It's over

Kenapa awak TAKUT?

 

 

Hari tu aku tak boleh duduk diam,Satu sebab Yixing langsung tak kelihatan,dua sebab aku rasa tak sedap hati dan ketiga pula aku tak dapat nak terangkan.Entah kenapa hari ni Jongin terlebih manja dan ia membuatkan aku takut."Awak hari nikan Jongin kena stay back.Sayang balik sorang-sorang la ye.Don't naughty-naughty. Jongin selalu perhatikan Sayang." Nilah pertama kali dalam hubungan kitorang aku gembira dapat balik sorang-sorang,kaki aku tidak terus pulang ke rumah tapi mengatur ke arah rumah Yixing.Loceng ditekan banyak kali tidak dijawab,telefon tidak diangkat.Akhirnya aku pecah masuk dengan cara mengambil kunci spare dari bawah pasu.

 

"Yixing?" Langsung tak dijawab.Setiap anak tangga dipanjat dan terus menuju ke arah bilik tidur dia.Masih tiada bayang-bayang dan yang peliknya katil dia macam tak terusik langsung."Mungin dia ada hal dengan family kot."Hati yang tak sedap cuba aku sedapkan.Langkah diatur untuk keluar dari bilik tu tapi entah kenapa perhatian aku berhenti dekat pintu bilik air dalam bilik dia.Tak salah periksakan.Tombol dipulas.Pelik kenapa lampu tak tutup membazir elektrik je.Tak ada apa yang pelik hingga la "Kenapa mandian buih dia warna merah ni.Jenama baru ke?" Fikir aku hairan sambil memandang bath tube yang dipenuhi dengan cecair berwarna merah dengan buih.Mata aku terbeliak,mulut ditekup,nafas aku tersekat-sekat,air mata mula mengalir."AAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHH" Aku berundur jauh dari bilik air hingga keluar dari situ.Pergerakan aku terhenti bila aku dipeluk dari belakang,akhirnya aku terduduk atas lantai...

 

"Shhhhhh sayang jangan la nangis,Jongin hantar kawan Sayang ke syurga dulu.Lagipun Jongin tak suka saingan.Sayang pun tahukan." Jongin memeluk aku dengan erat,rambut diusap lembut tapi kata-kata dia...Aku teresak-esak dan kaku pada waktu yang sama.

 

"ke-kenapa awak bunuh dia.." Aku memberanikan diri untuk tanya.Jongin menyelak rambut yang menghalang pangkal leher aku dan membenamkan muka dia.

 

"Sebab Jongie tak suka tengok sayang dengan lelaki lain selain Jongin.Sayang faham tak.."Aku membisu.Kemudian dia menekup muka aku dengan kasar."FAHAM TAK.AKU TAK SUKA BERKONGSI.." Aku memandang muka dia yang penuh kemarahan tetapi kemudian dia tersenyum.Pipi aku dibelai dan dikucup lembut dengan penuh kasih sayang palsu.Dia menarik lengan baju aku hingga ke paras siku dan memandang lebam yang dah bertukar warna dengan penuh kagum."Ni semua tanda yang Sayang ni milik Jongin buat selama-lamanya.Jadi pastikan semua ni tak hilang kalau tak Jongin akan tinggalkan kesan permanent yang paling sayang tak boleh lupakan."Lebam dikucup lembut.Aku bingung dan takut.Kenapa Jongin jadi macam ni dan apa sebenarnya yang telah berlaku pada Yixing...

 

***

 

Lepas apa yang berlaku tempoh hari aku langsung tak nampak kelibat Jongin.Aku rasa bersyukur dan tenang buat seketika tapi aku tahu ketenangan ni tak akan bertahan lama.Bayangan Yixing masih bermain di fikiran aku,lepas kejadian tu Jongin menghantar aku pulang sehingga aku terlelap berselimutkan trauma.Esokkan hari dia sudah hilang tapi aku tahu dia sedang menguruskan mayat Yixing dalam diam.Aku tak nak tahu apa yang dia buat tapi aku berharap agar Yixing tidak membenci aku atas kecemburuan buta Jongin.Aku mengambil kesempatan untuk ponteng sekolah,setiap langkah yang aku ambil rasa tidak selamat,terasa diri ini sedang diperhatikan.

