Chapter 44

Destiny

"Minhye.."

Kai terpandang Baek berada di atas katil sambil memandang Minhye yang masih tidur.Baek memandang Kai di muka pintu.Kemudian dia segera turun dari katil dan membetulkan bajunya."Kenapa Kai?',tanya Baekhyun.Kai hanya menggeleng kepalanya,tanda tiada apa yang perlu di katakan."Jom,yang lain tengah tunggu awak di bawah",ajak Kai.

"Hurm baiklah..Jom",Baekhyun memintas Kai untuk keluar dari bilik itu dan meninggalkan Kai sendirian bersama Minhye.Kai menoleh,lama dia memandang susuk tubuh Minhye dari belakang.Setelah itu,dia keluar dari bilik dan perlahan menutup pintu tersebut agar tidak menggangu Minhye tidur.

Di studio..

"Mulai minggu depan,kamu semua akan sibuk dengan photoshoot baju sejuk.Seminggu tu kita mungkin jarang berada di rumah.Jadi yang lain macam mana? Kamu berlima nak tinggal di rumah atau nak ikut sekali?",tanya Encik Kim sambil memandang mereka.Mereka memandang sesama sendiri.Kalau ikutkan nak weii,sapa tak nak kan xD 

"Kami memang nak,tapi Minhye kami tak tau macam mana.Tapi kalau dia setuju,kami pergi",balas Nisa teruja.Tapi lain pula dengan Ika dan Hana."Kami rasa elok kalau kami tak ikut.Takut mengganggu pula nanti.Lagipun sekarang paparazzi dah beranak pinak.Lain jadinya nanti",ujar Ika selamba.Yang lain tergelak mendengarnya.

"Baiklah kalau macam tu.Kamu tanya jelah Minhye nanti macam mana",balas Encik Kim.Mereka mengangguk tanpa berkata."Ok guys,berlatih sekarang.Saya nak ke pejabat sekejap",kata Encik Kim lagi.Mereka masing-masing ber warm up sebelum melakukan latihan.Siang dan malam,hujan dan ribut datang silih berganti tidak menghalang latihan mereka.

"Nisa nanti kau cakapkan ya",kata Ika sambil membetulkan bajunya.Nisa memandangnya sambil mengerutkan dahinya.Cakap pasal apa ? Ika memandang Nisa,tanda dia mengagak bahawa Nisa akan bingung dengan apa yang dia cuba cakapkan.Kau bende lain otak kau laju je,bab bab macam ni dah loading.Haih what the fish are you xD

"Pasal Encik Kim cakapkan tadi lah kak oiii.Tanya dia nak join tak.Tapi aku harap dia tak nak lah join.Aku takut apa-apa jadi nanti.Diorang yang kena,walaupun tu salah kita.Tapi fikirkan balik.."Sara mencelah,"Kau tak payah cakap banyak,kitorang bukan tak tau kau,sebenarnya nak tapi fikir negatif sangat",ujar Sara selamba.Ika hanya tersengih memandangnya.

"Encik Kim di dalam kereta memanggil,serentak mereka berpaling."Saya pergi dulu ya.Kalau kamu semua nak apa-apa,bagitahu saya",mereka mengangguk tanpa berkata.Kereta itu menyusur laju meninggalkan mereka berempat.Memandangkan yang lain terpaksa berjaga hingga pagi,jadi mereka pulang dahulu.

Hana membuka pintu dan memerhatikan sekeliling,lalu masuk ke dalam diikuti yang lain."Dia tidur lagi ke ni?",ujar Nisa sambil memandang jamnya,"Dah pukul 8 dah,takkan tidur lagi?",kata Nisa lagi.Yang lain memintasnya dan bergerak ke dapur."Hidung kau problem ka ? Minhye tengah masak lah kat dapur.Bau sedap tak terbau pulak kau",sampuk Ika.

Mereka pergi ke dapur dan makanan "Malaysia" terhidang di atas meja.Masing-masing siap basuh tangan dan menunggu di meja makan."Minhye sedapnya kau masak,bau kuat siaa lapar pulak aku",kata Sara sambil menghidu makanan tersebut.Aku membawa periuk berisi sup untuk di makan bersama nasi ayam.Mata mereka tak henti memandangnya.

