Everyting about you is sweet till....

Kenapa awak TAKUT?

 

 

Alangkah hebatnya kalau masa boleh diputar kembali,

Alangkah bijaknya kalau aku menolak luahan hati dia,

Alangkah seronoknya kalau aku tak pernah berjumpa dengan dia,

Dan yang paling penting,

Alangkah bagusnya kalau kami tak pernah bersama.

 

 

Di suatu sudut dalam bilik yang gelap dan usang kelihatan sekujur tubuh seakan-akan patung sedang duduk tapi bila di dekati dan di perhatikan sesiapa sahaja dapat mengagak yang ianya manusia.Kedengaran seperti seseorang sedang cuba untuk menarik nafas dalam-dalam tetapi udara yang masuk dari lubang-lubang kecil dinding yang retak amat sedikit dan ini mengakibatkan kepedihan dan kesesakan nafas dalam paru-paru.Mata yang berair dibiarkan mengalir di pipi dengan deras.Rambut yang sebelumnya panjang ikal mayang telah dipendekkan,baju yang elok dan cantik dikoyakkan dengan kasar,pipi yang gebu kemerah-merahan kini dihias dengan lebam dan parut.

 

Dia sendiri tak pasti dah berapa lama dia dikurung dalam bilik yang gelap dan berbau tu.Apa yang dia tahu setiap hari akan ada seorang lelaki yang datang dan 'bermain' dengan dia.Tangan dan kaki dia langsung tidak diikat mahupun digari tetapi leher dia dirantai dan diperlakukan seperti haiwan.Banyak kali dia cuba untuk melarikan diri tapi keputusannya tetap sama.Sedang dia termenung jauh tiba-tiba pintu terbuka luas,cahaya yang datang dari luar menyilaukan mata dia yang dah biasa dengan kegelapan.Bunyi tapak kaki semakin hampir,ketawa yang sekejapnya lembut bertukar pada kemarahan.Dia dapat rasakan air mata mengalir lagi bila rambut digenggam dan ditarik dengan ganas,tak lama kemudian pedih di kepala digantikan dengan belaian lembut di pipi.Dia mengigiil ketakutan bila lelaki itu dengan rakus mencumbu bibir pucat miliknya.

 

"Sayang~Rindukan Jongin tak.."

 

***

 

Setiap hari berlalu seperti biasa tapi entah kenapa hari ni terasa istimewa.mungkin juga sebab ada seseorang letak surat cinta bawah meja dia.Pada awalnya Sarang ingatkan ada orang tersalah letak tapi bila dia baca...

 

My Love,

Cho Sarang ♥

 

Muka yang tadinya putih serta merta bertukar jadi merah,kawan sekeliling menyakat nakal.Sarang tersengih bila memikirkan balik isi kandungan tu.Sampul surat berwarna merah jambu lembut dipegang.Nilah pertama kali dalam hidup dia ada orang bagi surat cinta,dia sedar diri dia tak cantik mana,belajar pun cukup-cukup makan je.Sungguh tidak disangka.Laju kaki Sarang mengatur langkah ke arah taman permainan terdekat.Serangkap baris ayat dalam surat tu mengatakan yang 'Si Dia' hendak berjumpa dengan sarang face to face dekat sana lepas habis sekolah.Sarang rasa teruja dan nervous pada waktu yang sama.Teruja untuk tahu siapakah gerangan tersebut,nervous sebab takut pemilik surat tu pelajar gemuk dan ert dekat sekolah.Setibanya disana Sarang memandang sekeliling,tiada sesiapa pun yang pakai baju sekolah sama dengan dia.Dia hanya mencebik dan terus pergi ke arah buaian.Ingatkan nak duduk je tapi makin lama diayun makin seronok pula.Ayunan Sarang terhenti bila didepan dia berdirinya seorang jejaka handsome tahap eternity.Mata Sarang macam nak terpacul keluar.

 

"Takkan dia kut?Lelaki ni handsome sangat?" Fikir Sarang.Seperti dapat baca riak muka Sarang lelaki tu menguntum senyuman gila manis.

 

"Ye saya la orang yang bagi surat tu." Sarang rasakan diri dia macam heroin dalam filem cinta.Muzik balada dimainkan,keadaan persekitaran dia semua terhenti,keliling lelaki tu ditumbuhi bunga mawar warna merah menyala.Terkebil-kebil mata Sarang.Lelaki tu ketawa,merdu sungguh suara dia.

 

"Nama Saya Kim Jongin.Saya sama form dengan awak tapi mungkin awak tak kenal sebab saya jarang datang sekolah." Sarang hanya tersenyum malu.Entah kenapa tiba-tiba pulak dia jadi bisu.