 

"Ye mama tak perlu la risau,Sarang sihat je.Kadang-kadang Jongin datang melawat.Okay,mama dengan papa jaga diri ye.Bai..Love you too" Punat merah ditekan untuk menamatkan panggilan.Mama dengan papa terpaksa stay dekat New York lebih lama kerana ada masalah,nampaknya cuti seminggu ni aku tinggal seorang je.Tapi betul ke seorang?Memang betul kadang-kadang Jongin datang melawat tapi itu semua berlaku sebelum perkara tragik ni berlaku.Biarkanlah lagiupun aku dengan dia dah tiada apa-apa.Alat kawalan jauh dicapai dan dihalakan ke arah Tv Plasma.

 

Seorang lelaki berumur dalam linkungan belasan tahun telah ditemui mati di dalam bath tube rumah mangsa.Pihak polis mensyaki kes ini sebagai kes bunuh diri kerana terdapat luka yang masih baru di pergelangan tangan mangsa dan terdapat pisau lipat di dalam bath tube tersebut.Pihak penyisatan telah menyisat untuk mencari cap jari di badan dan persekitaran mangsa dan nampaknya mangsa bersendirian ketika itu.Mangsa dikenali sebagai Zhang Yixing,berbangsa cina tetapi sudah lama menetap di korea.Polis juga menfailkan kes ini ditutup.Mayat mangsa akan dibawa ke hospital Seoul untuk dibedah siasat.Sekian berita 8 malam.

 

Alat kawalan jatuh ke lantai,aku meraup muka dengan kedua belah tapak tangan.Sebentar tadi baru sahaja disiarkan gambar Yixing.Rasa bersalah mula menyeludup masuk.Kalau aku tahu perangai sebenar Jongin pasti aku akan menolak dia dari awal tapi semuanya dah terlambat.Yixing tidak boleh dihidupkan kembali.Aku tak akan dapat lihat senyuman dia lagi,kalau masa boleh diputar kembali aku nak pergi ketika kami bersama,aku akan terima cinta dia dengan hati yang terbuka.Sedang fikiran merewang ke tempat lain tiba-tiba pintu depan diketuk.Aku tersentak dan teragak-agak sama ada untuk jawab atau biarkan.Ketukan yang tadinya perlahan jadi kuat cukup untuk robohkan pintu.Aku berlari ke atas dengan cemas,kaki aku tersadung dan jatuh tersembam.Walaupun lutut luka aku cuba gagahkan diri dan lari ke bilik.Pintu dikunci dari dalam.Setapak demi setapak aku berundur ke belakang.Bunyi ketukan beransur hilang.Sunyi sepi,hanya bunyi kipas sahaja kedengaran.Entah kenapa malam ni bunyi kenderaan tidak kedengaran.Kedengaran bunyi kaca pecah dari tingkat bawah bergema hingga ke bilik.

 

"Ada pencuri ke?Macam mana ni,telefon tertinggal dekat bawah."Lagi sekali sunyi sepi menyelubungi setiap ruang rumah.Aku dapat rasakan kadar degupan jantung makin laju dari yang biasa.

 

Tick Tick Tick Tick......

 

"EHMMMMMMMMMMMMMMM"

 

Aku bergelut cuba melepaskan diri dari 'Pencuri' yang entah dari mana munculnya dan sedang menutup mulut aku dari belakang.Penglihatan aku makin kabur akibat kain yang telah dibasahkan dengan sejenis bahan kimia yang menutupi hidung dan mulut.Walaupun kabur aku sempat mengecam wajah si penceroboh."Ka-kau..." 

 

"Sweet dream Cho Sarang..."

 

***

 

To:Jonginie

From:Sarang ♥

Saya dah tak tahan lagi dengan awak Jongin.Saya tak sangka perangai awak macam ni.Awak Psycho..Kau bunuh kawan baik aku  sendiri hanya disebabkan cemburu buta kau .Aku nak putus,lepas ni kita berdua dah tiada apa-apa lagi.Kau patut bersyukur yang aku tidak buat laporan polis.

 

Selepas menekan send aku terus mengeluarkan bateri dan sim card dari phone.Aku membenamkan kepala ke bantal dan menjerit sekuat hati.Entah kenapa tapi aku rasakan yang keputusan untuk putus dengan Jongin merupakan kesilapan yang paling besar yang pernah aku buat.Sepatutnya aku gembira kerana tiada apa-apa ikatan dengan dia tapi hati aku berasa tidak sedap.Aku cuba mengendahkan permainan hati.Album gambar dalam almari dikeluarkan.Setiap gambar polaroid diteliti dengan sayu.Date pertama,kami pergi ke EXO cafe dimana rakan baik dia berkerja,Oh Sehun.Kemudian kami menuju ke Lotte world.Itulah hari yang paling membahagiakan dalam hidup kami berdua.Masa brithday aku dia buat surprise yang aku takkan lupakan.Dalam dewan sekolah dia gantung bola disko dekat jaring bola keranjang,malam tu dia ajak semua members dia dan kami berseronok.Ianya sungguh sweet terutama sekali bila dia buat confession yang dia cintakan aku depan kawan-kawan dia.Tanpa aku sedari air mata mula bertakung,hanya menunggu masa untuk gugur sahaja.Dan itulah kali terakhir aku berinterkasi dengan manusia yang bernama Kim Jongin.