"Jemput makan semua",ajakku pada mereka.Maka bermula lah sesi gelak ketawa sambil pinggan mangkuk ketang ketung berbunyi,bunyi makan ialah bunyi yang paling aku rasa nak sepak sorang-sorang.Ni perempuan ke dua alam siaa makan macam jantan.Cuba depan org lain,makan kalau boleh nak sebutir sebutir nasi tu dimasukkan dalam mulut xD

"Dah lama aku tak makan makanan Malaysia.Kau macam tau-tau je aku mengidam",ujar Sara."Alah macam susah je nak tau isihati kau.Kau senang sikit.Yang susah si Ika ni,cepat sangat berubah,selalu period ke apa aku pun tak tahu lah",balasku selamba.Ayatku disambut oleh gelak tawa yang lain,termasuk Ika.Minhye ni,aku tak cakap apa-apa pun kena ke ! 


Kami bekerjasama membersihkan segala perkakas yang telah digunakan.Habis sahaja,snek disambar oleh tangan tangan yang tak reti makna kenyang dan bersila di sofa dan membuka snek tersebut tanpa menunggu orang lain duduk sekali.Macam rumah rumah kau je kau buat ni.Aku menyertai,sesekali tanganku mencelah untuk mengambil snek itu.

"Minhye,aku nak cakap sikit ni",celah Nisa tiba-tiba.Aku memandangnya selamba."Apa dia? Umin ajak kahwin ke?",tanyaku selamba.Maka percikan air dan airliur pun berlaku.Masing-masing memandang Nisa,sambil ketawa besar."Woi mana adalah.Aku nak cakap pasal photoshoot",balas Nisa.Aku memandang dia.Photoshoot apakah ?

"Photoshoot apa ? Bila?",tanyaku pendek."Minggu depan.Photoshoot winter jacket,,kan nak musim sejuk ni.Encik Kim tanya kitorang,nak pergi ke tak? Kitorang tak dapat nak confirm kan selagi kau tak bagi kata putus",ujar Ika panjang lebar."Korang nak pergi ke? Dah lah sekarang ni banyak mata-mata.Aku takut peristiwa 3 Oktober berlaku lagi"ujarku serius.Mereka memandang aku dengan penuh penantian.

"Apa jadi time tu ?",tanya Nisa bersemangat."Time tu tak ada jadi apa-apa pun.Saja aku sebut",kataku sambil ketawa."Laa apa kau ni..Buat kitorang saspens lah",kata Hana sambil menunjal kepala aku.Seronok kenakan diorang ni,buat aku tak henti ketawa jadinya xD "Sekarang ni macam mana? Kitorang nak tau keputusan kau macam mana",celah Sara.

Aku memandang mereka silih berganti."Aku tak rasa korang sanggup berenggang dengan diorang.And I think we should go.Because you know what ? Bukan selalu kita dapat peluang macam ni.Dan tak semua orang dapat.Orang lain dapat tengok photoshoot dari fansite or internet je.Kita pula,depan mata kita sendiri.So better kita pergi kan guys?",ujarku panjang lebar.

Mereka masing-masing diam."Betul juga cakap kau.And do you mean that we will be going ?",tanya Ika.Aku mengangguk gembira."Yeayy !!!!!",habis satu rumah penuh dengan jeritan mereka.Happy macam dapat keluar pergi clubbing dengan kebenaran ibubapa."Thank you so much Minhye.Kau memang manusia paling baik dalam dunia !",ujar Hana teruja.

Heh,bodek bukan main..

"Jap jap..But how ? Aku tak rasa fansite tak tau lokasi photoshoot diorang",Nisa mengheningkan suasana.Aku mula memberi arahan kepada otak untuk berfungsi dan mencari idea yang bernas untuk menyamar."Tak apalah,nanti kita mintak kat Encik Kim staff pass.Tak payah risaulah.Fansite tak selalunya bernasib baik",balasku sambil buat muka evil face.

"Hehehehe baiklah Minhye"...

                                                                                                                                             ~~~~~~~~~~

"Ok ma.Nanti apa-apa adik bagitau mama.Mama dengan papa jaga diri ya kat sana.Kirim salam rindu dekat yang lain juga.. Adik tutup dulu ya.Bye mama",aku menutup telefon dan letak di sebelah aku di atas kerusi.Ketika itu aku berada di taman tertutup yang diliputi dengan pokok-pokok yang menghijau disertakan kolam ikan di tengah-tengah.Cukup tenang rasanya.