 

"Ke-kenapa awak suka saya..?"Sarang mengutuk diri sendiri.macam mana leh jadi gagap ni.

 

"Entah saya pun tak tahu.Tapi bila pertama kali saya nampak awak hati saya terus berdegup kencang.Time perhimpunan,mata saya mesti tercari-cari kelibat awak walaupun dikelilingi beratus pelajar.Kawan saya semua suruh saya luahkan perasaan dekat awak terutama si budak pelat tu.Disebabkan saya tak berani nak bertentang mata dengan awak,saya buat keputusan untuk tulis surat.Mesti awak ingat saya kuno kan.Main surat bagai.." Jongin garu kepala yang tak gatal.

 

"Eh-ehh saya tak rasa pun awak kuno.Saya rasa cara awak cute.." Jongin tersengih malu.Suasana jadi awkward balik.

 

"Jadi-" Belum sempat Sarang cakap.

 

"Saya dah lama sukakan awak.Sudi tak awak jadi teman wanita saya?"

 

***

 

Hari ni masuk bulan ke-3 kami bersama.Sarang tak pernah rasa bahagia macam ni.Kini dia tahu banyak tentang teman lelaki dia tu.Jongin suka menari dan bercita-cita tinggi untuk jadi seorang penari profesional,kawan Jongin dikenali sebagai EXO.Jongin amat meminati coklat tapi dia berhenti serta merta bila sahabat baik dia Sehun kata sebab coklat la kulit Jongin gelap.Semuanya indah sampai la hari tu tiba...

 

"Ouch..Adehhhh.Sakitnya.."Pisau dalam pegangan diletakkan ke tepi.Baru potong sayur belum sembelih ayam lagi.Jongin yang berada di ruang tamu terus bergegas ke sisi aku.

 

"Awak kenapa ni?La macam mana boleh jadi macam ni.." Jongin pegang jari telunjuk aku.

 

"Saya tak perasan tadi.Awak tolong ambilkan kotak kecemasan dekat atas kabinet tu...Awak?" Aku pelik melihat Jongin yang tak bergerak dari tadi.Dia hanya memerhatikan darah yang mengalir dari jari ku. "Jongin?" Tiba-tiba dia tersenyum tapi entah kenapa aku dapat rasakan senyuman dia lain dari yang lain.

 

"Cantik" Satu perkataan tu membuatkan bulu roma aku meremang.Apa yang cantiknya ,aku sendiri pun tak faham.Takkan darah pun cantik.Aku rasa dahi dia dengan menggunakan tangan lagi satu.Tak panas.Aku cuba menarik jari dari pegangan dia tapi bila aku cuba tarik je dia menjeling ke arah aku seolah-olah memberi amaran 'Duduk diam-diam'.Aku terpaksa membiarkan dia.Beberapa minit kemudian darah yang tadinya mengalir mula berhenti.Muka Jongin kelihatan kecewa,aku masih tertanya-tanya.Jongin melepaskan jari aku dan terus pergi ke ruang tamu menyambung tontonan di TV yang tergendala tadi.Kali ni aku betul-betul bingung,macam tu je dia pergi.Bukan nak tolong rawat ke apa ke.Aku mendengus keras.Cepat-cepat aku bersihkan luka takut dijangkiti kuman.

 

Malam tu Jongin makan malam di rumah aku,katanya parent dia tak ada.Mama dengan papa pun izinkan sebab diorang kenal dan tahu yang Jongin ni bf aku.Entah kenapa dinner yang sepatutnya penuh dengan gelak tawa dan gurau senda dari dia bertukar jadi dingin dan janggal."Awak nak tambah lagi?" Aku cuba mulakan perbualan dengan dia.

 

Jawapan yang diberikan biasa saja tapi nada dia yang buat aku takut."Tak,dah kenyang." Aku hanya mengangguk.Dia meninggalkan meja makan dan terus mencapai beg sekolah.Tanpa mengucapkan selamat malam dia terus keluar dari rumah.Perubahan mood Jongin secara tiba-tiba membuatkan aku keliru.Aku ada buat salah ke?Pelbagai pertanyaan bermain di minda.Aku cuba untuk tak fikirkan sangat dan tanya dia dekat sekolah esok.

