Now Everything Has Been Answered

IT MUST BE LOVE
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Hari demi hari berlalu terasa bosan hidup ini. Teringatkan balasan mesej Baekhyun beberapa hari yang lepas, betul-betul mengguris hati aku. Nampak sangat yang dia tak nak layan aku dah. Ye, sejak mesej itu dihantar aku dah jarang tegur dia kat sekolah. Dia pun macam tak kisah je aku tak tegur dia. Walaupun kami rehat sama-sama, hanya dua tiga patah je yang dia jawab, itupun perkara peting je. Dah lama aku perasan, yang dia terlalu asyik dengan telefon bimbitnya. Seperti sedang bermesej dengan awek. Tapi...takkanlah. Aku nak tahu sangat siapa yang dia selalu bermesej tu.

 

Kini, ada sebabnya aku berdiri di hadapan pintu rumah Baekhyun. Ingin meminta maaf walau tanpa sebab. Dengan langkah yang teragak-agak, aku menguatkan semangat untuk menekan loceng rumah itu. Rasa sejuk pada waku malam itu juga menambahkan gentar di hati. Aku menunduk, menanti pintu besar itu dibuka.

 

"Ah! Dabin. Apa kamu buat malam-malam ni? Palli! Sejuk kat luar ni." Puan Byun menarik tanganku pantas menutup pintu menghalang angin sejuk masuk ke dalam rumah. Dia juga memakai sweater tebal walaupun berada di dalam rumah. Tssk, sama macam Baekhyun yang tidak tahan dengan suasana sejuk. 

 

"Err... mian kalau kacau ajjuhma malam-malam ni. Sebenarnya saya datang nak jumpa Baek." Aku menunduk wajah dengan senyumanku tidak lekang melakar senyuman di wajah. Puan Byun tersenyum sebelum mendongakkan wajahnya memandang ke tingkat atas.

 

"Baekhyun rasanya ada dalam bilik dia. Kamu pergilah tengok dia kat atas." kata Puan Byun lembut sebelum melangkah perlahan ke sofa. Dia menggosok-gosok kedua belah tangannya di hadapan pemanas haba, mengurangkan rasa sejuk yang semakin menular tapak tangannya. Bila-bila masa sahaja tangannya akan kaku, kaku tidak berdarah. Aku mengangguk lalu menoleh ke arah tangga, yang dimana harus aku mendakinya langkah demi langkah untuk memanjat ke tingkat atas.

 

 

"Baek.. Aku ni.. Bukak la pintu ni.." Aku memanggilnya diselangi dengan beberapa ketukan pada muka pintu. Namun tiada balasan. Dahi aku berkerut. Mana Baek ni? Mandi ke? Mampus aku kalau masuk. Aku berdiri dengan pandangan mataku lurus ke hadapan. Teragak-agak, betul ke apa yang aku buat ni? Dengan nafas panjang ditarik, tangan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
chanyeorin
nmpaknya aq kna ubah jlan criter ni memandangkan criterni semakin mengarut aq rasa..

Comments

You must be logged in to comment
TinkyWanky #1
Chapter 7: Woah! Daebak!
Keep update!
bittersweet4u
#2
Chapter 5: Oh mo oh mo oh mo > <
Author-nim daebak !!
Update soon (o^ 0 ^o)/