Aku mengambil makanan ikan yang berdekatan dan melemparkan makanan itu ke dalam kolam.Ikan yang cukup besar berebut untuk makan.Semakin banyak aku lemparkan,semakin kurang perebutan makanan antara mereka (bapak ar aku buat hipotesis sains ke doe xD).Aku memandang ikan-ikan tersebut."Jangan lah berebut.Semua dapatlah",ujarku kecil.

Ketika itu aku terdengar bunyi kereta di luar.Barangkali mereka sudah sampai.Aku hanya mendiamkan diri tanpa menyambut mereka.Lagipun yang lain ada di ruang tamu,jadi biarlah mereka yang sambut.Aku bahkan tak nak berganjak dari situ kerana ketenangan bunyi air kolam dan bau pokok di sekeliling.Kalaulah aku ada taman macam ni ! 

Sedang aku termenung,sepasang tangan memeluk aku dari belakang dan menopangkan dagunya di bahuku.Hampir nak terlucut bekas makanan itu dari tangan aku.Kalau tumpah nanti,kau kemas balik ! Aku dapat mengagak bahawa orang itu ialah Baekhyun.Aku tidak berpaling dan hanya mendengar bunyi nafasnya yang menyentuh leher aku.Its was a nice breath.

"Abang dah makan?",tanyaku perlahan."Hurm",Baekhyun masih tidak berganjak,bahkan tangannya kemas melilit di pinggang rampingku."Abang patut.."tak sempat aku nak jawab,Baekhyun memusingkan badanku berhadapan dengannya dan meletakkan bekas itu.Apahallah dengan dia malam buta ni ? Muka seram semacam alahai xD 

"I miss you..a lot",katanya,sambil membelai pipiku."Kita kan jumpa setiap hari",balasku pendek."Yaa I know.But I still missing you.Kita dah lama tak spend time sama-sama,like before this",ucap Baek lagi.Aku tersenyum memandangnya dan membelai pipinya juga,walaupun terpaksa.Lama aku memandangnya,begitu juga dia.Kami kaku seketika.

Tanpa aku menduga,dia terus mencium aku dengan mesra.Berlawanan arah.Aku cuba hentikan dia dengan lembut."Abang jangan..Nanti yang lain nam..",Dia meneruskan agendanya,tak pedulikan apa yang aku katakan.Dia mula merangkul aku ke kerusi dan mendudukkan aku di situ.Mulut kami masih bersatu,tidak sekalipun dia lepaskan.

Aku tak dapat menahan lalu lehernya aku peluk untuk mengeratkan lagi ciuman kami.Masing-masing leka tanpa menghiraukan yang lain.Sedikit demi sedikit bibirnya mula ke pipi dan kolar baju ku di tolak sehingga menampakkan bahuku.Lalu dia mencium leher aku sepuasnya.Nikmat yang aku rasa,fikiran aku langsung tak terfikirkan pasal Kai.

Apa aku dah buat ni ?!

Di tingkat atas..

"Eunchan-ah,mana Minhye? Abang tak nampak dia masa kitorang balik tadi",Kai menegur Nisa yang kebetulan mahu masuk ke bilik."Rasanya dia masih di taman lagi.Katanya dia nak bagi ikan makan",balas Nisa."Hurm baiklah terima kasih.Selamat malam",Kai mula berjalan menuju ke taman.Sampai sahaja di taman,dia perlahankan bunyi kakinya agar tidak menganggu.

Gedegang ! (bunyi hati tengah terkejut xD)

Kai terlihat mereka sedang berduaan,berciuman di kerusi.Dan dia melihat Minhye masih tidak melepaskan pelukannya,malah dia turut sama membalas ciuman itu dan lidahnya bagaikan seiring dengan lidah Baek,meneroka mulut masing-masing.Marahnya dia,dia cuba pendamkan dan penumbuknya dia cuba sembunyikan.

Kai tidak tahan untuk melihat akhirnya dia pergi meninggalkan mereka berdua.Hatinya sakit.Kenapa susah sangat dia nak dapat peluang bersama Minhye tetapi lain pula pada Baek ? Minhye pula seakan gembira tetapi bukankah dia patut menolak ciuman itu ? Dan masa,kenapa masa sentiasa ada bersama mereka ? AAAAAARRRRRGGGGGHHHHHHH !!!!

