Satu

From Malaysia With Love

 

Satu

“Mak!”

Laungan kuat Balqish memecah kesunyian Kampung Boyan. Surat yang baru diterimanya ditenung dalam-dalam. Dan kemudiannya sekali lagi ibunya dipanggil.

Mak Limah yang baharu sahaja pulang dari sawah bingkas menerpa.

“Awat hang ni,Qish. Sawan ka?”

“Ish, mak ni. Ke situ pulak,” kata Balqish memuncungkan bibirnya. “Ni, tengok surat ni mak. Qish dapat tawaran pi Korea nu. Alhamdulillah, tercapai jugak impian Qish nak pi sana,” katanya penuh harapan. Hatinya berdebar-debar sejak menerima surat itu. Dia kemudian kembali merenung isi kandungan surat itu sambil tersenyum lebar. Lama dia berkeadaan begitu, namun ibunya langsung tidak bersuara.

Matanya mengerling sekilas ke arah Mak Limah.

“Awat mak ni? Tak suka ka Qish dapat pi sambung belajaq?”

Mak Limah seakan tersedar dari lamunannya. “Eh, awat pulak tak suka. Mak suka anak mak dapat belajaq tinggi-tinggi.” Bibirnya menguntum senyum tipis.

“Habis tu? Awat mak diam ja?” soal Balqish perlahan.

Mak Limah bungkam seketika. Pandangannya dibuang jauh-jauh. “Takdak apa aih. Mak penat ja.”

Senyuman di bibir Balqish padam hanya seketika cuma, beberapa saat kemudian senyumannya kembali. Makin mekar dibibirnya. Dia cepat-cepat menyarung selipar jepunnya di hujung tangga dan mula mengorak langkah meninggalkan rumahnya.

“Eh, hang nak pi mana pulak ni?” ujar Mak Limah tatkala melihat tingkat anaknya yang semacam lipas kudung.

“Qish, nak pi bagitau semua orang kampung!” tempiknya girang. Wajahnya bersinar bak bulan penuh.

“Ish, hang jangan nak buat pasai la, Qish. Malu mak nanti.”

Balqish ketawa mengekek. “Tak dak aih, mak. Qish nak pi rumah Amal ja. Nak bagitau dia. Qish pi dulu na mak.”

Mak Limah hanya mampu menggelengkan kepala melihat elatah anak bongsunya itu. Dan tidak lama kemudian suara nyaring Balqish kedengaran lagi memanggil nama Amalina, teman sepermainannya sejak kecil yang duduk hanya sepelaung dari rumah mereka.

~~*~~

Balqish tersentak dari lena pabila pengumuman mengatakan kapal terbang akan mendarat sekejap lagi di Lapangan Terbang Incheon. Dia cepat-cepat menegakkan kerusinya dan memakai tali pinggang keledar. Tudung kepala yang herot-berot dibetulkan ala kadar. Hatinya berdegup laju tiba-tiba.

Perutnya terasa seperti ribuan rama-rama terperangkap didalamnya. Teruja, takut, risau, gembira, semuanya bersatu menjadi satu rasa yang sukar diungkapkan.

Selepas mendarat, Balqish bergerak turun ke ruang mendarat dan bergegas mencari bagasinya. Matanya meliar melihat puluhan manusia berlegar-legar. Entah dari mana datangnya, dia sendiri pun tiak tahu. Hatinya dipagut kerisauan.

“Ish, mana pulak wakil universiti ni. Jangan-jangan tak datang kot.ish, mana boleh. Ak mana tau jalan-jalan kat sini. Sesat kang kena jual pulak. Tapi...ada ke orang yang nakbeli aku. Bagi free pun orang tak nak,” Balqish mengguman sendirian sambil matanya tidak lepas memerhati setiap deretan kad-kad nama dihadapannya.

Hatinya terasa lega apabila matanya tertancap pada cardboard yang tertera namanya. Lalu tanpa membuang masa, dia terus menghampiri gadis bermata sepet dan berambut panjang itu.

“Anneonghaseyo,” sapanya sambil membongkokkan sedikit badannya. “ Nae ileum-eun, Balqish ibnida.”

“Ah, anneonghaseyo, Cho Naeun ibnida. Nice to meet you. Welcome to Seoul.” Gadis itu tersenyum manis dan Balqish ikut tersenyum. Mereka berjabat tangan seraya memulakan perbualan rancak. Naeun sibuk bertanyakan Balqish tentang dirinya, dari asal-usulnya sehinggalah sebab musabab dirinya tercampak ke negara kelahirannya ini.

“Seems like a very nice place to start a new life,” ujar Balqish perlahan, menghirup udara segar dan dingin sambil menggosok-gosok telapak tangannya berulangkali. Musim luruh baharu saja bermula namun kesejukannya menusuk hingga ke tulang. “..and a very interesting place to explore.”