 

"Ini yang terbaik buat kita Jongin.."

 

 

Jongin yang baru sahaja habis menguruskan mayat Yixing menyeluk poket seluarnya dengan tangan yang berlumuran darah dan mengambil telefon bimbit..1 mesej diterima.Lepas dia habis baca sahaja,telefon dalam gengaman dilemparkan ke dinding sehingga berkecai."Tak guna.Berani kau minta putus dengan aku Sarang.Kau tunggu la nasib kau..".Mayat Yixing dalam Bath tube diperhatikan dengan pandangan penuh benci sambil tersenyum sinis."Kali ni kau takkan dapat selamatkan Kawan baik kau tu.Dia hak milik aku SELAMANYA.Sekarang bersemadi la kau dengan aman dalam bath tube ni." Jongin membersihkan tempat kejadian dan memastikan dia tidak tinggal satu petunjuk pun untuk pihak polis.Selesai sahaja semuanya kaki dia terus menuju ke tempat yang tak pernah orang jejak pada waktu malam.Angin dingin malam menyelubungi dia tapi semuanya langsung tidak memberi kesan pada Jongin.Nafas ditarik dan dilepaskan,wap air terhasil akibat cuaca malam yang terlampau sejuk.Langkah Jongin berhenti di hadapan batu yang tertulis..

KIM JONGIN

14 JAN 1994 - 4 JUN 2008

"SEORANG ANAK DAN ABANG YANG BAIK"

 

"Abang Jongin,Jongup akan menunaikan hajat abang yang tidak kesampaian.Tidak lama lagi Cho Sarang,wanita yang abang cintai akan bersama dengan abang di alam sana.Tapi sebelum tu benarkan Jongup seksa dia kerana dia yang telah menyebabkan abang menderita selama 3 tahun.Adik sayangkan abang,sebab tu adik buat semua ni.Lagi sikit je,dan semuanya akan berakhir."  Kim Jongup iaitu adik kembar kepada Kim Jongin hanya menatap batu nisan didepan dia,air mata yang selama ini dia tahan akhirnya tumpah ke tanah jua."Jongup rindukan abang.."

 

***

 

".....bangun..Sayang bangun la sayang."Tiada reaksi daripada aku.Jongin yang tadinya tersenyum manis bertukar pendirian."WOI PEREMPUAN BANGUN LA." Mata aku terbuka luas,aku tersedar akibat sepakan di tulang rusuk belah kiri.Ianya sungguh memeritkan."Huh bangun pun,ingatkan dah mati tadi." Muka aku berkerut,bola mata cuba menyesuaikan diri dengan keadaan yang gelap.'Aku dekat mana'.Itulah benda pertama yang aku fikir sebaik sahaja sedar.Kaki yang sebentar tadi berdiri sebelah aku terus berjalan ke depan dan melangkah badan aku seterusnya menyangkung di depan.Aku yang masih mamai tersentak bila rambut paras bahu digenggam dan ditarik dengan ganas.Aku hanya mampu mengerang kesakitan.Dia menarik rambut aku ke depan supaya kami dapat face to face.Dia tersenyum sinis."Hai sayang,rindukan Jongin tak.Opss lupa pula,Jongin tak boleh panggil sayang lagi.Kita kan dah putus kan Cho Sarang."

 

Aku cuba untuk memaling ke tepi tapi belum sempat Jongin menarik rambut aku untuk beri perhatian pada dia."Ahhhh" Jeritan di tekak kedengaran serak akibat tekak yang kering dan ketiadaan tenaga.Dia memegang dagu aku supaya memandang matanya yang penuh dengan kebencian dan 'DENDAM'.