Tanpa Kai sedar,dia terlanggar sebuah pasu plastik dibelakang dan menyebabkan bunyi jatuh kedengaran.Aku dan Baek terhenti seketika dan memandang ke arah bunyi itu.Mata aku membulat.KAi ?! Apa dia buat kat sini ? Dia nampak ke apa kitorang buat ? Haa sudah mati aku apa aku nak jawab dengan dia nanti.Nak cakap aku terleka ? Kau nak mampus ?! 

"Kenapa Kai ? Sejak bila awak disitu ?",tanya Baek kehairanan.Tangannya dari awal lagi sudah memegang tanganku kemas.Kai aku lihat matanya sudah berada di tangan kami.Perasan dengan tindak tanduknya,aku mula melepaskan tangan Baek.Tangan aku menggigil ketakutan.Aku takut Kai marah dan takkan pedulikan aku,bahkan percayakan aku pun tak nak.

Sumpah,Minhye sayang abang sorang je ! 

"Hurm tak ada apa-apa.Maaflah kalau menganggu korang.Saya pergi dulu",Kai dengan muka yang dibuat senyumannya dari awal,mula berubah rupa apabila dia beredar dari situ.Aku dah dapat agak dia sudah mula panas.Aku mula buntu.Apa aku nak buat ni ? Jelaskan ? Sudah tentu dia tak nak dengar apa-apa dari aku.Mungkin selamanya ! Oh tidak !!!!

"Hurm abang.Minhye naik dulu.Dah lewat ni",kataku sambil berlalu meninggalkan Baek sendirian di situ."Abang pun nak naik.Jomlah",kata Baek sambil memegang tanganku lagi dan menuju ke bilik masing-masing.Dalam diam,aku mula cuak dan mula fikirkan untuk selesaikan,manakala Baek pula sedang berfikir,bagaikan soalan itu agak rumit untuk diselesaikan.

Apa yang mereka sorokkan dari aku ni ? Kenapa aku rasa lain bila aku pandang Kai dan Minhye ? 


                                                                                                                                    ~~~~~~~~~~~~~

"Jemput makan semua !",kami dengan secara berjemaahnya mula menjamah sarapan pagi yang dimasak oleh Kyungsoo (dan dibantu oleh ehemm assistantnya iaitu Ika xD) Kami rancak berborak diiringi ketawa mereka walaupun makanan masih berada di dalam mulut (we are happy family mann,kesah apa kalau makan sambil bercakap pun xD)

Aku dalam diam memandang Kai yang berada di hadapan ku.Aku tersenyum acapkali Kai ketawa dengan lawak Chanyeol yang tak henti-henti.Tapi Apa yang terjadi malam tadi masih menganggu aku.Aku tahu senyuman dia di depan aku ni cuma pura-pura.Aku tau dalam hati dia sedang mendidih kepanasan,apatah lagi bile Baek mesra lagi denganku dihadapannya.

Aku mesti cari ruang untuk aku jelaskan dengan Kai.Aku tak nak dia fikir yang bukan-bukan,walaupun berlaku di depan matanya sendiri. Habis sahaja makan,aku mengemas meja,manakala yang lain duduk di ruang tamu sebelum gerak ke studio.Aku membasuh pinggan mangkuk bersama Nisa dan Ika (maklumlah orang ramai,basuh pun ramailah xD)

"Ada sikit lagi ni,korang pergi lah duduk kat ruang tamu",ujarku sambil membilas pinggan."Okay",mereka berdua menanggalkan apron dan sarung tangan lalu meninggalkan aku sendirian di dapur.Aku dalam diam cuba berfikir tentang masalah yang aku hadapi.Sedar tak sedar seseorang menunggu aku di belakang..

And that was Baek..again.

"Ada pinggan lagi yang tak basuh",dia menunjukkan empat pinggan ditangannya.Aku segera ambil dan membasuhnya.Aku tak cakap apa-apa pun dan aku fikirkan Baek sudah pergi tetapi dia masih di belakang aku.Nak apa lagi dia ni? Sehingga selesai membasuh,tanpa sedar BAek membuka ikatan apronku.Malah dia mengelap tangan aku yang basah itu.

Kenapa aku tak cakap apa-apa?

 Mengelak pun tak.

Kau memang cari nahas ke Minhye kalau Kai nampak lagi ? 