 

***

 

"AWAAAAAAK~" Aku berpaling kebelakang,kelihatan Jongin sedang lari sambil lambai ke arah aku.Aku hanya tersenyum,dia lagi elok tersenyum daripada murung macam semalam."Selamat pagi awak" Dia menyapa lagi sekali,aku hanya mengeleng.Kenapa la dia comel sangat.Tiba-tiba aku dapat rasakan tangan dia menyelit ke tangan aku.Dia bersiul sambil memandang ke arah lain,konon nak buat tak tahu.Aku mengengam tangan dia,dia tersengih.

 

Hari tu Cikgu Himchan dah janji nak buat eksperimen bedah katak.Kelas aku dengan kelas Jongin digabungkan.Jongin yang berjalan seiring dengan aku untuk ke makmal terloncat-loncat tak reti duduk diam.Nampak sangat dia excited tapi untuk aku pula,aku memang tak berani terutama sekali berkenaan dengan organ dalaman.Cikgu Himchan benarkan kami buat kumpulan dengan kelas lain dan semestinya aku dengan Jongin sekumpulan,selain tu Ricky dan Jiyeon turut serta kumpulan kitorang.

 

"Jongin sabarla,Cikgu belum habis bagi keterangan lagi.." Aku menghalang tangan Jongin yang dah memegang pisau bedah.Seperti semalam,dia melemparkan jelingan tapi kali ni kelihatan lebih gelap.

 

"Saya tahu apa yang saya buat,awak ketepi" Aku kembali diam.Aku pandang ke depan untuk dengar keterangan yang cikgu berikan tapi dari anak mata aku dapat lihat Jongin memegang kepala katak tersebut tanpa rasa geli.

 

"Okay,semua fahamkan.Jadi kamu semua boleh mulakan sekarang.Kalau ada apa-apa yang tak faham panggil saya.Nanti saya pergi dekat kumpulan kamu." Aku alihkan perhatian ke kumpulan kitorang.Muka Ricky dengan Jiyeon dah bertukar,aku pandang ke arah mata mereka berhenti.Mulut ke ditekup rapat,bau darah merah menusuk rongga hidung ku.Jongin menikam perut katak tersebut tanpa belas kasihan,darah memancut keluar.Jongin ketawa bila katak tu nyawa-nyawa ikan.

 

"Hahahaha Awak cuba tengok ni,katak ni menggigil kesejukan." Jiyeon terus lari keluar dari kelas,Ricky masih setia dengan kitorang tapi dia berpaling kebelakang."Kenapa kau tak mati-mati ni.MATI LA KATAK" Pisau yang terbenam dalam perut katak ditarik dan ditusuk berulang kali.Akhirnya riwayat katak tu tamat di tangan Jongin.Beberapa organ dalaman terkeluar seperti usus dan jantung.Muka jongin berkerut."Ala dah mati ke.Boringnya~" Dia mengambil katak yang masih hidup dari aquarium mini yang menempatkan berekor-ekor katak.

 

"Awak nak buat apa lagi ni?" Soal aku.Dia baru je 'bedah' katak.Takkan la dia nak buat lagi.Bangkai katak atas meja ditolak ke tepi dan digantikkan dengan katak yang baru diambil.Jongin tak mempedulikan pertanyaan aku,baru je dia nak bedah lagi loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan dah tamat.Aku menghembus nafas lega,Jongin mendengus keras kerana tak dapat sambung permainan doktor dia.Cikgu meminta sukarelawan untuk membersihkan katak-katak yang dah jadi bangkai.Tiba-tiba Jongin dengan sukarelanya mengangkat tangan.Hati aku rasa tak sedap.

 

Aku pulang ke kelas untuk ambil beg dan pergi ke kelas Jongin untuk ambil beg milik dia.Langkah yang diatur terasa berat.Otw ke makmal aku bertembung dengan Cikgu Himchan."Eh cikgu dah habis bersihkan ke?"Tanya aku.

 

"Jongin kata dia boleh buat sendiri tanpa pertolongan saya.Lagipun lepas ni saya ada meeting.Tu beg Jongin ke?Pergi la,dia ada kat makmal lagi rasanya" Aku mengucapkan terima kasih dan terus berlari ke arah blok makmal.Hati aku kembali rasa tak sedap,kenapa dia beriya-iya sangat nak tolong.Setibanya disana langkah diperlahankan.Entah kenapa aku rasa takut nak masuk.

 

"Aw-awak.." Aku menjenguk ke dalam.Beg Jongin dalam gengaman terlepas. Pemandangan di depan sungguh mengerikan.Darah di merata tempat,dinding,lantai dan JONGIN.Dinding dicat dengan darah dan lantai turut berubah kepada lautan merah yang berbau hanyir.Seluruh badan dia dibasahi dengan darah,pisau dalam pegangan,senyuman sinis tak lekang dari bibir walau seinci.Aku cuba memanggil lagi sekali tapi nampaknya dia dalam dunia dia sendiri.Dunia yang takkan aku jejak.