Naeun tersenyum pulas. Baginya negaranya adalah segala-galanya. Walau kadangkala bergolak, namun Korea Selatan adalah tanah tumpah darahnya.

~~*~~

“Here is your room and this is your keys,” tutur gadis Korea itu seraya meletakkan sejambak kunci ke atas telapak tangan Balqish. Balqish merenung pintu berwarna putih dihadapannya tanpa banyak bicara. Hatinya diserbu rasa bimbang. Bagaimana agaknya teman sebiliknya. Baikkah, jahatkah?

Bagai dapat menerka betapa galaunya hati Balqish, Naeun menggenggam erat tangan Balqish lalu dia berkata, “You don’t have to worry. This is a Malaysian Hall. Everyone’s here is from Malaysia, the same as you. So, you’ll feel just like home.”

Bibir Balqish kembali mengukir senyuman.

“So, what are you waiting for? Go on and meet your new friend. I have to go now. See you tomorrow. And dont forget, tomorrow is the starting of the orientation week for the new semester and you as the freshie, it will be a blast. Enjoy the rest of your night and tomorrow, is a new day.”

Naeun tersenyum lebar sambil melambaikan tangannya lalu hilang ke dalam perut lif.

Sebaik sahaja bayangan Naeun hilang, Balqish kembali memandang pintu putih disisinya. Keluhan berat dilepaskan. Resah kembali menyerbu dada. Dia bukanlah seorang yang senang bergaul. Temannya cuma sedikit. Baginya cukuplah sedikit kawan sejati dari banyak kawan yang makan kawan. Dan sekarang dia perlu melalui proses mengenali hati budi lagi.

Balqish menghirup nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan. Perlahan-lahan kunci dimasukkan ke tombol pintu dan kemudian, dia memutar sekilas.

“Aarghh!!”

Balqish kaget seketika tatkala telinganya berdesing mendengar teriakan dari manusia yang berada di hadapannya sambil tangannya menepis helaian pakaian yang dilemparkan kepadanya.

“Michoso?!”

Balqish menelan liur. “Mian...”

Gadis tadi cepat-cepat membetulkan ikatan tuala yang terlucut dek kerana terkejut dengan kehadiran tetamu yang tak diundang.

Melina merenungnya tajam, meneliti dari atas ke bawah dengan wajah yang tak puas hati. Hati Balqish berdetak tak keruan. Matanya diliarkan ke sekeliling bilik sederhana besar itu, tidak betah dia ditenung sedemikian rupa, tambahan pula yang tukang tenung pun hanya bertuala.

“Dari mana?”

Balqish menelan liur lagi. Dia tanya aku ke?  Matanya dilarikan ke siling. Ke tanya cicak? Ish, ada jugak ke cicak Melayu migrate ke Korea ni?

“Malaysia,” jawabnya lambat-lambat.

“Tahula, ni kan Malaysian Hostel. Takkan la sangkut minah Zimbabwe pulak dekat sini.”

Perli nampak. Keras betul bahasa minah ni. Balqish tayang muka tak bersalah. Tangannya tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Masuk la. Takkan nak aku bentang karpet merah pulak baru nak masuk. Tutup pintu tu, nanti tak pasal-pasal pulak aku buat free show kat sini,” bentak Melina lalu mengutip pakaiannya yang bertaburan dilantai. Hasratnya untuk menukar pakaian tergendala sebentar.

Setelah melihat kawan barunya berlalu ke bilik air, Balqish lantas mengangkat beg-begnya ke dalam dan menutup pintu. Keluhan berat terluah jua.

A very good way to start a friendship indeed. Perfect for the first impression!

~~*~~

Nur Melina Mohammad Megat, gadis kelahiran Kokdiang, Kedah tidaklah sekasar bahasanya. Mungkin sebab terkejut kot, telahnya. Gadis manis bercermin mata itu, ramah melayannya. Bercerita itu ini tentang keterujaannya setelah sampai di bumi Korea Selatan ini. Kerana obsesnya dia terhadap budaya K-pop, Melina sanggup terbang beribu batu semata-mata ingin memijakkan kaki ke negara ini dan kemungkinan besar berpeluang menatap mata Jang Geun-suk pujaan hatinya itu. Balqish hanya mampu menggelengkan kepala. Dah banyak hati gadis-gadis Malaysia yang dicurinya. Nasib baik ibu dan bapanya hanya menurut sahaja kemahuan anak tunggalperempuan mereka. Kalau tak memang jadi kes lari dari rumah la si Melina ni.

Sehingga malam menjelma barulah Melina habis bercerita. Itupun puas Balqish mengulang tayang adegan kuyu mata sambilmenguap, kalau tak memang sampai ke pagi la mulut Melina ligat bercerita. Dari satu, satu informasi tentang ‘suami’ tidak rasminya itu disampaikan. Rasa macam dah kenal si Geun-suk tu dari kecil.