Sedang aku mengelamun,Baek memberikan sebuah ciuman di bibir,membuatkan aku kaget seketika."Abang buat apa ni ?",tanyaku serupa tak percaya.Baek memandangnya pelik."Im give you a peck.Why ?",tanya Baek pula.Tangannya mula memeluk pinggangku."Ke Minhye nak abang bagi macam malam tadi?",tanya Baek nakal sambil memegang leherku.

Suddenly...

"Uh-oh,there it is",kata Sehun sambil tersenyum nakal.Patutlah ada macam aura romantik kat sini,rupanya ada diorang ni,getus Chanyeol.Baek yang ketika itu sedang memusingkan kepalanya ke kanan terus terhenti apabila melihat mereka.Mata aku pula tertumpu pada susuk tubuh disebelah Chanyeol,yang dari tadi memandang tanpa suara.

Kai ??

Ya,itu ialah Kai..

Aku terus menolak badan Baek perlahan dan membetulkan rambutku.Haihh kenapa lah kau mengeruhkan lagi situasi ni Baek ?! Aku dah lah tak dapat nak jelaskan apa-apa kat Kai.Ditambah pula macam ni."Saya nak naik atas dulu.Nak buang air",ujar Kai lalu terus meninggalkan kami berempat.

Ni tak boleh jadi.

Aku kena bagitau Kai jugak.

Aku tak kisah kalau dia terkencing dalam seluar pun..

AKU KENA BAGITAU DIA ! 

"Minhye pun rasa nak mandi semula lah.Badan dah melekit",kataku lalu berlari menaiki tangga.Aku tidak membalas sahutan mereka dari bawah.Sekarang ni bagi aku,,Kai lagi penting ! Aku berlari di koridor bilik untuk mencari Kai.Dari jauh kedengaran pintu bilik ditutup dari dalam dan segera aku berlari ke arah bunyi itu.Apa nak jadi sekarang ni,,jadilah..

Kuakkk ! 

Kai memandang ke belakang.Aku berdiri kaku setelah bertentang mata dengannya.Mata dia bagaikan ada aura yang menyeramkan,pendek kata macam mata serigala.Cuma tunggu masa untuk menerkam mangsanya.Tapi bagi Kai,hanya tunggu masa untuk memarahi aku dan mungkin memutuskan hubungan ini.

Yang kedua tu aku takkan pernah setuju ! 

"Nak apa?",tanya Kai.Dia memandang aku.Keadaan menjadi senyap sekejap.Aku cuba tenangkan diri,aku tak nak emosi menyelubungi perasaan aku."Apa yang abang tengok malam tadi dan hari ni,bukan yang macam abang sangkakan yang Minhye curang dengan abang.No Im not like that.Minhye pun tak sangka yang Baek akan buat macam tu",ujarku.

"Tak sangka ? Baek buat tiba-tiba? Then why Minhye nampak happy je.Mengelak pun tak. Itu yang Minhye tak sangkakan ?!",kemarahan dia sudah mula membuak.Aku pun terkejut apabila suaranya tiba-tiba sudah tinggi."Maafkan Minhye.Minhye memang tak ada niat nak buat tak baik belakang abang",aku cuba memegang tangannya.

U know what ?! 

Dia tepis tangan aku ! 

Dia tak pernah kasar dengan aku macam ni sekali.Apa yang dia buat cukup menyedihkan aku.Kalau aku boleh menangis depan dia,dah lama aku menangis.Tapi tak boleh,aku takut dia akan anggap yang aku minta belas kasihan dia untuk aku tutup kesalahan aku.Tapi memang bukan salah aku pun ! 

Walaupun aku relakan apa yang Baek buat..

"Dahlah,abang dah tak nak dengar apa-apa dah dari Minhye.Minhye nak buat apa pun Minhye buatlah,abang takkan halang.I'm nothing to you,right?",ayat Kai cukup bimbangkan aku.Sudah cukup untuk buat hati aku berdebar.Apa maksud dia ni ? Janganlah bagi andaian aku jadi kenyataan.Gila ke aku nak putus dengan dia,dia prince charming aku kot !

"No no no no abang jangan cakap macam tu.Abang segalanya bagi Minhye.I love you so much",tanganku dengan kemas memegang bahunya manakala matanya memandang aku si pendek dengan tajam."Abang janganlah buat macam ni kat Minhye.Minhye sayang abang sorang jelah.Apa yang abang nampak tu tak betul",untuk kedua kali..