 

"Jongin nak Sarang pandang Jongin seorang je,Susah sangat ke permintaa Jongin,setelah apa yang kita lalui bersama,sanggup sayang buat Jongie macam ni.Sayang tak kasihan dengan Jongin ke." Aku memerhatikan muka dia yang kini berubah pada kecewa dan sedih.Hati aku berasa pedih dan simpati tapi semuanya hilang bila dia tergelak bagai orang kurang siuman. "HAHAHAHAHA,JAWAB LA PEREMPUAN TAK GUNA."Tangan dia naik dan terus dihayun kan ke pipi aku dengan kuat.Aku dapat rasakan darah dari hujung mulut.Susah untuk aku menjangkakan emosi dia,sekejap sedih,gembira,takut,semuanya ada.

 

"Ke-kenapa kau buat semua ni.A-apa salah aku?" Dengan sisa tenaga yang ada aku gagahkan diri untuk bertanya.Rambut dalam genggaman dilepaskan.Dia bangun dan mundar mandir dalam bilik sambil tangan sibuk menyerabutkan rambut.

 

"Kau tak tahu ke memang BUAT-BUAT TAK TAHU HUH.Di sebabkan kau la abang aku mati.Di sebabkan kau la ibu bapa aku bunuh diri dan di sebabkan kau juga la aku jadi macam ni.Untuk pengetahuan kau dari awal lagi aku tak ada niat pun nak bercinta dengan kau,matlmat aku satu je iaitu bunuh dan tanam mayat kau sebelah kubur abang aku supaya korang dapat bersama.Abang aku cintakan kau sampai dia sanggup curi duit yang sepatutnya untuk pembedahan dia semata-mata untuk belikan kau rantai sempena date pertama korang,tapi kau..kau MEMANG TAK GUNA..."Dia menjerit dan memandang seperti dapat membaca dan menembusi jiwa aku.

 

"Aku tak faham.." Kepala aku bertemu dengan lantai bila dia menyepak badan aku.Dia mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawanya tadi.Sekali lagi kepala aku diangkat dari lantai,dia menarik rambut dan kemudian mencampak sesuatu ke muka aku.

 

"Kau buka benda tu sekarang.Aku nak kau baca dan ingat balik semuanya.SEKARANG." Tangan aku mencapai benda yang berbentuk seperti buku tapi lebih kecil.Buka dibuka dan aku terus menyelak muka surat pertama.

 

5 Feb 2007

Hai diary selamat berkenalan.Mulai hari ni aku akan namakan kau Inup,ianya gabungan JongIN dengan JongUP,dengan adanya kau,aku akan luahkan dan catatkan segala yang berlaku dalam dan luar diri aku.Hari ni harijadi aku yang ke-14,adik aku Jongup bagi aku sebuah diary iaitu kau.Dia bagi aku ni sebab aku ni pelupa sangat ,Dia baikkan.Ok la sampai sini je,esok kita sambung berborak lagi.Baii ♥

 

Aku menyelak lagi,muka surat depan kebanyakannya bercerita tentang keluarga dia.Tangan aku berhenti menyelak bila aku ternampak gambar aku ketika berumur 14.Aku perhatikan muka surat tersebut,pemilik diary ni melukis gambar heart di keliling gambar aku.Siapa dia ni,macam mana dia boleh ada gambar aku."Kau termenung apa tu.BACA LA" Dia menyergah aku.Perhatian aku kembali pada buku kecil tu.

 

26 Aug 2008

INUP 2X AKU NAK BERITAHU SESUATU NI.Hari ni kan aku beranikan diri untuk luahkan perasaan aku pada Cho Sarang.Ala budak perempuan yang aku selalu ceritakan dekat Inup tu.Pada mulanya memang la Jongin gabra,takut dia tak terima tapi bila Jongin beritahu yang Jongin dah lama sukakan dia,Inup tahu dia jawab apa.Dia pun dah lama Sukakan Jongin.KYAAAAA >///<.Jadi sekarang dia dah jadi gf Jongie.Inup jangan beritahu sesiapa tau,Jongup pun jangan.Jongie dengar yang birthday dia minggu depan.Inup rasa apa yang sesuai.Hmmmm?Nanti-nanti la Jongie fikir.Sekarang Jongie nak masuk tidur,nak mimpi indah-indah tentang Sarang.Nite Inup.Ni rahsia kita tau.Muaah ♥

 

"Ke-kenapa nama dia Jongin.Bukan kau ke Jongin?" Aku hairan dan menanyakan pada 'Jongin' yang tengah sandar dekat dinding.Aku berasa hairan,kenapa aku rasa macam perkara dalam diary ni pernah berlaku.