 

Aku hanya mampu menyaksikan kekejaman Jongin membunuh berpuluh puluh katak dari jauh,setelah tidak dapat menahan lagi aku membuat keputusan untuk tinggalkan beg dia di luar pintu makmal dan beransur pulang.Setiap langkah yang diambil terasa berat.Penglihatan aku berpinar-pinar akibat bau darah yang melekat dekat baju sekolah.Akhirnya aku rebah ke tanah dan benda terakhir aku dengar ialah...

 

"AIIIII..."

 

***

 

Kepala dan mata terasa berat untuk diangkat mahupun dibuka.Bahagian dahi terasa sejuk yang menenagkan.Kemudian rasa sejuk didahi hilang dan kedengaran bunyi perahan air.Walaupun masih pening aku memaksa mata untuk buka,pada mulanya penglihatan aku sangat kabur tapi bila sudah dapat menyesuaikan mata aku dapat melihat seorang manusia yang membuatkan aku terkejut.Dia yang perasan kesedaran aku hanya menguntum senyuman manis yang menampakkan lesung pipit."Yi-yixing.."

 

Dia mengangguk dan letakkan semula benda sejuk yang sebenarnya tuala basah di dahi aku dengan lembut.Entah kenapa aku rasa yang mata aku berair,mungkin sebab keperitan di kepala."Ai jangan cakap.awak sakit ni.."Dia kata dengan muka garang yang tak jadi.Aku tergelak dengan gelagat dia yang selalu mencuit hati.

 

"Saya rindukan awak Yixing.Mana awak menghilang selama ni?" Aku tak mengendahkan arahan dia yang suruh aku berehat.Perlahan-lahan aku menolak diri untuk menyandar di kepala katil.Dia hanya mengeleng tapi tetap menolong aku supaya selesa.

 

"Saya tak pergi mana-mana .Sebenarnya dah lama saya balik kesini,saya pun dah berpindah ke sekolah awak.." Aku terkejut.Jadi kenapa aku tak pernah nampak kelibat dia.Bagai dapat membaca air muka aku dia menjawab."Saya terpaksa ulang tingkatan sebab bahasa korea saya teruk sangat.Sebab tu awak tak pernah nampak saya,tapi saya selalu perasan awak.Perangai cuai awak tu pun tak berubah lagi.Dari jauh saya boleh nampak awak tergelincir.." Dia cuba menahan ketawa tapi akhirnya meletus juga.Muka aku terus jadi merah.

 

"Ish saya ingatkan tak ada siapa nampak,awak pun satu bukan nak tolong saya.."Aku mencebik merajuk.Dia mencuit pipi aku yang dah kembang.Tiba-tiba ketawa dia pudar,muka yang tadinya ceria menjadi sedih dan kecewa."Yixing kenapa?"

 

"Betul ke awak sekarang bersama dengan Kim Jongin?" Aku terdiam.Dia memandang aku meminta penjelasan dan kebenaran.Dengan hati yang lemah aku mengangguk tanpa bersuara.Dia mengeluh lemah.Aku hanya tunduk memandang ke bawah.kemudian Yixing mengengam kedua belah tangan aku dan mengusap lembut,dia pandang betul-betul ke dalam anak mata aku."Ai,awak tahukan yang saya masih sayangkan awak?6 tahun saya pergi ke jepun dan berharap dapat melupakan awak tapi semuanya mustahil.Awak la segala galanya untuk saya." Aku menarik tangan dari gengaman Yixing dengan lembut.satu seyuman lemah terukir di bibir aku.

 

"Awak tahukan yang saya tak boleh anggap awak lebih dari kawan baik.Kita dah kenal lebih 10 tahun.Saya tak nak persahabatan kita musnah,lagipun seperti yang awak tahu saya bersama dengan Jongin.Tolong jangan buat saya macam ni.."Dia tenung ke arah aku kemudian mengangguk."Terima kasih Yixing"

 

"Saya setuju tak bermakna saya akan biarkan awak dengan dia.Kalau dia apa-apakan awak saya lah orang pertama yang akan perasan dan ambil awak dari dia.Kalau awak perlukan apa-apa datang je jumpa saya.Kita masih kawan baikkan?"Dia teragak-agak menanya.Aku tersengih dan berikan pelukan persahabatan pada dia dan buat seketika aku lupa habis tentang dunia luar,tentang Jongin.