Dia tepis tangan aku ! 

"Just stop giving me excuses Minhye.Baik Minhye keluar,kalau Minhye tak nak,abang yang akan keluar",Kai mengarah,tapi sedikit pun aku tak berganjak."Ok fine,abang keluar",dia tak nak cetuskan pergaduhan yang lebih besar jadi dia keluar dari bilik itu meninggalkan aku keseorangan.Cukup parah hati aku ketika itu.Pedih dia lain macam T.T

Tak dapat nak tahan lagi,aku menangis semahunya.Aku terduduk dan menunduk meraung.Kenapalah masalah selalu menimpa aku ? Dah lah aku jarang dapat meluangkan masa dengan dia,ditambah pula dengan masalah ni yang aku sendiri tak tahu bila akan selesai.Aku cuba tenangkan diri,tapi airmata masih laju mengalir.Aku mengesat airmata lalu keluar.

Aku mahu masuk ke dalam bilik,tapi sempat dihalang oleh Nisa dan Ika."Weh apahal dengan mata kau ni,merah semacam je.Kau nangis ke?',tanya Nisa sambil memandang mata aku."Tak ada apa-apalah.Mata aku masuk habuk",jawabku.Tiba-tiba,aku tersedu."Hurm nampak sangat kau baru habis menangis.Kenapa ni ?",tanya Ika pula.

Aku memandang mereka berdua.Aku tak rasa yang aku patut bagitahu hubungan aku dengan Kai,dan mungkin aku patut bohong sahaja."Sebenarnya perut aku sakit.Sakit sangat sampai keluar air mata aku ni",jawabku,sesekali aku menekan perut aku yang tak sakit."Memulas ke?",tanya Nisa lagi.Aku hanya mengangguk menjawab pertanyaannya.

"Tak apalah.Hari ni kita tak payah ikut diorang.Kita duduk rumah je.Nanti aku masakkan sup sayur untuk kau,ya",ujar Ika.Aku hanya mengangguk lalu masuk ke dalam bilik,manakala mereka turun ke bawah.Yang lain hanya memandang mereka berdua menuruni anak tangga."Mana Minhye ? Kita nak gerak dah ni",ujar Suho.

"Hurm rasanya kitorang tak boleh ikut.Minhye tiba-tiba perut dia memulas.Mungkin kitorang akan stay di rumah temankan Minhye je",jawab Nisa bersahaja."Yakah ? Tadi dia elok je.Tak apa biar saya pergi tengok dia",belum sempat Baekhyun naik,Kai mula mencelah."Tak boleh ke kita terus pergi je.Nanti diorang boleh tengokkan Minhyelah.Tak payah nak risaukan sangat dia tu",Kai meninggikan suaranya sedikit.

Terkejut mereka melihat perubahan Kai secara tiba-tiba itu.Dia sudah tidak tahan dengan perangai Baek yang hanya membuatkan dia cemburu sahaja.Dah lah masalah belum selesai,ditambah pula dengan sikap caring Baek terhadap aweknya (it should be their girlfriend,not his girlfriend xD)

Masing-masing terdiam,termasuk Baek."Hurm baiklah",bagaikan Kai abang,Baek hanya menurut sahaja katanya dan diikuti yang lain."Apa-apa nanti bagitahu abang ya",Lay bisik pada Ika,dan arahannya terjawab.Apabila pandangan hilang dari mata,mereka kembali masuk ke dalam dan mengemas meja yang dipenuhi dengan snek dan minuman.

Nisa dan Hana menyediakan sup sayur manakala yang lain naik ke atas untuk melihat Minhye di atas.Aku dapat dengar dari dalam bilik yang mereka mahu naik ke atas jadi aku mengelap airmata aku dengan lengan baju.Aku membetulkan selimut dan baring membelakangkan pintu bilik.Aku berpura-pura tidur sambil memeluk teddy bear di sebelah aku.

Mereka memandang,tanpa mengejutkannya.Tak sampai hati nak kejutkan,mungkin mereka patut biarkan sahaja dia.

                                                                                                                                   ~~~~~~~~~~~~~~~~

"Lusa kita dah mula sibuk,jadi lepas latihan saya akan biarkan kamu semua cari makanan sampai esok.Tapi saya sarankan cuma keluar waktu tengah malam,dan juga kamu boleh makan di kedai yang kita selalu pergi je,sebab diorang tau yang kita akan datang waktu malam untuk elakkan kesesakan peminat",kata Encik Kim,ketika di dalam studio.

