chap1

A playboy student and A Teacher? [NOVEL]
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Selamat datang ke sekolah kami. Harap awak dapat memberikan kerjasama yang baik untuk prestasi sekolah ini.” Ujar Puan Hera, pengetua sekolah sambil tersenyum lalu berjabat tangan dengan Yuri. Yuri membalas huluran tangan Puan Hera sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Wow, perasaan ini sungguh hebat! Yuri berbisik sendiri. Masakan tidak! Impiannya untuk menjadi guru akhirnya tercapai setelah sudah hampir lamanya menjadi penganggur terhormat di rumah.

Yuri memerhatikan ruang lobi sekolah tempat mengajarnya itu. Ruangnya yang luas, cantik dan moden juga, maklumlah sekolah swasta. Yuri berjalan perlahan di sekiling sekolah sambil matanya asyik sekali memerhatikan papan kenyataan yang ada di setiap dinding yang dilaluinya. Pelbagai maklumat info yang berguna yang diletakkan di situ. Memang tidak hairanlah, jikalau sekolah itu disenaraikan sebagai sekolah ‘Top 10’ dimana pelajar-pelajar pandai ‘dilahirkan’ di situ.

Langkahnya dihentikan di hadapan pintu sebuah bilik yang dipenuhi pelbagai corak lukisan berwarna-warni. Cantiknya… Terpegun melihat lukisan yang bercorakkan bunga berwarna merah di sebelah pintu itu. Tidak dipastikan apa nama Bunga tersebut. Lantas dia membuka zip beg tangannya lalu diselukkan tangannya ke dalam beg tangan berjenama Bum itu. Dikeluarkan telefonnya dengan tangan kirinya sambil tangan kanannya menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi ditolak ke tepi. Hehe, ambil gambarlah letak  dekat ingstagram! Ya, itulah tabiatnya yang tidak mungkin diubah atau memang tidak akan diubah sama sekali. Yuri meletakkan pipinya ke dinding sambil telefonnya diangkat tinggi dari kepalanya bersedia untuk mengambil gambar. Yuri tidak sedar yang dirinya diperhatikan oleh dua orang pelajar yang sedang memandangnya pelik.

Klik!

Ditatapnya gambar yang baru diambilnya sambil tersenyum. Yuri terdengar suara seseorang lantas dia menoleh ke arah dua orang gadis yang memandangnya sambil tertawa kecil.Pasti pelajar sekolah ini jika dilihat dari segi uniformnya. Ish, kenapa diorang ketawakan aku macam itu. Apa tak pernah nampak orang ambil gambar ke? Yuri berbisik sendiri. Dia cuba menguntumkan senyuman kepada dua orang pelajar itu.

“Kenapa ambil gambar depan tandas?”

Yuri tergamam mendengarnya lantas dipalingkan wajahnya ke arah pintu di sebelah dinding bercorak itu. Gulp! Serta-merta wajah Yuri merona merah dan merasakan panas berbahang di pipinya. Dua orang pelajar tersebut berlalu meninggalkannya namun masih lagi kedengaran tawa mereka mungkin atau memang ditujukan kepadanya. Yuri memusingkan lalu mendekatkan dirinya di depan dinding tandas seraya mukanya ditekup sendiri. Malunya.

“Hoi, macam mana dengan sekolah baru kau? Okey tak?”

Yuri sedang menonton TV lantas mengalihkan pandangannya ke arah rakan serumahnya. Suzy atau nama sebenarnya Bae Suzy sedang memandangnya meminta jawapan daripadanya sambil mengunyah Twisties di mulutnya. Uh, jangan ditanyalah dan tak payah tahu atau diriku akan dijadikan bahan lawaknya. Bisik hati kecil Yuri. Dia menonton semula TV dengan bibirnya yang dimuncungkan. Ya, moodnya sudah diganggu tentang peristiwa di sekolah pagi tadi. Mengapalah tidak dibacanya papan tanda yang sudah ada pada muka pintu tersebut. Yuri mengetap bibirnya seraya kepalanya dijadikan ‘kompang’ kerana malu dengan kebodohonnya.

“Eh, kau ini dah kenapa? Sakit ke?” Suzy segera menahan Yuri daripada terus men

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
amiramuliyadi
finally, i love you techer dah complete! harap dapat readers dapat komen....

Comments

You must be logged in to comment
lissahara9
#1
Fighting bro!!!
aku x sabar nak baca plot cerita baru... ^^
ShiningStar99 #2
Fighting! ^_^
ShiningStar99 #3
Chapter 21: Woooo, they've married! ^o^
ainpikahouo #4
Chapter 21: My gawd *^* sweetnya dyorg *Q*/\
nabila_tauhida #5
Chapter 21: Happy ending
YulHan daebak jjang
Author daebak jjang fighting keep writing