 

"Kau baca sampai habis.Baru kau tahu kebenaran yang sebenar.." aku hanya menurut.Aku membelek hingga muka surat terakhir.Muka surat kali ni tiada tarikh

 

Inup,walaupun aku sedih aku masih perlu untuk beritahu kau ni.Kau ingatkan Cho Sarang yang aku beritahu sebelum ni.Hari ni harijadi dia jadi aku belikan dia seutas rantai emas,disebabkan tak cukup duit,aku curi duit mama yang sepatutnya digunakan untuk pembedahan jantung aku hari jumaat nanti.Aku nak beritahu dia tentang pembedahan aku hari tapi bila aku tiba je dekar rumah dia kau tahu tak apa yang aku nampak.aku nampak dia berpelukan dengan seorang lelaki,aku kenal lelaki tu,dia senior aku dekat dance club,nama dia Zhang Yixing.Aku rasa macam nak mati je time tu tapi aku tahu masa aku akan tiba tak lama lagi.Aku dapat rasakan,rantai ni aku akan letak dalam bilik mama dengan papa supaya mereka tak perasan.Aku rasa terseksa sangat.Tak kira apa pun aku sangat mencintai dia.Aku harap dapat bersama dengan dia sampai bila-bila,Kalau boleh dalam kubur pun aku nak bersama dengan dia.Inup aku rasa ni la kali terakhir aku gunakan kau.Terima kasih sebab sudi menemani aku dalam senang dan susah.Selamat tinggal.

The End

 

"Kau dah ingat sekarang,ke kau nak aku pecahkan kepala kau sampai amnesia kau tu hilang.Aku terpaksa tengok abang aku mati dalam dakapan aku sendiri.Disebabkan dia tak nak mak dengan ayah tahu dia bagi aku diary ni.Lepas abang tinggalkan kitorang mak dengan ayah jadi tak keruan sebab abang ialah anak kesayangan diorang,walaupun kitorang kembar abang Jongin lagi bagus daripada aku.Betul tu nama aku bukan Kim Jongin.Nama aku Kim Jongup,aku la orang yang akan tamatkan riwayat kau tapi sebelum tu aku akan seksa kau demi membalas dendam terhadap apa yang telah kau lakukan." Aku kaku,otak aku ligat mengingati peristiwa tersebut.

 

***

 

Dari jauh aku boleh nampak seorang lelaki tengah menyorok dekat belakang pokok,aku tergelak sendirian.Aku menghampiri dia dan mencuit bahu dia."Hai kenapa awak menyorok ni?" Dia yang sedar kehadiran aku pun berkata tetapi tergagap-gagap.

 

"Sa-saya nak jum-jumpa d-dengan awak.Saya nak beritahu a-awak sesuatu.A-awak ada masa tak?" Aku mengangguk.Kemudian dia luahkan semuanya pada aku.Aku hanya tersenyum.

 

"Saya pun dah lama sukakan awak.Awak selalu berkerja keras,awak pintar,semua orang sukakan awak termasuk saya." Muka dia tiba-tiba merah menyala,belum sempat aku sambung dia melarikan diri.Beberapa minit kemudian Yixing datang sambil bawa dua aiskrim perisa vanila dengan coklat.

 

"Siapa tu Sarang,dari jauh saya nampak awak berborak dengan dia." Yixing menjilat aiskrim vanilla yang hampir cair.

 

"Oh yang tu Kim Jongin,dia kata dia sukakan saya.Saya pun cakap la yang saya pun sukakan dia,siapa yang tak minat dengan dia Yixing oiiii~,dah la pandai,hebat dalam sukan pulak tu,"Yixing yang dengar menjuih bibir ke depan.

 

"Habis saya ni macam mana.Awak tak sukakan saya ke?" Aku tergelak dan memukul lengan Yixing yang berotot tu.

 

"Ish saya sukakan dia sebagai orang yang saya kagumi je la tak lebih dari tu,Awak tahukan yang saya tak berminat hal couple-couple ni,Mesti la saya sukakan awak wahai Yixing,awakkan kawan baik saya.Dah jomlah balik,hari dah nak gelap ni."

 

 

***

 

"Jongin maksud aku Jongup,aku tak pernah sukakan abang kau Jongin,aku anggap dia sebagai seseorang yang aku kagumi,memang betul aku cakap aku sukakan dia tapi itu semua suka antara kawan je,tak lebih dari tu.Tolonglah jangan buat macam ni." Aku cuba menerangkan semua salah faham ni pada Jongup.Dia pandang aku dengan muka tak percaya.