Mereka hanya mengangguk,menurut arahan beliau untuk mengelakkan apa-apa perkara berlaku."Ada apa-apa lagi nak tanya?",sekali lagi mereka menggeleng serentak."Baiklah saya pergi dulu,berlatih tau",Encik Kim menutup pintu studio itu meninggal mereka.Suasana menjadi senyap seketika,sehinggalah telefon Baekhyun berbunyi.

Tae..

"Siapa Baek ?",tanya Chen."Kawan saya telefon.Saya keluar kejap ye",Baek pergi ke luar dan menjawab panggilan itu."Nak apa?",tanya Baek dingin."Macam biasa.Saya ada tempah baju,and saya nak pergi ambil.So teman saya kejap",arah Tae.Kerana dia terikat dengan perjanjian dengan Tae,dia terpaksa melainkan ikut sahaja arahannya.

"Kejap lagi saya pergi ke kereta",Baek menutup telefonnya dan mengambil jaket tebalnya di dalam."Saya kena keluar kejap,kawan saya minta tolong.Kalau Encik Kim tanya,korang tolonglah reka alasan untuk saya ya",kata Baek.Dia keluar dari bilik apabila mereka mengangguk menjawab permintaannya.Ketika itu,suasana menjadi bising kerana artis yang lain sedang sibuk berlatih.

Sampai sahaja di kereta,Baek terus masuk ke dalam kereta tanpa memandang sekeliling."Thats my Baek",Tae cuba untuk menyentuh dagu Baek tapi dengan cepat Baek menepisnya."Saya tak ada banyak masa.Jadi cepat sikit",Tae hanya menurut dan mereka bergerak keluar daripada pintu masuk ke bangunan SM itu.

Tiada apa yang mereka borakkan,cuma radio yang memecahkan suasana hening dalam kereta.Baek memandang luar tingkap,dan terus terfikirkan hal yang berlaku tadi."Apa yang dan berlaku antara mereka berdua? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Mereka ada hubungan ke dibelakang aku ?",banyak soalan yang bermain dimindanya.

Tapi persoalan itu tak dapat dijawab apabila mereka sudah sampai ke destinasi.Masing-masing mula memakai topeng muka dan kaca mata hitam.Sampai sahaja dihadapan butik,Baek hanya menunggu diluar sampai membelek telefonnya.Baru sahaja Tae selesai membayar,Baek tiba-tiba menegurnya.

"Woi"

"Apa dia?",Tae bertanya.

"Tandas"

Tae mengangguk memandangnya dan menunggu Baek di kerusi berdekatan dengan butik itu.Dari jauh dia ternampak seorang budak lelaki memandang sekeliling dan menangis.Mungkin dia telah sesat dan tak jumpa dengan ibu bapanya.Tae mendekati.Budak itu berhenti menangis dan memandang Tae.

"Nama kamu apa?",tanya Tae."Junhyoung",balasnya."Junhyoung-ah,mana omma dan appa kamu? Kenapa kamu keseorangan disini?",tanya Tae lagi."Saya mahukan gula-gula di kedai itu,tetapi mereka tidak mendengar apa yang saya mahu katakan dan mereka terus pergi tinggalkan saya",kata Junhyoung panjang lebar.

Tae memandang gula-gula yang Junhyoung maksudkan."Mari",Tae memegang tangannya dan mereka ke kedai itu."Kamu mahukan yang ini?",Tae menunjukkan gula-gula bulat bersaiz besar.Junhyoung hanya mengangguk.Tae mengambil gula-gula itu dan terus membayar di kaunter.Lalu Tae berikannya pada Junhyoung.

"Nah untuk kamu.Tapi Junhyoung kena janji dengan nuna ya,jangan menangis lagi",Junhyoung mengangguk laju.Sedar tak sedar,gerak geri Tae,Baek perhatikan dari jauh."Dia sukakan budak-budak.Dan ketika ini dia kelihatan orang yang baik hatinya.Tapi kenapa disebabkan aku,dia sanggup buat aku macam ni? Itu kah maksudnya yang dia betul- betul sayang aku?

