. Rakan rakan mereka takut jika dibuang daripada kumpulan jika tersalah kata.

            Bulan lepas, budak kaca mata terkenal yang sekumpulan Baro tukar sekolah kerana terlepas kata dihadapan Sandeul. Tidak tahu apa penangan dua kembar itu. Mungkin mereka ada kuasa magis seperti ‘Harry Potter’ ataupun ‘Lord of the Ring’.

            Baro cepat-cepat menyembunyikan novel yang sedang dibacanya semasa gurunya datang. Novel bertajuk ‘Vampires’ itu diletak di sudut paling hujung laci mejanya.

            Sandeul yang menghafal skrip teaternya terhenti fokus dan menyimpan kemas skrip itu dalam begnya. Sandeul meraba-raba begnya kerana mencari sesuatu. Sudah hilang! Alamak! Manakah pergi kekasih hatiku itu?!

            Sandeul berkata-kata dalam hati sendiri. Dia sempat mengutuk-ngutuk dirinya kerana cuai. Kini novel ‘Vampires’ itu telah bersemadi dengan aman di tempat lain. Sandeul mendengus kasar. Dengusannya itu didengari hingga telinga capang gurunya yang tinggi lampai seperti pelakon Lee Kwangsoo itu.

            Sandeul dihukum berdiri di luar kelas hingga waktu subjek itu tamat. Mahu tidak mahu, dia merelakan diri dihukum. Dia keluar dari kelas dengan perasaan yang kecewa.   

            Baro yang melihat situasi itu bergelak dalam hati. ‘Hah, padan muka kau. Hari tu kau kata aku. Sekarang kau pulak kena!’

            Waktu belajar berjalan seperti biasa walaupun tanpa Sandeul. Pedulikan dia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Gongchan yang baru pulang dari sesi fotografi menyandarkan badannya di sofa di ruang tamu bawah. Rumahnya terasa sejuk, sunyi, beku dan tiada seri. Gongchan duduk seorang diri di situ berasa rindu kepada ibu dan ayahnya. Kadangkala apabila dia berseorangan, dia mengalirkan air mata. Air mata itu tanpa dia sedari, jatuh lembut dipipinya. Tanpa dia minta. Dia teramat rindu kepada mereka.

            Pernah beberapa bulan lalu, Gongchan bertindak mengambil pisau. Hari itu, dia berasa tertekan. Dia berasa kecewa dengan hidupnya. Walaupun ramai peminat menyokongnya, dia tetap berasa sunyi. Dia berasa hilang. Hilang yang hilang!

            Mata pisau itu diletakkan di atas pergelangan tangannya. Tanpa berfikir panjang, dia melalukan mata tajam itu sepintas di daging lembu yang mahu dimasaknya.

            Tidak semena-mena datang abang sulungnya menegurnya.

            “Masak apa?”

            Terkejut mendengar suara Jinyoung, dia bersyukur, dia tidak menoreh pergelangan tangan kurusnya itu. Kalau tidak, pasti Jinyoung risau akan dirinya.

            Imbasan itu hilang, Gongchan mengeluh kuat. Kelelahan sesi fotografi tadi masih bersisa. Dia menggagahkan diri menaiki tangga.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Di rumah petang itu, Baro dan Sandeul pulang dari sekolah. Mereka memarkir basikal di bangsal dan menguncinya takut takut hilang di curi orang.

            “Kau nak minta sign along kan?” tanya Baro.

            “Yelah, giler. Tak kan nak mintak sign kedai  mamak pulak. Fikir lah sikit. Tu otak ada, pakai. Jangan makan.” Balas Sandeul berangin.

            “Tanya pun nak marah. Apedaa balu. Eh labu.”

            “Aku labu. Kau labi.”

            “Kau. Tak baik mencarut. Ayah kan tak bagik mencarut.”

            “Banyak kau punya carut. Aku cakap LABI bukan binatang in-the-pink tu. Pandai!” Sergah Sandeul kepada Baro.

            Baro yang mempermainkan Sandeul berlari lintang pukang takut dihempuk oleh manusia yang banyak makan itu.

            “Nasib engkau baik, kau lari, pendek.  Kalau tidak, habis remuk muka kau aku kerjakan.”