 

Lepas melepaskan rindu dengan Yixing dan badan aku makin pulih,dia hantar aku pulang ke rumah kerana matahari dah terbenam dan sang bintang dan bulan sedang bekerja.Dalam perjalanan kami hanya berbual-bual kosong,imbas kembali kenangan silam.Kami jalan sambil berpegangan tangan seperti pasangan kekasih kerana rindu yang teramat."Saya jumpa awak dekat sekolah esok ye.Thanks sebab hantarkan,buat susah awak je."

 

"Ish tak ada apa la,dah jadi tanggungjawab sebagai guardian awak.Esok saya ambil awak dekat rumah tau jangan lambat.BAII" Belum sempat aku jawab dia dah lari sambil melambai tangan dan tanpa aku sedari ada sepasang mata tengah memerhatikan gerak geri kami dari jarak yang betul-betul dekat.Aku membuka pintu kerana mama dan papa ke luar negeri.Masuk sahaja ke dalam aku mengatur langkah menaiki tangga dan menuju ke bilik ku syurga ku.Sempat aku humming lagu twinkle twinkle little star.Pintu bilik ditutup dan suis lampu dipetik.Jantung aku macam nak gugur bila satu susuk tubuh milik seseorang yang amat aku kenali duduk di birai katil dengan pandangan mata yang tajam dan gelap.

 

"Seronok ke dating sayang..?"

 

***

 

Bunyi Loceng yang membingitkan memaksa aku sedar dan bangun dari tidur.Muka aku berkerut bila lengan dan kaki aku terasa pedih dan perit.Sendi-sendi juga sakit,perlahan-lahan aku mengatur langkah ke bilir air.Aku menyentuh lengan dan leher aku yang kini meninggalkan kesan yang berwarna ungu di depan cermin.Di bahagian leher terdapat kesan cekikan,lengan dan badan seperti kena bantai dengan tali pinggang.Memori hitam yang berlaku malam tadi bermain semula dalam kotak fikiran aku.Aku bersyukur tiada kesan di muka kalau tidak habis aku kena soal jawab dengan Yixing.Seperti pagi biasa aku bersiap tapi kali ni dengan kelajuan yang lebih perlahan.Untuk menutup kesan di leher aku memaki skarf panjang dan lilitkan di leher.Lengan ditutup dengan baju lengan panjang manakala kaki pula dengan stockin panjang warna hitam.Pagi ni aku terpaksa memakai makeup untuk menutup sembam di bawah mata.Tengah last touch up tiba-tiba loceng rumah berbunyi,beg sekolah dicapai,takut buat yixing tunggu lama aku ambil keputusan untunk skip sarapan.

 

"Selamat pagi Yix-" Muka yang diharapkan tidak mucncul dan muka yang aku tak nak jumpa datang berdiri di depan pintu rumah aku dengan senyuman penuh makna.

 

"Awak ada nantikan sesiapa ke sayang?" Aku mengeleng laju.Dia menarik tangan aku dengan kasar dan terus berjalan ke arah sekolah.Walaupun dia tahu aku tengah sakit dia buat tak peduli je.Apa dah jadi dengan awak Jongin paling penting mana Yixing.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
babychanwoo
#1
Chapter 1: Daebaaajkkk
bittersweet4u
#2
Chapter 1: Daebak! Woh! Daebak gila!
Mmg best lah citer ni.. dan sgt2 menakutkan..
Misteri dia..
Pandai betul awk buat cerita.. thumb up!
choitaejun_96
#3
Chapter 1: Woo menakutkan... harap2 adik.kembar sy tak jadi mcm jongup tu sudahlah wuuu
ZinDoyc
#4
Chapter 1: seram siot, ketar satu badan. sangup Jongup bunuh Sarang sebab Jongin...
Apapun citer nie mmg terbaik la.
songsyerine #5
Chapter 2: This is the best story that I have read... You are so intelligentgirls... I proud of u... Daebakkk
tyra-99
#6
Chapter 2: wow.. hebatlh cerita awak. saya suka. tpi dlm masa yg sama saya takut bila saya baca part dia main darah tu. err seram.
Hundotlove
#7
Chapter 3: Yeah ada sequel
lissahara9
#8
Chapter 2: wah! cerita awak memang best..
Ingatkan kai yg bunuh lay rupanya jongup.. :-)
Baby_Lolly #9
Chapter 2: Wow... Story awak memang best! Lain dari yang lain, i like it (;
Hundotlove
#10
Chapter 2: Wow style penulisan awak daebak walaupun ada sedikit typo tapi saya tetap suka. Tak sangka Jongup sanggup jadi sebegitu untul abang dia, memang psycho betul Jongup.