Tae memandang Baek dan melambai ke arahnya.Baek perasan lambaian itu dan dia terus mendekati Tae dan Junhyoung."Kenapa dengan dia?",tanya Baek sambil membelai rambut Junhyoung."Dia tak dapat cari omma dan appa dia.Boleh tak kalau awak pergi dulu ke kereta? Saya mahu hantar Junhyoung di customer service",kata Tae.

Baek memandang mereka berdua."Tak apalah,saya temankan awak",Baek membalas.Tae mengangguk dan mereka berdua berjalan seiring ke customer service.Lama mereka menunggu disitu,sehinggalah omma dan appa Junhyoung tiba."Nasib baiklah kamu berdua jumpa Junhyoung.Kami dah tak tentu arah jadinya",omma nya meluahkan kerisauan.

"Tak apa.Cuma puan kena alert dengan anak-anak.Saya harap tak jadi lagi perkara macam ni",Baek membalas.Tae memandangnya."Baiklah,kami perlu pergi sekarang.Jumpa lagi.Bye Junhyoung",Tae mengusap kepalanya sebelum berlalu pergi bersama Baek.Junhyoung hanya melambai gembira sambil melihat tubuh dewasa itu hilang dari pandangan.

Bermula dari dalam kereta,masih seperti tadi,diam dan tiada siapa yang mahu mulakan perbualan.Baek sangkakak Tae banyak cerita yang dia mahu kongsikan seperti selalu.Tetapi hari lain betul sikapnya.Tolong budak kecik cari mak ayah dia dan belikan gula-gula.Baek malas untuk fikir tentang itu dan dia terus membisu.

Sampai sahaja di hadapan bangunan SME,Tae meletakkan kereta di tempat parkir."Terima kasih teman saya",kata Tae pendek."Kenapa?",tanya Baek pendek.Tae memandang dia."Kenapa apa?",tanya Tae kembali."Selalunya awak bising.Tapi hari ni,awak diam.Kenapa?",kata Baek.Tae melepaskan keluhan panjang dan memandang Baek sekilas.

"Saya teringatkan Junhyoung.Dan ibunya juga.Dia kelihatan baik,walaupun agak cuai menjaga anak.Kalau saya jadi macam dia,mungkin awak akan sayangkan saya lagi macam dulu.Dan mungkin kita dah ada anak juga.Saya sedar kesilapan yang saya buat dulu dah makan diri saya sendiri.Saya buat semua ni sebab saya nak hubungan kita macam dulu",kata Tae.

Baek nampak airmata dia jatuh perlahan,walaupun kulit Tae putih.Kali ni bukan bawang ataupun Eye Mo,tapi memang airmata asli,airmata yang ikhlas dari benak hati gadis itu.Tae diam-diam mengelap airmata dia,dan memandang Baek."Maafkan saya Baek",Tae memeluk Baek dari tepi,dan hal itu memeranjatkan Baek seketika.

Tae teresak dalam pelukan Baek.Tangan Baek masih kembang,tidak membalas pelukan Tae kembali.Perlahan-lahan tangannya jatuh di bahu Tae,seterusnya mengusap belakang Tae lembut,untuk menenangkan dia.Seketika kemudian,Tae menjauhkan diri dan mengesat airmatanya."Maafkan saya.Jom keluar,nanti yang lain nampak pula",kata Tae lagi.

Enjin ditutup dan pintu kereta dibuka.Tae pergi tanpa memandang Baek dibelakang.

Seketika Baek terasa lain dalam hatinya.

Hatinya seakan lega yang Tae sedar akan kesilapannya.

Dan maaf itu telah membuatkan hati Baek gembira.

Perasaan apakah ini ?? 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
KimMinHye
Give me more comments and subscribe too..Jebal T.T

Comments

You must be logged in to comment
Zzzarith #1
Chapter 42: Author update lh lgi
sunlight_ #2
Chapter 39: Update soon ~
mimie_lulu #3
Chapter 37: Update lagi...update lagi!!update lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
minhyun298 #4
Chapter 28: Update soon... ^_^
*nk tau ape yg akn jdi, sgt2 *
^_^
weloveexoforever #5
Chapter 20: Update soon
weloveexoforever #6
Chapter 19: Sweetnyew minhye ngan baekhyun
ohyehett #7
Chapter 2: Sape huda ? Huda tu name minhye dekat malaysia kea ,? Sorry terblank jap
weloveexoforever #8
Chapter 10: Update soon
woohyun98
#9
Chapter 10: update soon :)