            Sandeul menjerit lantang dari bangsal sedangkan Baro tergopoh-gopoh berlari seperti tidak cukup tanah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Jinyoung sudah tiga hari tidak keluar dari bilik bawah tanah itu. Dia berkurung di situ untuk menyiapkan album artisnya. Jika tidak mendapat ilham, dia akan terus menerus berkurung. Dia akan keluar jika waktu makan sahaja. Selebihnya dia berkurung di bilik itu.

            Walaupun Jinyoung tidak banyak bergaul dengan adik adiknya. Dia sangat tahu perkembangan semasa mereka. Dia mempunyai perisik rahsia yang mengikuti gerak geri adik adiknya tanpa kesan.

            Kerana itu juga, dia tidak ada banyak soal tentang kehidupan adik adiknya yang berempat itu. Banyak masanya hanya terhabis di bilik bawah tanah itu, walaupun bilik tidurnya di tingkat satu.

            Jinyoung memetik gitarnya berkali-kali. Melodinya menjerit, tetapi liriknya bersedih dan meratapi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

            Sinu tidak pulang hari itu, dia tidur di studionya. Sudah seminggu hasil karyanya dipamerkan dan dibentangkan di hadapan CEO nya. Tidak juga mendapat apa-apa tindak balas positif ataupun panggilan telefon. Satu khabar gembira dan khabar tidak gembira juga tidak ada.

            Runsing dia memikirkannya. Paling paling tidak pun, dia bersyukur jika mengetahui keputusan keluar dari pihak CEO. Dia tidak mengharapkan hasil karyanya diterima dan dipamerkan di luar negara, cuma dia gementar menunggu.

            Sinu melakar sesuatu di kepingan lukisannya. Idea untuk mereka satu lagi baju tercetus. Tangannya menari-nari di atas kertas itu pantas. Mencurah-curah imaginasinya. Sedang dia khayal dalam kertas putih itu, tiba-tiba sahaja muncul makhluk lain di sebelahnya.

            “Kau buat apa ni Sinu. Buang masa sahaja. Baik engkau enjoy dengan masa muda kau.”       

            Suara itu mengapi-apikan perasaannya yang seorang diri itu.

            “Kau siapa?! Kau nak apa?! Pergi! Pergi! Aku tak panggil kau. Pergi!”

            Jeritan Sinu bergema di ruang studio itu. Tangannya mengibas-ngibas di udara. Cuba menghalau suara jahat itu. Dia membuntangkan matanya. Meliar mencari arah suara itu. Tiada seorang pun di situ kecuali dirinya. Lama suara itu mendiamkan diri. Sinu meletakkan pensel lakaran di meja. Dia menyapu-nyapu mukanya berulang kali. Dia menganggap dirinya dalam keadaan tertekan, stress terlampau.

            “Aku. Kau tanya aku?”

            Sinu meletakkan tangan di atas meja. Dia menggengam tangannya kuat. Suara itu kembali lagi.

            “…aku adalah kau, Sinu. Kim Sinu. Designer terkenal Dunia-K. aku fames amos. Kau tidak tahu aku?”

            Suara itu berbasa-basi lagi. Suara itu mengakui dirinya adalah Sinu. Sinu yang sebenar terbeliak matanya. Dia membuka spek matanya dan menggosok-gosok matanya yang pedih itu.

            “Tidak! Pergi kau! Nyah kau dari gegendang telinga aku! Pergi!” Sinu yang sebenar menghalau lagi suara itu.

            Dia yang berasa terganggu, menggenggam pensel lakaran sehingga patah dua. Barang-barang di atas meja jatuh bersepah ke atas lantai. Sinu yang sebenar hilang kawalan. Dia berasa panas dan rimas, dia mencapai kunci keretanya.

            Dia berjalan terhuyung-hayang.

-------------------------------------------------------------------------------------Bersambung ke Babak Dua : Kisah Lima KIM--------------------------------------------------------------------------------

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
samcoderry
Gongchan's birthday tomorrow 14aug2014 !! Saengil chukae !! HAHAHA

Comments

You must be logged in to comment
KyoRyy_Greeniez
#1
Chapter 2: Sayang ketat - ketat keluarga Kim : )
yukiyuyana
#2
Chapter 2: Comelnya keluarga kim ni
AinunVIP
#3
Chapter 2: Wah !!! Daebak lah. Tak sangka CNU oppa x nak mengaku yg tu rohnya. BTW, lain kali update panjang2 sikit ye? ^^