Sedari tadi mata Balqish terkelip-kelip menatap siling. Bukan dia tidak mengantuk tapi hatinya dilanda resah. Bagaimana mak agaknya? Sekarang di Malaysia pukul berapa ya?

Dia mengengsot ke kiri. Ditutup matanya rapat-rapat. Kak Long kan ada...buat apa nak risau, hatinya berdetik. Matanya dibuka kembali. Ditenungnya kelibat Melina yang sedang hanyut melayan mimpi indah bersama Jang Geun-suk. Bibirnya tersenyum. Sayang sangat dia dengan ‘suami’ dia tu.

~~*~~

Hari pertama di Universiti Seoul membuatkan dirinya lemah. Sejak pagi dia berjalan ke hulu ke hilir dengan  beg besar dan fail-fail yang bertimbun. Usai pendaftaran dan sesi suai kenal antara pelajar senior dan pelajar baharu, mereka dibawa melawat sekitar kolej. Lenguh kakinya mengikut rentak pelajar senior yang berkaki panjang. Ramai kawaan-kawannya yang mengeluh kepenatan, ada pula yang tertinggal kebelakang lantaran terlalu asyik melihat jejaka-jejaka yang bermata sepet. Yang lelaki pula, sibuk bertegur sapa dengan gadis berkulit mulus dan berskirt pendek.

Cis, dasar lelaki. Pantang tengok perempuan berdahi licin. Mulalah nak beranneonghaseyo sana-sini.

Ralit melihat kerenah teman-temannya, dia tidak sedar ayunan langkah laju dihadapannya. Dan tidak semena-mena dirinya berlanggar dengan sesusuk tubuh seseorang. Balqish terdorong kebelakang. Mujur, Melina sempat menyambut. Kepalanya didongakkan untuk melihat siapa yang berani melanggarnya. Tapi, melihatkan sahaja wajahnya, Balqish terdiam.

“Mianhaeyo...”

Balqish tetap diam. Matanya tidak lepas menatap wajah lelaki itu. Ini bukan ke...

Lelaki itu pantas tunduk dan kemudian beredar mengikuti segerombolan temannya. Balqish pastas menoleh mengikut gerak-gerinya. Siapa dia tu...takkan la..

“Georgous!” luah Melina tiba-tiba.

Dia mengerling ke arah Melina. Damn girl, you got my words straight from my mouth,getus hatinya. Matanya kembali menatap kelibat yang semakin menjauh. Who is he?

“Choi Seunghyun, the walking sculpture...that’s how people call him.”

Balqish dan Melina menolah kebelakang, seorang gadis Korea bercermin mata berdiri tegak sambil menolak sedikit rambutnya yang panjang mengurai.

Ish, siapa pulak ni?

Seperti dapat menerka soalan bisunya, gadis tadi bersuara lagi. “Hyo-rin, Min Hyo-rin.Nice to meet you.”

Balqish dan Melina saling berpandangan dan kemudian tangan dihulur. “Balqish, nice to meet you too.”

 

 


A/N - Ampun maaf dipinta. Lama tak update.Terima kasih sebab sudi subscribe dan upvote~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SitiNurSyahirah
#1
Chapter 2: Has been waiting since 2014..and soon 2017..
Im begging u..pls update this awesome story TT
SitiNurSyahirah
#2
Chapter 2: Has been waiting since 2014..and soon 2017..
Im begging u..pls update this awesome story TT
emoTionLessX0x0
#3
Chapter 2: Seriously cerita ni best !!! Please keep updating author-nim :)
Oh , and Happy Birthday TOP ! ><
--vikseu
#4
Ya Allahu Rabbi.
awesome gil! srs. i mean like. this is the best malayfic i've ever read before and i gonna follow this fanfic and never ever gonna miss a chapter of it. al-respect from me with lob. /thumbs up
husna_luhan123 #5
Chapter 1: UWAHH!! serious macam baca novel betul pulak .. cara awak menulis memang DAE to the BAK .. jalan cerita pun senang paham hehe.. update soon OK . fighting !!
Song_Raein #6
Chapter 1: saya suka lah cerita ni!!! Aja aja fighting!! ><
AhnChanByul #7
Chapter 1: suka dengan cara awak tulis, idea awak.. :D keep update soon! tak sabar nak baca chapter seterusnya~
mieyhyun
#8
Chapter 1: Pandainya awk tulis. Macam novelis.. :) update soon okay.. saya suka gaya tulisan awak. Fighting!
mieyhyun
#9
Chapter 1: Pandainya awk tulis. Macam novelis.. :) update soon okay.. saya suka gaya tulisan awak. Fighting!