 

"Kalau betul pun semuanya dah terlambat.Untuk pengetahuan kau aku sepatutnya main-main dengan cinta buta kau tu tapi makin lama aku kenal kau hati aku makin kuat untuk bersama dengan kau.Pada mulanya aku ingatkan nak lupakan pasal dendam bodoh ni sebab aku dah mula sukakan kau tapi bila aku dapat tahu kau bersama dengan Yixing.Hati aku sakit,rupanya ni la perasaan abang bila kau curang dengan dia." Nama Yixing ditekan."Benda dah jadi pun,aku akan lunaskan janji abang untuk bersama dengan kau sampai bila-bila.Tapi sebelum tu aku akan nikmati saat aku bersama dengan kau.Jadi bersedia la Sayang."

 

***

 

 

Peluh didahi dikesat dengan belakang tapak tangan.Cangkul dilepaskan jatuh ke tanah.Hujan mula membasahi permukaan bumi.Bulan dan bintang tidak kelihatan.Aku memandang tanah yang masih baru ditimbus.Satu senyuman ku lemparkan tapi bukan senyuman sinis tetapi senyuman selamat tinggal.Baju berwarna peach yang sudah koyak ku hidu.Aku takkan lupakan bau ni.Dialah kenangan indah aku,walaupun sekejap tapi semuanya manis.

 

"Abang maafkan Jongup kerana mencintai wanita yang abang cintai tapi semuanya dah berakhir,adik dah pulangkan Sarang ke sisi abang.Jadi abang bersemadi la dengan aman dan Sarang aku betul-betul maksudkan yang aku cintakan kau.Betul lah kata orang,pasangan kembar selalu sukakan benda yang sama.Dan kita berdua telah jatuh ke tangan Cho sarang.Selamat tinggal abang,mulai hari ni Jongup takkan melawat abang lagi dan mulai hari ni manusia yang bernama Kim Jongup tidak wujud.Sekarang nama adik Kai.."

 

Aku turun dari tanah perkuburan dan berjalan untuk balik ke rumah tapi disebabkan hujan yang lebat aku terpaksa berteduh bawah perhentian bas.Terdapat seorang perempuan lebih kurang sebaya aku memandang aku atas bawah,mungkin sebab baju aku yang penuh dengan darah Sarang,muka dia kelihatan ketakutan.Aku menjeling ke arah dia dan melemparkan senyuman sinis yang tajam.

 

 

 

 

 

"Kenapa awak TAKUT?"

 

 

 

 

 

 

 

*YOHOOOOO siap jugak akhirnya,saya tahu cerita ni mengconfiuskan.saya sendiri sebagai penulis pun confius.Jadi terima kasih kerana sudi membaca.Jangan lupa KOMEN dan UPVOTE dan SUBSCRIBE

SARANGHAE ♥

 

 

SEQUEL:http://www.asianfanfics.com/story/view/797937/please-smile-for-me-angst-malay-sequel-jongup-jongin

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
babychanwoo
#1
Chapter 1: Daebaaajkkk
bittersweet4u
#2
Chapter 1: Daebak! Woh! Daebak gila!
Mmg best lah citer ni.. dan sgt2 menakutkan..
Misteri dia..
Pandai betul awk buat cerita.. thumb up!
choitaejun_96
#3
Chapter 1: Woo menakutkan... harap2 adik.kembar sy tak jadi mcm jongup tu sudahlah wuuu
ZinDoyc
#4
Chapter 1: seram siot, ketar satu badan. sangup Jongup bunuh Sarang sebab Jongin...
Apapun citer nie mmg terbaik la.
songsyerine #5
Chapter 2: This is the best story that I have read... You are so intelligentgirls... I proud of u... Daebakkk
tyra-99
#6
Chapter 2: wow.. hebatlh cerita awak. saya suka. tpi dlm masa yg sama saya takut bila saya baca part dia main darah tu. err seram.
Hundotlove
#7
Chapter 3: Yeah ada sequel
lissahara9
#8
Chapter 2: wah! cerita awak memang best..
Ingatkan kai yg bunuh lay rupanya jongup.. :-)
Baby_Lolly #9
Chapter 2: Wow... Story awak memang best! Lain dari yang lain, i like it (;
Hundotlove
#10
Chapter 2: Wow style penulisan awak daebak walaupun ada sedikit typo tapi saya tetap suka. Tak sangka Jongup sanggup jadi sebegitu untul abang dia, memang psycho betul Jongup.